tgindex
Angel Pakai Gucci

Angel Pakai Gucci

Статистика

…is back! 😄

Последний пост
25 июл.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
15 авг.
Подписчики
828
0 за 1 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
200
20 постов
Вовлечённость
24,2%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 21
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
92
1/48двое суток
105
1/72трое суток
113

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Ni antara doa kegemaran saya, terutamanya apabila saya sesak dan tersepit. Dan mashaAllah, setiap kali itu, Allah SWT pasti akan menunjukkan saya dengan bermacam jenis kebaikan. Syaratnya? Kena bersungguh-sungguh berdoa, sepertimana Nabi Musa AS yang benar-benar terdesak dan mengharap ketika mana baginda memanjatkan doa ini. رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku amat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.” (Al-Qasas, 28:24) Hafallah doa ini. Pendek sahaja. Dan amalkanlah. InshaAllah anda akan menemukan kebaikan padanya. Senyum.

  • Channel photo updated

  • Akhirnya saya dah ada akaun Instagram dan Threads sendiri. Pelik kan? Haha. Sebenarnya dulu dah pernah ada akaun Insta. Lama dulu. Tapi sebab tak aktif, saya dah lupa kata laluan. 😅 Dan apabila saya nak hidupkan balik akaun tu, tengok-tengok username ‘angelpakaigucci’ dah diambil orang! Nak retrieve pulak asyik gagal je. 🥹 Tapi kali ni saya tekad untuk adakan kembali akaun Insta saya. Itu pun sebab nak ada akaun Threads, sebab anak-anak muda ramai di sana. Rugi kalau saya tak ambil peluang ni untuk sebarkan kebaikan kepada mereka di sana. Betul tak? Tapi saya perlukan sokongan anda semua. Followers memang boleh kira sebelah tangan je sekarang ni. 😂 Mohon follow dan sebar-sebarkan pada yang lain. Dan yang paling penting, doakan saya boleh istiqamah di kedua-dua platform ni! 🥲 Jemput follow dan like: Insta - https://www.instagram.com/angelpakaigucc1?igsh=dDlnaWlra2M5aWV5&utm_source=qr Threads - https://www.threads.com/@angelpakaigucc1?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ== Jazakumullahu khairan katheera!

  • Ada sesuatu yang 'lucu' sedang berlaku di India sekarang ini. Sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan tempatan yang baru dilantik di Bengal Barat yang melarang daripada penyembelihan lembu secara terbuka bersempena dengan hari raya Aidiladha yang bakal tiba, malah mengugut untuk menghukum pelaku dengan hukuman yang keras, umat Islam di India telah melancarkan boikot terhadap pembelian lembu untuk ibadah korban. Akibatnya? Ramai para penternak lembu yang majoritinya terdiri daripada mereka yang beragama Hindu kini mengalami kerugian teruk. Umat Islam yang selama ini menjadi sumber pendapatan utama mereka pada musim hari raya korban, tidak lagi membeli lembu-lembu daripada mereka. Para penternak ini bukan sahaja mengeluh tentangnya, malah ada yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana kerugian yang dialami terlalu besar! Inilah akibat daripada sesebuah polisi yang dilaksanakan demi kepentingan sesebuah kelompok sahaja dan bertujuan mendiskriminasikan kelompok yang lainnya. Bukan satu rahsia lagi polisi-polisi kerajaan BJP pimpinan Modi seringkali menekan dan menganak-tirikan umat Islam di India, terutamanya dalam hal-hal berkaitan dengan urusan agama. Malah bukan sedikit kes orang Islam di India diseksa malah dibunuh hanya kerana menternak lembu! Bayangkanlah di Malaysia ini kalau kerajaan mengharamkan terus masyarakat bukan Islam untuk makan babi! Sesiapa yang didapati makan babi akan ditangkap dan dihukum! Ini baru dicadangkan agar tiada ladang-ladang ternakan babi di Selangor pun dah ramai yang bising dan kecam. Kalau haramkan terus, mahu tunggang terbalik negara ni! (Jika ada yang mahu berhujah lembu adalah haiwan suci bagi masyarakat hindu maka tidak boleh disamakan dengan babi, ini hujah balas saya: Babi adalah haiwan yang haram dimakan di sisi agama Islam. Memakannya adalah satu bentuk kemungkaran dan pelanggaran hukum Allah di sisi Islam!) Sebab itulah hukum Allah mesti ditegakkan di muka bumi ini. Syariat mesti menjadi perlembagaan yang tertinggi yang mengurus dan mengatur kehidupan kita sehari-hari. Kerana Allah SWT yang menciptakan manusia, yang menciptakan haiwan dan alam ini, adalah Allah yang sama yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk para hamba-Nya. وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ “Dan Dia menundukkan untuk kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya.” (Surah al-Jathiyah, 45:13) Modi dan konco-konconya boleh buat undang-undang yang menindas umat Islam, tapi mereka takkan sesekali boleh halang sunnatullah yang memerintah alam!

  • без подписи

  • без подписи

  • Doakan ya 🤲🏼

  • Antara kerugian terbesar orang berpuasa adalah tak bangun sahur, kerana dalam sahur itu ada keberkatan yang sangat besar. Antara kerugian terbesar orang yang bangun sahur adalah tidak solat tahajjud walau 2 rakaat, kerana solat tahajjud adalah solat sunat yang paling disukai Allah. Dan antara kerugian terbesar orang yang solat tahajjud adalah tidak mengangkat tangan berdoa kepada Allah, kerana doa ketika itu sangat mustajab dan mujarab! 🥹🤲🏼 #ramadhan18

  • Dia bila Allah nak menangkan Islam, dengan macam-macam cara Allah boleh menangkan agama ini; hatta dengan cara dan jalan yang tak pernah kita sangka. Tengoklah rapper Central Cee (atau Aqil, nama Islamnya) yang baru sahaja kembali kepada fitrah ni. Pertamanya, mungkin tiada siapa yang sangka yang dia akan kembali kepada Islam. Keduanya, lagi tiada siapa yang sangka keputusannya ini bakal menginspirasikan ribuan pengikutnya untuk sama-sama masuk Islam! Garu kepala musuh-musuh Islam mat! Selama ni macam-macam fitnah dan keburukan yang mereka lontarkan terhadap agama suci ni. Islam ni teroris lah. Islam agama kolot yang menghalang kebebasan manusia lah. Islam galakkan pedofilia lah (astaghfirullahal adzim!). Macam-macam! Tengok apa jadi sekarang?? Fail Eispten telah menelanjangkan hipokrasi Barat sejelas-jelasnya! Begitu juga dengan topeng rejim Z yang telah lama tertanggal, menunjukkan siapakah pengganas dan pembuat kacau-bilau selama ni! Jadi wahai saudara-saudaraku, janganlah sesekali berputus-asa dengan agama ini. Yakinlah, Islam akan menang dan kembali memerintah alam. Itu janji Allah. Itu janji Rasulullah! Kerja kita hanya terus berjuang untuk sampaikan kebenaran dan mengajak umat manusia yang sudah jauh tersesat ke dalam kegelapan yang paling dahsyat, bimbing mereka untuk kembali kepada Islam; cahaya kehidupan yang paling terang benderang di seluruh alam buana ini! Selebihnya kita serahkan sahaja kepada Allah SWT; kerana cepat atau lambat, Dia pasti akan memenangkan agama ini! يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." (as-Saff, 61:8) Ayuh kita tegakkan aqidah, daulatkan syariah! #centralcee #Islamakanmenang #tegakkanaqidah #daulatkansyariah #FreePalestine

  • без подписи

  • DIPLOMASI PERMAIDANI MERAH: DI MANA MARUAH KITA? Baru-baru ini, Perdana Menteri India, Narendra Modi disambut sebagai tetamu kehormat negara. Di sebalik jabat tangan diplomatik dan senyuman kamera, kita tidak boleh memejamkan mata terhadap realiti ngeri yang menimpa saudara seagama kita di bawah rejim Hindutva pimpinannya. Adakah pelaburan ekonomi lebih berharga daripada nyawa umat Islam? FAKTA YANG TIDAK BOLEH DIPADAM Tragedi Gujarat 2002: Ketika Modi menjadi Ketua Menteri Gujarat, rusuhan berdarah menyaksikan sekurang-kurangnya 1,044 hingga 2,000 nyawa terkorban. Majoriti mangsa adalah umat Islam yang dibakar hidup-hidup, wanita dicabuli dan ribuan kediaman diranapkan. Laporan BBC UK menyifatkan ia sebagai "pembersihan etnik"! Lonjakan Keganasan Era BJP (2014-Sekarang): Semenjak Modi memegang jawatan Perdana Menteri, keganasan terhadap Muslim melonjak secara drastiknya. Statistik menunjukkan: 🩸97% serangan berkaitan 'Cow Vigilantes' (keganasan terhadap penternak lembu) berlaku selepas 2014 dengan 84% mangsa adalah umat Islam! 🩸Lynchings (Pembunuhan Ala Mob): Ratusan Muslim dibunuh oleh kumpulan ekstremis Hindu hanya kerana syak wasangka membawa daging lembu atau sekadar membawa identiti Muslim! 🩸Pemusnahan Terancang: Antara 2020-2022 sahaja, lebih 2,840 hartanah dan tempat ibadat Muslim dirobohkan secara "buldozer justice" tanpa proses mahkamah yang adil! 🩸Diskriminasi Perundangan: Akta Kewarganegaraan (CAA) dan NRC jelas bersifat diskriminatif, bertujuan menjadikan 200 juta Muslim di India sebagai warga kelas kedua atau "stateless". IMAN BUKAN UNTUK DIKOMPROMI Islam bukan sekadar agama ritual, ia adalah agama yang menuntut pembelaan terhadap yang dizalimi. Allah SWT berfirman: “Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya...” (Surah An-Nisa’: 75) Nabi SAW bersabda dalam hadis yang sahih: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi bagaikan satu tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh anggota tubuh ikut merasakan sakit dengan tidak boleh tidur dan demam." (HR. Muslim) TEGASKAN PRINSIP! Kita tidak menolak hubungan diplomatik, tetapi kita menolak sikap berlembut dan "normalisasi" terhadap penzalim yang tangannya masih basah dengan darah umat Islam. Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat sepatutnya menjadi suara yang paling lantang mengecam dasar rasis BJP, bukannya sekadar meraikan mereka demi angka-angka ekonomi. Hentikan layanan istimewa kepada musuh umat. Doa dan solidariti kita sentiasa bersama saudara kita di India yang sedang bertahan di bawah kuku besi Hindutva! Tegakkan aqidah, daulatkan syariah! #StandWithIndianMuslims #NoToModi #UkhuwahTanpaSempadan #MaruahIslam

  • без подписи

  • Fail Epstein: Bila Topeng "Moral High Ground" Barat Pecah Berderai Anda perasan tak? Selama bertahun-tahun, media dan segelintir puak sana tak habis-habis nak tuduh Islam bukan-bukan. Ada yang kata agama kita ni "menggalakkan pedofilia", "kejam pada kaum wanita" dan tak habis-habis nak bebaskan wanita Muslim kononnya kita ni tertindas. Tapi tengoklah apa yang jadi dalam Fail Epstein! 1. Hipokrasi Level Langit Pendedahan ni betul-betul menelanjangkan hipokrasi Barat. Mereka sibuk tuduh orang lain, tapi dalam masa yang sama, elitis mereka; daripada ahli politik, saintis, sampailah ke golongan bangsawan, terlibat dalam rangkaian jijik yang mengeksploitasi wanita dan kanak-kanak bawah umur! Mana pergi nilai human rights yang mereka banggakan tu?? Rupanya hanya topeng untuk tutup aktiviti luar tabii di pulau peribadi! 2. Bila Kekayaan Menjadi Punca Kezaliman Fail Epstein ni bukti nyata betapa gagalnya sistem perundangan dan keadilan mereka. Bila duit dan kuasa berada di tangan orang yang tak takutkan Tuhan, mereka rasa merekalah 'Tuhan'! Allah SWT dah beri amaran keras tentang golongan yang hanyut dengan kemewahan ini dalam Surah Al-Isra’, ayat 16: "Dan apabila Kami hendak membinasakan sesebuah negeri, Kami perintahkan orang-orangnya yang hidup mewah (supaya taat), lalu mereka melakukan kefasikan (derhaka) pada negeri itu; maka selayaknya lah ia menerima hukuman (binasa), lalu Kami hancurkan ia sehancur-hancurnya." Ayat ni jelas menunjukkan bahawa selalunya golongan yang ada "access" dan kekayaan melampau inilah yang paling awal melampaui batas dan bertindak zalim sesama manusia sebab mereka rasa mereka untouchable! Dunia mungkin boleh kena tipu dengan imej acah-acah bertamadun dan pejuang hak asasi manusia mereka ni, tapi sistem manusia ni memang rapuh kalau moral dah ke laut! Ingatlah pesanan Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 42: "Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka ke suatu hari yang padanya terbeliak biji mata..." Mesej yang saya nak anda bawa pulang: Berhentilah rasa inferior dengan naratif Barat. Mereka yang paling kuat menjerit pasal "hak asasi" selalunya mereka inilah yang paling rakus mencabulinya bila pintu tertutup rapat. Kekayaan tanpa iman cuma akan melahirkan hantu dan raksasa yang kejam dan melampaui batas! Stay woke, stay faithful!

  • без подписи

  • 4 янв.22711из muassis

    Setelah lama berhibernasi, audio siar Iman Sekejap kembali menemui anda untuk episod ke-56. 😄 Kali ini Bro Fa dan Inche gabbana mengupas pelbagai isu; bermula dengan isu-isu antarabangsa seperti gencatan senjata di Gaza yang rapuh, insiden keganasan di Pantai Bondi dan bencana besar di Indonesia. Kemudian perbincangan diteruskan dengan isu-isu tempatan pula, bermula dengan saman Atomy terhadap pendakwah Firdaus Wong, keputusan mahkamah rayuan tentang adendum DSNR dan kontroversi UEC. Episod ini diakhiri dengan sedikit refleksi bagi tahun 2025 dan perancangan Iman Sekejap untuk 2026. Tonton Iman Sekejap episod ke-56 di sini: https://youtu.be/ud53lt_v6uQ?si=Zi_XdMvs2TNHJv_x Selamat menonton dan jangan lupa untuk like dan subscribe Muassis TV untuk perbincangan isu semasa dengan citra islami. Kongsikan juga dengan saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga. Jazakumullah khairan! 😊 Muassis Dakwah - Tarbiyah - Ukhuwwah

  • "Abi, abi free tak malam ni? Nak story!" Begitulah rutin saya dan anak-anak hampir setiap hari. Anak-anak saya sentiasa bertanya sama ada saya ada masa untuk bercerita kepada mereka, mengetahui ayah mereka ini sentiasa sibuk di waktu malam. Dan sekiranya saya memang tiada apa-apa, saya pasti akan luangkan masa untuk bercerita kepada mereka. Yang lucunya, kebanyakan masanya saya yang tertidur dahulu sebelum mereka! 😂 Macam-macam ceritalah yang saya ceritakan kepada mereka. Daripada kisah-kisah Nabi, kisah para sahabat, sehinggalah kepada kisah-kisah rekaan saya sendiri; antara watak kegemaran mereka adalah 'Super Pia' - adik kecil mereka yang menjadi adiwira dalam cerita-cerita saya. Cuma ada masa-masa yang saya mati akal nak bercerita apa kepada mereka. Yalah, kalau setiap kali sesi bedtime story nak kena bercerita 2-3 kisah, lama-lama memang keringlah idea ni! 😅 Inilah yang memberikan saya inspirasi untuk menghasilkan E-Book KISAH HAIWAN CHIBI dengan nilai dan pengajaran Islam. Kerana saya tahu di luar sana ramai ibu ayah yang seperti saya; mahu biasakan rutin bedtime story dengan anak-anak, cuma kehabisan idea nak cerita apa. Dalam KISAH HAIWAN CHIBI ini: 🐰 Ada 10 kisah yang berbeza watak dan jalan cerita 🐼 Setiap halaman penuh dengan gambar dan watak comel yang berwarna-warni 🐯Jalan cerita yang menarik dan laras bahasa yang mudah 🐵 Mengandungi mesej dan nilai pengajaran Islam untuk diterapkan kepada anak-anak Dan kelebihan bedtime story dengan anak-anak ini sangat banyak! Antaranya: ❤️ Merapatkan hubungan ibu ayah dengan anak-anak ❤️ Meningkatkan kemahiran mendengar dan bercakap anak-anak yang masih kecil ❤️ Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti anak-anak ❤️ Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak Islami pada anak dalam keadaan subconscious mind yang terbukti sangat berkesan Jika bukan untuk bedtime story sekalipun, anda boleh berikan ia kepada anak-anak anda yang sudah boleh membaca. Percayalah, mereka pasti sukakannya! 😊 Dapatkan E-Book 10 KISAH HAIWAN CHIBI ini + 2 E-Book Bonus pada harga RM24.90 sahaja! ✅ https://aemdigital.my.canva.site/ ✅ https://aemdigital.my.canva.site/ ✅ https://aemdigital.my.canva.site/

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи