Koleksi Teks Doa
Статистика- Последний пост
- 9 авг. 2024 г.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
DOA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ ِللهِ ذِى الْعِزَّةِ وَالْجَلاَلِ يَنْصُرُ الْعَامِلِيْنَ وَيُعِزُّ الصَّامِدِيْنَ الصَّابِرِيْنَ بِنِعْمَةِ الْحُرِّيَّةِ وَاْلإِسْتِقْلاَلِ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ الْقَوِيْمِ. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, sesungguhnya kami bersyukur kepada-Mu kerana memberi nikmat pembangunan dan kemerdekaan yang dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini. Ya Allah, kekalkanlah pembangunan yang telah kami laksanakan sama ada yang berbentuk material atau spiritual . Martabatkanlah negara kami dan seluruh rakyat di negara kami. Kami bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana kemajuan yang kami perolehi adalah hasil dari kemerdekaan yang telah Engkau anugerahkan kepada kami. Sempena Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ini, kami pohonkan ehsan dari-Mu ya Allah, agar Engkau kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban, hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan kemaksiatan. Peliharalah kami dari segala bencana, anugerahkanlah kami dengan kesihatan agar kami dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini. Ya Allah Tuhan yang menguasai sekalian alam, Engkau peliharalah Malaysia negara kami yang kami cintai ini. Engkau peliharalah perpaduan diantara kami demi kepentingan negara Malaysia yang kami kasihi. Ya Allah kami bersyukur kepada-Mu kerana dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni, percaya-mempercayai, saling hormat- menghormati serta tolong-menolong yang menjadi tunjang kepada kemakmuran negara kami sehingga ke hari ini. Ya Allah ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kami memohon restu dari-Mu, Engkau anugerahkanlah bangsa kami ini menjadi bangsa yang setanding dengan bangsa dan negara-negara maju lain di dunia ini. اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا حَفِيْظُ Engkau kekalkanlah kemerdekaan ini untuk generasi kami dan generasi yang akan datang. Engkau kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk generasi baru yang boleh menghargai dan mempertahankan kemerdekaan ini, agar perjuangan awal yang telah dirintis oleh orang-orang terdahulu daripada kami tidak akan menjadi sia-sia. Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, agar bangsa kami menjadi bangsa yang sihat, berdisiplin, bertoleransi, pemurah, peramah dan hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum bagaikan satu keluarga. Peliharalah kemerdekaan ini ya Allah, supaya hati kami, jiwa kami dan minda kami sentiasa berada dalam keimanan yang teguh dan dapat memakmurkan negara dan bangsa. رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّءْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اللهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جُهْدِ البَلاِءِ وَدَرْكِ الشَّقَاْءِ وَسُوْءِ القَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ وَعُضَاْلِ الدَّاْءِ وَخَيْبَةِ الرَّجَاْءِ وَنَسْأَلُكَ اللهُمَّ بِجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ سَلاَمَةً فِي الدِّيْنِ والدُّنْيَا وَعَافِيَةً فِي الجَسَدِ وَسَعَادَةً فِي الآخِرَةِ. اللهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُوْلُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهَا جَنَّتَكَ، وَمِنَ اليَقِيْنِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِي دِيْنِنَا وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفَي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
DOA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَاْلَمِيْنَ، حَمْداً يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكاَفِئُ مَزِيْدَهُ ياَ رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَاْنِكَ. اللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا منْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالآفَاتِ، وَتَقْضِيْ لَنَا جَمِيْعَ الحَاْجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الغَاْيَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيْرَاتِ فِي الحَيَاتِ وَبَعْدَ المَمَاتِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْماً كَثِيْراً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. اللهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَِلوَالِدِيْنَ وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا ضِغَارًا، وَلِجَمِيْعَ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْا بِالإِيْمَاْنِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوْبِنَا غِلاً لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفُ الرَّحِيْمِ. يَا الله يَا رَحْمَان يَا رَحِيْم Dengan penuh khusyuk kami memohon, Ya Allah, akan limpahan dan naungan-Mu ke atas majlis perhimpunan kami ini dengan keberkatan dan keredhaan-Mu. Ya Allah, sempena Kemerdekaan Malaysia ke-....... ini kami mengangkat tangan, demi memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadrat-Mu, atas nikmat kemerdekaan dan pembangunan yang Engkau kurniakan ke atas negara kami. Maka dengan rahmat dan kasih-Mu, Ya Allah, limpahkanlah ke atas negara kami, keamanan dan kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari segala perkara yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan keutuhan perpaduan, rasa hormat menghormati sesama rakyat yang kami nikmati ketika ini. Ya Allah, atas sifat rahmat-Mu kami menadahkan tangan dengan penuh pasrah jua, agar Engkau sentiasa memberkati para pemimpin watan ini, rakyat dan sekalian kami yang berhimpun di sini dengan bimbingan dan hidayah-Mu yang berterusan. Ya Allah, limpahkanlah rahim-Mu kepada para pejuang kemerdekaan negara kami yang amat berjasa dan pasukan keselamatan kami yang sanggup berkorban demi memastikan keamanan dapat dinikmati sekalian rakyat. اللهُمَّ يَا الله Engkau padukanlah, Ya Allah, hati kami dengan kasih sayang, jiwa kami dengan rasa penghormatan dan kebanggaan menjadi anak Malaysia, moga kami bersatu, memadu kekuatan, demi membina kecemerlangan dan memacu kemajuan, rohani dan jasmani sebagai pengisian kemerdekaan ibu pertiwi tercinta. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu jua, Ya Allah, agar dibimbinglah hati kami dengan hidayah-Mu, dicucurilah diri kami dengan pandangan rahmat-Mu, dan dibantulah kami dengan sifat Rahim-Mu, agar kami terus bersatu, dan bersama gerak menuju matlamat yang satu, untuk membina dan membangunkan watan kami yang merdeka, maju dan berdaya saing, demi mempertahan watan kami yang berdaulat dan disegani di persada dunia di bawah naungan rahmat dan nikmat-Mu. Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha kami, teguhkanlah hati kami dengan kesabaran, luruskan tujuan kami dengan kejujuran, agar dapat kami hulurkan tenaga dan bakti dengan penuh ketulusan, untuk membangun dan membina negara dan ummah ke arah kejayaan, di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dan kepada-Mu jua kami pasrah, menggantungkan harapan, agar segala usaha dan amal kami selama hayat dikandung badan, diperkira sebagai amal soleh dan kebajikan, agar dapat menjadi bekalan ketika berhadapan dengan-Mu, di hari kebangkitan, di waktu seluruh manusia mendapat balasan, antara kebaikan dan keburukan. اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ. اللهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِي فِيْهَا مَعَاشُنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِي إِلَيْهَا مَعَادُنَا، وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِيْ كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
DOA MAULIDUR RASUL بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ اللهم صلي على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات وتقضي لنا بها جميع الحاجات؛ وتطهرنا بها من جميع السيئات ؛ وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات في الحياة وبعد الممات ؛ انك على كل شى قدير Ya Allah, Kami mohon limpahan rahmat keredhaan dan keampunanMu kepada pasangan yang kami raikan pada hari ini. Berkatilah majlis ini dari permulaan hingga pengakhirannya. Kurniakanlah kepada kedua mempelai ini ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Bekalkan mereka dengan kasih sayang sejati Perasaan belas kasihan yang hakiki Tekad usaha yang tidak mengenal penat Tawakkal kepadaMu yang tidak mengenal pasrah Kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi Ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka Dan Keimanan padaMu yang tidak mengenal ingkar Ya Allah, Kekalkanlah kemesraan antara mereka ini mengikut jalanMU yang sebenar, Penuhkanlah hati mereka dengan cahaya RabbaniMu yang tidak akan malap, Lapangkanlah hati mereka dengan limpahan keimanan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU, Hidup suburkanlah hati mereka ini dengan pengetahuan sebenar tentangMU, Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah, Kami menadah tangan kami dan memohon kepadamu dengan penuh rendah hati Sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa Janganlah ia menjadi penghalang Pada tertunainya doa kami yang terbit dari hati yang ikhlas Dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan keredhaan serta keampunanmu. بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكَمُاَ فِيْ خَيْر رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. والحمد لله رَبِّ اْلعلَمِيْنَ.
DOA MAJLIS PENGANTIN بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ اللهم صلي على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات وتقضي لنا بها جميع الحاجات؛ وتطهرنا بها من جميع السيئات ؛ وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات في الحياة وبعد الممات ؛ انك على كل شى قدير Ya Allah, Kami mohon limpahan rahmat keredhaan dan keampunanMu kepada pasangan yang kami raikan pada hari ini. Berkatilah majlis ini dari permulaan hingga pengakhirannya. Kurniakanlah kepada kedua mempelai ini ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Bekalkan mereka dengan kasih sayang sejati Perasaan belas kasihan yang hakiki Tekad usaha yang tidak mengenal penat Tawakkal kepadaMu yang tidak mengenal pasrah Kesetiaan antara satu sama lain yang tidak mengenal sangsi Ketaatan pada orang-orang tua mereka yang tidak mengenal derhaka Dan Keimanan padaMu yang tidak mengenal ingkar Ya Allah, Kekalkanlah kemesraan antara mereka ini mengikut jalanMU yang sebenar, Penuhkanlah hati mereka dengan cahaya RabbaniMu yang tidak akan malap, Lapangkanlah hati mereka dengan limpahan keimanan keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU, Hidup suburkanlah hati mereka ini dengan pengetahuan sebenar tentangMU, Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah, Kami menadah tangan kami dan memohon kepadamu dengan penuh rendah hati Sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa Janganlah ia menjadi penghalang Pada tertunainya doa kami yang terbit dari hati yang ikhlas Dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan keredhaan serta keampunanmu. بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكَمُاَ فِيْ خَيْر رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. والحمد لله رَبِّ اْلعلَمِيْنَ.
DOA KEM BESTARI SOLAT بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِ اْلمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا محمدِ الأَمِيْن وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي اْلأَمْرِ، وَنَسْئَلُكَ عَزِيْمَةَ الرُّشْدِ، وَنَسْئَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ، وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ، وَنَسْئَلُكَ لِسَانًا صَادِقًا وَقَلْبًا سَلِيْمًا. وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ. وَنَسْئَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا نَعْلَمُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ مِمَّا لاَ نَعْلَمُ. اِنَّكَ اَنْتَ عَلاَّمُ اْلغُيُوْبِ. رَبَّنَا اتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا، رَبَّنَا زِدْنَا عِلْمًا وَاَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِيْنَ. اللهمّ يا رحمن Pada petang yang berbahagia ini, kami berhimpun bersama sebagai meraikan perasmian kem bestari solat yang akan kami adakan pada petang ini. Semoga kem ini dapat berjalan dengan lancar dan diredhai oleh Mu. Kami mengharapkan semoga kem ini dapat membantu kami serta anak-anak murid kami untuk melakukan ibadat solat dengan betul dan sempurna. اللهمّ يا ربّ العالمين Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu. Perteguhkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jadikanlah kami bangsa yang taat kepada perintahMu, kuat berusaha, kuat beribadat dan mampu menghadapi segala cabaran serta ingin terus maju ke hadapan sesuai dengan peredaran zaman. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami. رَبَّنَا اتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. امِيْنَ يَا رَبَّ اْلعلَمِيْنَ.
DOA MAJLIS HARI RAYA بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمٰنِ اْلرَّحِيْم الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى ﺁلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ رَبَّنا ﺇنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ ﺁمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَﺁتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ ﺇنَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ. اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار Pada bulan syawal yang mulia ini, kami berhimpun untuk meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi ummat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu. Dihari yang mulia ini, kami menadah tangan memohon RahmatMu, Limpahkanlah Taufiq HidayahMu, petunjuk dan inayahMu kepada kami. Sedarkan kami atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan. Mudah-mudahan Ramadhan yang akan datang akan menjadi lebih bermakna bagi kami semua. Ya Allah, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami. اللهمّ يا ربّ العالمين Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. رَبَّنَا ﺁتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى ﺁلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. بِرَحْمَتِكَ يَا أرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. ﺁمِيْنَ يَا رَبَّ اْلعٰلَمِيْنَ.
DOA JAMUAN AKHIR TAHUN بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمٰنِ اْلرَّحِيْم الحمد لله ربّ العالمين القائل في كتابه المبين ﴿ يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ اُوتُوْا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ﴾. والصلاة والسّلام على سيِّدنا محمدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ ﺇمَامِ اْلخَيْرِ وَقَائِد ِاْلخَيْرِ وَرَسولِ اْلرَّحْمَةِ. أللهمَّ ابْعَثْهُ مَقَاماً يَغْبِطُه بِهِ اْلأوَّلُوْنَ. رَبَّنا ﺇنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ ﺁمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَﺁتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ ﺇنَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ. اللهمّ يا كريم، الخالق السماوات والأرض Pada hari yang berbahagia ini, kami memanjatkan kesyukuran kehadratMu yang telah memberikan kami kesempatan untuk berhimpun bersama dalam majlis (Minum Petang Sejambak Kasih Sekalung Budi) SKSSJ 2007. Mudah mudahan majlis ini akan mendapat barakah dariMU seterusnya menjadi majlis untuk kami merapatkan silaturrahim antara kami. Ya Rahman ya rahim Ya Rabbal alamin, kami memohon dariMu, Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu, Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim di antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami. Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat Mu. اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
DOA MINGGU ORIENTASI بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ . Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Hari Orientasi pelajar-pelajar Baru sesi ( ) pada hari ini . Ya Allah , Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah , Ya Farijal hammi wa ya kasyifal ghommi Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang, pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Mudah-mudahan maklumat yang diberikan dapat memandu kami ke arah kecemerlangan diri yang lebih gemilang . Dan jadikanlah pelajar-pelajar kami yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang diperolehi dalam peperiksaan yang lalu . Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA MESYUARAT بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمٰنِ اْلرَّحِيْم الحمد لله ربّ العالمين القائل في كتابه المبين ﴿ يَرْفَعِ اللهُ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا مِنْكُمْ وَالَّذِيْنَ اُوتُوْا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ﴾. والصلاة والسّلام على نورِ الأنْوارِ، وَسِتْرِ الأَسْرَارِ، وَتِرْيَاقِ اْلأَغْيَارِ، وَمِفْتَاحِ بَابِ اْليَسَارِ، سيِّدنا محمدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ ﺇمَامِ اْلخَيْرِ وَقَائِد ِاْلخَيْرِ وَرَسولِ اْلرَّحْمَةِ. أللهمَّ ابْعَثْهُ مَقَاماً يَغْبِطُه بِهِ اْلأوَّلُوْنَ. رَبَّنا ﺇنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ ﺁمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَﺁتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ ﺇنَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ. Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Hakim Ya Azim, Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir, Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
DOA HARI KELUARGA بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِ اْلمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا محمدِ الأَمِيْن وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ رَبَّنا ﺇنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ ﺁمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَﺁتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ ﺇنَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ. أللهمَّ ﺇنَّا نَسْألُكِ ﺇيْمَانًا كَامِلا، وَيَقِيْنًا صَادِقًا، وَعِلْمًا نَافِعًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَلِسَانًا ذاكِرًا، وَرِزْقًا وَاسِعًا حَلاَلاً طَيِّبًا، وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri PROGRAM HARI KELUARGA bagi warga Sk SSJ pada kali ini . Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar , Pada malam yang bercahaya ini, kami menadah tangan memohon dariMu. Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat Mu. Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Bersihkanlah hati kami dan penuhilah diri kami dengan sifat mahmudah. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasilah kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji serta hindarilah kami dari sifat-sifat keji lagi dibenci. Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram, Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi , Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal, mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah . Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) diri kami sentiasa mendapat keredhaan dariMu. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . أللهمَّ عَافِنَا فِى بَدَنِنَا. أللهمَّ عَافِنَا فِى سَمْعِنَا. أللهمَّ عَافِنَا فِى بَصَرِنَا. أللهمَّ ﺇنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ اْلكُفْرِ واْلفَقْرِ. أللهمَّ ﺇنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ لاَ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ أنْتَ.ِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ Ya Karim , Ya Wadud Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis _______________________________________ pada hari ini. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya. Ya Zal Jalali Wal Ikram, Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA MAJLIS MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADAN بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam memasuki bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi. Bersempena Majlis Sambutan Ketibaan Bulan Ramadan pada kali ini, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah. Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang. Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba nanti. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam berpuasa Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadan. Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W. Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti. Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan. اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ . Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya . Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya . Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja , Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan . Ya Allah , Qaadhial Hajat , Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan , Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ; Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ; Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ; Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar . اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN (LAWATAN SAMBIL BELAJAR) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ . Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami. Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat. Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu. Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini. Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan. ُسْبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين وإنا إلى ربنا لمنقلبون رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Channel photo updated
Channel name was changed to «Koleksi Teks Doa»
DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ . Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya . Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan bilangan hari ) dalam (Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya . Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja , Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat , Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan . Ya Allah , Qaadhial Hajat , Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan , Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ; Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e dan kolektif ; Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ; Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar . اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
DOA SEMPENA PERLANTIKAN PENGAWAS بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ . Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini. Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi , Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami . Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan pengawas kami akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa . Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا . اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ . Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini . Ya Allah , Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu . Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ