Akademi Kajian Rantau Nusantara (Official)
Статистика- Последний пост
- 29 нояб.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 22
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
видео или голосовое, без подписи
*PENDAFTARAN SEMINAR ONLINE “MEMBONGKAR FITNAH SEJARAH” KINI DIBUKA SECARA RASMI!* Segala fitnah terhadap bangsa, leluhur dan peradaban kita tidak boleh lagi dibiarkan diam. Sudah terlalu lama sejarah kita diputarbelit, ditulis semula oleh tangan-tangan yang bukan dari darah kita, dan diwariskan dalam keadaan cacat hingga generasi hari ini hilang arah. Kini, inilah ruang untuk kita membuka lembaran yang sebenar — meneliti kembali jejak leluhur, membetulkan naratif yang salah, dan menghidupkan kembali maruah bangsa yang pernah berdiri megah di rantau Alam Melayu. Jika anda mencari kebenaran, jika anda mahu memahami siapa kita sebenarnya, dan jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sejarah yang diajar kepada kita… Seminar ini adalah sebuah medan kebangkitan anda. JUMPA ANDA pada 6 Disember 2025 nanti. Bersiaplah — kerana setelah ilmu ini dibuka, anda tidak akan melihat bangsa anda dengan cara yang sama lagi. DAFTAR SEKARANG DI SINI: https://forms.gle/ob1gERdtyQ73su7y8 _Akademi Kajian Rantau Nusantara_
Nantikan info pendaftaran dibuka dalam masa terdekat pada hari Sabtu ini. Jemput Kongsikan Link Group Ini: https://chat.whatsapp.com/FNCcY9wAfHF5qNYws4IZ4p 'Membongkar FITNAH Sejarah, Agenda Tersembunyi di Alam Melayu' bersama Dr Azmi Ariffin USM
NANTIKAN 6 Disember ini sebuah seminar membongkar agenda licik orientalis menyusun, memanipulasi sejarah Bangsa Melayu agar bangsanya sendiri ragu dengan kehebatan sejarahnya. Ikuti komuniti program ini; https://chat.whatsapp.com/FNCcY9wAfHF5qNYws4IZ4p
видео или голосовое, без подписи
Salam Jumaat semua.. Pihak AKAR meneliti situasi terkini tentang polemik, konflik tentang penemuan baru Sejarah Bangsa yang terkait dengan kajian Prof Dr Solehah Yaacob. Ramai pihak cuba memberi pandangan dan ulasan. Ada juga yang bersifat provokasi bahkan mencetuskan pergaduhan di media sosial. Ianya suatu budaya yang tidak bagus jika kita memahami situasi ini sebenarnya sudah diatur oleh pihak orientalis dan penjajah pada sejarah kita. Susunan licik agenda dan tipu daya muslihat musuh dalam memastikan sesama kita berkhilaf soal sejarah siapa betul siapa salah dan sebagainya. Penyusunan ratusan tahun mengolah, menyembunyikan dan mereka cipta sejarah bangsa Melayu versi baharu telah berjaya mengelirukan bangsa kita sendiri. Ada yang keras, tegas dan agak sempit akal pemikirannya, ada yang memperlekehkan, secara tidak sedar kita sesama bangsa Melayu yang bergaduh tentang perbezaan yang sekelumit cuma. Ikuti saluran pihak AKAR sediakan untuk satu seminar yang bakal diadakan iaitu MEMBONGKAR FITNAH SEJARAH bersama Dr Azmi Ariffin dari USM, Pulau Pinang. JEMPUT MASUK & SEBARKAN: https://chat.whatsapp.com/FNCcY9wAfHF5qNYws4IZ4p
видео или голосовое, без подписи
UBAH SEJARAH - BIAR MEREKA BERPERANG SAMA SENDIRI Bangsa lain tak perlu kalahkan kita dengan perang. Cukup ubah sejarah kita — kita sendiri akan mula ragu siapa kita. Itulah yang terjadi pada Melayu. Kita diajar bahawa leluhur kita tak hebat, tak maju, tak berilmu. Lama-lama kita pun percaya, padahal tamadun kita pernah menguasai lautan, perdagangan dan diplomasi dunia. Fitnah sejarah bukan sekadar salah fakta… ia racun yang buat bangsa lupa dirinya pernah kuat. Dan kalau kita terus percaya naratif orang luar, kita sendiri yang akan memadam jati diri kita. BONGKAR AGENDA ORIENTALIS & PENJAJAH, YANG TELAH MENCATUR RATUSAN TAHUN.. Kesannya pada kita hari ini. -Akademi Kajian Rantau Nusantara-
видео или голосовое, без подписи
🔥 MALAM INI JAM 9.30 MALAM 🔥 TAJUK: “SAKA vs LELUHUR — Antara Pewaris dan Penghalang Jiwa” Ramai tak sedar… ada yang kata dia “berdarah hebat”, tapi hidup tetap terikat. Ada yang kata dia “dijaga leluhur”, tapi tak tahu siapa yang menjaga. Sebenarnya, antara saka dan leluhur, hanya satu yang membawa berkat — satu lagi membawa beban. 💢 Apa beza saka dan leluhur sebenar? 💢 Kenapa ada yang hidupnya terhalang walaupun rajin beramal? 💢 Dan bagaimana nak kenal sama ada yang hadir dalam diri tu warisan atau ujian? Malam ni kita bongkar rahsia sebenar saka vs leluhur, secara ilmiah dan spiritual — bukan mitos, tapi berdasarkan kajian memori genetik dan pengalaman lapangan. 📅 Malam ini | 9.30 malam 🎙️ Bersama Izzuddin Al-Jitrawiy & Khalid Yahya 📍 LIVE di TikTok: @JitrawiyOfficial & Khalid Yahya ⚔️ Jangan tengok sekadar hiburan. Ini mungkin jawapan kepada sejarah diri kamu sendiri. *Sertai Komuniti MGL untuk kekal rapat info terkini berkaitan Sejarah, Leluhur dan Akhir Zaman: https://chat.whatsapp.com/JpDbwZfgrLg8LjzfgNW7vV?mode=ems_copy_t
“Pada 4 Oktober, ratusan jiwa berhimpun dalam satu getaran. Seminar Memori Genetik Leluhur bukan sekadar majlis ilmu — ia adalah kebangkitan. Di sini, rahsia darah, otak dan leluhur dibuka satu demi satu. Emosi tersentuh, hati terbuka, jiwa terhubung dengan asal usul. Dari sini perjalanan bermula — perjalanan untuk mengenal diri, membetulkan arah, dan kembali kepada aturan asal ciptaan. Inilah kebangkitan bangsa yang bermula dari dalam diri. JUMPA SEMINAR MGL 2.0 PADA 8 NOVEMBER 2025 NANTI!” #memorigenetikleluhur #fyp #mgl #leluhur #melayu
видео или голосовое, без подписи
JEMPUTAN KHUSUS MENYERTAI PRA SEMINAR MGL Jemputan istimewa untuk anda yang ingin mengenali lebih dalam tentang Memori Genetik Leluhur (MGL). Hari ini akan berlangsung Sesi Khas PRA SEMINAR Memori Genetik Leluhur – ruang dan pintu pengenalan sebelum Seminar Penuh nanti! ✨ Apa yang anda bakal dapat dalam sesi ini? Pencerahan awal tentang bagaimana memori membentuk karakter mengikut darah, otak, dan leluhur membentuk siapa diri kita. Pintu masuk untuk memahami rahsia potensi diri dan jalan kehidupan melalui memori genetik. Perkongsian eksklusif bersama barisan panel speaker tentang signifikansi MGL untuk kehidupan, rezeki, dan sejarah bangsa. Insya Allah akan ada sesi soal jawab - ambil peluang untuk fahami apakah itu MGL! 🎁 Kemasukan adalah PERCUMA! Ya, anda boleh hadir dan menyertai tanpa sebarang bayaran – hanya hadir dengan hati yang ingin tahu dan jiwa yang sedang mencari. 📅 HARI INI (Khamis) ⏰ 9.15 MALAM Jangan lepaskan peluang – tempat terhad untuk mereka yang benar-benar mahu faham siapa diri mereka di balik darah dan leluhur. 👉 Klik link / join sekarang sebelum anda terlepas peluang emas ini! https://chat.whatsapp.com/CXBNzKLbt436LWQkaqgVUM?mode=ems_copy_t (Link akan diberikan di group khas MGL)
JELAJAH SEJARAH & MAKAM Salam Jumaat buat semua.. Bermula 18-20 Sept ini akan diadakan Siri Jelajah bersama saya, Angah Jitrawiy yang akan ziarah beberapa tempat bersejarah dan makam para pejuang, ulama serta leluhur terdahulu. Setiap siri jelajah hanya terhad 10-15 orang sahaja. Setiap bulan sekitar 1-2 kali akan diadakan siri jelajah ini di tempat yang berbeza. Penyertaan siri jelajah ini berbentuk keahlian bulanan, kita akan jelajah dan ziarah beberapa tmpt yang akan dikongsikan dalam sesi briefing malam ini, 9.30 malam. (Link Google Meet diberikan di group sebelah) Jemput masuk group Jelajah ini jika berminat: https://chat.whatsapp.com/HeN5InfR48zGDtIOShdjAs?mode=ems_copy_c
видео или голосовое, без подписи
DARAH O – HATI-HATI DENGAN EMOSI & RASAMU! Darah O sering dilihat gagah, bersemangat, malah mampu memimpin dan mengawal keadaan. Tetapi ketahuilah, dalam diri darah O tersembunyi sesuatu yang sangat halus—rasa dan emosi yang mudah terusik. Bahaya utama darah O bukan pada kelemahan fizikalnya, tetapi pada emosi yang dibiarkan liar. Sedikit rasa kecewa boleh membakar semangat. Luka lama yang disimpan boleh jadi api dalam sekam. Emosi yang tidak dilepaskan dengan cara sihat akan menjadi penjara yang mematikan potensi besar dalam dirimu. Namun, di sinilah letaknya rahsia kebangkitanmu. Apabila emosi itu dijinakkan, ia bukan lagi kelemahan, tetapi menjadi kuasa yang menggerakkan jiwa, membangkitkan keberanian, malah menyinari jalan orang lain. Soalnya sekarang: Apakah engkau memilih untuk dikawal emosi, atau mengawal emosi dan menjadikannya senjata kebangkitanmu? . . . 🔥 Inilah yang akan kita bongkar dalam Seminar Memori Genetik Leluhur. Bagaimana darah, otak, dan leluhur bergabung membentuk karakter unikmu. Bagaimana engkau boleh menukar kelemahan menjadi kekuatan. Dan bagaimana rasa serta emosi boleh menjadi bahan bakar untuk naik ke tahap seterusnya. Jangan tunggu sampai emosi memusnahkan dirimu. Sertai seminar ini dan decode rahsia sebenar darah O dalam dirimu. DAFTAR MGL SEKARANG! https://forms.gle/M1Wu899ddetqqmrp8
SEMINAR EPIK; MEMORI GENETIK LELUHUR (MGL) Darahmu bukan sekadar merah. Ia menyimpan memori, doa, dan perjuangan. Bangkitkan warisan itu, dan kenali jalan hidupmu dengan lebih jelas. Sertai Seminar Memori Genetik Leluhur (MGL) — kerana masa depanmu tidak akan lengkap tanpa memahami dari mana asal usul kita datang. Sebuah seminar yang meneroka rahsia karakter pada jenis darah, otak dan karakter leluhur serta penghalang EMG (Emosi, Memori dan Gangguan) yang perlu diurus dengan baik. Jumpa anda nanti pada: SABTU 4 OKTOBER 2025 9.00 PAGI - 5.00 PETANG REKASCAPE HALL, CYBERJAYA Bersama speaker MGL: Izzuddin Al Jitrawiy Tn Hj Khalid Yahya Coach Norazyan 50 peserta terawal akan dapat EBOOK Eksklusif secara percuma bernilai RM99. DAFTAR SEKARANG: https://forms.gle/M1Wu899ddetqqmrp8 https://forms.gle/M1Wu899ddetqqmrp8 https://forms.gle/M1Wu899ddetqqmrp8
LIVE MALAM INI - JANTUNG TANAH MELAYU, LELUHUR BERDAULAT Tanah air kita amanah untuk kita pertahan dan pelihara. Ianya merupakan amanah leluhur buat para anak cucu. Hari ini kita terkapai-kapai tidak mengenali asal usul diri, sehingga melanggar adab pada nenek moyang. Ikuti live malam ini 9.30PM di siaran tertutup Google Meet, link akan diberikan di group ini: https://chat.whatsapp.com/JpDbwZfgrLg8LjzfgNW7vV?mode=ems_copy_c
TANAH MELAYU - LELUHUR BERDAULAT Tanah berkah ini dipelihara dengan izinNya asbab doa dan perjuangan para leluhur terdahulu. Keramat mereka menjadikan bumi ini terpelihara dan terlindung daripada mara bahaya yang mendatang. Ini kerana kesolehan dan jiwa yang sentiasa tunduk, cinta pada Allah dan Rasul. Sehingga dikurniakan anugerah kekayaan, kekuasaan serta hikmah kebijaksanaan. Set hari dan masa anda esok pada hari Ahad jam 9.30 malam nanti. Ajak sahabat2 dan saudara mara berada dalam Komuniti MGL sekarang! Klik Link di Bawah: https://chat.whatsapp.com/JpDbwZfgrLg8LjzfgNW7vV?mode=ems_copy_c
APAKAH ITU MEMORI GENETIK LELUHUR? Memory = rekod pengalaman dan emosi. Genetic = kod DNA yang menyimpan dan memindahkan pengalaman itu. Leluhur = sumber asal rekod dan kod tersebut. Apabila digabungkan: Memory Genetic Leluhur bermaksud rekod kehidupan, pengalaman, trauma, doa, perjuangan, dan kebijaksanaan leluhur yang tersimpan dalam DNA dan memori bangsa, lalu diwarisi hingga ke anak cucu. Ianya menjawab persoalan kenapa kita kadang kala berani tanpa diduga, takut pada sesuatu tanpa sebab jelas, atau tertarik pada budaya tertentu – kerana dalam diri kita ada jejak memori dan genetik leluhur yang masih hidup. *Baca info penuh di Komuniti MGL sekarang! Ayuh bersama Komuniti MGL sekarang: https://chat.whatsapp.com/JpDbwZfgrLg8LjzfgNW7vV?mode=ems_copy_c