- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 6
- Всего постов
- 54
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 446
- 1/48двое суток
- 511
- 1/72трое суток
- 551
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
SATU SOALAN UNTUK ANDA Esok malam. 1 hari lagi. Saya nak anda fikirkan satu soalan ini: “Kalau hidup saya kekal macam sekarang untuk 1 tahun lagi, adakah saya okay?” Kalau jawapannya... “Entahlah.” “Mungkin tak.” “Atau sebenarnya aku tak nak macam ni pun...” Maka, sesi ini untuk anda. 🇲🇾 Vision Board Holistik — Sempena Merdeka 📅 14 Ogos 2026 🕘 9.00 malam 💻 Zoom Bukan tentang sekadar tampal gambar cantik atas vision board. Tetapi tentang apa yang anda mahu bina selepas ini. Jumpa esok malam. ❤️ Belum daftar ? Klik sini sekarang : https://masteryacademy.my/order/form/vbh-p/telegram
Jika hari ini terasa hilang arah, berhentilah seketika dan kembali kepada-Nya. Mohonlah agar setiap yang Allah berikan menjadi manfaat, keberkatan dan jalan untuk kita semakin dekat kepada-Nya. Semoga Allah jauhkan kita daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar dan jiwa yang tidak pernah merasa cukup. Bukan banyaknya doa yang kita pinta, tetapi sejauh mana hati kita benar-benar berserah kepada-Nya. Ya Allah, bersihkan hati kami, berkatilah ilmu kami, terimalah doa kami dan kurniakanlah jiwa yang sentiasa merasa cukup dengan pemberian-Mu. #DrAzuraHashim
Ramai Tak Sedar… Hidup Kita Penat Bukan Sebab Terlalu Banyak Kerja. Tetapi Sebab Terlalu Laju. Tanpa sedar Kita hadir dengan tubuh. Tetapi tidak dengan jiwa. Hakikatnya Bukan semua perkara dalam hidup perlu dipercepatkan. Ada perkara yang perlu diperlahankan supaya kita benar-benar dapat menikmatinya. Kadang-kadang Kita tidak perlukan hidup yang lebih laju. Kita cuma perlukan hati yang lebih tenang. Kerana Hidup bukan tentang siapa paling cepat sampai. Tetapi tentang siapa yang paling sedar dan menghargai setiap nikmat yang Allah berikan. Ya Allah, Ya Salam, kurniakanlah kami hati yang tenang. Ya Latif, lembutkan hati kami untuk mensyukuri setiap nikmat-Mu. Ya Syakur, jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur agar Engkau menambahkan keberkatan dalam hidup kami. Aamiin. Peringatan ini buat diri saya sendiri terlebih dahulu. Jemput lihat di sini >> https://www.facebook.com/share/p/1CyAdcq4wp/ #DrAzuraHashim
Kesihatan itu nikmat. Dan nikmat yang besar juga perlu kita minta agar terus dipelihara. Kerana kesihatan adalah nikmat yang sering kita rasakan biasa, sehinggalah ia diuji. Doa ini sebagai ikhtiar memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada segala penyakit yang buruk dan memudaratkan. Semoga Allah menjaga tubuh kita, melindungi keluarga kita dan mengurniakan kesihatan yang baik sepanjang usia. 🤲🏻 Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. #DrAzuraHashim
Satu kebaikan yang kita lakukan, walaupun sekecil zarah, tidak pernah sia-sia di sisi Allah. Bahkan Allah bukan sekadar menerima amalan itu, malah melipatgandakan ganjarannya dengan pahala yang amat besar. Kadang-kadang kita merasakan amalan kita terlalu kecil. • Senyum kepada seseorang. • Membantu orang mengangkat barang. • Memberi laluan di jalan raya. • Berkongsi ilmu yang bermanfaat. • Bersedekah walaupun sedikit. Namun di sisi Allah, semuanya bernilai apabila dilakukan dengan ikhlas. Kadangkala kita terlalu sibuk mencari amalan yang besar sehingga terlupa mengumpulkan amalan-amalan kecil yang dilakukan secara konsisten setiap hari. Semoga Allah menerima setiap amal kita, mengikhlaskan hati kita dalam berbuat kebaikan, dan menjadikan amalan-amalan kecil itu sebagai pemberat timbangan kita di akhirat kelak. Amin. >> https://www.facebook.com/share/p/1GFF9u2nNH/ #DrAzuraHashim
MASA UNTUK TANYA DIRI… Apa yang sebenarnya masih mengikat kita? Bukan rantai. Bukan tembok. Tetapi mungkin… rasa takut untuk bermula, takut untuk gagal, takut untuk berubah, atau suara dalam diri yang selalu berkata, “Aku tak boleh.” Sedangkan mungkin, kita bukan tidak mampu. Kita cuma terlalu lama hidup dengan batasan yang kita sendiri percaya. Merdeka kali ini, apa kata kita merdekakan diri untuk bermimpi semula? Untuk percaya bahawa kita masih boleh berubah. Masih boleh bermula. Masih boleh mencipta kehidupan yang lebih bermakna. VISION BOARD HOLISTIK EDISI MERDEKA 📅 14 Ogos 2026 (Jumaat) 🕘 9.00 PM – 10.15 PM 💻 Online melalui Zoom Boleh jadi inilah langkah pertama menuju kehidupan yang kita impikan dan bermimpi semula. Daftar sekarang di: https://masteryacademy.my/order/form/vbh-p/telegram Jumpa nanti InshaAllah #DrAzuraHashim
Mencintai Allah itu satu anugerah. Tetapi lebih indah apabila kita turut dikurniakan cinta-Nya. Kita mungkin sering meminta rezeki yang luas, kehidupan yang tenang dan urusan yang dipermudahkan. Amalkan doa ini, mendapat cinta Allah. Kerana apabila Allah mencintai seorang hamba, hatinya akan dipandu untuk mencintai kebaikan, lisannya mudah mengingati-Nya, dan langkahnya sentiasa mencari jalan untuk mendekat kepada-Nya. Berdoalah agar kita menjadi insan yang Allah mahu. Semoga Allah mengurniakan kepada kita cinta-Nya, cinta kepada mereka yang mencintai-Nya, serta cinta kepada setiap amalan yang mendekatkan kita kepada-Nya. #DrAzuraHashim
Ramai Silap… Overthinking Tak Perlu Dilawan. Ia Perlu Ditenangkan. Kadang-kadang, Apa yang kita perlukan bukan lebih banyak jawapan. Tetapi lebih banyak ruang untuk bertenang. Itulah sebabnya saya membina Buku CUKUP Journaling. Apabila kita menulis, Fikiran yang berserabut mula tersusun. Emosi yang berat mula dilepaskan. Hati yang gelisah mula kembali tenang. Journaling bukan menghapuskan masalah. Tetapi membantu kita melihat masalah dengan lebih jelas. Jemput baca di sini >> https://www.facebook.com/share/p/18u82zNyhh/ Peringatan ini buat diri saya sendiri terlebih dahulu. #DrAzuraHashim
Kita bukan tak tahu apa yang kita mahu. Kita cuma percaya bahawa kita tak mampu mendapatkannya. “Saya tak cukup bagus.” “Saya dah terlalu jauh tertinggal.” “Entah-entah impian itu bukan untuk saya.” Tanpa sedar, cerita yang kita ulang dalam kepala hari demi hari menjadi batas kepada langkah kita. Sedangkan mungkin… yang kita perlukan bukan kehidupan yang baru. Tetapi cara melihat kehidupan yang baru. Webinar Vision Board Holistik, kita akan berhenti seketika, melihat semula apa yang benar-benar kita inginkan dan menyusun visi untuk kehidupan yang lebih bermakna, bukan sekadar tentang kejayaan, tetapi tentang diri dan kehidupan yang kita impikan. Jangan biarkan masa depan ditentukan oleh cerita lama. Mungkin ini adalah masa untuk menulis cerita yang baru. 📅 14 Ogos 2026 (Jumaat) 🕘 9.00 PM – 10.15 PM 💻 Online melalui Zoom Daftar sekarang di: https://masteryacademy.my/order/form/vbh-p/telegram Jumpa nanti InshaAllah #DrAzuraHashim
Alhamdulillah, setiap rezeki yang Allah hadirkan dalam hidup kita adalah satu bentuk kasih sayang-Nya. Merasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan, sambil terus berusaha dan bersyukur atas setiap nikmat yang ada. Ketenangan bukan semestinya datang apabila kita memiliki lebih banyak, tetapi apabila hati kita pandai menghargai apa yang sudah Allah beri. Semoga Allah memberkati setiap rezeki yang kita miliki, mencukupkan hati kita dengannya dan menggantikan setiap kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik. Semoga hati kita sentiasa kaya dengan syukur, tenang dengan ketentuan dan yakin dengan rezeki Allah. Aamiin. Assalamualaikum dan selamat pagi. #DrAzuraHashim
Kadang-kadang... Yang menghalang kita dari impian bukan keadaan. Tetapi cerita lama yang kita ulang dalam kepala setiap hari. "Saya tak mampu." "Saya dah terlambat." "Saya bukan orang yang berjaya." Sudah tiba masanya merdeka daripada semua itu. Jom sertai Vision Board Holistik. 📅 14 Ogos 2026 (Jumaat) 🕘 9.00 PM – 10.15 PM 💻 Online melalui Zoom Kerana masa depan tidak berubah hanya dengan berharap. Ia berubah apabila kita membuat satu keputusan. Daftar sekarang di : https://masteryacademy.my/order/form/vbh-p/telegram Jumpa nanti InshaAllah #DrAzuraHashim
Rezeki bukan sekadar tentang banyaknya harta, tetapi juga keberkatan, ketenangan hati, kesihatan, keluarga yang bahagia dan kehidupan yang dipermudahkan oleh Allah SWT. Mohonlah kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang halal, luas, baik serta diperoleh tanpa kesusahan yang memudaratkan. Semoga Allah SWT membuka pintu-pintu rezeki yang tidak disangka-sangka, mempermudahkan setiap urusan, mengurniakan keberkatan dalam setiap usaha, serta menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur. Jom amalkan dan sebarkan doa ini. Semoga setiap perkongsian menjadi saham pahala yang berpanjangan. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. #DrAzuraHashim
Apabila kita bersedih, Sebenarnya bukan hati sahaja yang terluka. Seluruh badan turut memberi respons. Walaupun kita sedang bersedih, Tubuh kita sebenarnya masih bekerja keras untuk kita. Walaupun kita sedang bersedih, Tubuh kita tidak pernah berputus asa dengan kita. Jadi, Kalau seluruh tubuh kita tidak pernah berhenti berusaha untuk kita. Mengapa kita mahu terlalu cepat berputus asa dengan diri sendiri? Kesedihan adalah emosi yang normal. Tetapi kita tidak perlu tinggal di dalamnya selama-lamanya. Ya Allah Ya Jabbar, sembuhkanlah hati-hati yang sedang terluka. Ya Salam, kurniakanlah kami ketenangan ketika diuji. Ya Hafiz, peliharalah tubuh, akal dan jiwa kami agar sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang-Mu. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin’. Peringatan ini buat diri saya sendiri terlebih dahulu. >> https://www.facebook.com/share/1BfPLtKhSm/ #DrAzuraHashim
Doa Memohon Perlindungan Daripada Dosa dan Beban Hutang Ada beban yang tidak kelihatan pada wajah, tetapi sangat berat di hati. Ada yang diuji dengan dosa yang sukar ditinggalkan. Ada pula yang diuji dengan hutang yang mengganggu ketenangan siang dan malam. Rasulullah SAW sering berlindung kepada Allah SWT daripada beban hutang. Dosa menggelapkan hati, manakala hutang yang tidak diurus dengan baik boleh meresahkan jiwa, mengganggu ibadah, bahkan mendorong seseorang kepada perkara yang tidak baik. Apabila ditanya mengapa Baginda banyak memohon perlindungan daripada hutang, Baginda menjelaskan bahawa hutang boleh menyebabkan seseorang berdusta ketika berkata-kata dan mungkir apabila berjanji. Semoga Allah mengurniakan kita rezeki yang halal, mencukupkan segala keperluan, memudahkan urusan melangsaikan hutang, mengampunkan segala dosa, dan menjadikan hidup kita lebih tenang serta diberkati. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. #DrAzuraHashim
“Manfaatkan Usia Muda.” Mengapa Islam memberi penekanan yang begitu besar terhadap usia muda? Kerana usia muda bukan sekadar satu fasa kehidupan. Rasulullah SAW bersabda: “Manfaatkanlah lima perkara sebelum lima perkara: masa mudamu sebelum tuamu, sihatmu sebelum sakitmu, kayamu sebelum miskinmu, masa lapangmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu.”(Riwayat al-Hakim) Hadis ini bukan hanya ditujukan kepada golongan muda. Ia adalah peringatan kepada setiap daripada kita. Selagi Allah masih mengurniakan nafas, kesihatan dan peluang, masih ada ruang untuk kita berubah, memperbaiki diri dan menambah amal. Masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Tetapi masa yang masih berbaki adalah peluang yang Allah masih pinjamkan kepada kita. Kerana pada akhirnya, bukan panjangnya umur yang menjadi ukuran, tetapi bagaimana kita mengisinya dengan amal soleh dan manfaat kepada orang lain. >> https://www.facebook.com/share/1DVBTyUZHB/ #DrAzuraHashim
Doa Ketakwaan Jiwa & Pembersihan Hati Dalam dunia yang penuh dengan ujian, kita sering sibuk memperbaiki kehidupan, namun terlupa untuk memperbaiki hati. Rasulullah SAW mengajarkan doa ini agar kita sentiasa memohon kepada Allah supaya dikurniakan jiwa yang bertakwa, hati yang bersih, dan iman yang terus terpelihara. Kerana hanya Allah yang mampu menyucikan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan. Semoga Allah memelihara hati kita dan mengurniakan pengakhiran yang baik. Simpan, kongsi dan sebarkan sebagai saham akhirat. Semoga setiap yang membacanya turut memperoleh manfaat dan keberkatan. InshaaAllah #DrAzuraHashim
Kadang-kadang... Yang menghalang kita dari impian bukan keadaan. Tetapi cerita lama yang kita ulang dalam kepala setiap hari. "Saya tak mampu." "Saya dah terlambat." "Saya bukan orang yang berjaya." Sudah tiba masanya merdeka daripada semua itu. Jom sertai Vision Board Holistik. 📅 14 Ogos 2026 (Jumaat) 🕘 9.00 PM – 10.15 PM 💻 Online melalui Zoom Kerana masa depan tidak berubah hanya dengan berharap. Ia berubah apabila kita membuat satu keputusan. Daftar sekarang di : https://masteryacademy.my/order/form/vbh-p/telegram
Ramai orang menyangka, kita mesti sentiasa kuat. Hakikatnya, kita tidak perlu sentiasa kuat. Tetapi kita perlu sentiasa boleh menyesuaikan diri. Dalam psikologi, ini dipanggil psychological flexibility. Iaitu keupayaan untuk menerima perubahan, menyesuaikan strategi dan terus bergerak ke hadapan walaupun keadaan tidak seperti yang kita rancang. Kadang-kadang… Allah tidak mengubah ujian kita Tetapi Allah mengubah diri kita Supaya kita mampu melalui ujian itu. Ya Allah, Ya Hadi, pimpinlah kami ketika kami kehilangan arah. Ya Fattah, bukakanlah jalan keluar di saat kami berasa buntu. Ya Sabur, kurniakanlah kami kesabaran dan kekuatan untuk terus melangkah sehingga kami bertemu dengan rahmat dan reda-Mu. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin’. Peringatan ini buat diri saya sendiri terlebih dahulu. >> https://www.facebook.com/share/1NYcSDuSP2/ #DrAzuraHashim