tgindex
Tadabbur Kalamullah

Tadabbur Kalamullah

Статистика

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
6
Всего постов
470
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
11 650
−17 за 5 дн.
Сутки
−1
−0,01%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
480
40 постов
Вовлечённость
4,1%
к подписчикам
Постов в день
0,9
всего 470
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
286
1/48двое суток
327
1/72трое суток
353

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • ☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiulawal 1448H☆ يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: “(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji" [Surah al-Baqarah 189] #Imam Ibn Kathir berkata: "Ayat di atas menjelaskan bahawa hilal (anak bulan) itu diciptakan oleh Allah swt sebagai panduan manusia dalam menentukan waktu berpuasa dan berbuka, iddah, haul zakat, tempoh berhutang, waktu haji dan lain-lain" (Lihat: Tafsir al-Quran al-’Azim) #Diceritakan bahawa para sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang hal itu (hilal). Maka Allah swt menjawabnya dengan menyebutkan, ia adalah tanda-tanda yang mana dengannya manusia dapat mengetahui waktu-waktu ibadat mereka yang sudah ditentukan waktunya seperti puasa, haji, zakat, dan maslahah-maslahah yang lainnya. (Lihat: Tafsir al-Madinah al-Munawwarah) #Masyarakat Arab sejak dahulu mempunyai kiraan bulan yang pelbagai kaedah. Antara yang terkenal mereka membahagikan dua belas bulan kepada enam bahagian yang berlainan. Dua bulan dinamakan Rabi' al-Awwal (Rabi' yang pertama). Dua bulan lagi dinamakan Saif (sederhana panas). Dua bulan kemudian dinamakan Qaiz (bersangatan panas). Manakala, dua bulan selepas itu dinamakan Rabi' al-Thani (Rabi' yang kedua). Dua bulan lagi dinamakan Kharif (musim luruh). Dua bulan terakhir pula dinamakan Syita' (musim sejuk). Asal perkataan 'rabi' adalah bermaksud musim bunga. #Kedatangan bulan Rabiulawal sangat ditunggu oleh mereka kerana bulan inilah antara masa atau musim paling indah dan menyeronokkan. #Banyak peristiwa sepanjang bulan Rabiulawal dalam sejarah Islam berdasarkan pandangan ulamak. Peristiwa paling diingati umat Islam ialah peristiwa kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw. وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" [Surah al-Anbiyāʾ 107] #Rasulullah saw bersabda berkenaan hari kelahiran Baginda: "Hari itulah (Isnin) hari aku dilahirkan. Hari itu juga hari aku diutuskan (menjadi Rasul) iaitu hari aku menerima wahyu pertama" (HR Muslim) #Para ulamak hampir sepakat menerima bahawa kelahiran Rasulullah saw ialah pada hari Isnin di bulan Rabiulawal pada tahun Gajah. #Perkara utama dalam menjelaskan berkaitan kelahiran Baginda Rasulullah saw ini ialah lakaran satu sejarah yang merubah seluruh alam. Malah, kemunculan baginda Rasulullah saw telah berjaya membawa sinar cahaya kebenaran ke serata dunia dengan mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada nur (cahaya) Islam berpandukan al-Quran. الۤرۚ كِتَـٰبٌ أَنزَلۡنَـٰهُ إِلَیۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَ ٰ⁠طِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَمِیدِ "Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji" [Surah Ibrāhīm 1] ♡Peristiwa besar bulan Rabiulawal memang menyentuh hati, menyuntik semangat dan memotivasi diri untuk sentiasa mengingati Rasulullah saw dan perjuangan Baginda menyebarkan risalah Allah dalam rangka menyelamatkan manusia daripada kegelapan kesesatan. Ingat, adalah bukti cinta kita kepada Baginda saw. Jom meriahkan Rabiulawal dengan sirah hidup dan perjuangan Rasulullah saw!!♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • *PERMOHONAN SUMBANGAN PEMBINAAN PENEMPATAN PELAJAR PONDOK MADRASAH EHYA ULUMIDDIN* *Klik dan sumbang:* https://toyyibpay.com/MadrasahEhyaUlumiddin Assalamualaikum wbt.. Pihak Jawatankuasa Pembangunan Kompleks Madrasah EHYA Ulumiddin, Bongor telah membeli sebidang tanah seluas 9 relong di Lot 60294, Jalan Dalam Wang, Bongor, Baling, Kedah bagi merealisasikan pembinaan sebuah kompleks madrasah yang bakal menjadi tempat menimba ilmu, mendidik jiwa dan melahirkan generasi pewaris agama. Alhamdulillah, usaha pembangunan kini sedang berjalan. Buat masa ini, pihak madrasah sedang membina sebuah bangunan pondok berkembar yang mempunyai 8 pintu, khusus sebagai penempatan para pelajar. *DANA DIPERLUKAN: RM80 RIBU* Namun, pembinaan ini memerlukan kos sebanyak RM80,000 dan pihak madrasah amat mengharapkan bantuan serta sokongan daripada para dermawan dan seluruh umat Islam. Tuan-tuan dan puan-puan, Bayangkan… setiap kali seorang pelajar duduk di pondok ini, membuka kitab, membaca al-Quran, menghafaz ilmu, bersolat dan beribadah, insya-Allah ada bahagian pahala yang mengalir kepada mereka yang membantu menyediakan tempat tersebut. Mungkin kita tidak mampu membina sebuah madrasah seorang diri. Mungkin kita tidak mampu menanggung keseluruhan kos pembinaan. Tetapi kita mampu menjadi sebahagian daripada pembinaan itu. RM10, RM50, RM100, RM500 atau berapa sahaja yang kita mampu — jangan dipandang kecil di sisi Allah. Sedikit yang kita hulurkan dengan hati yang ikhlas mungkin menjadi sebab Allah membina untuk kita sebuah rumah di syurga. Inilah peluang untuk kita menanam saham yang tidak terputus apabila kita meninggalkan dunia. Selagi ilmu diajarkan, selagi al-Quran dibaca, selagi ibadah dilakukan, selagi lahir insan yang soleh dan bermanfaat… insya-Allah, pahala daripada amal yang kita bantu akan terus mengalir. “Apa yang ada di sisi kamu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.” (Surah an-Nahl: 96) *🌿JOM SAMA-SAMA KITA BINA PENEMPATAN PARA PENUNTUT ILMU* *🌿JOM BERINFAQ UNTUK PEMBANGUNAN MADRASAH* *🌿JOM TANAM SAHAM TERBESAR UNTUK BEKAL KITA DI MAHSYAR KELAK* Hari ini kita memberi dengan tangan, semoga di akhirat nanti kita menerima dengan penuh kegembiraan. Ya Allah, terimalah setiap ringgit yang disumbangkan, jadikan ia amal jariah yang mengalir tanpa henti dan menjadi cahaya buat kami di alam barzakh serta bekalan menuju akhirat-Mu. آمين. __ *SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:* https://toyyibpay.com/MadrasahEhyaUlumiddin *Atau terus ke akaun:* *Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor *Maybank_5629_9101_9074 *Cimb_8604_7707_81 *Remark: MADRASAH EHYA ULUMIDDIN ..................... *SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:* 📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/MadrasahEhyaUlumiddin 📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/MadrasahEhyaUlumiddin 📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/MadrasahEhyaUlumiddin 📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/MadrasahEhyaUlumiddin *ANDA HULUR, KAMI SALUR*

  • ☆Tadabbur Kalamullah 29 Safar 1448H☆ فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقُلۡ حَسۡبِیَ ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَیۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِیمِ "Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar" [Surah at-Tawbah 129] #Ayat ini mengajar kita agar sentiasa bertawakkal kepada Allah, mengakui keesaanNya, dan merasa cukup dengan pertolonganNya apabila menghadapi penolakan manusia terhadap dakwah yang disampaikan sebagaimana yang dilalui Baginda saw. #Cukup pergantungan kita hanya kepada Allah. Menjadikan Allah sebagai tempat perlindungan utama dan penolong tatkala ditinggalkan atau ditentang oleh orang lain. Di samping menyerahkan segala urusan dan hasil kerja kepada Allah setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana Allah swt adalah Pemilik Arasy yang besar, yang menguasai seluruh alam dan tiada kuasa yang menandingi-Nya. #Disebabkan hidup kita penuh dengan liku dan cabaran. Maka segala liku, cabaran dan ujian itu perlu kita tempuh dengan jiwa yang kental bukan hanya mengalah. Jom kita amalkan satu zikir yang InsyaAllah dapat memenuhi hajat kita. #Disebutkan dalam satu athar riwayat Sayidatina Ummu Darda’ r.ha yang dipelajari daripada suaminya Sayidina Abu Darda’ r.a: مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى "Sesiapa yang membaca di waktu pagi dan petang, حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ "Cukuplah Allah bagiku. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia ialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung, سَبْعَ مَرَّاتٍ كَفَاهُ اللَّهُ مَا أَهَمَّهُ صَادِقًا كَانَ بِهَا أَوْ كَاذِبًا "Sebanyak tujuh kali, nescaya Allah akan mencukupkan baginya segala perkara yang meresahkannya, sama ada dia mengucapkannya dengan penuh keikhlasan atau tidak (sekadar bacaan lisan)" (Sunan Abi Dawud) #Berkata pengarang kitab Aun al-Ma'bud: فَاللَّهُ تَعَالَى يُنْجِيهِ مِنَ التَّعَبِ وَالْكَرْبِ وَالْهَمِّ بِبَرَكَةِ هَذِهِ الْكَلِمَاتِ "Maka Allah Taala akan menyelamatkannya daripada kelelahan, kebuntuan dan keresahan dengan berkat zikir ini". ♡Jom lazimkan diri untuk mengamalkan doa dan zikir ini dalam kehidupan seharian kita. Moga Allah memakbulkan segala hajat kita. Aamiiin♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • ☆Tadabbur Kalamullah 28 Safar 1448H☆ وَسَارِعُوۤا۟ إِلَىٰ مَغۡفِرَةࣲ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِینَ "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" [Surah Āli-ʿImrān 133] #Dalam ayat ini, Allah swt secara jelas menggesa umat Islam untuk berlumba-lumba dan bersegera mengejar syurga melalui amalan dan ketaatan. Antara amalan yang dijanjikan syurga ialah menuntut ilmu. #Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang merentasi satu jalan kerana mencari ilmu, Allah mudahkan untuknya satu jalan ke syurga" (HR Muslim) #Ramai dikalangan kita umat Islam yang telah mendengar hadis ini. Namun, berapa ramai yang rasa teruja untuk mengamalkannya?. Masih ramai yang bermudah-mudah mencari alasan untuk tidak hadir ke majlis ilmu, walhal majlis itu diadakan di masjid atau surau yang terletak beberapa langkah saja dari rumah kediaman kita. #Kadang-kadang kita terdengar alasan tidak dapat hadir ke majlis ilmu kerana hendak ke pasar malam, ke pasaraya, ada mesyuarat, ada kenduri, ada futsal. Maasyaa Allah... #Ketahuilah, apabila kita tidak memahami kepentingan sesuatu perkara, tidak mengetahui apa yang lebih utama, kita akan membuat keputusan dan menentukan pilihan ikut selera kita sahaja tanpa melihat keutamaan (awlawiyyat) dalam menuntut ilmu. #Jom sama-sama kita renungi hadis di atas. Merentasi satu jalan kerana mencari ilmu, Allah mudahkan satu jalan ke syurga! Subhanallah! Siapa yang tidak mahukan syurga? Bukankah itu yang dipinta saban hari dan saban masa? Rasulullah saw telah pun menunjukkan jalan. Jalan yang mudah. Keluar seketika dari keselesaan rumah, berjalan beberapa langkah menuju ke tempat diadakan majlis ilmu. Maka jalan ke syurga pun dimudahkan. #Bukan itu sahaja yang dijanjikan baginda Nabi saw kepada orang yang menuntut ilmu. Dalam sambungan hadis diatas, Nabi saw bersabda: "Dan sesungguhnya para malaikat mengembangkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu itu...". #Bermuhasabahlah! Sejauh mana kita bersungguh dan serius dalam mencari syurga yang kita idam-idamkan?. Adakah benar kita ingin masuk syurga atau adakah ia hanya angan-angan tanpa sebarang amalan. #Imam Malik rahimahullah berkata, telah disampaikan kepadanya bahawa Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya: "Wahai anakku, dampingilah orang-orang alim dan rapatkanlah dirimu dengan mereka kerana sesungguhnya Allah swt menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan curahan hujan dari langit". #Sesungguhnya, ilmu yang dimiliki mampu mendorong kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah, serta mengamalkan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan. Dengan ilmu, peribadi dan akhlak kita akan terpancar dengan kemuliaan, membentuk kita menjadi seorang yang sabar, jujur, bersifat terpuji dan penuh amanah. Ilmu mampu menjauhkan diri kita daripada segala bentuk maksiat dan dosa, serta membezakan antara yang hak dan yang batil, yang halal dan yang haram.  ♡Menuntut ilmu merupakan satu usaha yang sangat mulia. Seseorang yang berusaha dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu akan mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah swt. Dalam Islam, menuntut ilmu bukanlah sekadar untuk meraih kejayaan di dunia, tetapi ia juga usaha untuk menggapai kejayaan di akhirat dan kebahagiaan di syurga♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • Suatu hari ketika aku masuk ke ruang menunggu, aku dapati si isteri sedang bersendirian di situ. Aku menggunakan kesempatan itu untuk bertanya beberapa soalan yang aku inginkan jawapannya. Aku begitu terpukau mendengar penjelasannya tentang hak ibu bapa di dalam Islam dan betapa Islam mengangkat darjat kedua-duanya serta bagaimana sepatutnya kita berinteraksi dan melayani kedua-dua ibu bapa. Beberapa hari kemudian ibu tua pun meninggal dunia. Wanita muda dan suaminya menangis sekuat-kuatnya seperti kanak-kanak yang masih kecil. Selepas itu keadaan suami isteri muda dan hak ibu bapa dalam Islam terus menghantui fikiranku. Aku menulis surat kepada sebuah pusat Islam meminta buku-buku mengenai hak ibu bapa dalam Islam. Setelah membacanya, aku hidup dalam mimpi indah yang tidak pernah pergi dari sisiku. Aku bayangkan aku seorang ibu yang mempunyai anak-anak yang sangat menyayangiku, sentiasa mengambil berat tentang diriku dan berbakti kepadaku sehingga ke penghujung usiaku tanpa mengharap apa-apa balasan daripadaku. Dengan mimpi yang indah itu membuatkan aku terus mengisytiharkan keislamanku walaupun aku belum mengetahui apa-apa tentang Islam kecuali hak ibu dan bapa. Alhamdulillah aku telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga baru memeluk Islam dan kini telah dikurniakan beberapa orang anak yang aku sentiasa doakan kesejahteraan mereka. ♡Berbaktilah sehabis baik kepada kedua ibu bapa kita atau ibu bapa mertua atau ibu bapa tiri atau ibu bapa susuan atau ibu bapa angkat. Ini kerana jasa mereka kepada kita tidak terbayar walau dengan emas sepenuh bumi!!♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • ☆Tadabbur Kalamullah 27 Safar 1448H☆ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِیَّاهُ وَبِٱلۡوَ ٰ⁠لِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا یَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَاۤ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَاۤ أُفࣲّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلࣰا كَرِیمࣰا * وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّیَانِی صَغِیرࣰا "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" [Surah al-Isrāʾ 23-24] #Dalam al-Quran, Allah swt meletakkan kewajipan taat dan berbuat baik kepada ibu bapa sebagai satu perintah yang sangat agung, sering kali disebut sejurus selepas perintah mentauhidkanNya. #Allah swt memerintahkan kita agar tidak menyembah selain Dia dan wajib berbuat baik kepada ibubapa. Apabila mereka tua, janganlah berkata "ah" atau membentak, sebaliknya ucapkanlah perkataan yang mulia dan rendahkan diri dengan penuh kasih sayang. #Jom kita telusuri dan hayati kisah seorang jururawat dari Amerika Syarikat bercerita mengenai perjalanannya memasuki agama suci kita, Islam. Pertama kali aku mendengar bicara mengenai Islam ialah ketika sedang menonton satu program di TV. Aku ketawa mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka. Setahun selepas itu, sekali lagi aku mendengar tentang ajaran Islam. Kamu tahu di mana? Di hospital tempat aku bekerja. Hari itu sepasang suami isteri datang membawa seorang wanita tua yang sakit tenat. Si isteri duduk di hadapan tempat dudukku memerhatikan aku menjalankan tugasku. Aku perhatikan dia benar-benar dalam keadaan resah. Sekali sekala dia mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir. Acuh tak acuh aku bertanya kenapa dia begitu sedih dan menangis tak henti-henti? Katanya, dia dan suami datang dari jauh, mencari tempat untuk merawat ibu mertuanya. Sambil bercakap dia tidak berhenti menangis dan berdoa agar ibu mertuanya sembuh dan kembali pulih. Aku tergamam. Kagum dan kaget. Dia datang dari jauh bersama suami semata-mata bertujuan untuk merawat ibunya. Tiba-tiba aku teringatkan ibuku. Aku bertanya kepada diri sendiri, di mana ibuku? Sudah empat bulan aku tidak bertemu dengannya dan sampai saat ini aku tidak terfikir untuk menziarahinya. Itu ibuku sendiri, bagaimana pula kalau ibu mertuaku? Sungguh. Aku benar-benar kagum melihat suami isteri ini, lebih-lebih lagi keadaan ibu sangat tenat, harapan untuk hidup dan sembuh terlalu tipis. Dan yang lebih mengagumkan aku ialah si isteri. Apa masalah dia, walhal yang sakit ibu suaminya. Buat apa dia menyusahkan diri memberi perhatian kepada wanita tua yang bukan ibunya, pada hal dia seorang perempuan muda dan cantik? Kenapa? Itulah persoalan yang berlegar di dalam benakku. Segenap ruang dalam fikiranku seoalah-olah dipenuhi persoalan itu sahaja! Aku bayangkan diriku berada di tempat wanita tua yang sedang bertarung dengan kematian itu. Alangkah bahagianya ku rasa! Alangkah beruntungnya wanita tua itu! Sungguh aku cemburu akan keberuntungannya! Suami isteri yang baik itu berada di sisinya sepanjang waktu. Panggilan telefon dari luar pula hampir tidak putus bertanyakan hal keadaan ibu tua yang sedang sakit tenat.

  • ☆Tadabbur Kalamullah 26 Safar 1448H☆ قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman * Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya" [Surah al-Mu’minun 1-2] #Ayat ini menegaskan bahawa kunci kejayaan dan kebahagiaan sejati bagi orang beriman adalah melakukan solat dengan penuh kekhusyukan dan menjauhi segala perbuatan atau percakapan yang sia-sia (tidak bermanfaat). #Ketahuilah, solat bukan sekadar menggugurkan kewajipan, tetapi memerlukan kehadiran hati, pemahaman terhadap bacaan, dan ketenangan fizikal. Ia adalah cermin kepada hubungan rapat seorang hamba dengan Tuhannya. #Dalam menjelaskan ayat diatas, berkata Imam al-Qurtubi rahimahullah: "Khusyuk merupakan perkara di dalam hati. Sekiranya seseorang itu khusyuk ketika solat maka anggota badan juga turut akan khusyuk disebabkan hatinya khusyuk melakukan solat. Imam al-Qurtubi menceritakan seorang ulamak ketika melakukan solat, maka ia akan melakukan dengan mengagungkan Allah swt dengan memalingkan pandangannya daripada sesuatu urusan keduniaan" (Lihat: Tafsir al-Qurtubi) #Dikisahkan bahawa Ummul Mukminin, Sayidatina Aisyah r.ha tergolong dalam kalangan hamba Allah yang solatnya sangatlah khusyuk. Al-Qasim bin Muhammad berkata: Satu pagi, aku bertemu dengan Sayidatina Aisyah r.ha untuk memberi salam sedang dia melaksanakan solat Dhuha dan membaca ayat: فَمَنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا وَوَقَىٰنَا عَذَابَ ٱلسَّمُومِ "Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka" [Surah al-Tur 27] Dia menangis dan berdoa serta mengulang ayat itu. Aku berdiri sehingga aku letih menunggu sedangkan dia masih dalam keadaan begitu. Justeru, aku pergi ke pasar. Apabila selesai menunaikan hajatku, kemudian aku pulang dan selesaikan hajatku di rumah. Kemudian aku datang kembali menemui Sayidatina Aisyah sedangkan dia masih lagi mengulang ayat itu sambil menangis dan berdoa. (Lihat: Tahzib al-Nufus) #Diriwayatkan bahawa Al-Rabi’ bin Khuthaim adalah seorang tabi’in yang dikenali sebagai seorang yang amat khusyuk dalam solatnya. Pernah seorang lelaki yang kebiasaannya datang awal ke masjid melihat Al-Rabi’ bin Khuthaim sedang sujud. Lelaki tersebut berkata: "Al-Rabi’ bin Khuthaim jika beliau dalam keadaan sujud sama seperti pakaian yang terlonggok, hingga datang burung-burung menghinggapi di atas tubuhnya" (Lihat: Sifat al-Safwah) ♡Solat yang khusyuk bukan sahaja ibadah, tetapi jambatan yang membentuk peribadi cemerlang, disiplin, dan panduan untuk berjaya di dunia dan akhirat. Jom solat dengan khusyuk!!♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • #Daripada Sayidina Thauban r.a, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: "Barangsiapa yang solat ke atas jenazah maka baginya satu Qirath. Adapun jika dia menyaksikan pengebumiannya maka baginya dua Qirath. Satu Qirath itu seperti bukit Uhud (pahalanya)" (HR Muslim) ♡Jelas kepada kita bahawa bukit Uhud merupakan salah satu bukit yang istimewa di Madinah dan mempunyai kedudukannya yang tersendiri. Bagi sesiapa yang sampai di Madinah, maka bagus menziarahinya, menghayati kisah perang Uhud dan juga mencintai Bukit Uhud!!♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • ☆Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1448H☆ وَمِمَّنۡ حَوۡلَكُم مِّنَ ٱلۡأَعۡرَابِ مُنَـٰفِقُونَۖ وَمِنۡ أَهۡلِ ٱلۡمَدِینَةِ مَرَدُوا۟ عَلَى ٱلنِّفَاقِ لَا تَعۡلَمُهُمۡۖ نَحۡنُ نَعۡلَمُهُمۡۚ سَنُعَذِّبُهُم مَّرَّتَیۡنِ ثُمَّ یُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِیمࣲ *Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar" [Surah at-Tawbah: 101] #Madinah al-Munawwarah merupakan salah satu kota suci umat Islam yang dituntut untuk kita menziarahinya. Kota Madinah juga merupakan tempat hijrah Rasulullah saw, yang merupakan tempat yang dipilih oleh Allah dan Allah yang memerintahkan Rasulullah saw untuk berhijrah ke Madinah. #Madinah juga merupakan kota yang Rasulullah saw cinta kepadanya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah saw berdoa: اللَّهُمَّ حَبِّبْ إلَيْنا المَدِينَةَ كَحُبِّنا مَكَّةَ أوْ أشَدَّ، اللَّهُمَّ بارِكْ لَنا في صاعِنا وفي مُدِّنا، وصَحِّحْها لَنا، وانْقُلْ حُمّاها إلى الجُحْفَةِ "Ya Allah Jadikan kami mencintai Madinah, seperti cinta kami kepada Makkah atau lebihkan lagi dari Makkah. Ya Allah berkatilah sa’ (gantang) dan mud (cupak) kami. Sihatkanlah Madinah untuk kami. Pindahkanlah wabak penyakit ini ke kota Juhfah" (HR al-Bukhari) #Di Madinah terdapat sebuah bukit atau gunung yang sangat istimewa iaitu Bukit Uhud. Nama Uhud tidak asing lagi di lidah-lidah dan juga jiwa-jiwa umat Islam. Nama Uhud ini juga merupakan nama salah satu daripada peperangan yang pernah berlaku di zaman Nabi saw iaitu pada bulan Syawwal tahun ketiga Hijrah. #Bukit Uhud adalah salah sebuah bukit terbesar dan terpanjang di Madinah. Kedudukannya di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5km dari pusat bandar. Di tempat inilah berlakunya peperangan sengit di antara tentera Islam dan tentera musyrikin dari Makkah, yang dinamakan Perang Uhud. (Lihat: Sejarah Madinah) #Dari segi ukuran, Bukit Uhud memiliki lebar antara 2 hingga 3 kilometer, dengan panjang sekitar 7.5 kilometer, dan terletak pada ketinggian sebanyak 3,533 kaki atau setara dengan 1,077 meter. Warnanya merah-kemerahan. #Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata: Al-Suhaili berkata: "Dinamakan Uhud (satu) kerana lokasinya yang menyendiri dan terpisah daripada gunung-gunung lain yang ada di sekitarnya. Atau kerana kemenangan tauhid yang berlaku pada mereka yang ada di sisinya. #Apa istimewanya Bukit Uhud ini?? Jom kita hayati hadis berkaitan Bukit Uhud. #Daripada Sayidina ‘Abbas bin Sahl, daripada bapanya, daripada Nabi saw, Baginda bersabda: أُحُدٌ جَبَلٌ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ "Uhud ialah gunung yang mencintai kita dan kita mencintainya" (HR al-Bukhari) #Selain itu, daripada Sayidina Anas bin Malik berkata, Rasulullah saw bersabda ketika melihat ke arah bukit Uhud: "Ini adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Ya Allah sesungguhnya Ibrahim telah mensucikan kota Makkah dan sesungguhnya aku mensucikan di antara dua kota batu hitam (Madinah)" (HR al-Bukhari) #Daripada Sayidina Abu Humaid r.a berkata, kami pulang bersama Rasulullah saw dari peperangan Tabuk sehingga kami sudah tiba di Madinah, maka telah bersabda Nabi saw: "Ini adalah Kota yang baik dan ini adalah Uhud iaitu bukit yang mencintai kami dan kami mencintainya" (HR al-Bukhari) #Nabi saw sangat-sangat mencintai Uhud kerana Bukit Uhud termasuk gunung syurga seperti yang disebut dalam hadis Sayidina Abu ‘Abs bin Jabr r.a, daripada Nabi saw: جَبَل أُحُدٍ يُحِبُّنَا وَنُحِبُّهُ وَهُوَ مِنْ جِبَالِ الْجَنَّةِ "Gunung Uhud menyukai kami dan kami menyukainya, dan ia termasuk gunung syurga" (HR Ahmad)

  • Pintu ini diberikan nama Bab An-Nisa' kerana Khalifah Umar Al-Khattab telah membukanya bagi kegunaan kaum wanita memasuki masjid Nabawi. 7. Kubah Di Masjid Nabawi Pernah Berwarna Ungu. Kubah hijau yang terkenal di Masjid Nabawi pernah dicat dengan warna ungu sekitar 150 tahun lalu kerana warga Arab ketika itu di wilayah Hijjaz menyukai warna tersebut. Kini warna kubah Masjid Nabawi adalah warna Hijau. 8. Karpet Di Masjid Nabawi Pernah Berwarna Merah Karpet baru ini dijahit menggunakan teknologi terkini, mereka masih mengekalkan corak lama yang mempunyai logo Arab Saudi di atasnya. Semua ini adalah bagi memberi keselesaan kepada para jemaah yang datang berkunjung untuk beribadah. 9. Jumlah Pekerja Masjid Nabawi Melebihi 1620 Orang. Pembersihan masjid dilakukan dalam tiga kali pertukaran waktu bekerja iaitu selepas solat Subuh, Isyak dan pada awal pagi. Setiap pertukaran waktu melibatkan 1,000 orang petugas kebersihan. ♡Semoga kita semua direzekikan oleh Allah untuk sampai ke masjid suci ini, mudah-mudahan kita dapat berniat iktikaf dan menunaikan solat di dalamnya bagi mengabdikan diri kepada Allah swt dan menghayati perjuangan Rasulullah saw ketika membina Masjid Nabawi yang sehingga kini menjadi kerinduan buat seluruh umat Islam♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • ☆Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1448H☆ إِنَّمَا یَعۡمُرُ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمۡ یَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَۖ فَعَسَىٰۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَن یَكُونُوا۟ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِینَ "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk" [Surah at-Tawbah 18] #Madinah al-Munawwarah tempat yang amat istimewa dan tenang, kota yang penuh dengan kerinduan buat seluruh umat Islam. Terdapat keunikan menarik berkenaan Masjid Nabawi, mudah-mudahan bertambah rasa rindu dan keinginan untuk hadir ke sini. #Masjid Nabawi adalah masjid kedua paling suci selepas Masjidil Haram. Di sinilah terletaknya makam Rasullullah saw. Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Baginda saw, bersebelahan dengan rumah yang Baginda diami selepas peristiwa Hijrah. Antara keunikan Masjid Nabawi: 1. Terdapat Raudhah Raudhah merupakan salah satu tempat yang mulia yang terletak di dalam Masjid Nabawi, iaitu antara rumah Nabi saw di sebelah timur dan mimbar Masjid Nabawi di sebelah barat. Dalam masjid ini, ia menjadi tempat beribadah yang utama, tempat turunnya wahyu, majlis ilmu dan sebagainya. Raudhah juga disebutkan sebagai taman Syurga. Bagi umat Islam yang hadir ke sini, ia merupakan salah satu tempat yang amat mustajab untuk berdoa. 2. Memiliki 5 Mihrab Mihrab adalah tempat imam memimpin solat. Kebiasaannya satu masjid hanya mempunyai satu mihrab sahaja, tetapi jika kita berkunjung ke Masjid Nabawi terdapat 5 mihrab, antaranya Mihrab Nabawi (نَبَوِي), Mihrab Tahajud (تَہَجُّدَ), Mihrab Fatimah (فَاطِمَة), Mihrab Uthmani (عُثْمَانِي), Mihrab Sulaimani (سُلَيْمَانِي). 3. Masjid Kedua Terbesar Di Dunia Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah tingkat bawah seluas 165,500 meter persegi. Dengan keluasan ini ia boleh menampung seramai 257,000 orang jemaah. Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid, 4 buah eskalator serta 18 buah tangga biasa. 4. Mempunyai 6 Imam dan 17 Muazzin. Muazzin pertama di Masjid Nabawi adalah Sayidina Bilal Bin Rabah. Masjid ini kini mempunyai 17 orang muazzin. Antara muazzin utama di Masjid Nabawi adalah Sheikh Abdul Rahman Khashogi. Setiap hari, tiga muazin berganti mengumandangkan azan dari "Mukabbariyyah'' iaitu tempat khusus untuk muazzin. 5. Payung gergasi simbolik Masjid Nabawi. Payung Masjid Nabawi atau 'Masjid Nabawi Umbrellas' adalah payung gergasi yang boleh dibuka di dataran Masjid Nabawi. Naungan payung dibentangkan di empat sudut dan kawasan yang diliputi oleh naungan memanjang sehingga 143,000 meter persegi. Pada mula pembinaan, terdapat 182 payung yang menjajarkan tiang masjid di dataran, dan kemudiannya 68 payung ditambah di dataran timur, berjumlah 250 payung. Fungsi payung ini adalah untuk melindungi jemaah-jemaah daripada panas matahari semasa solat serta daripada risiko tergelincir dan jatuh sekiranya hujan. Struktur serupa dibina di dataran masjid seluruh dunia. 6. Terdapat 100 Pintu (Pintu An-Nisa' ke 39 dikhaskan Untuk Perempuan) Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda membangunkan masjid dengan tiga pintu. Pertama, pintu bahagian selatan saat kiblat masih menghadap Baitul Maqdis di arah utara. Kedua, pintu di bahagian timur yang dinamakan dengan Pintu Nabi, juga disebut dengan Bab Uthman, yang kemudian dikenali dengan Bab Jibril. Ketiga, pintu di sebelah barat yang dinamakan dengan Pintu Atikah kerana berdekatan dengan rumah Sayidatina Atikah binti Abdullah bin Yazid bin Muawiyah. Tentang pintu 39 atau Bab An-Nisa’ adalah pintu yang di khaskan buat laluan para wanita. Kedudukan pintu ini adalah bertentangan dengan perkuburan Baqi'.

  • ☆Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1448H☆ وَمَا تَدۡرِی نَفۡسُۢ بِأَیِّ أَرۡضࣲ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرُۢ "...Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya" [Surah Luqmān 34] #Waktu kematian bersifat pasti, namun tidak ada yang tahu bilakah kematian akan datang dan dimana seseorang itu akan mati. # Namun demikian, kita dibolehkan berdoa agar dimatikan di bumi Madinah. Rasulullah saw bersabda: مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا "Barangsiapa yang ingin mati di Madinah, maka matilah disana. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat bagi orang yang mati disana" (HR Ahmad dan at-Tirmizi) #Imam an-Nawawi menjelaskan bahawa disunnahkan berdoa agar diwafatkan di tanah suci. Beliau berkata: يستحب طلب الموت في بلد شريف "Disunnahkan meminta kematian di tanah yang mulia/suci" (Lihat: Al-Majmu’) #Salah satu hikmah besar bagi sesiapa yang meninggal di tanah suci adalah banyaknya orang-orang soleh yang mendoakannya dan keberkatan orang-orang soleh tersebut, baik yang sudah meninggal mahupun yang masih hidup. #Imam Al-Bahuti berkata: "Disunnahkan agar dikuburkan pada tempat yang banyak orang solehnya untuk mendapatkan keberkatan mereka. Oleh kerana itu Sayidina Umar bin al-Khattab meminta agar dikuburkan bersama dua sahabatnya, ia meminta kepada Sayidatina ‘Aisyah kemudian diizinkan" (Lihat: Kasyfu’ Qanna’) #Al-Imam Abu Syuja' dilahirkan di Basrah pada tahun 434 Hijrah. Imam Abu Syuja' ialah pengarang kitab Matan Abi Syuja'. Beliau meninggal dunia pada tahun 488 Hijrah dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah iaitu berhampiran dengan Bab Jibril yang sekarang ini berada di dalam Masjid Nabawi dan tidak jauh dari makam Rasulullah saw. Saat ini kawasan maqamnya kita boleh lihat bila beratur nak masuk raudhah. Allahuakbar!!. ♡Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku berupa syahid di jalanMu, dan jadikanlah kematianku di negeri RasulMu saw. Aamiiin♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • *RAYUAN SUMBANGAN PEMBELIAN KENDERAAN MPV MAAHAD INKLUSIF AHMADI (MIA) - (KUTIPAN KALI KEDUA)* Klik dan sumbang: https://toyyibpay.com/MPVMaahadInklusifAhmadi KUTIPAN KALI PERTAMA PADA 18 JUN 2026 BERJAYA KUMPUL- *RM4,046.85* DIPERLUKAN LAGI: *RM65,953.15* __ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua penyumbang, Maahad Inklusif Ahmadi (MIA) terletak di Lot 1207, Jalan Bukit Cerakah&oq, 42200, Kapar, SELANGOR. Ditubuhkan pada tahun 2018. Fokus kepada pengajian al-Quran, Bahasa Arab, Hadis, Tafsir, Feqah, Fardhu Ain dan Sirah. Kami dengan penuh rendah hati merayu ihsan para dermawan untuk bersama-sama merealisasikan pembelian sebuah kenderaan MPV bagi kegunaan pelajar Maahad Inklusif Ahmadi (MIA). Kenderaan ini amat diperlukan bagi memudahkan urusan para pelajar untuk: 🕌 Menghadiri solat Jumaat di masjid. 📖 Mengikuti majlis-majlis ilmu dan program keagamaan. 🤝 Memenuhi jemputan masyarakat dalam program dakwah dan kebajikan. 🚐 Menguruskan pelbagai aktiviti serta keperluan maahad yang memberi manfaat kepada agama dan ummah. Setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar membantu membeli sebuah kenderaan, tetapi menjadi bekalan amal yang terus mengalir selagi mana kenderaan itu digunakan untuk perjalanan menuntut ilmu, beribadah, berdakwah dan berkhidmat kepada masyarakat. Bayangkan... Setiap kali enjin dihidupkan, setiap kali tayar berputar membawa para huffaz menuju masjid, majlis ilmu atau program kebajikan, mudah-mudahan Allah swt turut mengalirkan pahala yang berterusan kepada semua yang menyumbang. "Moga setiap putaran tayar MPV ini menjadi saksi amal soleh, dan setiap kilometer yang dilalui menjadi sebab Allah melipatgandakan ganjaran buat para penyumbang di dunia dan di akhirat." Semoga Allah swt menerima setiap sumbangan sebagai sedekah jariah, melapangkan rezeki para penyumbang, memelihara keluarga, mengampunkan dosa-dosa serta mengurniakan syurga Firdaus tanpa hisab. Sabda Nabi saw: "Siapa yang memudahkan urusan orang lain di jalan Allah, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat." Ayuh bersama kita menjadi sebahagian daripada perjalanan dakwah dan pendidikan al-Quran ini. Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat besar nilainya di sisi Allah swt. Jazakumullahu khairan kathira. _ *SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:* https://toyyibpay.com/MPVMaahadInklusifAhmadi *Atau terus ke akaun:* *Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor *Maybank_5629_9101_9074 *Cimb_8604_7707_81 *Remark: MPV MAAHAD INKLUSIF AHMADI ..................... *SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:* 📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/MPVMaahadInklusifAhmadi 📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/MPVMaahadInklusifAhmadi 📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/MPVMaahadInklusifAhmadi 📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/MPVMaahadInklusifAhmadi *ANDA HULUR, KAMI SALUR*

  • без подписи

  • ☆Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1448H☆ لَا تَقُمۡ فِیهِ أَبَدࣰاۚ لَّمَسۡجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقۡوَىٰ مِنۡ أَوَّلِ یَوۡمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِیهِۚ فِیهِ رِجَالࣱ یُحِبُّونَ أَن یَتَطَهَّرُوا۟ۚ وَٱللَّهُ یُحِبُّ ٱلۡمُطَّهِّرِینَ "Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)" [Surah at-Tawbah 108] #Ayat ini turun berkenaan dengan pujian Allah swt terhadap Masjid Quba' (dan sebahagian ulamak memasukkan Masjid Nabawi), yang dibangun di atas dasar taqwa dan ketaatan kepada Allah sejak hari pertama. Allah swt juga memuji orang-orang yang mendatangi masjid tersebut kerana mereka menjaga kesucian zahir dan batin (kebersihan diri dan amalan). #Kita disunnahkan ziarah ke Masjid Rasulullah saw (Masjid Nabawi dan Masjid Quba'). Ziarah ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja. Dan ziarah ini tidak ada kaitan dengan manasik haji. Namun, barangsiapa yang berhaji, berumrah hendaklah ia menyempatkan waktu ke Masjid Nabi saw supaya ia mendapatkan keutamaan solat di dalamnya. #Daripada Sayidatina ‘Aisyah r.ha, Nabi saw bersabda: أنا خاتم الأنبياء، ومسجدي خاتم المساجد، وأحق المساجد أن يزار وتركب إليه الرواحل "Aku adalah penutup para Nabi, masjidku adalah masjid penutup para nabi dan yang paling layak untuk diziarahi dan sukarela bermusafir untuk beribadah ke sana" (HR al-Bazzar. Sahih lighairihi) #Ini menunjukkan disyariatkan kita berziarah ke Masjid Nabawi. Selain itu Nabi saw juga mengatakan dalam sabdanya: مَا بَيْنَ بَيْتِى وَمِنْبَرِى رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ "Di antara rumahku dan mimbarku terdapat Raudhah (taman) di antara taman-taman syurga" (HR al-Bukhari dan Muslim) صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ "Solat di masjidku ini lebih baik dari seribu solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram" (HR al-Bukhari dan Muslim) #Ketika masuk masjid Nabawi, maka hendaklah mengucapkan doa masuk masjid sebagaimana doa yang dibaca ketika masuk masjid lainnya: اللَّهُمَّ افْتَحْ لي أبْوَابَ رَحْمَتِكَ "Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku" (HR Muslim) #Kemudian melaksanakan solat sunat tahiyyatul masjid dan boleh memilih melaksanakannya di Raudhah jika boleh. Kemudian setelah itu mengunjungi kubur Nabi saw dan mengucapkan salam pada baginda: َالسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ #Kemudian memberi salam setelah itu kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a. السَلَامُ عَلَيْكَ يَا أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيق السَلَامُ عَلَيْكَ يَا خَلِيْفَةَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَلَامُ عَلَيْكَ يَا أَمِيْرَ المُؤْمِنِيْنَ٬ عُمَرُ الفَارُوْقُ #Lalu setelah itu menziarahi kubur Baqi’ yang dekat dengan Masjid Nabawi dan memberi salam serta berdoa untuk mereka: السَّلامُ على أهْلِ الدّيارِ مِنَ المُؤْمنينَ وَالمُسْلمينَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ المُسْتَقْدِمِينَ مِنْكُمْ وَمِنَّا وَالمُسْتأخِرِين وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّه بِكُمْ لاحِقُونَ #Lalu disunnahkan pula untuk berkunjung ke Masjid Quba untuk melaksanakan solat dua rakaat di sana. Sayidina Sahl ibn Hunaif r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءٍ فَصَلَّى فِيهِ صَلاَةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ "Sesiapa yang bersuci di rumahnya dan datang ke masjid Quba’ kemudian solat, maka pahalanya seumpama pahala mengerjakan umrah" (HR Ibn Majah) ♡Jom ziarah bumi Madinah. Moga kita semua beroleh Syafaat Rasulullah saw. Aamiiin♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • ☆Tadabbur Kalamullah 21 Safar 1448H☆ لَاۤ أُقۡسِمُ بِهَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ "Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini" [Surah Al-Balad 1-2] #Allah swt bersumpah dengan kota Makkah yang aman dan penuh keistimewaan. Jom kita telusuri apa yang ada di Mekah, sejarahnya dan pengajarannya. #Bagi sesiapa yang melaksanakan umrah, selesai tawaf 7 pusingan, kemudian solat mengadap Maqam Ibrahim dan minum air ZamZam, semua jemaah akan bergerak menuju ke tempat Sa'ie (Mas'a). #Nabi saw dulu, selesai tawaf dan cium Hajarul Aswad, Baginda pun keluar dari mata ikut pintu gerbang Bani Makhzum menuju ke Bukit Safa (Riwayat al-Azraqi) #Jom kita telusuri kisah berkaitan Bukit Safa dan Marwah. #Bukit Safa pada asalnya ialah sebuah bukit kecil yang bersambungan dengan bukit Abu Qubais. Orang Arab dulu mendaki Bukit Abu Qubais melalui Bukit Safa ini. Sayang sekali jika kita anggap Bukit Safa hanya sebagai tempat mula Sa'ie sahaja. Untuk makluman semua, Nabi berdakwah secara terang-terangan pertama kali ialah di Bukit Safa. Setelah turun ayat 214 Surah as-Syu'ara', Nabi pun keluar rumah, naik Bukit Safa dan memanggil orang ramai berhimpun. Dari situ Nabi menyebut: Sungguh, saya ini pemberi peringatan kepada kamu sekelian tentang azab dahsyat di depan nanti.... Terus Abu Lahab memotong: "Celaka engkau sepanjang hari! Sebab inikah engkau kumpulkan kami?" (HR al-Bukhari) Bayangkan perasaan Nabi saat itu. Dimalukan depan orang ramai oleh bapa saudara kandung sendiri. Selepas itu Allah turunkan surah al-Masad. Celaka sungguh dua tanganAbu Lahab! Jadinya, Bukit Safa sepatutnya membuatkan jemaah haji dan umrah teringat tentang surah ini. #Di Bukit Safa juga Nabi pernah diejek, dimalukan dan dimaki teruk oleh Abu Jahal. Hal ini sampai kepada Sayidina Hamzah yang ketika itu belum Islam. Penuh kemarahan apabila anak saudaranya dimaki hamun, maka Sayidina Hamzah terus ke Bukit Safa dan hentam kepala Abu Jahal dengan busur panah hingga berlaku kekacauan. Bayangkan seorang menentang ramai. Dalam suasana panas itu, tiba-tiba Sayidina Hamzah isytihar masuk Islam. Bertambah gawat dan kacau (Riwayat at-Tabarani) #Nabi tidak pernah serik berdakwah samada di pasar dan sekeliling Kaabah. Hingga suatu hari orang kafir Quraisy kata kepada Nabi: Berdoalah kepada Tuhan kamu supaya ditukarkan Bukit Safa jadi emas untuk kami. Jika betul-betul Safa jadi emas, kami ikut kamu (Riwayat Ahmad) Nabi terkejut dan minta kepastian: Betul kamu nak aku melakukannya? Mereka jawab: Ya. Lalu Nabi pun ingin berdoa. Lalu turun Jibril kepada Nabi mengatakan: Allah beri pilihan kepada Nabi. 1. Allah tukarkan bukit Safa jadi emas tetapi jika mereka tidak beriman juga selepas itu, maka akan turun azab yang amat dahsyat yang belum pernah Allah timpakan kepada sesiapa pun sebelum ini. 2. Allah tidak tukarkan tetapi Allah terus buka pintu taubat dan pintu rahmat. Nabi pun kata: Bahkan pintu taubat dan Rahmat. Riwayat Ahmad) #Lalu turunlah ayat 59 Surah al-Israk... وَمَا مَنَعَنَاۤ أَن نُّرۡسِلَ بِٱلۡـَٔایَـٰتِ إِلَّاۤ أَن كَذَّبَ بِهَا ٱلۡأَوَّلُونَۚ وَءَاتَیۡنَا ثَمُودَ ٱلنَّاقَةَ مُبۡصِرَةࣰ فَظَلَمُوا۟ بِهَاۚ وَمَا نُرۡسِلُ بِٱلۡـَٔایَـٰتِ إِلَّا تَخۡوِیفࣰا "Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan kerana jenis mukjizat itu telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu; dan di antaranya Kami telahpun memberikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang menjadi keterangan yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya; dan biasanya Kami tidak menghantar turun mukjizat-mukjizat itu melainkan untuk menjadi amaran (bagi kebinasaan orang-orang yang memintanya kalau mereka tidak beriman)" [Surah Al-Isrāʾ: 59] ♡Bumi Mekah bumi dipenuhi sejarah suka duka dakwah Rasulullah saw. Bumi penuh asam garam perjuangan demi menyebarkan Islam. Jom kita teruskan kerja-kerja dakwah menyebarkan Islam sebagaimana Rasulullah saw dan bertabahlah dengan segala ujian♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • ☆Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1448H☆ إِنَّ أَوَّلَ بَیۡتࣲ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِی بِبَكَّةَ مُبَارَكࣰا وَهُدࣰى لِّلۡعَـٰلَمِینَ "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" [Surah Ali Imran 96] #Secara jujur, Mekah bukanlah antara tempat tercantik didunia. Persoalannya, mengapa Allah tidak takdirkan Mekah sebuah tempat yang cantik alam semulajadinya, nyaman cuacanya? Paling kurang pun seperti Taif. Pasti manusia akan lebih jatuh cinta dan rindu hendak ke sana. Sama seperti kita melancong di suatu tempat yang sangat indah, pasti setelah balik ke tanah air, kita masih teringatkannya dan merancang untuk melancong ke situ lagi. #Syeikh al-Kurdi ada mengulas persoalan ini. Menarik!. Antara hikmahnya, Allah hendak tonjolkan bahawa ibadah kepada Allah mestilah ikhlas semata-mata keranaNya. Manusia ke Mekah demi beribadah tanpa motivasi lain. Tidak sebagaimana melancong ke tempat lain dengan motivasi berseronok atau berehat-rehat. Maka sekalipun melalui pengalaman tidak manis atau sebarang pengalaman tidak menyeronokkan sepanjang di Mekah, kita tetap mahu kembali ke sini, hanya semata-mata kerana Allah. #Hikmah lainnya, Allah hendak tonjolkan bahawa dunia ini tiada nilai di sisiNya. Jika bernilai, nescaya orang kafir tidak dapat minum setitik air pun. Maka Allah tidak muliakan Mekah dengan keindahan alam semula jadi. Sebaliknya Allah indahkan Mekah di mata hati orang beriman dengan ibadah dan sejarahnya. #Satu-satunya bangunan, tiada yang seumpamanya yang berada di bumi Mekah ialah Kaabah. Kaabah pada kita bukan sekadar sebuah bangunan segi empat berkelambu hitam. Kaabah ialah kiblat kita. Solat kita tidak sah jika tidak mengadap ke arahnya. Umrah dan haji kita tidak sah jika tidak tawaf mengelilinginya. #Kaabah ialah rumah ibadah pertama yang dibina dibumi. Kita sedang memijak di tempat yang sama Nabi Adam, Siti Hawa dan para Nabi serta orang soleh dari zaman terawal manusia hatta selepas kita tiada nanti. Kita sedang memijak tempat Rasulullah saw, ummul Mukminin dan para sahabat pijak. #Kaabah, padanya ada batu syurga. Cuma Allah sudah malapkan sinarnya. Kaabah, padanya ada tempat-tempat khas mustajab doa yang menanti kita menadah tangan disitu. #Tatkala melihat Kaabah, Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a menyebut: ‏ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ "Ya Allah, engkau as-Salam, kesejahteraan. DaripadaMu jua segala kesejahteraan. Maka, hidupkan kami ya Tuhan kami dengan kesejahteraan" (Riwayat Ibnu Abi Syaibah) #Bumi Mekah, tempat yang tidak ada di muka bumi ini suatu masjid pun yang memiliki keistimewaan bagi siapa sahaja yang solat di dalamnya maka pahalanya akan dilipatgandakan 100 ribu kali ganda. #Suatu bumi yang dilarangnya orang-orang kafir termasuk dajjal untuk memasukinya, dan tempat yang sentiasa dijaga para malaikat. Juga satu bumi yang adanya telaga zam-zam yang luar biasa istimewanya. ♡Moga kita semua dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya dibumi mulia yang penuh barakah, bumi Makkah al-Mukarramah♡ 🐊Ust Naim *Telegram Channel* Klik untuk join: http://bit.ly/tadabburkalamullah *Facebook Page:* https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

  • без подписи