PMAPIUM @ Telegram
СтатистикаSaluran informasi dan perkembangan semasa APIUM yang padat serta terkini. Semuanya di hujung jari anda! Ikuti kami. 😉 👉PORTAL PMAPIUM 2025/2026 https://linktr.ee/PMAPIUM25_26
- Последний пост
- 10 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 14 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 142
- 1/48двое суток
- 162
- 1/72трое суток
- 175
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
✨[TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG PMAPIUM SESI 2025/2026]✨ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan rahmat-Nya. Setelah setahun menggalas amanah, tampuk kepimpinan PMAPIUM Sesi 2025/2026 kini telah diserahkan kepada saf kepimpinan yang baharu melalui penganjuran Annual General Meeting PMAPIUM Sesi 2026/2027 yang lalu. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga APIUM, para pensyarah, alumni, rakan strategik serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, kepercayaan dan doa sepanjang sesi ini. Segala kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam menjayakan setiap gerak kerja dan program PMAPIUM. Buat saf kepimpinan yang baharu, tahniah dan selamat menggalas amanah! Semoga terus memimpin dengan hikmah, berbakti dengan ikhlas serta meneruskan legasi kecemerlangan PMAPIUM. Terima kasih atas segala kenangan, kepercayaan dan sokongan sepanjang sesi ini. Semoga setiap usaha menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT. Siiru 'ala barakatillah ✨
📖✨ [PELANCARAN ARKIB DIGITAL]✨📖 Alhamdulillah, Arkib Digital di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) telah dilancarkan secara rasmi bersempena Annual General Meeting Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Sesi 2026/2027 yang lalu. Arkib Digital menjadi sebuah wadah yang menghimpunkan himpunan kenangan, catatan serta perjalanan mahasiswa APIUM sebagai sebahagian daripada usaha mendokumentasikan legasi dan sejarah gerakan mahasiswa dari semasa ke semasa. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penghasilan dan pelancaran Arkib Digital ini. Semoga usaha ini terus menjadi ruang yang menyimpan nilai, cerita dan legasi untuk tatapan generasi mahasiswa yang akan datang. 🔗 Anda boleh mengimbas kod QR atau akses pautan di bawah jika ingin melihat lebih lanjut mengenai Arkib Digital: https://anyflip.com/jqydq/thtx/ Siiru 'ala barakatillah.
💵 [PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH (PPBU) YAYASAN BANK RAKYAT 2026] 💵 Assalamualaikum WBT, Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat 2026 kini dibuka. 📌 Terbuka kepada warganegara Malaysia yang layak. 📌 Peringkat Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja. 📌 Tiada faedah dikenakan. 📌 Kadar bayaran balik mengikut CGPA akhir. 📌 Keutamaan kepada bidang: * Pengajian Islam * Pengurusan & Perniagaan * Perakaunan * Komunikasi & Media * Teknologi Maklumat * Pendidikan * Sains Sosial 🔗 Pautan permohonan: https://application.yayasanbankrakyat.com.my/ 📆 Tarikh permohonan: *3 Ogos - 28 Ogos 2026* 📌 Maklumat lanjut, boleh ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat atau boleh hubungi Jabatan Penajaan Pendidikan. E-mel: ppbu@yayasanbankrakyat.com.my Disediakan oleh: Exco Ekonomi & Keusahawanan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Sesi 2026/2027 #DinamikaMahasiswaRabbani #KeranaKitaSatuKeluarga #PMAPIUM2627
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
⚜️ [UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA BARISAN EXCO PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA SESI 2026/2027] ⚜️ Bismillahirrahmanirrahim, Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan baharu Exco Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) Sesi 2026/2027. Semoga amanah yang dipikul ini menjadi medan untuk menabur bakti dan menyemai nilai kepimpinan yang berteraskan syariat. Moga setiap perancangan, usaha, dan langkah yang diatur sentiasa dipandu rahmat dan inayah Allah SWT. Laksanakanlah tugas dengan penuh dedikasi dan kebijaksanaan sepanjang sesi 2026/2027. Teruskan kecemerlangan dan bina legasi kepimpinan yang memberi manfaat kepada seluruh warga APIUM. Mekar indah di pohon jati, Singgah lebah mencari madu; Tinggi ilmu bersemadi di hati, Indah akhlak panduan selalu. Siiru ‘ala barakatillah. 💪✨ #DinamikaMahasiswaRabbani #KeranaKitaSatuKeluarga #PMAPIUM2627
без подписи
📜 [PENGENALAN SAF KEPIMPINAN MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA SESI 2026/2027] 📜 Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ini, sukacitanya dimaklumkan bahawa berikut adalah barisan saf kepimpinan Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) Sesi 2026/2027. ⚜️ YANG DIPERTUA: MUHAMMAD ADAM HAKEEM BIN MOHAMMAD AMRAN ⚜️ NAIB YANG DIPERTUA: IMNA NAFEESA BINTI ABD RAHMAN ⚜️ TIMBALAN YANG DIPERTUA: MUHAMMAD FAUZAN BIN MUHAMAD FADZIL ⚜️ SETIAUSAHA AGUNG: NURFATHIAH IZZAH BINTI DAUT ⚜️ TIMBALAN SETIAUSAHA: NUR ASYIFA BINTI SHAPIE ⚜️ BENDAHARI KEHORMAT: FATIN FATIMAH BINTI AMIRUL HAKIMI ⚜️ TIMBALAN BENDAHARI: AMIRUL HAKIMI BIN RAMLI Siiru ‘ala barakatillah.✨ #DinamikaMahasiswaRabbani #KeranaKitaSatuKeluarga #PMAPIUM2627
📢 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐍𝐎𝐔𝐍𝐂𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 – 𝐌𝐢𝐓𝐀𝟐𝟔 𝐀𝐂𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐂 𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐖𝐄𝐄𝐊 (𝐌𝐢𝐓𝐀𝟐𝟔) Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya 🗓️ Date: 18 – 19 June 2026 📍 Venue: Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya (APIUM) The Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya (APIUM) is thrilled to present MiTA26! MiTA26 is more than just a programme — it’s a dynamic, inclusive, and intellectually charged platform where knowledge meets community. Designed to bridge academia and society, MiTA26 offers a series of engaging activities that blend scholarly depth with interactive exploration. 🔹 Inaugural Lecture 🔹 Academic Workshops & Discussions 🔹 Special Feature: Road to MiTA 🔹 Expert Forums & Seminars We welcome participation from across all backgrounds and institutions. #MiTA26 #APIUM #UM #AcademicOpenWeek
KEJOHANAN FUTSAL MiTA 2026 APIUM Tarikh: 12 Jun 2026 (Jumaat Masa: Petang dan Tempat: Court hadapan Fakulti Undang-Undang Program ini merupakan kejohanan futsal yang menghimpunkan penyertaan antara jabatan atau program dengan konsep penglibatan rentas generasi melibatkan staf dan pelajar bagi memeriahkan penganjuran MiTA 2026. Penyertaan adalah secara perlawanan antara jabatan atau program. Komposisi setiap pasukan (8 orang). Setiap kumpulan diwajibkan mempunyai: •4 orang staf akademik / pentadbiran •2 orang pelajar pascasiswazah •2 orang pelajar ijazah dasar Pautan pendaftaran: https://docs.google.com/document/d/1TuoYmSj-O_B2GYJAU_QPx72KR-BoXJxc/edit?usp=drivesdk&ouid=109852665854903868524&rtpof=true&sd=true
🔶[NOTIS MAKLUMAN: PENUTUPAN KAUNTER BAHAGIAN IJAZAH DASAR (BID)]🔶 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan bahawa Kaunter Bahagian Ijazah Dasar (BID) akan ditutup pada 8 Jun 2026 (Isnin) berikutan penglibatan semua staf BID dalam program iFEST yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor (DTC). Sehubungan itu, sebarang urusan berkaitan boleh berhubung terus kepada staf BID atau melalui e-mel di api_dasar@um.edu.my. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Exco Akademik dan Intelektual, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Sesi 2025/2026 #IlmuBerstrukturHikmahBersanad #SinergiMahasiswaTarbawi #KeranaKitaSatuKeluarga #PMAPIUM2526
🚀 [Build a CV & LinkedIn: Gets Noticed with AI] 🎓✨ In today's fast-paced digital landscape, standing out to top employers requires a competitive edge. This high-impact initiative by the Graduate Employability and Career Centre (GECC) empowers you to showcase your true value through standout CVs and optimized LinkedIn profiles! Join our Hands-on Experience & Insights session featuring an elite industry expert: 🎙️ Speaker: Fareez Shahfiqar Mohd Fauzi (TEDx Speaker & Human Intelligence Consultant) Event Details: 📅 Date: 19 June 2026 ⏰ Time: 9.30am - 12.30pm 📍 Venue: Dewan Perdana 1 & 3, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya 🎯 Ready to leverage AI tools and elevate your professional branding? 📲 REGISTER NOW: Scan the QR code on the attached poster to secure your spot! Or click here: https://forms.gle/r14NHNzEeRuJCFyc8 📞 For inquiries, kindly contact: Mr. Ammar (GECC Representative) at +60 19-637 6827
👑[ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG]👑 Dirgahayu Tuanku. Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H. Semoga Allah SWT terus mengurniakan keafiatan, kebijaksanaan, kesejahteraan serta keberkatan yang berpanjangan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh hikmah, adil serta berdaulat. Kami turut menzahirkan doa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT serta dikurniakan kesejahteraan yang berterusan. Semoga institusi Raja-Raja Melayu terus menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negara. Daulat Tuanku. #SinergiMahasiswaTarbawi #KeranaKitaSatuKeluarga #PMAPIUM2526