Aishah Kassim Academy
СтатистикаSelamat datang ke Telegram Channel Aishah Kassim Academy Kami tahu impian anda semua nak anak bercakap bukan? Di sini kami nak beri 7 VIDEO TEKNIK RANGSANG BAHASA & tips berkaitan kepada anda semua untuk merealisasikan IMPIAN NAK ANAK CAKAP
- Последний пост
- 10 июл.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
"Teacher, anak saya tak nak pandang muka..." Ramai mommy daddy risau apabila anak susah membuat eye contact. Tapi tahukah mommy daddy? Eye contact bukan sesuatu yang perlu dipaksa. Ia dibina melalui hubungan, rasa selamat dan interaksi yang positif bersama anak. Cuba mulakan dengan cara mudah: ✨ Bermain bersama anak secara face-to-face ✨ Panggil nama anak dengan lembut ✨ Beri pujian apabila anak cuba melihat ✨ Jadikan eye contact sebahagian daripada permainan harian Ingat mommy daddy, setiap anak berkembang mengikut tahap mereka. Yang penting, teruskan bina hubungan dan beri peluang kepada anak untuk belajar sedikit demi sedikit.
Assalamualaikum & Selamat Pagi Mommy Daddy yg hebat.. Jangan tunggu sehingga terlambat untuk bertindak kerana umur anak makin terus meningkat. Dapatkan bantuan dan penilaian professional untuk menilai perkembangan anak anda. . . Aishah Kassim Academy Building Special Future
без подписи
без подписи
JOM MASUK LIVE MALAM BERSAMA PN AISHAH . . Puan Aishah akan mengupas tajuk-tajuk yang menarik berkenaan anak-anak speech delay . Kerisauan yang sering di hadap oleh ibu bapa berkenaan perkembangan anak . Puan Aishah akan LIVE di Facebook & Tiktok, jam 10malam sehingga jam 12 malam Jumpa malam ini!
“Anak speech delay bukan malas bercakap,mereka cuma perlukan bantuan yang betul.” Ramai ibu ayah fikir: “Tak apa, nanti besar pandai bercakap sendiri.” Ada yang boleh, tapi ramai yang perlukan intervensi awal. Anak yang tak boleh bercakap selalunya frust. Mereka tahu apa yang mereka nak, tapi tak tahu cara menyampaikannya. Sebab itu mereka: • Menjerit • Menangis • Mengamuk • Menunjuk-nunjuk tanpa suara Lagi awal anak dapat bantuan, lagi besar peluang anak kejar perkembangan rakan sebaya. Tak salah cari bantuan. Yang salah bila kita tahu, tapi memilih untuk diam 🤍 Jumpa kami utk bantuan: 📍 Sek.15, Bandar Baru Bangi 📍 Sek.13, Alami Garden, Shah Alam 📍 TTDI GROVE, Kajang
Hari ini, langkah kecil bermula di AIKA. . . Bukan semua anak terus berani, bukan semua mommy daddy terus kuat. Tapi hari ini, anak mula belajar percaya, dan kita mula belajar untuk lepaskan dengan harapan. Selamat datang ke perjalanan baru 🤍
без подписи
Selain main bubble, apa lagi boleh dibuat? . . Rupanya banyak aktiviti ringkas yang boleh di-improvise, dan setiap satunya ada manfaat besar untuk perkembangan anak. Tiup air sabun guna straw → bantu kawal pernafasan & koordinasi mulut Tiup bubble guna tangan yang dicelup air sabun → latih fokus, kekuatan otot mulut & kawalan diri Tiup tisu → bantu kuatkan otot rahang, bibir & mulut (antara asas penting untuk pertuturan) Aktiviti nampak mudah, tapi impaknya besar bila dibuat dengan cara yang betul. 📲 Nak tahu lebih banyak aktiviti sesuai ikut keperluan anak? Hubungi kami → https://aishahkassim.wasap.my 📍 Aishah Kassim Academy Sek.15, Bandar Baru Bangi Sek.13, Alami Garden, Shah Alam TTDI GROVE, Kajang
"Setahun yang penuh makna" Genap setahun anak ini dihantar ke Aishah Kassim Academy. Perlahan, tapi jelas perubahannya. Hari ini, • Anak sudah boleh naming banyak benda • Arahan mudah semakin difahami • Tingkah laku lebih terkawal • Lebih tenang bila dibawa keluar • Tahap sensitif semakin berkurang Bukan perubahan drastik dalam sehari, tapi perkembangan yang buat ibu bapa rasa “Ya, kami di jalan yang betul.” Kerana setiap anak perlukan masa, dan setiap usaha kecil itu sangat bererti. 📲 Hubungi kami → https://aishahkassim.wasap.my 📍 Aishah Kassim Academy Sek.15, Bandar Baru Bangi Sek.13, Alami Garden, Shah Alam TTDI GROVE, Kajang
Anak cepat gayat? Jom bantu mereka dengan cara yang selamat & seronok menggunakan GYM BALL! . . Ramai mommy daddy risau bila anak tak berani panjat, takut tinggi atau mudah hilang keseimbangan. Tapi sebenarnya gayat boleh dilatih perlahan-lahan melalui stimulasi yang betul. Salah satu cara paling efektif & selamat? Guna gym ball! Dengan gym ball, anak akan dapat banyak manfaat seperti: ✅ Kurangkan rasa takut pada pergerakan ✅Kuatkan sistem keseimbangan (vestibular) ✅ Bina keyakinan diri ✅ Stabilkan postur & core strength Yang penting, mommy daddy buat slowly, ikut keselesaan anak, dan jangan paksa 💛 Little progress is still progress. 📲 WhatsApp kami: https://aishahkassim.wasap.my 📍 Lokasi Aishah Kassim Academy Sek.15, Bandar Baru Bangi Sek.13, Alami Garden, Shah Alam TTDI Grove, Kajang
Kenapa penting untuk ransang balancing anak sejak kecil? . . Ramai mommy daddy tak sedar, kemahiran keseimbangan (balancing) bukan sekadar pandai berdiri atau jalan tak jatuh. Ia sebenarnya asas kepada banyak perkembangan besar anak. Bila anak buat aktiviti balancing sambil bermain, mereka sedang membina: ✅ Posture yang stabil ✅Pergerakan yang teratur ✅ Kemahiran motor halus lebih kuat ✅ Self-regulation ✅ Keyakinan diri meningkat Balancing bukan sekadar main-main, Ia adalah pelaburan kecil yang memberi impak besar pada perkembangan anak. Kalau mommy daddy nak anak lebih stabil, yakin & fokus aktiviti simple macam dalam video ni dah cukup bantu 📲 Nak consult perkembangan anak? https://aishahkassim.wasap.my 📍 Lokasi Aishah Kassim Academy: Sek.15, Bandar Baru Bangi Sek.13, Alami Garden, Shah Alam TTDI Grove, Kajang
“Kami jumpa satu soalan di Twitter… dan ramai mommy daddy mungkin tengah risau benda yang sama.” Dalam post tu, seorang ibu kongsi anaknya geli dengan benda lembik, tak suka tekstur tertentu, dan mula risau sebab bila Google semua kaitkan dengan autism. Padahal anak baru nak masuk 8 bulan. Mommy daddy… Tak semua sensory problem = autism. Dan tak semua anak yang “geli”, “takut bunyi kuat”, atau “elak tekstur tertentu” sedang menghadapi isu besar. Kadang-kadang, ini cuma tanda: ✨ Sistem deria mereka masih berkembang ✨ Anak perlukan lebih banyak peluang sensory exposure yang sesuai ✨ Atau ada faktor pemakanan yang mempengaruhi mood, selera & toleransi sensori mereka Dalam video ini, OT & Nutritionist AKA jawab secara jelas Yang penting, Jangan panik hanya kerana Google. Lihat anak secara menyeluruh, bukan satu tanda semata-mata. Nak tanya pasal perkembangan anak? Klik sini → https://aishahkassim.wasap.my
без подписи
“Dulu tak ada satu pun perkataan… hari ini anak saya dah boleh sebut.” . . Ada mommy yang tak mampu hantar anak ke pusat luar. Tapi beliau tak pernah berhenti belajar. Setiap kali kami buat LIVE, mommy ini akan join. Dari tak tahu nak mula macam mana, sampai akhirnya anaknya umur 2 tahun 4 bulan keluar juga 1 perkataan pertama. Hari demi hari, dia ikut tips yang dia belajar: ✨ cara susun ayat ✨ cara beri pilihan ✨ cara modelkan perkataan ✨ cara respon bila anak cuba bersuara Dan baru-baru ini… anaknya mula menyebut! Ayat pertama ikut situasi “mama nak susu”. Mommy tu sendiri cakap, “Saya happy sangat, Allah je tahu.” Kadang perkembangan nampak kecil… tapi pada seorang ibu, itu adalah keajaiban yang tak ternilai. Yang penting mommy daddy tak berhenti usaha, dan tahu teknik yang betul untuk bantu anak. Kalau mommy daddy nak guide yang lebih tersusun untuk 2026, Aishah Kassim Academy sedia bantu 💛 📞 Daftar & tanya slot 2026 di sini: https://aishahkassim.wasap.my