tgindex
Tanya Dr Azimah & Dr Fadzli (Official)

Tanya Dr Azimah & Dr Fadzli (Official)

Статистика

Official Tanya Dr Azimah Telegram Channel

Последний пост
21 июл.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
9 881
−8 за 4 дн.
Сутки
−6
−0,06%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
2 806
20 постов
Вовлечённость
28,4%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 20
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
1 454
1/48двое суток
1 666
1/72трое суток
1 797

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 21 июл.1 640151

    https://youtu.be/gStjobE_mMs?si=C0u8C--063JhxlH2 Sudah masuk 40 tahun. Masa untuk buat saringan kesihatan. Takut weh sebelum nak buat saringan ni. Biasa happy kalau dapat keputusan positif. Tapi bila buat stress test banyakkn berdoa moga result nya negatif 🤣🤣🤣 Bagi yang dah masuk 4 series molek la kalau kita dah mula cakna dengan kesihatan. Bagi yg muda remaja lagi teruskan konsisten untuk gaya hidup yang sihat sampai tua. Bagi yang dah berusia tiada konsep sudah terlambat. The best time to start is yesterday but 2nd best time to start is NOW 🥰 Semoga semua sihat & juga istiqomah dalam menjaga kesihatan! love from Dr Azimah & Dr Fadzli 😘

  • 12 июл.2 3462

    https://youtu.be/SBKW0BLZEFM?si=I9dpSdWP5RGchM2l New episode 🥰

  • 29 июн.3 29371

    https://youtu.be/t1ZXBDyMFus?si=Y4Jj3cF33ckOU6uL Dr Fadzli & Dr Azimah berkongsi kisah rumah tangga dalam podcast youtube. Episode minggu lepas baru up dalam YT channel. Moga dapat bagi panduan pada penonton semua 🥰

  • 22 июн.3 64351

    без подписи

  • 21 июн.3 1323

    HAPPY FATHERS DAY Menyambut hari bapa di Kuala Lumpur untuk top up ilmu bagaimana merawat pesakit kesihatan lelaki dengan lebih baik. Alhamdulillah dapat berkenalan dengan urologist yang mana Dr Fadzli boleh duduk semeja dan berbincang berkenaan pesakit-pesakit yang Dr Fadzli jumpa di klinik. Banyak input untuk tambah baik servis dr fadzli di klinik untuk kesihatan lelaki yang lebih baik. Again happy fathers day buat semua yang bergelar ayah. Perjuangan anda perlu dihargai dengan penjagaan kesihatan diri. JAGA DIRI & JAGA KELUARGA YANG TERSAYANG 🥰

  • 17 июн.2 65810

    https://youtube.com/@liliwellnessxikramwellness?si=7MdXubWV73Th2ufU Dr Azimah & Dr Fadzli ada buat sesi podcast secara mingguan. Di sini kitorang membincangkan isu rumah tangga bersama dengan audiens. Mungkin tidak sesuai untuk semua, tetapi ada pengajaran di setiap kisah yang berlaku. Boleh ambik iktibar jika berkenaan atau boleh ignore jika tiada manfaat untuk tuan-tuan & puan-puan sekalian. Dr Azimah & Dr Fadzli doakan moga sedikit perkongsian ini dapat mengubah hidup seseorang di luar sana. Bak kata cikgu Dr Fadzli - “you cannot change the whole world but you can change their world is enough even though 1 person” Moga bermanfaat - like, share & subscribe ye channel kitorang 🥰

  • 16 июн.2 23825

    EGO Yang Tercalar Ramai yang kongsi kisah kejayaan. Ramai yang kongsi kisah gembira dan bahagia. Tapi hari ini, Dr Fadzli nak share kisah luka — supaya ramai yang dapat belajar dari kisah ini. Aku masih ingat suasana wad waktu tu — bunyi mesin berdengung perlahan, langkah-langkah kaki yang senyap — ketika telefon aku berbunyi. "Ma, Abah dan adik-adik Ayang ajak kita join bercuti di Kota Kinabalu. Deorang nak ajak kita skali." Suara isteri aku penuh dengan kegembiraan yang tak meninggalkan ruang untuk berfikir panjang. Aku bagitahu dia dengan tenang. "Nanti abg cek jadual kerja dulu. Kita balik bincang di rumah." "Okay." Lepas tu aku letak telefon, dan untuk seketika aku berdiri di situ — tak bergerak, hanya berfikir. Aku nak pergi. Itu memang benar. Di sebalik penat kerja, di sebalik bau antiseptik koridor tu, aku hampir boleh bayangkan — Sabah, laut, keluarga bersama. Tapi nak sesuatu dengan boleh cakap ya kepada sesuatu tu dua perkara yang berbeza, dan di antara keduanya berdiri sekumpulan kebimbangan yang belum aku selesaikan. Lepas ke duit nak beli tiket? hotel, makan, dan perbelanjaan sampingan yang selalu bertambah bila travel dengan keluarga? Dan jadual kerja — aku langsung belum tengok lagi. Biasanya hampir last minit macam ni susah nak dapat cuti. Malam tu aku oncall. Aku tak balik rumah. Keesokan harinya baru aku selesai, dan terpaksa menunggu sehingga pukul 5 petang untuk Dr Azimah habis kerja. Penat badan, tapi kepala masih ligat — nak bincang, nak timbang, nak buat keputusan sama-sama. Dan kemudian Dr Azimah bagitahu dia dah beli tiket. Untuk dia. Untuk anak-anak. Tanpa tiket aku. Aku terdiam. Sedih datang dulu. Lepas tu kecewa. Lepas tu marah — bukan jenis yang lantang, tapi jenis yang duduk dalam dada dan menekan perlahan-lahan. "Abg tak boleh nak pergi. Ayang dah beli tiket, ayang pergilah. Abg tak dapat cuti." Itu yang keluar dari mulut aku. Tapi dalam hati? Dalam hati sangat-sangat remuk. Sebab bukan pasal tiket tu. Bukan pasal cuti. Bukan pasal duit pun. Aku rasa diketepikan. Aku rasa left out — seperti keputusan tentang keluarga aku sendiri dibuat tanpa aku ada dalam gambar tu. Dan yang paling mencucuk sekali: aku rasa aku tak mampu provide untuk keluarga aku sendiri, hinggakan orang lain yang terpaksa take care untuk aku. Adik ipar yang tolong belikan tiket, harga yang kena kejar, semua tu — dalam keadaan aku yang penat dan tercalar itu — terasa seperti satu lagi bukti bahawa aku tak cukup. Dr Azimah perasan perubahan aku. Dia terangkan — harga tiket masih murah waktu tu, adik dia tolong belikan dulu sebelum harga naik. Niat dia baik. Logiknya masuk akal. Tapi aku tetap rasa marah. Ego aku tetap tercalar. Bila aku duduk dengan perasaan tu lama-lama, aku mula sedar sesuatu. Semua ini bermula dengan dua perkara sahaja: sangkaan, dan komunikasi yang tidak berkesan. Dia sangka aku faham. Aku sangka dia akan tunggu. Tiada seorang pun yang duduk dan tanya dengan jelas — apa yang kita nak, apa yang kita mampu, apa yang kita rasa? Dan dalam ruang kosong di antara dua sangkaan itu, salah faham pun membesar senyap-senyap. Aku tak mahu perkara sebegini berulang kembali. Ini antara titik terbesar dalam hidup aku — saat yang mengingatkan aku bahawa perkahwinan bukan sekadar tinggal bersama, bukan sekadar sayang-menyayangi. Perkahwinan adalah kerja. Kerja untuk kenal antara satu sama lain lebih dalam lagi, walaupun selepas bertahun-tahun. Lima belas tahun perkahwinan telah banyak mengajar aku dan Dr Azimah — mengajar kami untuk jadi lebih mengerti, lebih sabar, lebih berani untuk bercakap perkara yang susah sebelum ia menjadi luka. Kadang-kadang kita belajar bukan dari momen yang indah. Kita belajar dari momen yang sakit. Dan kisah tiket ke Kota Kinabalu itu — yang nampak kecil dari luar — adalah salah satu pengajaran terbesar yang pernah aku terima sebagai seorang suami.

  • 16 июн.1 9334

    без подписи

  • 15 июн.2 2953

    Tik tok klinik kesihatan lelaki dr fadzli kena banned 2 hari lepas. Kalau korang boleh tolong minta untuk follow tik tok baru dr fadzli ye. Thank you semua yang tlg follow. Pejuang 1k nak boleh live kembali untuk bagi info kesihatan lelaki di tik tok live Thank you smua yg tolong follow di link ni: https://www.tiktok.com/@mohdfadzlizahari?_r=1&_t=ZS-97DkM2ITvVt

  • 14 июн.2 6513

    pesakit datang dengan masalah kesihatan lelaki bersama dengan dr fadzli. sebelum berjumpa dr fadzli beliau tak tahan lama. gigih dan kekal selama hampir 2 bulan datang buat rawatan dengan dr fadzli. alhamdulillah good outcome. boleh bertahan 15-30 min selepas rawatan tanpa menggunakan ubat. untuk rawatan bersama dr fadzli boleh book slot ye. whatsapp 01165237422

  • 13 июн.2 2059

    Bertambah usia menjadikan badan secara semulajadi makin berkurang menghasilkan hormon. Untuk wanita - 2 hormon utama yang menjadikan wanita ceria & kurang stress ialah estrogen & progestron. selain dari tanda kesuburan wanita - 2 hormon ini ada banyak lagi fungsinya: - menjadikan kulit lembap & kenyal - melindungi dari masalah sakit jantung - melindungi otak dari menjadi nyanyuk - melindungi tulang dari rapuh dan banyak lagi. jaga kesihatan untuk bukan sahaja lifespan yang panjang tapi healthspan yang panjang. maksudnya bila berusia masih boleh berdikari & mood sentiasa ceria. nak book therapy dan rawatan dengan dr azimah? whatsapp 01165237422 🥰

  • Channel name was changed to «Tanya Dr Azimah & Dr Fadzli (Official)»

  • 12 июн.3 057102

    LEBIH MURAH JAGA YANG ASAS… Tidur ialah satu keperluan biologi yang simple dan semua orang boleh buat. Yang penting percuma. Tetapi dalam dunia yang serba cepat ini tidur menjadi 1 kemewahan yang bukan untuk semua. Bila tidur lama membazir masa sedangkan masa yang ada boleh dimanfaatkan untuk bekerja atau bersosial. Jika yang asas diabaikan maka akan timbullah masalah-masalah yang tak patut ada sebenarnya. Pilihan di tangan anda. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh jumpa dr fadzli ye. Ini antara rahsia untuk Lelaki jadi lebih KUAT 🥰 whatsapp 011-65237422

  • 16 мая4 08762

    JANGAN ISI! IIEF 5 ni ialah kaji selidik untuk doktor faham sejauh mana masalah erectile dysfunction (ED) anda. kalau segar bugar dan sihat takpe lah tak nak isi pun. tapi kalau rasa kurang skit performance tu atau dah berusia 40 tahun ke atas boleh buat saringan. nak baca result macam mana? whatsapp je ke nombor dr fadzli 01165237422, dr fadzli akan analyse dan bagi kesimpulan dan penyelesaian jika perlu. saring jangan tak saring boh...

  • 15 мая3 80481

    Saban hari sebagai ibu & bapa kita sentiasa bisik pada diri - aku bekerja keras demi keluarga. Untuk bahagiakan ahli keluarga terutamanya anak-anak. Tapi saban hari kita rasa makin kuat berusaha makin jauh dengan ahli keluarga semua. Suami larut dengan masalah sendiri, isteri kesibukan mengurus kerjaya & anak-anak dan anak-anak makin menjauh dan mendiamkan diri dengan dunia maya masing-masing. Dalam berusaha perlu juga ada “pause” nya. Stop working and start playing. Jika bekerja sungguh-sungguh dan jika bermain bersungguh-sungguh juga. Nikmati masa bermain bersama keluarga, disconnect to connect 🥰 Dr Fadzli x Dr Azimah Solusi keintiman suami isteri 🥰

  • 14 мая3 2903

    JANGAN TRY! RUGI… Rugi masa sebab tak pernah try hormesis method untuk bantu boost fungsi biologi badan. Adequate stress akan bantu badan untuk jadi lebih kuat dan sihat. Sebab itu bila bersenam - bukan nak bersenam sampai mati. Ada limitnya. Itulah hormesis. Bagi badan push the limit to become stronger. Jangan la cuba ye sauna. Takut ketagih je nak cari sauna. Dah la susah nak cari di kuala terengganu ni. Bila kita aware tentang kesihatan kita akan keep on mencari cara bagaimana nak sihat dan sebaliknya. Untuk kesihatan lelaki boleh WhatsApp dr fadzli ye ⁨011-6523 7422⁩ nak book appointment boleh nak FREE consult pun boleh.

  • 13 мая2 807131

    Testing testing! Buat raso raso nak try podcast plak. Be careful what you wish for 😆 Teringat lagi 2 tahun lepas nak cari coach public speaking. Cari punya cari punya cari… last last she is my coach Noor Azimah Ab Aziz. Thank you sayang banyak bantu untuk ke depan sampai boleh mula siri podcast kita ni. IAllah ke depan kita nak bantu lebih ramai pasangan suami isteri supaya lebih sihat dan lebih bahagia - physically & mentally. Sesape yang nak info lebih lagi boleh follow page Liliwellness Kesihatan Suami Isteri & yang nak rawatan kesihatan suami & isteri boleh WhatsApp ⁨011-6523 7422⁩ untuk book appointment. Dr Fadzli M.D. di IKRAM Men’s Clinic X LiliWellness Solusi keintiman suami isteri 🥰

  • 1 мая3 6098

    Hadir conference untuk TRT (testosteron replacement therapy) Beruntung sebab dapat bertemu dengan doktor pakar dalam Men’s Health di Malaysia, Dr Adam Firdaus Dahlan. Grateful for a lot of insights regarding patient treatments & care. IAllah dengan bertambahnya ilmu tentang kesihatan lelaki ini maka lebih banyak lagi kebaikan yang Dr Fadzli boleh curahkan kepada pesakit nanti. Nak tahu lebih lanjut tentang kesihatan lelaki?! Boleh WhatsApp dr fadzli ⁨011-6523 7422⁩ ye untuk FREE CONSULTATION 😎

  • 29 апр.3 571132

    AWAS PREDATOR! Pemangsa yang sentiasa mencuba untuk mengambil kesempatan dari kekosongan yang ada dalam hati manusia. dalam ilmu psychology - void yang besar dalam hati manusia akan menjadikan manusia terus mengharapkan orang lain @ benda material untuk bahagia & gembira. jika dalam hati kita, void itu tiada kita mampu untuk bahagia dan gembira dengan apa yang ada di sekeliling walaupun serba kekurangan. Antara cubaan-cubaan yang Dr Azimah dapat dalam usaha nak berkongsi dan juga mendidik masyarakat di dunia media sosial. Pening Dr Azimah dapat mesej macam ni. Dah tahu Dr Azimah bersuami pun masih lagi mencuba. Untuk wanita & isteri-isteri jangan percaya manusia bertopengkan pemangsa macam. Mereka sangat pandai bermain kata-kata dan memanipulasi perasaan untuk dapat apa yang mereka nak. Untuk suami isteri yang nak baiki hubungan boleh book slot appointment dengan Dr Azimah ye. WhatsApp 01165237422 untuk appointment!

  • 25 апр.3 85187

    RUGI KALAU TIDUR! Tidur 8 jam sehari?! 33.33% hidup manusia untuk tidur. Alangkah ruginya hidup manusia tidur sampai 20 tahun (kalau umur sampai 60 tahun) Tetapi apa yang berlaku semasa tidur?! Biologi manusia ada aturannya. 8 jam itu PERLU untuk badan beroperasi dengan baik. Terutama untuk para lelaki. Jika tidur tidak cukup badan akan stress dan kurang penghasilan hormon testosterone (jadi kurang jantan la ork) dan stress hormon kortisol akan jadi lebih tinggi. WhatsApp Dr Fadzli ⁨011-6523 7422⁩ untuk free consult kesihatan lelaki