Ujian Psikometrik 2026 by Cikgu Khairul
СтатистикаChannel ini ditubuhkan untuk berkongsi info & tips persediaan dalam mengambil ujian psikometrik SPA
- Последний пост
- 13 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 1
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 755
- 1/48двое суток
- 865
- 1/72трое суток
- 933
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
1. Saya berasa sangat bimbang tentang wang. 2. Saya berpuas hati dengan jumlah wang/gaji yang diperoleh. Secara asasnya, dua ayat ini membawa arah yang agak berbeza. Soalan 1 menunjukkan seseorang itu ada kebimbangan kewangan. Soalan 2 pula menunjukkan seseorang itu ada kepuasan terhadap pendapatan. Kalau seseorang jawab setuju untuk kedua-dua soalan ini, ia nampak seperti ada sedikit kecelaruan identiti: “Saya sangat bimbang tentang wang, tetapi saya juga berpuas hati dengan gaji saya.” Jawapan ini tidak semestinya salah. Dalam kehidupan sebenar, ia masih boleh berlaku. Contohnya, seseorang mungkin berpuas hati dengan gaji semasa kerana merasakan gaji itu adil dengan kerja yang dibuat. Tetapi pada masa yang sama, dia masih bimbang tentang wang kerana ada komitmen bulanan, hutang, kos sara hidup, tanggungan keluarga, atau simpanan kecemasan yang belum cukup. Maksudnya, seseorang boleh puas hati dengan pendapatan, tetapi masih risau tentang kestabilan kewangan. Namun, dari sudut ujian psikometrik, jika terlalu banyak jawapan seperti ini berlaku, sistem boleh melihatnya sebagai tanda bahawa jawapan calon kurang konsisten. Bukan kerana satu pasangan jawapan terus dianggap bermasalah, tetapi kerana pola keseluruhan jawapan mungkin menunjukkan calon menjawab tanpa memahami maksud soalan. Dalam simulasi psikometrik, Cikgu Khairul sudah masukkan indikator skor konsisten. Nanti boleh cuba versi demo di bawah ini. https://ujiansimulasi.com Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Salah satu karakter yang cuba dicungkil dalam ujian psikometrik ialah keterbukaan. Satu kategori wajib dalam ujian psikometrik. Tapi anda jangan salah faham, keterbukaan ini bukan bermaksud anda kena terbuka terima pendapat atau idea orang lain. Tapi keterbukaan ini menfokuskan kepada pengalaman, ataupun lebih tepat lagi dikenali sebagai 'openness to experience'. "Apa sebenar keterbukaan ini cikgu?" Secara ringkasnya, kategori keterbukaan ini mencerminkan sejauh mana tahap imaginasi, kreativiti, rasa ingin tahu, dan keterbukaan terhadap idea, nilai, seni dan pengalaman baharu. Orang yang tinggi skor keterbukaan ini selalunya akan suka bereksperimen, suka pembaharuan dan juga suka kepada perkara abstrak. Perkara abstrak ini merujuk kepada sesuatu yang berbentuk idea, imaginatif, atau kesenian. Contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil skor keterbukaan: Soalan 1: Saya suka mencari kaedah yang baharu dalam menyelesaikan masalah. Soalan 2: Saya suka idea yang bersifat abstrak berbanding perkara fakta. Dalam ujian psikometrik, tidak semua jawatan memerlukan skor yang tinggi dalam keterbukaan. Ada jawatan perlukan skor rendah, dan ada juga perlukan skor sederhana. Persoalannya sekarang... Adakah jawatan kali ini memerlukan kepada penyelidikan? Berkaitan dengan seni? Ataupun berkaitan dengan penyelesaian masalah yang bersifat abstrak? Kalau tak ada, itu bermaksud skor terbukaan tinggi tidak diperlukan untuk jawatan kali ini. Sekiranya profil personaliti anda membentuk skor tinggi dalam keterbukaan, itu juga boleh menjadi punca kenapa anda tak terpilih untuk jawatan kali ini. Ingat, ujian psikometrik tidak mencari skor siapa paling tinggi. Tapi mencari skor siapa yang paling sesuai. Jika sesuatu jawatan itu bersifat rutin, individu dengan skor keterbukaan rendah / sederhana adalah lebih sesuai. Anda belajar sesuatu tak dari sharing ini? Jika anda nak lebih lagi contoh soalan dan jawapan, boleh download di bawah: https://go.ujianpsikometrik.my Setiap pembelian disertakan sekali akses percuma kepada simulasi psikometrik. Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Soalan: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali. A. Sangat tidak setuju B. Tidak setuju C. Setuju D. Sangat setuju Ini merupakan antara salah satu soalan psikometrik yang pernah ditanya dalam exam sebelum ini. Objektif soalan ini adalah untuk mencungkil kecenderungan karakter extrovert dalam diri seseorang. Jika anda pilih jawapan 'sangat setuju', akan trigger satu signal menunjukkan dalam diri anda ada ciri-ciri extrovert. Tapi, kena pilih 'sangat setuju' ke baru boleh lulus ujian ni? Jawapannya, TIDAK. Kalau anda nak tahu, extrovert ini merupakan salah satu karakter dalam extraversion. Dalam extraversion, terdapat tiga kategori utama. 1. Extraversion skor rendah = introvert. 2. Extraversion skor sederhana = ambivert. 3. Extraversion skor tinggi = extrovert. Setiap jawatan memerlukan skor extraversion yang berbeza-beza. Ada jawatan perlukan skor rendah, ada perlukan skor sederhana, dan ada perlukan skor tinggi. Jika sesuatu jawatan itu memerlukan seorang calon yang skor sederhana, tapi jawapan anda pula membentuk satu skor tinggi. Itu juga boleh menjadi punca kenapa anda tak terpilih. Ingat! Ujian psikometrik tidak mencari skor siapa paling tinggi, tapi mencari skor siapa paling sesuai sahaja. Untuk skor extraversion terlalu tinggi, ia mencerminkan satu karakter yang: - Mudah mesra. - Energetik & ceria. - Komunikator yang baik. - Suka bersosial. - Suka bergurau-senda. - Mengutamakan keseronokan (party-focused). - Banyak bercakap / berborak (overly talkative). Persoalannya sekarang, adakah jawatan kali ini memerlukan ciri-ciri seperti ini? Saya ada sediakan simulasi psikometrik untuk menguji ke arah mana kecenderungan karakter anda yang sebenar-benarnya. Nanti boleh akses di bawah ini: https://ujiansimulasi.com Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Kenapa tak ada jawapan salah betul dalam psikometrik? Pelik tak apabila pihak SPA bagitau, tak ada jawapan salah atau betul dalam ujian psikometrik. Tapi bagaimana mereka menilai jawapan kalau tak ada jawapan salah atau betul? Jom cikgu tunjukkan contoh pengiraan ringkas dalam menentukan kecenderungan karakter seseorang. 1. Saya berasa bertenaga apabila berada dalam kumpulan yang ramai. 2. Saya merupakan orang pertama memulakan perbualan dengan orang yang baru dikenali. 3. Saya gemar terlibat dalam aktiviti berkumpulan berbanding bersendirian. 4. Saya sering menjadi orang yang menceriakan suasana dalam sesuatu kumpulan. 5. Saya berasa selesa apabila menjadi pusat perhatian dalam sesuatu situasi. Pilihan jawapan A. Ya B. Tidak. Kalau anda nak tahu, kelima-lima soalan ini dalam kategori extraversion. Antara ciri2 yang terdapat dalam soalan2 ini ialah: 1. Suka interaksi sosial. 2. Bertenaga dalam suasana sosial. 3. Talkative (suka bercakap). 4. Suka menjadi pusat perhatian. Andaikata jawatan kali ini memerlukan kecenderungan extraversion 60% (sebab bukan semua jawatan perlukan extraversion tinggi). Ketika ini, skor extraversion 60% dianggap sebagai skor ideal untuk jawatan kali ini. Pada asasnya, untuk membentuk kecenderungan 60% itu, hanya perlu gabungkan 3 jawapan YA dan 2 jawapan TIDAK. Jadi, akan terbentuk 10 kombinasi jawapan di bawah: 1. A A A B B = 60 extraversion. 2. A A B A B = 60 extraversion. 3. A A B B A = 60 extraversion. 4. A B A A B = 60 extraversion. 5. A B A B A = 60 extraversion. 6. A B B A A = 60 extraversion. 7. B A A A B = 60 extraversion. 8. B A A B A = 60 extraversion. 9. B A B A A = 60 extraversion. 10. B B A A A = 60 extraversion. Walaupun 10 kombinasi ini mempunyai jawapan yang berbeza-beza, tapi kecenderungan karakter adalah sama. Kenapa tak ada jawapan salah atau betul? Jika saya kata jawapan paling betul untuk soalan 1 ialah A, jawapan saya tu sebenarnya tak betul. Kenapa? Cuba tengok pada kombinasi 7-10. Walaupun jawapan 1 itu adalah B, kecenderungan karakter 60% tetap boleh terbentuk. Nampak tak dekat sini, walaupun jawapan berbeza, 10 kombinasi jawapan ini tetap membentuk karakter yang sama. Inilah yang SPA cuba cari dalam ujian psikometrik. Mereka tak cari sama ada jawapan anda itu betul atau salah, sebab mereka tak check satu persatu jawapan. Apa yang mereka check hanyalah kecenderungan karakter sahaja. Dengan kecenderungan karakter inilah boleh menentukan sama ada profil personaliti seseorang itu sesuai ataupun tidak dengan jawatan. Dalam ujian sebenar, pengiraan tak seringkas ini. Sangat complicated disebabkan soalan menggunakan 5 skala jawapan. Akan ada terlalu banyak kombinasi jawapan yang akan terbentuk. Nak mudah, boleh cuba simulasi psikometrik ini: https://ujiansimulasi.com Sistem akan kira kecenderungan jawapan anda secara automatik. Berapa peratus kecenderungan jawapan anda menyerupai profil ideal jawatan. Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Soalan: Saya selalu membantu orang yang mempunyai masalah. A. Sangat tidak setuju B. Tidak setuju C. Setuju D. Sangat setuju Soalan ini nampak simple, tapi ia cuba mencungkil satu sifat dalam diri anda tanpa anda sedari. "Soalan ini mudah jer cikgu, mestilah jawapan dia 'sangat setuju'". Anda pasti? Dalam ujian psikometrik, setiap soalan akan disandarkan kepada teori personaliti. Bukan disandarkan kepada "aku rasa jawapan ini betul, mesti ini lah jawapan dia". Untuk soalan ini, ia cuba mencungkil sifat agreeableness dalam diri anda. Antara ciri2 agreebleness ialah kecenderungan seseorang untuk gemar menolong orang lain. "Jadi kena pilih jawapan 'sangat setuju' ke cikgu?" Tidak semestinya, sebab ujian psikometrik ditentukan berdasarkan kepada kecenderungan karakter sesuatu jawatan. Jika jawatan kali ini memerlukan skor agreeableness yang rendah, jawapan 'sangat setuju' boleh menjadi perangkap untuk gagal. Dalam ujian sebenar, agreeableness ini akan dipecahkan kepada lima kategori: 1. Sangat rendah 2. Rendah 3. Sederhana 4. Tinggi 5. Sangat tinggi Persoalannya sekarang, jawatan kali ini memerlukan kecenderungan sifat agreeableness yang mana? Jika kecenderungan tinggi diperlukan, kecenderungan 'sangat rendah', 'rendah', 'sederhana' dan 'sangat tinggi' pula akan digagalkan. Ingat! Ujian psikometrik bukan tentang jawapan siapa paling betul, tapi jawapan siapa paling sesuai. Belajar sesuatu? Nak tak cuba simulasi psikometrik yang menyerupai 100% ujian psikometrik sebenar? Jom try di bawah ini: https://ujiansimulasi.com Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul
🔥 Program Referral Simulasi Psikometrik Kumpul 20 point → unlock akses simulasi percuma. 👉 https://ujiansimulasi.com/#referral Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul
Ada tak yang dapat panggilan ujian psikometrik pada hari ini? Nak dapatkan vibe sebenar menjawab ujian psikometrik tak? Jom try simulasi psikometrik ini. Susun atur 100% sama seperti ujian yang sebenar. Try: https://ujiansimulasi.com Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
“Betul ke cikgu pihak SPA cakap soalan psikometrik ni tak ada jawapan salah atau betul? Tapi saya pelik, macam mana boleh wujud status calon lulus dan calon gagal kalau jawapan tak ada salah betul. Pihak SPA nilai macam mana sebenarnya ujian ni?” Sebenarnya jawapan kepada persoalan ini berkait rapat dengan bagaimana ujian psikometrik ini berfungsi. Saya ada tulis artikel khas untuk menjawab persoalan ini. Boleh baca di bawah: » https://huraian.com/salah-betul Semoga bermanfaat. Ikhlas Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Salah satu karakter yang cuba dicungkil dalam ujian psikometrik ialah keterbukaan. Satu kategori wajib dalam ujian psikometrik. Tapi anda jangan salah faham, keterbukaan ini bukan bermaksud anda kena terbuka terima pendapat atau idea orang lain. Tapi keterbukaan ini menfokuskan kepada pengalaman, ataupun lebih tepat lagi dikenali sebagai 'openness to experience'. "Apa sebenar keterbukaan ini cikgu?" Secara ringkasnya, kategori keterbukaan ini mencerminkan sejauh mana tahap imaginasi, kreativiti, rasa ingin tahu, dan keterbukaan terhadap idea, nilai, seni dan pengalaman baharu. Orang yang tinggi skor keterbukaan ini selalunya akan suka bereksperimen, suka pembaharuan dan juga suka kepada perkara abstrak. Perkara abstrak ini merujuk kepada sesuatu yang berbentuk idea, imaginatif, atau kesenian. Contoh soalan yang digunakan untuk mencungkil skor keterbukaan: Soalan 1: Saya suka mencari kaedah yang baharu dalam menyelesaikan masalah. Soalan 2: Saya suka idea yang bersifat abstrak berbanding perkara fakta. Dalam ujian psikometrik, tidak semua jawatan memerlukan skor yang tinggi dalam keterbukaan. Ada jawatan perlukan skor rendah, dan ada juga perlukan skor sederhana. Persoalannya sekarang... Adakah jawatan kali ini memerlukan kepada penyelidikan? Berkaitan dengan seni? Ataupun berkaitan dengan penyelesaian masalah yang bersifat abstrak? Kalau tak ada, itu bermaksud skor terbukaan tinggi tidak diperlukan untuk jawatan kali ini. Sekiranya profil personaliti anda membentuk skor tinggi dalam keterbukaan, itu juga boleh menjadi punca kenapa anda tak terpilih untuk jawatan kali ini. Ingat, ujian psikometrik tidak mencari skor siapa paling tinggi. Tapi mencari skor siapa yang paling sesuai. Jika sesuatu jawatan itu bersifat rutin, individu dengan skor keterbukaan rendah / sederhana adalah lebih sesuai. Anda belajar sesuatu tak dari sharing ini? Jika anda nak lebih lagi contoh soalan dan jawapan, boleh download di bawah: https://go.ujianpsikometrik.my Setiap pembelian disertakan sekali akses percuma kepada simulasi psikometrik. Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Antara perkara yang cuba dicungkil dalam ujian psikometrik ialah kecenderungan sifat empati dan ketegasan seseorang. Ada jawatan memerlukan dominan sifat empati, ada jawatan perlukan dominan sifat ketegasan. Dan ada juga jawatan memerlukan keseimbangan antara empati dan ketegasan. Contoh soalan empati: Soalan 1: Saya akan bertanya jika ada kawan yang memerlukan pertolongan. A. Sangat setuju B. Setuju C. Tidak setuju D. Sangat tidak setuju Contoh soalan ketegasan: Soalan 2: Saya akan mempertahankan pendapat saya walaupun ada rakan yang membantah. A. Sangat setuju B. Setuju C. Tidak setuju D. Sangat tidak setuju Dalam ujian psikometrik, satu jawapan tidak akan membentuk apa-apa karakter. Bermaksud, jika anda pilih jawapan 'sangat setuju' untuk soalan 1, belum tentu karakter anda akan membentuk satu profil yang tinggi empati. Sama juga dengan soalan 2, walaupun anda pilih jawapan 'sangat setuju' sekalipun, belum tentu karakter anda akan membentuk satu profil yang tinggi ketegasan. Kenapa? Kalau anda nak tahu, inilah bagaimana ujian psikometrik berfungsi. Andaikata dalam satu set soalan itu dicampurkan soalan empati dan ketegasan. Jumlah 40 soalan kesemuanya. Satu daripada 40 jawapan tidak dapat membentuk apa2 karakter. Dua jawapan, tiga jawapan ataupun 10 jawapan, tidak boleh membentuk apa2 karakter. Kena pastikan jawapan itu cukup: 40/40, barulah kecenderungan karakter itu akan muncul. Daripada situ pihak penilai akan tahu apakah karakter anda yang sebenar. Dengan kecenderungan karakter inilah akan digunakan dalam menentukan kesesuaian karakter seseorang dengan jawatan. Anda boleh try jawab 200 soalan simulasi kalau nak tahu kecenderungan karakter jawapan yang anda pilih. Cikgu Khairul berikan akses percuma kepada pembeli rujukan. https://ujiansimulasi.com Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Channel name was changed to «Ujian Psikometrik 2026 by Cikgu Khairul»
Soalan 1: Saya berasa marah dan tidak selesa apabila membaca berita yang memburukkan negara saya. A. Setuju B. Tidak Setuju Ada orang cakap, soalan ini nak menguji sejauh mana seseorang itu cinta akan negara. Katanya, penjawat awam ini adalah wakil kerajaan, wajar untuk dia marah apabila membaca berita yang memburukkan negara. Tapi bagaimana pula dari sudut psikologi? Adakah dengan kemarahan boleh menjadi indikator tingginya semangat patriotik dalam diri seseorang? Jom baca huraian jawapan di bawah ini: » https://huraian.com/berita-buruk Semoga bermanfaat. Ikhlas Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Soalan 1: Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua. A. Ya B. Tidak Soalan ini agak mengelirukan. Adakah jawapan soalan ini berkait dengan gred jawatan? Dan karakter apa sebenarnya cuba dicungkil disebalik soalan ini? Boleh baca huraian jawapan lengkap ini. Supaya anda tidak ulangi kesilapan sama lagi selepas ini. » https://huraian.com/suka-ketua Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Jawapan konsisten tu apa sebenarnya? Jawapan kena positif ke? Atau jawapan kena skor tinggi? Nak tahu tak? Jom Cikgu Khairul tunjukkan contoh mudah faham tentang jawapan konsisten ini. Boleh baca di bawah: https://huraian.com/maksud-konsisten Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Ini merupakan salah satu skor calon yang pernah jawab simulasi psikometrik. Skor keserasian jawatan ini akan berbeza-beza untuk setiap orang. Ada tinggi, ada rendah, dan ada sederhana. Bergantung kepada jawapan yang mereka pilih. Dalam ujian psikometrik SPA, pihak SPA tak akan kongsikan skor ini kepada calon. Mereka hanya beritahu keputusan lulus atau gagal sahaja. Skor ini sangat penting tau. Untuk memastikan anda tahu ke arah mana sebenarnya kecenderungan karakter anda. Contohnya, jawatan anggota penguat kuasa memerlukan karakter yang seimbang antara ketegasan dan empati. Jika skor anda terlalu tinggi atau dominan ke arah empati, itu bermaksud jawatan penguat kuasa tak sesuai dengan karakter anda. Bukan bermaksud jawapan anda tak cukup positif, tapi karakter anda sahaja yang kurang sesuai dgn jawatan. Jadi, cuba elakkan apply jawatan tu di kemudian hari. Fokus pada jawatan yang sesuai dengan karakter shj. Anda tak buang masa dengan apply jawatan yang tak sesuai dengan karakter diri anda. Be realistic! Asasnya, ujian psikometrik ini cuba mencungkil karakter sebenar anda sahaja. Kalau anda nak cuba simulasi ini, boleh akses demo di bawah ini: https://ujiansimulasi.com Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Soalan 1: Kritikan saya terhadap Malaysia bermakna saya cintakan negara ini. A. Sangat Setuju B. Setuju C. Tidak Pasti D. Tidak Setuju E. Sangat Tidak Setuju Kalau tengok pada poll yang saya pernah buat sebelum ini, ada keseimbangan antara jawapan tak setuju dengan jawapan setuju. Kenapa boleh wujud keseimbangan tu? Selalunya akan ada jawapan paling dominan. Dan apa yang lagi penting, soalan ini nak uji sikap apa sebenarnya? Jom saya kongsikan kepada anda sikap yang cuba dicungkil disebalik soalan ini. Dan bagaimana soalan ini boleh menentukan kesesuaian karakter diri anda dengan jawatan yang anda mohon. Sila klik link di bawah untuk baca. » https://huraian.com/kritik-malaysia Semoga bermanfaat. Ikhlas Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Soalan: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali. A. Sangat tidak setuju B. Tidak setuju C. Setuju D. Sangat setuju Ini merupakan antara salah satu soalan psikometrik yang pernah ditanya dalam exam sebelum ini. Objektif soalan ini adalah untuk mencungkil kecenderungan karakter extrovert dalam diri seseorang. Jika anda pilih jawapan 'sangat setuju', akan trigger satu signal menunjukkan dalam diri anda ada ciri-ciri extrovert. Tapi, kena pilih 'sangat setuju' ke baru boleh lulus ujian ni? Jawapannya, TIDAK. Kalau anda nak tahu, extrovert ini merupakan salah satu karakter dalam extraversion. Dalam extraversion, terdapat tiga kategori utama. 1. Extraversion skor rendah = introvert. 2. Extraversion skor sederhana = ambivert. 3. Extraversion skor tinggi = extrovert. Setiap jawatan memerlukan skor extraversion yang berbeza-beza. Ada jawatan perlukan skor rendah, ada perlukan skor sederhana, dan ada perlukan skor tinggi. Jika sesuatu jawatan itu memerlukan seorang calon yang skor sederhana, tapi jawapan anda pula membentuk satu skor tinggi. Itu juga boleh menjadi punca kenapa anda tak terpilih. Ingat! Ujian psikometrik tidak mencari skor siapa paling tinggi, tapi mencari skor siapa paling sesuai sahaja. Untuk skor extraversion terlalu tinggi, ia mencerminkan satu karakter yang: - Mudah mesra. - Energetik & ceria. - Komunikator yang baik. - Suka bersosial. - Suka bergurau-senda. - Mengutamakan keseronokan (party-focused). - Banyak bercakap / berborak (overly talkative). Persoalannya sekarang, adakah jawatan kali ini memerlukan ciri-ciri seperti ini? Saya ada sediakan simulasi psikometrik untuk menguji ke arah mana kecenderungan karakter anda yang sebenar-benarnya. Nanti boleh akses di bawah ini: https://ujiansimulasi.com Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Soalan 1: Kritikan saya terhadap Malaysia bermakna saya cintakan negara ini. A. Sangat Setuju B. Setuju C. Tidak Pasti D. Tidak Setuju E. Sangat Tidak Setuju Kalau tengok pada poll yang saya pernah buat sebelum ini, ada keseimbangan antara jawapan tak setuju dengan jawapan setuju. Kenapa boleh wujud keseimbangan tu? Selalunya akan ada jawapan paling dominan. Dan apa yang lagi penting, soalan ini nak uji sikap apa sebenarnya? Jom saya kongsikan kepada anda sikap yang cuba dicungkil disebalik soalan ini. Dan bagaimana soalan ini boleh menentukan kesesuaian karakter diri anda dengan jawatan yang anda mohon. Sila klik link di bawah untuk baca. » https://huraian.com/kritik-malaysia Semoga bermanfaat. Ikhlas Cikgu Khairul Psss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Soalan: Kadang-kadang saya hanya suka melihat angin sambil ianya menghembusi pepohon. Jika anda jumpa soalan ini masa exam nanti, apakah jawapan yang anda akan pilih? Ramai calon rasa tak tahu apakah sebenarnya soalan ini nak uji. Kalau anda nak tahu, inilah salah satu soalan dalam kategori openness to experience. Tujuan soalan ini nak tahu adakah dalam diri anda ada kecenderungan reflektif dan imaginatif. Sebab soalan ini ada unsur penghargaan terhadap pengalaman deria, keindahan, emosi, dan refleksi. Jadi, apa jawapan yang terbaik? Itu bergantung kepada karakter diri anda. Sebenarnya, soalan ini tak boleh nak membentuk apa-apa karakter pun. Dalam ujian psikometrik, satu soalan tidak boleh menggambarkan karakter seseorang secara keseluruhan. Jika anda pilih jawapan "Sangat Setuju" sekalipun, itu tidak bermaksud kecenderungan reflektif dan imaginatif akan tinggi. Kalau pilih "Sangat Tidak Setuju", tidak bermaksud kecenderungan itu akan rendah. Kenapa? Andaikata dalam set soalan itu mempunyai 30 soalan berkaitan dengan openness to experience, satu daripada 30 jawapan tidak dapat membentuk apa-apa karakter. Kena cukupkan 30/30 jawapan dahulu, barulah karakter itu akan terbentuk. Daripada situ pihak SPA boleh kenal, siapakah diri anda yang sebenarnya. Dan lagi satu, ada keperluan ataupun tidak jawatan kali ini memerlukan kecenderungan openness to experience yang tinggi? Ataupun pihak SPA mahukan seorang calon yang yang mempunyai sifat openness to experience yang sederhana? Inilah yang ramai calon psikometrik tak tahu nak agak. Kalau anda nak tahu, disebalik jawapan yang anda pilih, ada pengiraan matematik yang terlibat dalam menentukan kecenderungan karakter seseorang. Ianya melibatkan statistik. Termasuklah mean, mode, standard deviation, normal distribution dan percentile. Untuk tahu kecenderungan karakter ini, saya syorkan anda untuk cuba simulasi psikometrik. Skor dalam simulasi ini akan mengira data statistik untuk anda. Dengan mudah, anda boleh tengok sendiri berapa peratusan kecenderungan karakter diri anda. Adakah karakter itu serasi dengan jawatan? Apakah tahap konsisten jawapan anda? Link simulasi di bawah: https://ujiansimulasi.com Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Pss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP
Macam mana nak memilih jawapan? Kena pilih jawapan 'paling atas' dengan 'paling bawah' shj ker? Satu pertanyaan yang kerap kali ditanya kepada saya. Jadi saya akan jawab soalan ini berdasarkan kepada maklum balas calon yang lulus dan calon yang gagal exam sebelum ini. Nanti boleh baca dekat bawah ni. Rupanya ada sebab pihak SPA letak pilihan jawapan macam tu. » https://ujianpsikometrik.my/jangan-pilih-jawapan-tengah/ Semoga bermanfaat. Cikgu Khairul Pss.. Jika ada pertanyaan pasal ujian psikometrik, sila whatsapp cikgu di sini » WHATSAPP