Tinta Sufi
Статистика- Последний пост
- 23 июл.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 246
- 1/48двое суток
- 281
- 1/72трое суток
- 304
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
“Sekiranya seseorang tidak mempercayai (menolak) dakwaan-dakwaan tersebut, maka tiada celaan ke atasnya. Bahkan, jika sesuatu dakwaan itu pula bercanggah dengan zahir nas-nas al-Quran dan hadis, maka tidak harus sama sekali beriktikad dengannya.” (Diringkaskan daripada al-Tanbīh al-Ṭarabī fī Tanzīh Ibn al-‘Arabī*)* Selain itu, pandangan Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله mengenai Ibn ‘Arabī رحمه الله adalah seperti berikut: “Namun demikian, walaupun terdapat beberapa (khato’) kesilapan tersebut, Sheikh tetaplah seorang tokoh yang mulia sebagaimana keadaannya sebelum berlakunya kesilapan itu. Siapakah yang boleh mempertikaikan bahawa beliau seorang ‘Arif billāh dan wali Allah yang sangat agung? Jika pada satu atau dua tempat beliau tergelincir, maka pada ribuan tempat yang lain beliau telah mengemukakan pelbagai penelitian yang mendalam sehingga dengannya hakikat dan keagungan al-Quran serta hadis menjadi lebih terbuka dan jelas. Seseorang yang telah menghuraikan begitu banyak rahsia syariat, jika berlaku satu atau dua kesilapan daripada beluau, maka benda apakah yang dapat mengurangkan kemuliaannya?” (Khuṭabāt Ḥakīm al-Ummah, jil. 21, hlm. 73, Idārah Ta’līfāt Ashrafiyyah) “Namun, oleh kerana kesempurnaan Sheikh telah dibuktikan melalui penyaksian para tokoh besar umat Islam, maka mencela Sheikh Ibn ‘Arabī adalah suatu perkara yang BERBAHAYA dan merupakan suatu bentuk Kebiadaban. Adapun berhubung dengan kesilapan yang dinisbahkan kepada Sheikh Ibn ‘Arabī, maka hendaklah diletakkan taujihaat yang sesuai. Sama ada ia dianggap sebagai kesilapan dalam ijtihad, ataupun dinyatakan bahawa penisbahan pandangan tersebut kepada beliau adalah salah dan tidak tepat, sebagaimana disebutkan dalam kitab al-Durr al-Mukhtār.” (Diringkaskan daripada al-Tanbīh al-Ṭarabī fī Tanzīh Ibn al-‘Arabī*) Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai Sheikh Ibn ‘Arabī رحمه الله, bolehlah merujuk kepada kitab Khuṣūṣ al-Kalim karya Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله, iaitu syarah beliau terhadap kitab Fuṣūṣ al-Ḥikam karangan Ibn ‘Arabī رحمه الله. Pada permulaan syarah tersebut, Hazrat Thanwi رحمه الله turut menulis sebuah mukadimah ringkas yang diberi judul al-Tanbīh al-Ṭarabī fī Tanzīh Ibn al-‘Arabī. Penting untuk berpegang dengan pendapat yang i’tidal dan tidak ghuluw, lebih-lebih lagi pandangan yang hendak dilontarkan kepada tokoh yang berjasa kepada Ummah dan diiktiraf wilayahnya oleh ramai Ulamak. Wallahul Musta’an! Di ma’khuz dari: دارالافتاء : جامعہ علوم اسلامیہ علامہ محمد یوسف بنوری ٹاؤن https://telegram.me/layarTemirBookstore
𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐎𝐁𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐈𝐁𝐍𝐔 ‘𝐀𝐑𝐀𝐁𝐈 Oleh: Maulana Wan Aswadi Seminggu dua ini begitu rancak perbahasan atau polemik mengenai Sheikhul Akbar Ibn ‘Arabi رحمه الله تعالى . Hamba ingin menjelaskannya dari Nazoriyah Ulama Deoband khususnya dari Syeikh Maulana Asyraf Ali Tanwi رحمه الله تعالى. Perlu difahami bahawa maksud sebenar “Wahdah al-Wujūd” ialah bahawa dalam alam semesta ini, kewujudan yang Zati lagi hakiki dan sempurna hanyalah Zat Allah Taala semata-mata. Adapun selain-Nya (makhluk), wujudnya adalah wujud Li Ghairihi (Wujud yang Allah kehendaki dan dan Allah jadikan ia wujud). setiap kewujudan (selain Allah) adalah tidak kekal, akan binasa, dan tidak sempurna. Pertama, kerana setiap sesuatu itu pada suatu hari nanti pasti akan musnah. Kedua, kerana setiap sesuatu dalam kewujudannya berhajat sepenuhnya kepada Zat Allah Taala. Oleh itu, walaupun segala sesuatu yang kita lihat di alam ini mempunyai kewujudan, namun di depan Kewujudan Allah yang Zati, kewujudan tersebut langsung tidak mempunyai hakikat yang setara dan kewujudan makhluk adalah (Kal ‘Admi) seolah-olah tidak wujud atau ia dianggap tidak mempunyai kewujudan yang hakiki, tanpa menafikan ada Wujud baginya. Perumpamaannya dapat difahami seperti keadaan matahari pada waktu siang. Disebabkan kewujudan matahari di langit, bintang-bintang tidak kelihatan. Walaupun bintang-bintang itu tetap wujud, namun cahaya dan kewujudan matahari begitu ghalib (menguasai) sehingga kewujudan bintang-bintang tidak lagi kelihatan. Demikian juga, seseorang yang dikurniakan oleh Allah pandangan hati yang mengenal hakikat (ma‘rifah), apabila dia memperoleh makrifat terhadap kewujudan Allah Taala di alam ini, maka seluruh kewujudan selain-Nya akan dilihat sebagai sesuatu yang amat kecil, lemah, bahkan seolah-olah tidak mempunyai kewujudan yang hakiki. Sebagaimana diungkapkan oleh Hazrat Majzūb رحمه الله: جب مہر نمایاں ہوا سب چھپ گئے تارے تو مجھ کو بھری بزم میں تنہا نظر آیا Apabila matahari telah terserlah, semua bintang pun tersembunyi; Maka di tengah-tengah himpunan manusia yang ramai, hanya Dia yang aku lihat. Inilah maksud teori Wahdah al-Wujūd yang jelas, terang dan tepat. Dengan penjelasan inilah juga ia menjadi pegangan para ulama Deoband. Adapun pelbagai ta’birat (ungkapan) dan juga tafsiran falsafah yang dikemukakan yang melampaui maksud yang dijelaskan ini adalah sangat berbahaya. Bahkan jika berlaku keterlaluan dalam memahaminya, serta melanggar sempadan pegangan tersebut boleh membawa kepada kekufuran. Oleh itu, seorang Muslim hendaklah berpegang dengan akidah yang mudah dan lurus, iaitu bahawa kewujudan yang hakiki dan sempurna hanyalah milik Allah Taala, manakala setiap kewujudan selain-Nya adalah tidak sempurna dan akan binasa. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, sila rujuk kitab Syarī‘at wa Ṭarīqat (hlm. 310) karangan Hakīm al-Ummah, Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله. Penjelasan ini juga diambil manfaatnya daripada Fatāwā ‘Uthmānī (jil. 1, hlm. 66, Maktabah Ma‘ārif al-Quran, Karachi). Berdasarkan persoalan yang dikemukakan, teori Wahdah al-Wujūd yang dikemukakan oleh Sheikh Muḥyiddīn Ibn ‘Arabī رحمه الله (wafat 638H) merupakan suatu pandangan tasawuf yang bersumberkan pengalaman rohani (wijdānī) dan penyingkapan kerohanian (kashfī). Berhubung dengan beriktikad terhadap teori Wahdah al-Wujūd yang dikemukakan oleh Ibn ‘Arabī رحمه الله, Hazrat Maulana Ashraf Ali Thanwi رحمه الله menyatakan: “Maka ungkapan tersebut telah keluar daripada lidah Sheikh ketika berada dalam halat (keadaan) sukr (mabuk kerohanian). Dalam keadaan seperti itu beliau diuzurkan. Namun, kita tidak diwajibkan untuk menerima atau berpegang kepada kata-kata yang diucapkan ketika berada dalam keadaan sukr.” (Khuṭabāt Ḥakīm al-Ummah, jld. 21, hlm. 73, Taalifāt Ashrafiyyah)
без подписи
WAHDATUL WUJUD YANG HAKIKI DAN WAHDATUL WUJUD YANG KUFUR - Al Habib Umar Bin Hafidz https://telegram.me/layarTemirBookstore
Festival Turath Islami Selangor tahun ini mengangkat kitab Al-Hikam al-Ata’iyyah, karya Ibnu Atha’illah As-Sakandari dalam siri daurah sepanjang satu minggu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Antara tokoh yang paling terampil untuk membahaskan kitab ini tentunya Al-Imam al-Allamah Dr. Ali Jum’ah, bekas Mufti Agung Mesir dan Anggota Majlis Ulama Kanan Universiti Al-Azhar al-Syarif. Kitab Al-Hikam adalah sebuah kitab ulung dalam bidang tasawuf, sebagai penawar rohani masyarakat hari ini dalam mendepani mehnah dan tribulasi dalam kehidupan. As-Sheikh Dr Ali Jum’ah akan mengupas kitab ini dalam sesi daurahnya bermula 15 September 2026. Marilah merebut peluang keemasan untuk menadah ilmu dan membersihkan jiwa secara bertalaqqi daripada tokoh besar dunia Islam ini. Untuk maklumat lanjut festival dan aturcara program, layari: https://turathislamiselangor.com
без подписи
Alam ini bukanlah hijab yang menghalangmu daripada Allah. Bahkan seluruh alam adalah ayat-ayat yang menunjukkan kepada kewujudan dan kebesaran-Nya. Yang menghijabkan manusia daripada Allah bukanlah alam, tetapi ketakburan, kesombongan dan kegelapan yang bersarang di dalam batin. Hakikatnya, alam ini tiada memiliki wujud yang berdiri sendiri. Allah menciptakannya sebagai tanda dan bukti yang memperlihatkan kewujudan, kekuasaan dan sifat-sifat-Nya. Sebab itu, orang-orang sufi tidak pernah terputus pandangan hati daripada Allah. Pada setiap detik dan setiap apa yang mereka saksikan, mereka melihat tanda-tanda kebesaran Allah yang sentiasa hadir di hadapan mereka. Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik Catatan Dr UMAY 24 Jun | Kemboja https://t.me/TintaSufi
без подписи
Sekiranya seseorang ingin menjadi nelayan, maka dia perlu berguru dengan nelayan yang berpengalaman. Jika ingin menjadi petani yang berjaya, maka belajarlah daripada petani yang telah lama menempuh asam garam bidang tersebut. Begitulah juga dalam perjalanan kerohanian. Seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah tidak cukup sekadar membaca dan mengetahui teori, bahkan memerlukan bimbingan daripada seorang guru yang benar, yang telah menempuh jalan itu dengan ilmu, amal dan pengalaman rohani yang sahih. Ilmu tempatnya di akal, namun rasa dan penyaksian tempatnya di qalbu dan rohani. Banyak perkara boleh difahami dengan akal, tetapi hakikat kehambaan, kemanisan iman, keikhlasan dan makrifat hanya dapat dirasai oleh hati yang hidup. Oleh sebab itu, para masyaikh yang mursyid tidak sekadar mengajarkan lafaz zikir. Apabila mereka mengijazahkan dan mentalkinkan zikir kepada murid, hakikatnya ia adalah proses tarbiah rohani yang disertai dengan limpahan Nur (cahaya) keberkatan, himmah dan yang diwarisi melalui sanad yang bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW. Zikir yang diamalkan dengan bimbingan yang benar akan membantu menyuburkan tauhid, membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela, melembutkan jiwa, serta menguatkan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT. Justeru, perjalanan menuju Allah bukan sekadar perjalanan ilmu, tetapi juga perjalanan hati. Sebab itu para ulama sentiasa menekankan kepentingan berguru agar perjalanan rohani berlangsung dengan selamat, terpimpin dan sampai kepada matlamatnya, iaitu mengenal Allah serta menjadi hamba-Nya yang sejati. Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik. Catatan Dr. UMAY 23 Jun | Kemboja https://t.me/TintaSufi
без подписи
без подписи
без подписи
Datang dari China… namun hatinya tersentuh di Bukit Bintang Berselawat 3.0. Walau berbeza bahasa dan budaya, selawat tetap menyatukan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ Suasana yang penuh kasih, tenang dan persaudaraan ini menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan buat mereka. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Bukit Bintang Berselawat bersama saudara Islam dari seluruh dunia. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MalamBerselawatMenjunjungDaulat
Di sebalik gelombang cinta yang menghimpunkan ribuan manusia di jalanan kota… ada sosok insan yang menjadi pencetus kepada lahirnya gerakan ini. Daripada Bukit Bintang Berselawat 1.0, 2.0… hingga kini 3.0, cetusan Ayahanda Sidi Ibrahim Al-Malik menjadi asbab tergeraknya hati-hati untuk kembali berselawat, menyatukan jiwa, dan menghidupkan cinta kepada Rasulullah ﷺ. Terima kasih Ayahanda Sidi Ibrahim, atas pandangan yang jauh, kasih yang mendidik, dan semangat yang tidak pernah lelah membina umat dengan cinta dan selawat. Semoga Allah sentiasa memelihara Ayahanda dalam rahmat dan keberkatanNya, serta menjadikan setiap langkah dakwah ini sebagai saham akhirat yang terus mengalir. Bukit Bintang Berselawat bukan sekadar acara, tetapi denyut kebangkitan jiwa yang lahir daripada cinta 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Sehari dua ini kecoh berkaitan Bukit Bintang, tempat pelancongan yang terkenal dengan banyak pusat maksiat. Ambo teringat semasa ke Istanbul, ada satu kawasan dipanggil Ismailaga, tempat markaznya Shaykh Mahmud Ustaosmanoglu atau dikenali sebagai Shaykh Mahmud Effendy, ulama yang mempunyai jutaan anak murid di Turki. Dikatakan kerana dakwah Shaykh Mahmud lah, Islam masih bertahan di Turkey selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah. Ismail Agha juga digelar Tarim Istanbul. Lorong-lorongnya dipenuhi penuntut ilmu dari pelbagai negara yang berkiblatkan mazhab Hanafi, dan dipenuhi orang-orang soleh yang memakai jubah, berseluar, dan berserban. Menurut kata Ustaz Fakhrul, pelajar Malaysia yang menuntut di sini, dahulu kawasan Ismail Agha ialah lorong maksiat dan pelacuran. Namun dengan dakwah Shaykh Mahmud Effendi lah, yang asalnya hanya menjadi imam di situ, ramai daripada mereka bertaubat. Lorong yang asalnya penuh dengan ahli maksiat kini dipenuhi oleh penuntut ilmu dan orang-orang soleh. Sesiapa yang ke sini pasti akan merasai suasana kerohanian. Kebatilan tidak akan bertahan lama pasti akan ditolak dengan kebaikan sekiranya usaha dakwah giat dijalankan secara berterusan. https://t.me/TintaSufi cr: Muhammad Saeed
без подписи
без подписи
без подписи
Dalam konteks kejayaan tersebut, habib menegaskan bahawa umat Islam sebenarnya berkongsi satu titik persamaan, iaitu menghadapi musuh yang sama. Adapun soal mazhab merupakan medan perbezaan yang sebahagiannya telah dipolitikkan. Beliau berharap agar perkara ini dapat ditangani dengan kesedaran yang tinggi serta dengan kejujuran dalam berpegang kepada risalah Islam dan prinsip-prinsipnya. Beliau turut memberikan analisis tentang pengaruh pihak kafir dalam isu ini. Menurutnya, sesiapa yang tidak mengambil kira kesan dan pengaruh pihak kafir dalam konflik umat Islam pada zaman ini sebenarnya telah gagal memahami realiti semasa. Bahkan ada yang secara tidak sedar meletakkan kesetiaan kepada kepentingan pihak luar lebih utama daripada kesetiaan kepada Islam dalam keadaan umat yang telah berpecah-belah. Beliau menjelaskan bahawa pada zaman ini keputusan dunia berkaitan perang dan keamanan berada di tangan pakatan kuasa kufur selepas runtuhnya institusi khilafah. Oleh itu hampir mustahil suatu suara Islam bangkit [sama ada menentang orang kafir atau dalam konflik sesama Muslim] melainkan terdapat campur tangan pihak luar yang cuba mengambil manfaat daripada keadaan tersebut. Campur tangan itu boleh berlaku dengan pelbagai cara. Antaranya dengan membiarkan seorang Muslim menindas Muslim yang lain dalam sistem pemerintahan yang lemah, atau melalui parti, kumpulan dan aliran yang mempunyai hubungan dengan politik dunia melalui strategi “pecah dan perintah”. Ia juga boleh berlaku melalui konflik yang dipolitikkan serta provokasi yang dirancang antara kelompok mazhab dan para pengikut Ahlul Bait. Akhirnya, dalam keadaan umat Islam terus bertelagah dan berpecah, pihak musuhlah yang memperoleh keuntungan paling besar daripada konflik tersebut. Muhammad Saeed, Shah Alam https://t.me/PanjiAkhirZaman
[Membaca Naratif Sunni-Syiah dalam Konflik AS-Isr0el vs Iran Mengikut Kacamata Fiqh al-Tahawwulat] Melihat rancaknya polemik Sunni-Syiah akhir-akhir ini, ambo teringat kepada sebuah kitab yang pernah ambo pernah pelajari dengan almarhum al-Habib Abu Bakr al-Adeni bi Ali al-Mashur قدس الله سره iaitu Namatul al-Awsat yang dikarang oleh beliau sendiri. Kitab ini ambo pelajari secara langsung dengan almarhum dalam satu dawrah selama tiga hari pada tahun 2009 di Jami‘ al-Kueti al-Mehdhar di Aden, Yaman. Antara perkara yang sangat menarik dalam kitab tersebut ialah ketika Habib membahaskan tentang manhaj Ahlul Bait yang sederhana. Dalam perbahasan itu, beliau memperkenalkan dua istilah untuk menggambarkan dua kelompok yang melampau di sebelah kiri dan kanan, iaitu السنة المصنّعة (sunnah musanna'ah) dan الشيعة المقنّعة (syiah muqanna'ah). Kedua-dua istilah ini digunakan untuk menggambarkan dua bentuk keterlaluan dalam umat yang telah keluar daripada keseimbangan manhaj Ahlul Bait yang sebenar. Dalam kitab tersebut juga Habib menyentuh satu isu yang sering menjadi polemik pada zaman ini, iaitu berkaitan para mujahidin yang dikaitkan dengan mazhab Syiah, khususnya dalam konteks konflik di Lubnan. Beliau menyebut bahawa telah muncul satu kemenangan besar di Lubnan melalui tangan sebahagian saudara mujahidin yang berjuang di jalan Allah menentang musuh Zi0n1s. Kemenangan tersebut telah mengangkat maruah umat Islam di seluruh dunia dan memecahkan mitos yang sekian lama dipaksakan oleh musuh kepada umat Islam, iaitu gambaran bahawa mereka adalah “tentera yang tidak dapat dikalahkan. Menurut habib, fenomena jihad yang berjaya seperti ini sebenarnya merupakan suatu keuntungan bagi seluruh umat Islam tanpa melihat kepada perbezaan mazhab atau aliran. Mazhab hanyalah suatu perkembangan sejarah dalam umat dan tidak ada kaitan secara langsung dengan kemenangan atau kekalahan. Sebaliknya, faktor sebenar kejayaan ialah apabila jihad itu dilaksanakan oleh pemikiran Islam yang sedar dan matang, berpegang kepada prinsip pengurusan yang baik, perancangan yang teliti dan kemampuan mengelakkan kebocoran maklumat kepada musuh. Beliau menegaskan bahawa apabila unsur-unsur ini tidak wujud dalam kalangan umat Islam dan negara-negara Arab, maka itulah sebenarnya sebab kegagalan mereka. Kegagalan tersebut bukanlah berpunca daripada perbezaan mazhab atau daripada aliran tasawuf. Habib juga mengkritik sebahagian ulama pada zaman ini daripada kalangan Ahlus Sunnah yang melakukan kesilapan besar apabila mereka mengaitkan kemenangan jihad di Lubnan dengan mazhab. Disebabkan itu mereka mengecam jihad dan para mujahidin hanya kerana mereka bermazhab Syiah. Menurut beliau, hukum seperti ini pada asasnya adalah rosak kerana mereka yang mengecam jihad di jalan Allah sebenarnya memberikan fatwa dengan pandangan yang sempit dan terikat dengan suasana semasa, serta gagal memahami titik persamaan yang menghimpunkan umat Islam dalam perjuangan jihad. Beliau menyatakan bahawa kesempitan pandangan ini dapat dilihat apabila mereka juga tidak mampu memahami golongan tasawuf yang sebenarnya berada dalam lingkungan mazhab Ahlus Sunnah sendiri. Sebahagian daripada mereka malah mengeluarkan para sufi daripada Ahlus Sunnah dengan pelbagai tuduhan seperti politisasi dan penyelewengan. Jika terhadap golongan dalam mazhab mereka sendiri pun mereka tidak mampu bersikap adil dan memahami, maka bagaimana mungkin mereka mampu memahami mereka yang berada di luar mazhab tersebut. Menurut beliau lagi, di sinilah sebenarnya terletaknya akar permasalahan dari pelbagai sudut. Dalam masa yang sama habib mencatatkan sokongan terhadap para mujahidin yang berjuang di jalan Allah tanpa mengira mazhab mereka, kerana kemenangan tidak bergantung kepada perincian mazhab atau aliran pemikiran. Sebaliknya, kemenangan bergantung kepada kepimpinan yang baik, perancangan yang tepat, serta kemampuan menjaga rahsia daripada penembusan musuh.