alislahmosque
СтатистикаAl-Islah Mosque 30 Punggol Field, Singapore Follow us! Facebook: Masjid Al-Islah Punggol Instagram: @alislahmosque WhatsApp Channel: @alislahmosque Tiktok: @alislahmosque Telegram: @alislahsg For Donations and Fees Payment: www.alislah.sg
- Последний пост
- 13 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 1
- Всего постов
- 102
- Тип
- открытый
- Язык
- английский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 99
- 1/48двое суток
- 113
- 1/72трое суток
- 122
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
14 Aug 2026, 1 Rabiul Awwal 1448H Love for Prophet Muhammad s.a.w. https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Khutbah * First session: Khutbah in Malay, 1.11 pm * Ustaz Izal mustafa kamar & Sdr Md Arsyad Rahmat * Second session: Khutbah in English, 2:10pm * Ustaz Mahmod Abd as-Saqafy & Sdr Haji Md Shamsudin Abu Ali For those who wish to contribute, donations can be made via PayNow to UEN: T13MQ0001J. Please indicate “INFAQ JUMAAT” in the remarks section. We truly appreciate your generous contributions. Jazakumullahu khayran for your continuous support.
без подписи
Masjid al-Islah akan menyediakan kuliah subuh khas pada hari Ahad & Isnin. Kami menjemput muslimin dan muslimat untuk sama-sama kita meramai solat subuh berjemaah dan menghadiri majlis ilmu. Jangan lupa untuk mewar-warkan kepada kenalan dan sanak saudara serta ajak untuk meriahkan lagi suasana beribadah.
без подписи
без подписи
We invite all families to join our Family Day with engaging and meaningful activities. - Sign Language, Kids Maulid, Bacaan Hadith - Registration: https://bit.ly/aimfamilyday26 - Others: Booths/Bazaar, Kuliah Subuh Khas, Ceramah by Ustzh Dato Dr Nor Hafizah Musa, Wedding Showcase, Archery, Mega Maulid and many more. Spend quality time with your family while nurturing your children's love for the Prophet ﷺ in a joyful and welcoming environment. We look forward to welcoming you and your family for a morning filled with faith, joy and love for the Prophet Muhammad ﷺ.
Alhamdulillah! Beginning 7 August 2026, Masjid Al-Islah will be opening our Second Session Friday Prayers (Solar Jumaat) for Muslimahs. Come and enliven the house of Allah by joining us in worship and remembrance. We look forward to welcoming you. 🤍
без подписи
17 July 2026, 2 Safar 1448H Topic: Health: The Oft-neglected Trust and Blessing https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Khutbah * First session: Khutbah in Malay, 1.13 pm * Ustaz Md Munir Zulkiflee & Fazil Akram Dereinda * Second session: Khutbah in English, 2:10pm * Ustaz Md Asadullah Zulkiflee & Md Aizat Muhd Salim For those who wish to contribute, donations can be made via PayNow to UEN: T13MQ0001J. Please indicate “INFAQ JUMAAT” in the remarks section. We truly appreciate your generous contributions. Jazakumullahu khayran for your continuous support.
🎙️ SENTUHAN MIMBAR Tidak semua orang akan berdiri di atas mimbar, namun setiap Muslim wajar memahami kemuliaan dan amanah yang dibawa oleh seorang khatib. Khutbah Jumaat bukan sekadar ucapan mingguan, bahkan ia merupakan syiar Islam yang telah diwarisi sejak zaman Rasulullah ﷺ. Di sebalik beberapa minit penyampaiannya, tersimpan adab, hukum, sejarah dan tanggungjawab yang besar. Melalui Bengkel Khatib: Sentuhan Mimbar, peserta akan didedahkan kepada kefahaman yang lebih mendalam mengenai institusi khutbah, di samping merasai sendiri pengalaman berada di persekitaran mimbar untuk lebih menghayati amanah yang dipikul oleh seorang khatib. 📅 Ahad, 26 Julai 2026 🕤 9.30 pagi – 1.30 tengah hari 📍 Masjid Al-Islah, Auditorium Tingkat 3 ✅ Terbuka kepada peserta 18 tahun ke atas Daftar di: https://tinyurl.com/Smimbar atau imbas Kod QR pada poster. Semoga ilmu yang dipelajari menambahkan penghargaan kita terhadap syiar khutbah dan mereka yang menyampaikannya.
Di sebalik kesibukan mengejar urusan dunia, jangan sampai kita terlupa untuk mengisi keperluan hati dan jiwa. Luangkan sedikit masa untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah swt melalui Qiyamullail di Masjid Al-Islah. Jadikan saat-saat yang penuh keberkatan ini sebagai peluang untuk merehatkan hati, memperbaharui iman, menghidupkan kembali semangat beribadah serta menguatkan kecintaan kita kepada Allah. Qiyamullail akan dipimpin oleh Wan Ilhan Abdul Aziz bermula jam 4.30 pagi. Selepas itu, marilah kita terus bersama dalam Kuliah Subuh yang akan disampaikan oleh Ustaz Mustaqim, agar pagi kita dimulakan dengan santapan ilmu dan peringatan yang bermanfaat. Semoga setiap langkah kita menuju rumah Allah dicatat sebagai amal soleh, setiap doa diangkat ke langit, dan setiap kesusahan dipermudahkan oleh-Nya. #MasjidAlIslah #Qiyamullail #KuliahSubuh #Istiqamah #KembaliKepadaAllah
https://www.facebook.com/photo/?fbid=1457526876415510&set=a.623469849821221 ✨ Tahukah anda Allah SWT memberikan peluang istimewa untuk menghapuskan dosa setahun yang lalu melalui puasa Hari Asyura. Rasulullah ﷺ bersabda: "Puasa itu (asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu." Sempena Hari Asyura, Masjid Al-Islah menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menghidupkan hari yang penuh keberkatan ini. Kami juga membuka peluang kepada para dermawan untuk infaq makanan buat jemaah yang berpuasa. Bagi yang ingin menyumbang, infaq boleh disalurkan melalui PayNow UEN: T13MQ0001J 🤲 Semoga Allah SWT menerima ibadah puasa kita, mengampunkan dosa-dosa kita, dan melimpahkan keberkatan dalam setiap urusan kita. Jangan lepaskan peluang yang hadir hanya sekali setahun ini.
Ayuh bersama *MALAM INI* sertai Majlis Zikir Awal Muharram 1448H yang akan dibimbing oleh Al-Fadhil Ustaz Hasbi bin Hassan (Penasihat Agama (Masyaikh) PERGAS & Jawatankuasa Fatwa MUIS) dan manfaatkan peluang ini untuk memperbaharui keimanan, bermuhasabah serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga permulaan tahun yang penuh keberkatan ini menjadi titik tolak untuk kita memperbaiki amalan, meningkatkan hubungan dengan Allah SWT serta meraih rahmat, keberkatan dan taufiq-Nya sepanjang tahun 1448H. https://www.facebook.com/share/p/1DUZFnoAPT/
без подписи
🌙 Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Muharram dan tahun baharu Hijrah. Marilah kita memulakan lembaran tahun ini dengan azam yang lebih baik, memperbanyakkan amal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Masjid Al-Islah dengan sukacitanya mengundang muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menghadiri program pada Sabtu ini: ✨ Qiyamullail 🕓 4.15 pagi – 5.15 pagi ✨ Majlis Zikir bersama Ustaz Hasbi Hassan 🕌 Selepas solat Isyak Jangan lepaskan peluang-peluang ibadah yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Mudah-mudahan setiap langkah yang kita ambil menuju kepada ketaatan menjadi asbab rahmat, keampunan dan keberkatan daripada-Nya. 🤲 Semoga Allah SWT memberkati tahun baharu ini, mengurniakan kekuatan untuk terus istiqamah dalam beribadah, serta menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang sentiasa dekat dengan-Nya. Amin.
🌙 Muharram datang lagi. Usia kita bertambah, tetapi masa kita sebenarnya semakin berkurang. Jika ini Muharram yang terakhir, apakah yang ingin kita persembahkan kepada Allah? Jom hadir ke Majlis Awal Muharram di Masjid Al-Islah bermula jam 6.30 petang. Sama-sama kita berzikir, berdoa, bermuhasabah dan memperbaharui azam untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. ✨ Jangan biarkan Muharram kali ini berlalu tanpa perubahan dalam diri.
🌙 Kuliah Subuh Sempena Cuti Umum 🌙 Kita masih berada dalam bulan Dzulhijjah yang penuh keberkatan. Sempena cuti umum ini, Masjid al-Islah akan mengadakan Kuliah Subuh yang akan disampaikan oleh Pegawai Dakwah kami, Ustaz Muhammad Lutfi Zulkiflee dengan tajuk: 📖 “Baitullah dan Tarbiyah Hati Mukmin” Kuliah ini akan membawa kita mentadabbur beberapa ayat daripada Surah al-Baqarah sebagai panduan dalam mentarbiyah hati mukmin, di samping menelusuri beberapa peristiwa yang berkaitan dengan Baitullah. ✨ Semua jemaah dijemput hadir. Semoga kita semua meraih keberkatan daripada majlis ilmu ini serta dikurniakan peningkatan darjat di sisi Allah SWT. Amin. 🤲🏼 Jumpa esok di masjid!
без подписи
Program Malam Ini di Masjid Al-Islah 😊
Qasidah Burdah @ Masjid Al-Islah https://www.facebook.com/share/v/18kysAUxyU/