tgindex

CTC.FM NEWS

описание

Hub berita dan isu-isu semasa. Juga yang terkini dalam dunia ekonomi, perniagaan dan kewangan tempatan dan global.

1 852
подписчиков
Охват к подписчикам
6,4%
ERR
Реакции к просмотрам
0,00%
0 на 50 постов
Пересылки к просмотрам
0,02%
2
Постов в день
0,0
всего 68

Где отзываются чаще

доля реакций к просмотрам
  • 27 июл.Al-Fatihah. DJ Blento (Mohd Jufri Bin Mohd Rawi) 26/7/2026 Takziah untuk seluruh keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai DJ Blento atas pemergian arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. DJ Blento merupakan personaliti yang sangat disayangi di CTC FM dan memainkan peranan besar dalam kejayaan platform ini. Sesungguhnya celoteh dan suara arwah akan dirindui semua. CTC FM memohon untuk komuniti CTC dan rakan-rakan yang pernah mengenali arwah untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah. InshaALLAH.0,00%
  • 17 маяMenteri Luar Negeri Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan, berkongsi pengalamannya membina ejen AI peribadi dalam ucapan di persidangan AI Engineer Singapore. Menariknya, keseluruhan sistem ejen AI peribadi yang sangat membantu tugas harian beliau itu hanya dikendalikan menggunakan perkakasan komputer mikro Raspberry Pi. Ini membuktikan bahawa penggunaan AI yang efektif dan berkuasa kini sangat mampu milik serta boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Berita Sumber : Ministry of Foreign Affairs Singapore Gambar Hiasan : APIC-ADVA Summit0,00%
  • 17 маяHubungan perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia, China dan Amerika Syarikat, menyaksikan perkembangan positif apabila kedua-dua negara bersetuju untuk meneruskan semua perjanjian komersial yang telah dimeterai sebelum ini. Baca berita penuh : https://ctc.fm/china-as-tubuh-majlis-perdagangan/0,00%
  • 17 маяSerbuan yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat ke kedai makan di Saujana Putra baru-baru ini mendapati tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Pemeriksaan turut mendapati terdapat sisa makanan dibuang ke dalam longkang yang boleh menjejaskan kebersihan persekitaran serta mengundang pencemaran. Susulan itu, tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan pengeluaran beberapa notis yang perlu diselesaikan oleh pemilik premis dengan serta-merta. Berita Sumber : @mpkl.kualalangat (Instagram) Gambar Sumber : @mpkl.kualalangat (Instagram)0,00%
  • 17 маяInteraksi di laman media sosial X itu menunjukkan warga Jepun berkenaan terus bersikap angkuh walaupun telah ditegur oleh ramai netizen lain. Beberapa tahun kebelakangan ini, suara anti Islam di Jepun mula bergema dengan lebih kuat melalui hantaran yang seringkali mengkritik gaya hidup muslim di sana. Pelancong dan pelajar Malaysia dinasihatkan untuk tidak patah hati untuk ke sana dan sebaliknya bersikap lebih berhati-hati dan menghormati budaya mereka. Berita Sumber : X Gambar Sumber : X0,00%
  • 17 маяTerkini! Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad umum Parti Bersama Malaysia (MU) sebagai platform baharu hala tuju politik mereka. Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut mengesahkan yang mereka akan keluar dari PKR berkuat kuasa 19 Mei 2026. Presiden Parti Bersama Malaysia (MU), Tan Gin Theam (kanan) menyerahkan sijil pendaftaran parti itu kepada mereka sebagai langkah simbolik. Berita Sumber : @SinarOnline (X) Gambar Sumber : @imnormgoh (X)0,00%
  • 17 маяKetua Pemuda PKR Cabang Batu dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi, mengambil keputusan drastik untuk keluar daripada parti. Beliau menegaskan bahawa PKR kini telah tersasar jauh daripada prinsip dan idealisme perjuangan reformasi yang diyakininya selama ini. Menurutnya, selepas PKR menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan selama lebih separuh penggal, hala tuju parti dilihat mula berubah demi kepentingan tertentu. Berita Sumber : Free Malaysia Today Gambar Sumber : Free Malaysia Today0,00%
  • 17 маяBukit Aman mengesahkan akan menyiasat dakwaan mengenai kepulangan rahsia ahli perniagaan 'wanted', Jho Low, ke Malaysia untuk menghadiri mesyuarat sulit. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, menyatakan status kesasihan laporan berkenaan masih belum disahkan oleh pihak berkuasa setakat ini. Isu ini mula mendapat perhatian selepas sebuah portal berita dalam talian melaporkan bahawa Jho Low terlibat dalam rundingan rahsia Malaysia dan China. Berita Sumber : Farik Zolkepli (The Star) Gambar Sumber : Borneo Post0,00%
  • 17 маяLangkah intervensi ini diambil bagi memastikan kawalan keselamatan rantaian makanan negara sentiasa berada pada tahap yang optimum dan mematuhi piawaian. Baca berita penuh : https://ctc.fm/malaysia-perketat-import-siakap-udang-thailand/0,00%
  • 17 маяBarisan Nasional (BN) mengesahkan bakal bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Keputusan yang diumumkan oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyaksikan tiada sebarang kerjasama politik akan dibentuk termasuk Pakatan Harapan (PH). Langkah bertanding di semua kerusi disifatkan sebagai tawaran manifesto yang jelas kepada rakyat Johor bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan kuat. Berita Sumber : CNA Gambar Sumber : Bernama0,00%
  • 17 маяMantan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Zaliha Mustafa, mempertahankan tindakan beliau mengeluarkan nikotin cecair daripada Akta Racun 1952 pada Mac 2023. Beliau menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah penting untuk mengawal selia industri vape bernilai berbilion ringgit yang sebelum ini dikuasai pasaran gelap. Menurut beliau, kerajaan tidak boleh membiarkan sebuah industri yang besar beroperasi tanpa sebarang rekod, pendaftaran, dan pemantauan rasmi. Berita Sumber : Tarrence Tan (The Star) Gambar Hiasan : Bernama0,00%
  • 17 маяSatu perhimpunan solidariti bagi menyokong Sultan Selangor telah diadakan semalam dengan penyertaan sekitar 5,000 orang awam serta barisan pemimpin politik tanah air. Baca berita penuh : https://ctc.fm/5000-berhimpun-pertahan-titah-sultan-selangor/0,00%