SiberRead
СтатистикаKeselamatan Siber : Berita | Kemas Kini Teknologi | Kesedaran | Pengurusan | Laporan | Playbook Cyber Security : News | Tech Update | Awareness | Management | Report | Playbook
- Последний пост
- 2 окт. 2025 г.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
MESYUARAT ASEAN CYBER DEFENCE NETWORK (ACDN) KALI KEEMPAT KUALA LUMPUR, 29 SEP 25- Mesyuarat ASEAN Cyber Defence Network (ACDN) Kali Ke-4 telah berlangsung pada 29 September 2025 di MITEC, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini merupakan platform penting di bawah kerangka ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang pertahanan siber diadakan sejajar dengan program Siber Siaga 2025. ACDN adalah inisiatif Malaysia melalui Kementerian Pertahanan menunjukkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh keselamatan siber serantau dan menyokong aspirasi ASEAN 2025: Forging Ahead Together. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), Laksamana Muda Fadhil bin Abdul Rahman bersama dengan Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (BDPS) Kementerian Pertahanan Malaysia, Encik Sahipulhijaiman bin Sulaiman dan ahli mesyuarat terdiri daripada wakil-wakil delegasi pertahanan siber negara anggota ASEAN bersama sekretariat ASEAN dalam membincangkan halatuju keselamatan siber di rantau ASEAN. Antara agenda perbincangan di dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan perkongsian maklumat ancaman siber dan mekanisme notifikasi awal keselamatan siber di kalangan negara ASEAN, taklimat dari International Committee of the Red Cross (ICRC) berkenaan keselamatan siber serta taklimat pembangunan dan pengendalian portal ACDN. Selain itu, mesyuarat juga membincangkan keperluan bagi negara ASEAN dalam mengukuhkan kerjasama keselamatan siber. Mesyuarat ACDN Kali Ke-4 telah berjaya mencapai matlamatnya dengan memperkukuh hubungan kerjasama antara negara anggota ASEAN dalam menghadapi cabaran siber yang semakin kompleks. Malaysia sebagai tuan rumah telah menunjukkan kepimpinan dalam agenda keselamatan siber serantau dan komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam menjayakan visi ASEAN yang lebih selamat, stabil dan berdaya tahan. Oleh: Ajk Media Siber Siaga
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
𝗕𝗨𝗟𝗘𝗧𝗜𝗡 𝗔𝗧𝗠 : 𝗦𝗜𝗕𝗘𝗥 𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗕𝗘𝗥 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡 Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari bersama Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan hadir memeriahkan Program Siber Siaga 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Malaysia (MITEC). Program kesedaran siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) edisi keempat ini yang dianjurkan bersama CyberDSA 2025, dirasmikan oleh YB Adly Zahari dengan ucapan pembukaan oleh Panglima Tentera Darat. Bertemakan “Battle Beyond Borders”, Siber Siaga 2025 menekankan ancaman siber sebagai konflik penentu pada era digital, di mana ancaman merentasi sempadan geografi, politik dan organisasi. Penganjurannya bertujuan meningkatkan kesedaran serta memperkukuh daya tahan digital masyarakat, agensi kerajaan dan organisasi bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara. Antara pengisian utama ialah forum antarabangsa “Battlefield Without Borders”, diikuti Mesyuarat ASEAN Cyber Defence Network (ACDN) Ke-4 serta Persidangan Military, Intelligence, Enforcement Agencies and Security Agencies Conference (MIESAC) Ke-2. Perbincangan memberi tumpuan kepada cabaran geopolitik, strategi ketenteraan era digital serta kepentingan kerjasama serantau dalam membina pertahanan siber yang berdaya tahan. Selain forum, acara ini turut mempamerkan teknologi keselamatan siber, integrasi pertahanan dan produk inovasi baharu. Program ini juga menyaksikan penganjuran Kejohanan E-Sukan Gen ATM sebagai inisiatif mencungkil bakat belia dalam arena digital. Pihak penganjur menegaskan bahawa pertahanan siber adalah tanggungjawab bersama, memerlukan pendekatan Whole of Government dan Whole of Society (WoGoS) bagi menghadapi ancaman hibrid serta memastikan keselamatan negara kekal terjamin. Serentak dengan penganjuran Siber Siaga, Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia (CyberDSA) 2025 turut membuka tirainya di MITEC Kuala Lumpur menandakan edisi ketiga sebagai platform utama merangka solusi keutamaan negara dalam aspek keselamatan siber dan kepercayaan digital. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo. Bertemakan “Pioneering the Future: Building a Resilient and Trusted Digital Nation”, persidangan ini menghimpunkan lebih 8,000 peserta dari 45 negara serta 150 pempamer antarabangsa menjadikan Malaysia hab utama kerjasama keselamatan digital serantau dalam menghadapi ancaman siber global yang semakin kompleks. Turut hadir menyempurnakan majlis, Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Muhamad Norazlan Aris TUDM; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Ts. Shamsuddin Hj Ludin; Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong; serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali. Berita dan gambar: BRKSP. #AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara #PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan #KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama #ATMSentiasaBersepadu #DutyHonourSacrifice
без подписи