HRlaw Club:Channel
СтатистикаTelegram channel ini diwujudkan untuk membantu Biz Owner dan Usahawan dalam menguruskan HR terutama dalam sudut perundangan. Jika anda memerlukan khidmat kami boleh hubungi team kami di No. 0194039508
- Последний пост
- 19 апр.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
“We didn’t follow LIFO because others have better skills.” Sounds familiar? This is one of the most common justifications we hear from companies during retrenchment. And yes… It can be a valid exception. But here’s the problem: Most companies cannot prove it. If you are handling restructuring, downsizing, or selection for retrenchment… This is something you need to get right Because: Retrenchment is not tested by intention It is tested by evidence
Retrenchment bukan sekadar “cut cost decision”. Ia adalah legal risk. Dengan keadaan semasa di Timur Tengah yang memberi kesan kepada ekonomi global, semakin banyak syarikat mula mempertimbangkan langkah restructuring dan retrenchment. Baru-baru ini, sebuah syarikat hubungi firma kami. Soalan mereka ringkas: “Macam mana nak buat retrenchment yang valid dari segi undang-undang?” Kami mula sediakan legal opinion. Tetapi dalam proses itu, kami jumpa sesuatu yang penting. Kami jumpa beberapa kes di Industrial Court… Kes di mana majikan yakin mereka ada alasan yang kukuh. Namun akhirnya… Mahkamah putuskan retrenchment itu sebagai mala fide (bad faith) Rujuk slide ni utk faham kes-kes Mahkamah putusman ada bad faith.
Untuk HR uruskan salah laku secara step by step
“Kalau pekerja resign masa tengah siasatan… habis macam tu je?” Ini soalan real yang ramai majikan tak jelas. Baru-baru ini, seorang rakan tanya saya: “Kalau staff letak jawatan masa dia sedang disiasat, majikan boleh tak terima ke? Dan adakah dia terlepas dari tindakan tatatertib?” Jawapan ringkas, tapi ramai salah faham: 1. Resignation x perlukan persetujuan majikan Berbeza dengan terminate, resignation adalah hak pekerja. Majikan tak boleh ‘reject’ notis tersebut jika ikut kontrak. 2. Tapi… itu tidak bermaksud dia ‘escape’ sepenuhnya Ramai ingat bila resign, semua kes tutup.Salah. Majikan masih boleh: ✔️ Teruskan siasatan (untuk rekod & ambil tindakan) ✔️ Simpan hak untuk tuntut kerugian ✔️ Ambil tindakan sivil jika ada loss kepada syarikat 3.Apa yang patut dibuat: Terima notis resignation secara rasmi Nyatakan bahawa siasatan masih berjalan Reserve rights untuk tuntutan gantirugi Rekodkan semua findings dengan proper documentation Ada isu HR? Hubungi kami: https://wa.me/60183597622
“Majikan tak benarkan solat Jumaat?” Atau sebenarnya… masalah tiada sistem? Baru-baru ini, satu insiden melibatkan perniagaan F&B menjadi tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai. Dakwaannya: pekerja lelaki Muslim tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat. Majikan menafikan. Pekerja pula beri versi berbeza. Seperti biasa, kebenaran mungkin berada di tengah. Namun, ini bukan sekadar isu agama. Ini adalah isu pengurusan manpower dan pematuhan undang-undang. Apa isu sebenar? Solat Jumaat: Berlaku dalam waktu yang tetap Tidak boleh “di-rotate” Wajib bagi lelaki Muslim Dalam masa yang sama, industri seperti F&B dan retail: Beroperasi pada waktu puncak makan tengah hari Sangat bergantung kepada tenaga kerja Di sinilah ada konflik yang berlaku. Untuk Pemilik Perniagaan: Apa yang ANDA perlu faham Garis panduan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) adalah jelas: ✔️ Pekerja mesti diberikan masa yang mencukupi untuk menunaikan solat Jumaat (±1.5 jam) Dalam masa yang sama: ✔️ Majikan berhak mengurus operasi ✔️ Majikan boleh menetapkan struktur, jadual dan kawalan Jadi apa solusi SEBENAR? Bukan larangan. Bukan kebebasan tanpa kawalan. Tetapi reka bentuk sistem. Hybrid staffing (guna staf bukan Muslim atau wanita sebagai sokongan) Staggered exit (kawal aliran keluar, bukan rotate solat) Pengurangan operasi sementara Atau penutupan sementara jika tenaga kerja tidak mencukupi Masalah sebenar bukan pekerja pergi solat Jumaat. Masalah sebenar ialah ketiadaan SOP khusus untuk hari Jumaat. Untuk Pekerja: Ketahui hak anda Anda berhak: ✔️ Mendapat masa munasabah untuk menunaikan solat Jumaat ✔️ Tidak dihalang Jika anda menghadapi: Larangan secara terus Ancaman tindakan disiplin kerana menunaikan solat Tekanan untuk memilih antara kerja dan kewajipan agama Anda boleh: Membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Mendapatkan nasihat undang-undang Dalam keadaan tertentu, mempertimbangkan tuntutan constructive dismissal Tetapi ingat (ini penting) Hak datang bersama tanggungjawab. Pekerja tidak boleh: ❌ Meninggalkan tempat kerja tanpa makluman ❌ Menyalahgunakan alasan agama untuk mengelakkan tanggungjawab kerja Kesimpulan Ini bukan tentang “majikan yang zalim” atau “pekerja yang bermasalah”. Ini adalah tentang: Ketiadaan struktur, SOP dan komunikasi yang jelas. Menghadapi isu HR, pematuhan atau pengurusan pekerja? Huhungi kami untuk dapatkan HR Membership Package. 📩 PM kami sekarang untuk maklumat lanjut. https://wa.me/60183597622
без подписи
Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨ Maaf Zahir & Batin daripada seluruh warga AAS HEXO. Terima kasih kerana terus bersama kami sebagai rakan kerjasama. Kami amat menghargai hubungan ini dan berharap ia akan terus berkembang pada masa akan datang. Semoga Aidilfitri ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan buat anda dan keluarga.
Raya 2026: Kenapa Ada Pekerja Cuti Dari Jumaat Sampai Isnin? Kerajaan Malaysia telah mengumumkan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026. Namun ramai majikan dan HR masih keliru bagaimana struktur cuti ini berfungsi dari sudut undang-undang. Mari kita lihat dua kemungkinan. Scenario 1 Jika Hari Raya jatuh pada Jumaat Jumaat Hari Raya Aidilfitri – Hari Pertama Sabtu Hari Raya Aidilfitri – Hari Kedua Ahad Rest Day Isnin Cuti tambahan yang diumumkan oleh kerajaan ➡️ Jumlah hari tidak bekerja: 4 hari berturut-turut Scenario 2 Jika Hari Raya jatuh pada Sabtu Jumaat Cuti tambahan yang diumumkan oleh kerajaan Sabtu Hari Raya Aidilfitri – Hari Pertama Ahad Hari Raya Aidilfitri – Hari Kedua (jatuh pada Rest Day) Isnin Replacement Holiday kerana public holiday jatuh pada rest day ➡️ Jumlah hari tidak bekerja: 4 hari berturut-turut Asas Undang-Undang Yang Ramai Tak Sedar Cuti tambahan yang diumumkan kerajaan dibuat di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951, yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am tambahan. Manakala bagi majikan, pengurusan cuti pekerja pula tertakluk kepada Seksyen 60D Akta Kerja 1955. Di bawah seksyen ini, majikan boleh: • menggantikan hari kelepasan am kepada hari lain • dengan persetujuan pekerja • bagi tujuan mengurus operasi atau jadual kerja Ini membolehkan syarikat menyusun semula tenaga kerja atau mengawal kos bayaran kerja pada public holiday. Perkara Penting Untuk Majikan Jika pekerja diminta bekerja pada hari kelepasan am, majikan perlu mematuhi kadar bayaran yang ditetapkan di bawah Seksyen 60D Akta Kerja. Sebab itu banyak syarikat akan: • menyusun jadual kerja lebih awal • menutup operasi sementara • atau menggantikan cuti kepada hari lain bagi memastikan pematuhan undang-undang dan pengurusan kos yang lebih baik. Jika perlu HROutsource atau subscribe HRMembership boleh tekan link https://wa.me/60183597622
без подписи
Need help managing your HR department? We provide professional HR outsourcing services to support your business, including: • Payroll management • HR advisory & compliance support • Recruitment services Let us handle your HR so you can focus on growing your business. 📩 Feel free to PM or contact us at 018-359 7622 for more details.
Rumah ada. Tanah ada. Simpanan ada. ASB dan Tabung Haji ada. Segalanya nampak lengkap. Tetapi… Selepas kita tiada, bolehkah keluarga terus menggunakannya? Penama bukan jaminan segalanya. Tanpa perancangan, harta boleh tersangkut bertahun-tahun. Harta bukan sekadar dimiliki. Memastikan ia sampai kepada waris adalah amanah. Rancang awal, sebelum amanah itu tertangguh. *Sesi Ilmu Khas Secara Live di Zoom :* 📅 12 Mac 2026 , Khamis ⏰ 1:00 – 2:00 petang 🎓 Dikendalikan oleh Perunding Pewarisan Harta Islam berpengalaman. 🎟 Akses terhad kepada yang berdaftar 👉 Imbas QR untuk sahkan tempat Atau tekan link sekarang : https://tinyurl.com/Harta-Selamat-vs-Tersangkut
Tajuk sharing: Upgrade Nilai Tanah Anda Oleh: Bill Rohaizan Rahim Berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri hartanah. Seorang Agent Hartanah yang banyak terlibat dengan urusan tanah, aktif dalam NGO & Koperasi yang terlibat dengan tanah. Beliau akan sharing tips2 untuk upgrade Tanah anda termasuk cara nak beli tanah murah2. Tempat terhad, anda dijemput hadir. Daftar dulu, link akan diberikan selepas anda daftar. 28 Feb 2026 (Sabtu ini), Masa: 11am - 12.30pm Link daftar: https://tinyurl.com/upgradetanah PIC Mr. Ben: +60 11-1120 2900 Jumpa anda Sabtu ini...
Salam Ramadan, Ramadan is a month of reflection and reset. It is also the right time for leaders to reflect on one critical question: Is your HR still functioning as payroll and administration, or is it designed to drive profit? Many organisations continue to treat HR as a cost centre. But when structured strategically, HR can become a powerful profit engine that protects revenue, controls risk and strengthens performance. Sempena Ramadan, M2M Mastery is hosting a special Lunch Hour Executive Session: From Payroll to Profit Redesigning HR for 2026 📅 19 February 2026 ⏰ 1.00 PM to 2.00 PM 💻 Online Session In this session, you will discover: ✔ How HR can increase revenue per employee ✔ How to build a performance system that protects profit ✔ How to minimise expensive employment disputes If you are a business owner, CEO, HR leader or member of the management team, this session is designed for you. Register here: https://tinyurl.com/payroll2profit
Many companies still treat HR as a payroll and administrative function. But in reality, HR can become a powerful profit engine when designed strategically. Join us in this exclusive webinar: From Payroll to Profit: Reengineering HR for 2026 📅 19 February 2026 ⏰ 1.00 PM – 2.00 PM 💻 Online Session In this 1-hour executive briefing, you will discover: ✔ How HR increases revenue per employee ✔ How to reduce costly turnover ✔ How to build a performance system that protects profit ✔ How to minimise expensive employment disputes If you are a business owner, CEO, HR leader or management team member, this session is for you. Register here: https://tinyurl.com/payroll2profit Seats are limited.
Ramai majikan tak sedar, isu HR kecil boleh jadi masalah besar 💥 Kami kongsikan perbincangan menarik dalam Inspirasi Three Sixty Podcast 🎙️ tentang: 👉 HR Risk 👉 Penamatan kerja 👉 Prestasi & salah laku pekerja 👉 Risiko saman & kos tersembunyi kepada bisnes 🎥 Link podcast: https://youtu.be/jt_jr1iTQcA Kalau anda kenal SME, boss, atau HR yang selalu “firefighting” isu staff, please share podcast ni. Mana tahu boleh selamatkan bisnes mereka 🙏
We would like to invite you to join our FREE Live Session webinar. We will discuss practical, actionable steps for ESG implementation. For your information, the webinar will be held every 1st and 3rd week of the month covering various topics related to the industry needs. (Employment Law, Assets Management, Digital Account, Facilities Management ect.) 🌍 Webinar: From Idea to Practice → Implement It 📅 Date : 3 Feb 2026 Time : 8.45pm - 10.30pm 📍 Platform: Online (Link will be provided 3-days before the event) 💡 Why This Webinar is Essential This focused session will guide you through: Building a clear business case for ESG adoption. Practical steps for seamless ESG integration. Setting measurable goals and KPIs. Learning from effective ESG case studies. 🎯 Key Takeaways A clear roadmap for execution. Tools and frameworks for measurable impact. Networking opportunities. This is a complimentary event, but seats are limited. Don't miss this opportunity to solidify your ESG strategy. 📢 Register Now to Secure Your Place: https://forms.gle/kVXTraE9u2tyUZKs7 Best regards, MindtoMind Mastery Solutions mind2mindmastery@gmail.com Tel : +601111202900 ; +60129965253
без подписи
Semalam ada syarikat WhatsApp team HR. Nada dia takut, dan jujur. “Tuan, contractor saya accident masa nak ke tempat kerja. Dia nak claim SOCSO. Kami kena bagi kontrak kepada SOCSO Tapi SOCSO minta kami endorse dia sebagai pekerja. Macam mana tuan…?” Kami minta kontrak itu untuk kami review. Lepas baca, kami faham kenapa SOCSO minta endorse sebagai pekerja. Atas kertas memang ditulis Contract for Service. Tetapi realiti dalam kontrak itu… banyak terma yang menyerupai pekerja sepenuhnya. Antara yang paling kritikal: (1) Kawalan cara kerja Kontrak nyatakan tugas contractor akan ditentukan oleh Managing Director. Contractor perlu melapor terus kepada MD. Dalam undang undang, ini dipanggil direct control. Apabila wujud kawalan seperti ini, hubungan sudah menyerupai Contract of Service, bukan freelancer. (2) Kawalan masa kerja Kontrak tetapkan waktu kerja seperti berikut: Isnin sampai Sabtu 8.00 pagi sampai 5.00 petang Walaupun ditulis “boleh berubah ikut keperluan”, ia tetap menunjukkan struktur waktu kerja seperti pekerja, bukan contractor bebas. SOCSO. JTK. KWSP bukan setakat tengok tajuk dokumen. Mereka tengok cara kerja sebenar. Kalau ada elemen kawalan Kalau ada waktu kerja Kalau guna peralatan syarikat Kalau perlu lapor kepada supervisor …maka CFS itu tidak lagi CFS. Ia jatuh bawah Seksyen 101C Akta Kerja 1955 yang membenarkan pihak berkuasa menganggap contractor itu sebenarnya pekerja. Dan bila contractor dianggap pekerja… Syarikat terpaksa bayar: • Caruman SOCSO tertunggak • Caruman KWSP ke belakang • Gaji minimum • OT dan cuti • Dan tanggungjawab lain di bawah Akta Kerja Dalam kes syarikat ini, SOCSO sudah mula bertanya. Ini tanda pertama audit mungkin berlaku. Kami kongsi cerita ini supaya syarikat lain sedar. Jangan tunggu contractor buat aduan. Jangan tunggu SOCSO, KWSP atau JTK datang audit. Semak dulu kontrak CFS syarikat. Kadang kadang walaupun contractor dah bersetuju dan sign agreement tetapi jika dokumen menunjukkan sebaliknya syarikat tetap akan sangkut. Dan kosnya bukan sedikit. Jika anda ada kontrak CFS dan mahu pastikan ia selamat daripada Seksyen 101C klik link untuk team HR kami bantu https://tinyurl.com/reviewCFS
без подписи
PIHAK BERKUASA TURUN PADANG – MAJIKAN, TOLONG BETULKAN KONTRAK ANDA SEBELUM TERLAMBAT Baru-baru ini ada berita bahawa pihak berkuasa turun padang buat pemeriksaan dan pemantauan ke atas syarikat. Fokus mereka jelas, iaitu: ✔ Semak caruman ✔ Semak status pekerja ✔ Semak hubungan kerja sebenar ✔ Semak siapa yang dianggap pekerja walaupun dipanggil freelancer atau contract for service Dan ini benda yang ramai majikan tak sedar… Jika syarikat guna Contract for Service (CFS), tapi ciri pekerja wujud, PERKESO / KWSP / JTK boleh reclassify mereka sebagai PEKERJA. Apa kesannya? Syarikat boleh dikenakan: ❌ Tuntutan caruman ke belakang ❌ Penalti kelewatan ❌ Denda RM50,000 ❌ Risiko audit lanjutan oleh PERKESO / KWSP / JTK Kenapa banyak syarikat sangkut? Sebab kontrak CFS yang digunakan tidak tulen. Banyak syarikat buat CFS tetapi: • Ada waktu bekerja tetap • Ada arahan harian • Ada pengawasan supervisor • Guna alat syarikat sepenuhnya • Dibayar secara bulanan • Mesti hadir kerja ikut jadual syarikat Semua ini adalah ciri pekerja, bukan kontraktor. Tak kisahlah apa label dalam kontrak. Kalau ciri pekerja wujud, undang undang anggap dia pekerja. Ini selari dengan Seksyen 101C Akta Kerja 1955. Apa itu Seksyen 101C? Ia peruntukan yang menyatakan bahawa jika: • Tiada kontrak perkhidmatan, atau • Ciri pekerja wujud dalam amalan kerja …maka undang undang akan menganggap individu itu pekerja, walaupun dalam kontrak yang dibuat disebut freelancer, runner, agent atau subcontractor. Ini isu yang PERKESO, KWSP dan JTK sedang perhatikan dengan rapat sekarang. Nasihat penting kepada majikan: Jangan tunggu pegawai PERKESO datang baru nak betulkan kontrak. Kalau syarikat anda guna: • Freelancer • Part timer • Agent • Subcontractor • Tenaga kerja projek • Tenaga kerja harian • Crew event • Beautician freelance • Tutor atau trainer freelance Pastikan kontrak CFS anda betul betul membezakan mereka daripada pekerja. Jangan gunakan kontrak copy paste. Jangan masukkan terma seperti waktu bekerja, cuti, atau arahan supervisor. Jika anda ada CFS, buatlah semakan awal sebelum terlambat. Ini link berita pihak berkuasa turun padang. https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/06/969738/majikan-arah-pekerja-pulang-elak-serbuan-perkeso Klik link jika nak review CFS untuk team HR kami bantu https://tinyurl.com/reviewCFS