tgindex
Media ACF

Media ACF, Media Peradaban

Последний пост
3 авг.
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
und
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
9 870
−16 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
989
21 постов
Вовлечённость
10,0%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 21
Упоминаний
3
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
880
1/48двое суток
1 008
1/72трое суток
1 087

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 3 авг.7691из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    MEMPERKUKUH SINERGI DEMI PEMBINAAN KENEGARAAN DAN PERADABAN Alhamdulillah. Atas jemputan YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Ahli Dewan Negara, wakil Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), Ustaz Angah Sunan dan Tuan Shahril Nizam Mokthar, telah mengadakan satu sesi perbincangan di Bangunan Parlimen Malaysia. Pertemuan ini menjadi ruang untuk berkongsi perkembangan gerak kerja MJMD, termasuk pembentangan Laporan Rasmi Pencapaian & Impak Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0, di samping bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kesedaran kenegaraan, pembinaan jati diri bangsa serta penghayatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu sebagai antara tunjang penting Perlembagaan Persekutuan. Turut dikongsikan ialah inisiatif pembangunan Modul Kenegaraan Jelata, yang membawa aspirasi untuk menyemai kefahaman rakyat terhadap sejarah, warisan, tanggungjawab kewarganegaraan dan pembinaan sebuah masyarakat yang berilmu, beradab serta bersatu. Sekretariat MJMD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan atas kesudian meluangkan masa, berkongsi pandangan serta memberikan nasihat dan buah fikiran yang amat bermakna dalam memperkukuh agenda kenegaraan dan pembinaan peradaban. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat demi manfaat agama, bangsa dan tanah air. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanTimur #Sinergi

  • без подписи

  • 3 авг.6421из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    без подписи

  • 2 авг.6761из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    SEBUAH LANGKAH KE ARAH MEMBINA NEGARA YANG BERPERADABAN Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) bakal memperkenalkan Modul Kenegaraan dan Jelata : "Junjung Daulat, Jelata Muafakat", sebuah modul yang disusun sebagai panduan dalam memperkukuh kefahaman kenegaraan berteraskan nilai Islam, perpaduan rakyat dan Institusi Raja-Raja Melayu. Modul ini disusun oleh Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat MJMD, sebagai rujukan bagi siri bengkel, wacana dan latihan yang akan digerakkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Berteraskan aspirasi membina sebuah negara yang sejahtera, harmoni dan memiliki peradaban yang dirahmati Allah SWT, modul ini diharapkan menjadi salah satu ikhtiar dalam menyemai jati diri, memperkukuh semangat muafakat serta melahirkan rakyat yang memahami tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Nantikan pelancarannya. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #KesejahteraanTimur

  • Ada perkara yang kita lihat… tetapi belum tentu kita faham. Selepas melihat sendiri pameran di Booth Bangkit Al-Quds, ini pandangan yang dikongsikan oleh Tuan Hj Abu Fakhry, Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD). Bukan sekadar mengenali sebuah tempat, tetapi memahami nilai, sejarah dan tanggungjawab kita terhadap Al-Quds. Semoga lebih ramai membuka mata dan mengenal Al-Quds dengan lebih dekat. ✨ Kenali Al-Quds. Sebarkan kesedaran. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #tigakotasuci #alifmimsin

  • 28 июл.1 026из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    LIPUTAN MEDIA | HARIAN METRO Alhamdulillah, Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 mendapat liputan media arus perdana menerusi laporan yang disiarkan oleh Harian Metro. Liputan ini mencerminkan bahawa pendekatan yang menggabungkan dakwah, ilmu, seni, budaya, warisan dan sejarah Islam terus mendapat perhatian serta mempunyai tempat dalam kalangan masyarakat. Bagi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), MBMD bukan sekadar sebuah program berselawat. Ia merupakan sebuah ikhtiar membina kesedaran peradaban dengan mengangkat nilai-nilai Islam, memperkukuh jati diri bangsa, memelihara warisan serta menyemarakkan semangat muafakat rakyat dalam menjunjung kemuliaan Institusi Raja menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan. Setiap liputan media, penyertaan masyarakat dan sokongan pelbagai pihak menjadi petanda bahawa usaha menghidupkan kembali naratif agama, warisan dan kenegaraan terus mendapat sambutan yang positif. Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar berterusan untuk menyemai kefahaman, menyatukan masyarakat dan mengukuhkan asas pembinaan sebuah bangsa yang berteraskan ilmu, adab serta nilai-nilai peradaban. Baca laporan penuh Harian Metro : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/07/1389643/10-jam-penuh-pengisian-ilmu-seni-budaya-dan-sejarah-islam Muafakat Jelata. Menjunjung Daulat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

  • 28 июл.622из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    без подписи

  • 28 июл.724из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    PERANAN MEDIA MEMBINA KESEDARAN, MEMPERKASA JATI DIRI Dalam sesi temu bual bersama Tuan Hj Abu Fakhry, Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), beliau menekankan bahawa media bukan sekadar medium penyampaian maklumat, bahkan merupakan wadah strategik dalam membentuk kefahaman, menyemai kesedaran serta memperkukuh jati diri masyarakat. Menurut beliau, melalui penyebaran kandungan yang bermanfaat, media mampu menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dengan mengangkat nilai selawat, sirah dan akhlak Baginda sebagai pedoman kehidupan. Apabila hubungan dengan Rasulullah ﷺ diperkukuh, lahirlah masyarakat yang beradab, saling menghormati, mengasihi serta mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan bermasyarakat. Pada masa yang sama, media turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kefahaman terhadap institusi Raja sebagai payung agama, lambang perpaduan serta tonggak kestabilan negara. Kesedaran ini amat penting agar keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam sebuah masyarakat yang menghimpunkan rakyat jelata dapat terus dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang. Beliau turut menjelaskan bahawa dunia media hari ini berdepan cabaran untuk memperluaskan naratif yang positif kepada seluruh lapisan masyarakat. Justeru, usaha yang berterusan, kreatif dan berhikmah amat diperlukan agar mesej mengenai jati diri, kecintaan kepada Rasulullah ﷺ serta semangat menjunjung institusi Diraja terus meresap ke dalam hati masyarakat demi membina sebuah negara yang bersatu, beradab dan sejahtera, seterusnya melahirkan sebuah peradaban yang disegani. Muafakat Jelata, Menjunjung Daulat. Pewawancara : Ilham Fahmi, Wakil Media MJMD Sesi Temu Bual bersama : Tuan Hj Abu Fakhry Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

  • 28 июл.609из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    Sesi Temu Bual bersama : Tuan Hj Abu Fakhry Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

  • 25 июл.960из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    🔴 𝗦𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗡𝗔𝗝𝗔𝗧 Kemuncak Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 Kemuncak yang paling dinanti bakal menghimpunkan para pencinta Rasulullah ﷺ dalam sebuah majlis yang dipenuhi selawat, munajat dan doa, mengajak hati kembali mengingati Allah SWT serta menzahirkan kecintaan kepada Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad ﷺ. Mari luangkan masa bersama keluarga dan sahabat untuk menontom majlis yang penuh mahabbah ini. Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. 🔴 𝗙𝗕 𝘁𝘃𝘀𝘂𝗳𝗶.𝗰𝗼𝗺 https://www.facebook.com/share/v/1Hrbkff42a/ 🔴 𝗙𝗕 𝗠𝘂𝗮𝗳𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗝𝗲𝗹𝗮𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗷𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗔𝗱𝗮𝘁 https://www.facebook.com/share/v/189xjosLyT/ 🔴 𝗙𝗕 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗝𝗮𝗺𝗲𝗸 𝗔𝗿-𝗥𝗮𝗵𝗶𝗺𝗶𝗮𝗵 𝗞𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗢𝗳𝗳𝗶𝗰𝗶𝗮𝗹 https://www.facebook.com/share/v/1Lx4hJ35tB/ #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

  • 22 июл.1 3571

    без подписи

  • 22 июл.1 4651

    без подписи

  • 22 июл.1 2651

    без подписи

  • 22 июл.1 2411из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    MBMD 2.0 mendapat perhatian media. Sinar Harian hari ini menyiarkan laporan khas mengenai penganjuran Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, yang bakal berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang. Artikel ini menyentuh tentang objektif penganjuran, pengisian program serta aspirasi memperkukuh mahabbah, perpaduan dan kesedaran kenegaraan melalui pendekatan yang harmoni. Klik untuk membaca laporan penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/788902/edisi/selangor-kl/malam-berselawat-menjunjung-daulat-20-sabtu-ini-di-masjid-jamek-ar-rahimiah-klang Terima kasih atas sokongan dan bantuan semua dalam menyebarkan berita ini. Semoga lebih ramai mendapat manfaat dan bersama-sama hadir pada 25 Julai 2026. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

  • Adam Charitable Foundation (ACF) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh anak-anak muda keluarga Bandar Saujana Putra (BSP) atas kejayaan menganjurkan Car Meet Berselawat 3.0 dengan penuh semangat, disiplin dan komitmen. Apa yang paling membanggakan ialah kemampuan anak-anak muda untuk bergerak secara berdikari, proaktif dan penuh rasa tanggungjawab. Daripada perancangan, penyelarasan sehinggalah pelaksanaan program, mereka membuktikan bahawa apabila diberikan kepercayaan dan ruang, anak muda mampu menganjurkan program yang berkualiti serta memberi manfaat kepada masyarakat. ACF turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa, petugas lapangan, sukarelawan dan pasukan media yang telah memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang. Semangat saling membantu, mengambil inisiatif dan sentiasa berusaha menambah baik inilah yang menjadi asas kepada lahirnya sebuah gerakan yang terus berkembang. Semoga kejayaan Car Meet Berselawat 3.0 menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus menghidupkan budaya selawat, memperkukuhkan muafakat dan membina masyarakat yang lebih harmoni serta diberkati. Tahniah kepada Pengarah Program dan seluruh team serta pihak penganjur. Teruskan melakar inspirasi, menghidupkan selawat dan membina generasi pewaris yang membawa rahmat kepada ummah. #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • 18 июл.1 0822из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    🌙 MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT 2.0 Apabila selawat bergema, hati disatukan. Apabila ilmu diperkasakan, warisan dipelihara. Apabila rakyat bermuafakat, kedaulatan terus dimartabatkan. Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0, sebuah himpunan yang mengangkat kecintaan kepada Rasulullah ﷺ, memperkukuh hubungan antara Raja, Ulama dan Rakyat, serta menyemarakkan warisan Islam di Alam Melayu. Majlis akan dirasmikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah (OBD) Klang. Istimewa, program ini turut menampilkan dua Bicara Khas : Selepas Solat Maghrib 🕌 Peranan Kesultanan Alam Melayu dalam Penyebaran Islam di Nusantara 🎙️ Ustaz Angah Sunan Selepas Solat Isyak 🕌 Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada 🎙️ YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan 🗓 Sabtu, 25 Julai 2026 🕖 7.00 malam – 11.00 malam 📍 Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Bandaraya Diraja Klang, Selangor Marilah bersama-sama menghidupkan malam dengan selawat, menimba ilmu dan memperkukuh muafakat demi agama, bangsa dan negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

  • 18 июл.7691из MuafakatJelataMenjunjungDaulat

    без подписи