INFO SMKRPB
СтатистикаIbu bapa / penjaga dijemput sertai channel telegram infosmkrpb untuk hebahan info /aktiviti sekolah.
- Последний пост
- 15 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 3
- Всего постов
- 31
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 377
- 1/48двое суток
- 432
- 1/72трое суток
- 465
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
без подписи
Sila rujuk infografik Balik Wajib yang disediakan diatas. Untuk Balik Wajib, ibu bapa/penjaga tidak perlu membuat permohonan pulang di dalam sistem. Murid hanya perlu scan sebelum pulang bagi merekod masa meninggalkan asrama. Terima kasih.
без подписи
ORKESTRA MUDA BAINUN (OMB) DIPERKASA, TERUS MEMBINA KECEMERLANGAN. 1. SMK Raja Permaisuri Bainun sentiasa menekankan aspek pembinaan sahsiah dan akhlak murid secara menyeluruh, di samping kecemerlangan dalam bidang akademik. Pihak sekolah percaya bahawa pendidikan yang holistik bukan sahaja membentuk murid yang berilmu, malah melahirkan insan yang berdisiplin, berketerampilan, berkeyakinan serta mempunyai nilai dan jati diri yang tinggi. 2. Pembinaan sahsiah dan akhlak ini diperkasakan melalui penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan koakademik, termasuklah bidang kesenian, kebudayaan, sukan, kepimpinan dan pelbagai program pembangunan murid yang lain. 3. Umum sedia maklum akan kehebatan Orkestra Muda Bainun (OMB) yang selama ini telah mengharumkan nama SMK Raja Permaisuri Bainun melalui pelbagai pencapaian dan kejayaan. Pihak sekolah amat menghargai segala jasa, usaha, komitmen dan sumbangan OMB dalam mengangkat nama sekolah serta membentuk potensi dan sahsiah murid melalui bidang muzik dan kesenian. 4. Pihak sekolah mengambil maklum mengenai isu yang sedang tular di media sosial berkaitan dakwaan bahawa Orkestra Muda Bainun (OMB) telah dibubarkan. 5. Berikutan pertanyaan serta panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut, pihak sekolah ingin menegaskan bahawa TIADA SEBARANG ARAHAN UNTUK MEMBUBARKAN ORKESTRA MUDA BAINUN (OMB). 6. Pihak sekolah sentiasa menyokong dan menggalakkan apa jua aktiviti yang dapat membina karakter, sahsiah serta mengembangkan bakat dan potensi murid termasuklah aktiviti melibatkan OMB. Dalam masa yang sama, pihak sekolah sentiasa berusaha memastikan setiap aktiviti yang melibatkan murid dilaksanakan mengikut prosedur dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah serta Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2018 (SPI Bil.5/2018) demi memastikan keselamatan, kebajikan dan kepentingan murid sentiasa terpelihara serta mengelakkan sebarang masalah atau isu berbangkit pada masa hadapan. 7. Pihak sekolah berharap semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan berdasarkan maklumat yang tidak disahkan. Sebarang perkembangan dan pengumuman berkaitan sekolah hendaklah dirujuk melalui saluran media sosial rasmi SMK Raja Permaisuri Bainun bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan sahih. 8. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan, perhatian serta sokongan semua pihak terhadap SMK Raja Permaisuri Bainun dan khususnya terhadap Orkestra Muda Bainun. 9. Semoga kenyataan ini dapat memberikan penjelasan yang sewajarnya serta membantu meredakan kegusaran dan kekeliruan semua pihak. Terima kasih. SMK RAJA PERMAISURI BAINUN 8 Ogos 2026
без подписи
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Dilampirkan Jadual Bertugas Warden Bulan Ogos 2026 untuk makluman ibu bapa dan penjaga. Sekiranya ada sebarang urusan berkaitan anak di asrama, mohon hubungi warden yang bertugas pada tarikh tersebut. Terima kasih atas kerjasama tuan/puan
без подписи
без подписи
🌟 PROGRAM ELITEPEERS MENENGAH RENDAH 2026 🌟 Kecemerlangan tidak datang sendiri, tetapi dibina melalui usaha, kerjasama dan bimbingan yang berterusan. Program ELITEPEERS dilaksanakan berkonsepkan mentor-mentee, di mana murid yang dilantik sebagai Guru Muda (mentor) akan membimbing rakan-rakan (mentee) dalam kumpulan kecil. Guru pula menyediakan modul pembelajaran sebagai panduan untuk dibincang dan diselesaikan bersama. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kefahaman, membina keyakinan diri serta melonjakkan kecemerlangan akademik murid-murid Menengah Rendah. Bersama Membimbing • Ilmu Berkongsi • Kejayaan Dicapai Bersama 💙💚 #ElitePeers #BainunRoadTo1 #BainunExcellent https://www.facebook.com/share/p/19GQwYKLtZ/
🌟 PROGRAM IMTIAZ KECEMERLANGAN AKADEMIK MENENGAH RENDAH TINGKATAN 3 🌟 📚 Dalam perhatian penuh diberikan kepada Batch INCENDIO menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2026, pihak sekolah semestinya tidak melupakan anak anak menengah rendah. Sehubungan itu, SMK Raja Permaisuri Bainun akan menganjurkan Program IMTIAZ Kecemerlangan Akademik Menengah Rendah Tingkatan 3 bagi membantu murid membuat persediaan terbaik menghadapi peperiksaan. ✨ Barisan penceramah berpengalaman akan membimbing murid dalam enam mata pelajaran utama: 📖 Bahasa Melayu 🏛️ Sejarah 🧪 Sains 🇬🇧 Bahasa Inggeris 🕌 Pendidikan Islam ➗ Matematik 🗓️ Tarikh: 10, 12 & 13 Ogos 2026 🕒 Sesi Petang: 3.00 – 5.00 petang 🌙 Sesi Malam: 8.30 – 10.30 malam Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi akademik dan membakar semangat murid untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan yang diimpikan. Bersama Berusaha, Bersama Berjaya! Kejayaan Milik Kita! 💙💛 https://www.facebook.com/share/p/1FWXk1sdSP/ #BainunRoadto1 #BainunExcellent
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Rutin harian anak-anak INCENDIO 🤲📖 Setiap pagi, mereka memulakan hari dengan bacaan Surah Yasin dan munajat, memohon kepada Allah SWT agar diberikan ketenangan hati, dipermudahkan urusan, serta dikurniakan ilham dalam menjawab soalan peperiksaan. Hari ini, mereka akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM bagi subjek Matematik Tambahan. Turut bersama anak-anak ialah Puan Pengetua dan barisan pentadbir. Marilah kita bersama-sama menadah tangan, mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kefahaman, ketelitian, dan kelapangan hati kepada anak-anak INCENDIO. Semoga setiap usaha mereka diberkati, dipermudahkan segala urusan, dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia serta di akhirat. اللهم يسر ولا تعسر، اللهم تمم بالخير. آمين يا رب العالمين. #INCENDIO2026 #BainunRoadTo1 #bainunexcellent https://www.facebook.com/share/p/19KCiN1C9D/
без подписи