tgindex
Jentik Hati
@jentikhatiofficialРелигияиндонезийский

Setiap kali memikirkan masalah segera ingat Allah dan berselawat. InsyaAllah kita akan kuat.

Последний пост
15 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
46
Всего постов
542
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
23 801
−45 за 5 дн.
Сутки
−20
−0,08%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
472
40 постов
Вовлечённость
2,0%
к подписчикам
Постов в день
6,6
всего 542
Упоминаний
2
каналов
Охват размещения
по 14 постам
1/24сутки в ленте
681
1/48двое суток
780
1/72трое суток
841

Медиана по постам, которые мы застали свежими и померили через сутки.

Посты

  • Letakkan kepercayaan 100% kepada Allah SWT. Soal rezeki ni kadang-kadang Allah bagi cukup, mungkin kita sahaya yang tak perasan. Yakin kepada janji Allah SWT. Allah adalah Pemberi Rezeki untuk hambaNya. 🤲🏻 Jagalah sebaik mungkin hubungan kita denganNya. InsyaAllah semuanya akan cukup dan dipermudahkan. ✨❤️ Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

  • Ya Allah, bukakanlah untuk kami pintu-pintu rezeki yang luas, limpahkan keberkatan dalam setiap usaha, dan permudahkan segala urusan kami di dunia dan akhirat. ‎اِنَّا فَتَحْنَا لَكُمْ فَتْحًا مُّبِيْنًاۙ ‎“Inna fatahna lakum fathan mubina.” ✨🤲🏻

  • Setiap hamba Allah itu punya ujian mereka tersendiri. Dalam perjalanan hidup di dunia yang sementara ini, setiap insan yang bergelar hamba Allah tidak akan pernah terlepas daripada ujian. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk, dan seringkali ia hadir tanpa diduga, menguji keimanan, kesabaran, dan kekuatan jiwa kita. Ada yang diuji dengan anak-anak — anak yang nakal, sukar dibentuk, tidak mendengar kata. Hati seorang ibu mungkin remuk memikirkan masa depan anaknya, berdoa siang dan malam agar Allah lembutkan hati anak-anaknya. Ini bukan sekadar ujian didikan, tetapi juga ujian kasih sayang dan kepercayaan pada janji Allah bahawa doa seorang ibu itu sangat kuat di sisiNya. Ada pula yang diuji melalui perkahwinan suami yang berubah hati, yang tidak lagi seperti dahulu. Mungkin hadir orang ketiga, mungkin juga hadir kesunyian dalam rumahtangga. Hati yang pernah berbunga kini diuji dengan air mata. Namun, ini juga ujian cinta. Adakah kita mencintai manusia lebih daripada kita mencintai Allah? Sesetengah insan pula diuji dengan sahabat kawan yang cemburu, yang menikam dari belakang, yang berwajah manis di depan tetapi berbisa di belakang. Dikhianati oleh orang yang kita percayai, itulah antara luka paling dalam. Tapi di sebalik semua itu, Allah ingin mengajar kita erti reda, ikhlas, dan selektif dalam memberi hati. Ada yang diuji dengan rezeki sempit, tersekat, atau datang dalam bentuk yang tidak disangka. Ada yang diuji dengan kesihatan, kehilangan orang tersayang, fitnah, kesunyian, atau trauma masa lalu yang tak sembuh-sembuh. Namun ketahuilah, tiada satu pun ujian itu sia-sia. Setiap satu daripadanya adalah ‘surat cinta’ dari Allah yang ingin kita kembali kepadaNya, lebih dekat, lebih kuat. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Ujian yang diberi sentiasa sesuai dengan kemampuan kita. Dan di sebalik kepedihan, tersembunyi hikmah yang besar, yang hanya dapat dilihat oleh hati yang sabar dan redha. Justeru, jangan pernah rasa keseorangan. Bila diuji, ingatlah setiap orang ada ujian masing-masing. Jangan bandingkan, tapi doakan. Dan yakinlah, Allah melihat setiap titisan air mata, mendengar setiap keluhan hati yang tidak terluah. Sesungguhnya, di sebalik ujian, ada rahmat. Dan di sebalik kesusahan, pasti akan hadir kemudahan.

  • Khidmat tanpa lelah. 🤍 Terima kasih buat kalian yang melakukan pekerjaan mulia nie. 🥹🙌🏻 Semoga lelahnya mendapat pahala dan ganjaran di akhirat. Aamiin.. ✨🤲🏻 . . Kredit Video : TT abambotakpeduli

  • Semoga di bulan yang penuh barakah ini bulan rabiulawal, semoga doa-doa yang kita langitkan Allah makbulkan. Aamiin.. ✨🤲🏻

  • Kalau betul Allah hantar dia untuk mengubati luka di hati dan memberi kita seribu satu senyuman, jaga lah dia sebaik-baiknya. Sebab kebahagiaan tak akan datang bergolek jika kita tak pandai nak membahagiakannya. Hargai orang yang sayangkan kau, yang setia dengan kau, yang sanggup memaafkan kau berkali kali, sanggup mengalah dan membuang egonya demi mempertahankan hubungan kau dan dia. Sebab orang yang macam ni, once bila dia dah giveup and tawar hati, dia takkan peduli lagi tentang kau. Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

  • Percayalah, Allah akan menghapuskan perasaan kau kepada seseorang. Jika seseorang itu memang tidak layak untuk kau. Allah tahu untuk siapa cinta kau layak dapat, tapi Allah lebih tahu siapa yang terbaik dan tepat untuk kau. Ya Allah, izinkan aku jatuh cinta pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Kerana hatiku cuma satu, hanya kepada dia yang halal buatku. Aamiin.. ✨🤲🏻 Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

  • MasyaAllah.. terbaik dan terima kasih bang usaha untuk kutip Al-Quran yang jatuh di jalan raya. 🥺🙌🏻 Mungkin ada yang tercicir di jalanan tapi tak perasan ada yang terjatuh. Semoga usaha kalian berdua diberkati dan menjadi asbab masuk ke syurga. InsyaAllah, Aamiin.. ✨🤲🏻 . . Kredit Video : TT jeyel62 @wan27692

  • Serahkan semuanya pada Allah: Ya Allah, aku tidak akan bersedih selama Engkau bersamaku. Meski jalan terasa gelap, aku yakin ada cahayaMu di hujungnya. Meski hati terasa sempit, aku tahu rahmatMu lebih luas dari langit dan bumi. Cukup Engkau untuk menenangkan seluruh jiwaku.Aamiin.. ✨🤲🏻 Berminat untuk iklankan bisnes/service boleh klik link wassap ini 😊👉🏻 http://www.wasap.my/601121575212/(Review)

  • Bulan yang membuat hati kita kembali kepada satu nama yang begitu dekat di hati, Muhammad ﷺ. Kita mungkin tidak pernah melihat wajah Baginda, tidak pernah duduk di sisi Baginda, namun kita mewarisi cinta daripada umat yang merindui Baginda sejak berabad lamanya. Maka, mari gunakan bulan ini untuk lebih mengenali siapa yang kita cintai. 🌙 Niat memasuki bulan Rabiul Awal : “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rabiul Awal ini. Berikanlah kami taufik untuk mencintai Nabi kami Muhammad ﷺ, mengikuti sunnah Baginda, serta memperbanyak selawat dan salam ke atas Baginda.” 🤲 Niat dalam hati : “Aku berniat memasuki bulan Rabiul Awal ini kerana Allah Ta‘ala, dengan memperbanyakkan selawat, mencintai Rasulullah ﷺ, mengikuti sunnah Baginda dan memperbaiki amalanku.”