Untuk Kita Pendosa
СтатистикаIbnul Jauzy رحمه الله menuturkan: من أحبَّ أن لا يَنقَطع عمله بعد موته فلينشر العلم "Barang siapa yang ingin amalnya tidak terputus setelah wafatnya, maka hendaklah ia menyebarkan ilmu." (At Tadzkirah hal.55) ___ Since : 29|06|2019
- Последний пост
- 12 авг.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 1
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 54
- 1/48двое суток
- 61
- 1/72трое суток
- 66
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Orang yang kuat bukanlah orang yang pandai bergulat, tetapi orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Apabila emosi sedang memuncak, ingatlah bahawa satu ucapan yang keluar kerana marah boleh meninggalkan penyesalan yang panjang. —
🌧 “Barangkali keadaanmu seperti kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus عليه السلام. Tidak ada jalan keluar daripadanya kecuali dengan memperbanyak istighfar, bertasbih kepada Allah, serta memperbanyak amal soleh yang tersembunyi.” —
Al-‘Allamah Muhammad Aman al-Jami رحمه الله berkata: “Ilmu pada zaman ini telah masuk ke dalam rumahmu melalui rakaman dan radio. Pelbagai pembahasan ilmiah serta fatwa-fatwa Islam telah sampai kepadamu. Maka sesiapa yang pada zaman ini masih lalai daripada menuntut ilmu—sama ada lelaki mahupun perempuan—maka dialah orang yang benar-benar lalai. Dia tidak lagi mempunyai sebarang alasan yang boleh diterima, di mana sahaja dia berada. Bahkan seorang Muslim yang tinggal di luar negara-negara kaum Muslimin sekalipun, ilmu tetap dapat sampai kepadanya.” 📚 Syarh Asbāb Insyirāh Ash-Sadr karya Ibnul Qayyim, hlm. 52.
Nasihat seorang ulama tentang kunci dalam menuntut ilmu agama إِنَّ اللَّهَ يَهَبُ العِلْمَ عَلَى قَدْرِ الإِخْلَاصِ وَالهِمَّةِ “Sesungguhnya Allah menganugerahkan ilmu kepada seseorang sesuai dengan kadar keikhlasan dan kesungguhan yang dimilikinya.” — Al-‘Allamah Muqbil al-Wadi‘i رحمه الله Rihlat Da‘wiyyah, hlm. 112. Untuk mendapatkan kemudahan daripada Allah dalam menuntut ilmu: Keikhlasan — Meluruskan niat belajar semata-mata kerana Allah سبحانه وتعالى. Tekad yang kuat (himmah) — Bersungguh-sungguh, berusaha dengan tekun dan tidak mudah berputus asa ketika menghadapi kesukaran dalam menuntut ilmu.
без подписи
Berkata Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah: "Apa jua ilmu yang membawa manfaat, maka manfaatnya akan terus kembali kepadamu walaupun setelah engkau meninggal dunia. Bahkan, jika engkau hanya mengajarkan kepada manusia satu sunnah sahaja daripada sunnah-sunnah rawatib, atau satu sunnah yang dilakukan atau dibaca dalam solat, kemudian manusia terus mengamalkannya selepas kewafatanmu, maka pahalanya akan terus mengalir kepadamu. Maka, setiap ilmu yang bermanfaat, walaupun sedikit, akan tetap dicatat sebagai amal yang berterusan bagi seseorang setelah kematiannya." — Fathu Dzil Jalāli wal Ikrām (10/287)
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: "Apabila engkau berdoa dan hajatmu benar-benar mendesak hatimu, maka jadikanlah seluruh doamu memohon agar Allah mengampunimu (Istigfar). Kerana apabila Allah telah mengampunimu, nescaya segala hajatmu akan dikabulkan, meskipun engkau tidak memintanya secara khusus." 📚 Minhajul Qashidin (1/3431)
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Rasulullah ﷺ bersabda: طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ "Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim." (HR Ibnu Mājah: 224).
Allah Ta'ala berfirman: "Maka larilah menuju Allah." (Surah Adz-Dzariyat: 50) Orang yang benar-benar dikurniakan taufik ialah orang yang apabila ditimpa pelbagai kesulitan, atau perjalanan hidupnya terasa gelap, atau dunia terasa sempit baginya walaupun sebenarnya luas, maka perkara pertama yang terlintas di hatinya ialah "berlari" menuju Allah. 🌧اللهم اجعلنا من الموفقين
Menjauhkan daripada neraka dan melaksanakan wasiat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam— Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun” (HR Bukhari) ..... Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata : “Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), shalat Dhuha dua rakaat dan shalat witir sebelum tidur” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Berkata Ibnul Qayyim رحمه الله: “Antara rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hamba-Nya ialah Dia menjadikan kehidupan dunia ini dipenuhi dengan kesusahan dan kekurangan, agar mereka tidak merasa terlalu selesa dengannya, tidak bergantung sepenuhnya kepadanya, dan agar mereka merindukan kenikmatan yang kekal di sisi-Nya serta kedekatan dengan-Nya. Maka Allah mengarahkan mereka menuju perkara itu melalui ujian dan cubaan. Dia menahan sesuatu daripada mereka agar Dia memberi mereka sesuatu yang lebih baik. Dia menguji mereka agar akhirnya menyembuhkan dan memberikan kesejahteraan kepada mereka. Dia mematikan mereka agar Dia menghidupkan mereka kembali dengan kehidupan yang lebih baik. ”Sumber: Ighatsatul Lahfan (2/175) — Ibnul Qayyim رحمه الله.)
🌹 ابتسم . . فسبحان منْ جعـَـل الابتسامة في الدنيا عبادة. . وعـَـليهآ نؤجر . . Tersenyumlah . . Maha Suci Allah yang telah menjadikan senyuman ibadah di dunia. . Dan kita meraih pahala atasnya. . Bairuha—
🍂 Setelah berita kematianmu… Orang-orang akan kembali sibuk… Kemudian melupakanmu… Kemudian meneruskan kehidupan mereka… Sedangkan engkau di dalam kuburmu, sedang berhadapan dengan segala amalan yang telah engkau persembahkan sepanjang hidup di dunia. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami husnul khatimah. —
“Barang siapa yang menginginkan darjat yang tinggi, maka dia hendaklah bersedia menghadapi perkara-perkara yang besar (rintangan dan pengorbanan). Barang siapa yang banyak tidur, maka dia akan kehilangan apa yang diinginkannya. Dan barang siapa yang sentiasa dikuasai sifat malas, maka harapannya akan musnah dan kecewa.” — Ibn al-Jawzi, dalam kitab At-Tabshirah. (Ustazah Divya)
Yakinlah sepenuhnya, bahawa kematian akan datang menjemputmu ketika engkau masih tenggelam dalam rancangan-rancangan yang belum selesai, perbualan-perbualan yang belum berakhir, dan cita-cita yang belum tercapai. Lalu kehidupan tetap berjalan selepas pemergianmu, seolah-olah engkau tidak pernah wujud. Oleh itu, jangan bertangguh dalam bertaubat, jangan melambat-lambatkan ketaatan, dan jangan menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang melalaikan daripada ibadah. Dunia akan terus berlalu, dan tidak ada yang tersisa daripadanya untukmu selain apa yang telah engkau persembahkan untuk akhiratmu. [Sumber : مَثابَة.]
"Ufuk-ufuk timur mengingatkanku setiap hari bahawa Allah tidak menjadikan kegelapan itu berpanjangan selama-lamanya." —