tgindex
Tarbiah Daily
@tarbiahdailyРелигияиндонезийский

Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal! #tiadaharitanpatarbiah https://linktr.ee/tarbiahdaily

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
6
Всего постов
27
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
4 618
−1 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
455
27 постов
Вовлечённость
9,9%
к подписчикам
Постов в день
0,9
всего 27
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
307
1/48двое суток
351
1/72трое суток
379

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Link Degree UPU UTM https://chat.whatsapp.com/F5PNnkxAdKnFrytAitN0v2?s=sh&p=a&ilr=0 UPM https://tally.so/r/680M0O USM https://chat.whatsapp.com/JpxNd8qtEvYBZy6VXGXhoW?s=cl&p=a&ilr=1 UTHM https://chat.whatsapp.com/BxyRdUlB0VmGa5THScUc9l?s=cl&p=a&ilr=1 UTeM https://chat.whatsapp.com/CkQRmvjNOFF295AMjz4WCp?s=cl&p=a&ilr=1 Ukm https://chat.whatsapp.com/IxJGnszHoSs15CS0S5uRE0?s=cl&p=a&ilr=0 UNISZA https://chat.whatsapp.com/DyysshkOiQJ9zssHyZ6z5M IIUM GOMBAK https://chat.whatsapp.com/CnkJ3HbEkfbEbdI7NLzgne?s=cl&p=a&ilr=0 UNIVERSITI MALAYA https://chat.whatsapp.com/FcwnDjJ9rQt3OxIXNB9K6O?s=cl&p=a&ilr=0

  • Tahniah kepada pelajar lepasan STPM/Setaraf yang akan melanjutkan pelajaran lebih tinggi susulan keputusan UPU hari ini. Semoga langkah kalian seterusnya dibimbing oleh Allah SWT. Sertai kumpulan sokongan di IPT bersama Quranic Circle: https://quranicbrothers.netlify.app/

  • Kalau malam ini malam terakhir — apa yang belum selesai? Bukan soalan untuk menakutkan. Soalan untuk menjernihkan. Rasulullah ﷺ bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing, atau seperti seorang musafir yang sedang dalam perjalanan." (HR. Bukhari) Musafir tak berkemas untuk tinggal selamanya. Dia bawa apa yang perlu, dan sentiasa sedar dia akan bergerak lagi. Tapi kita hidup macam kita menetap. Kita rancang lima tahun ke depan, tapi tak pernah rancang untuk hari yang pasti datang. Dan bila soalan ni ditanya betul-betul, jawapannya selalu perkara yang sama: Maaf yang belum diminta. Hubungan yang belum dibaiki. Hutang yang belum dilangsaikan. Solat yang belum diperbetulkan. Ibu ayah yang belum dihubungi. Semua benda yang kita tangguh sebab rasa "masih ada masa". Malam ni, senaraikan satu perkara sahaja yang kita tak sanggup mati sebelum menyelesaikannya. Kemudian mula. Malam ni juga, walaupun langkah pertama tu kecil. Ya Allah, jangan matikan kami dalam keadaan ada yang belum sempat kami baiki. 🤲 Tarbiah Daily — Hab Tarbiah Buat Semua Persiapkan bekalan bersama-sama: https://quranicbrothers.netlify.app/

  • без подписи

  • Perkongsian Muntalaq Siri 1 Siri 2 Siri 3 Siri 4 Siri 5 Siri 6 Siri 7 Siri 8 Siri 9 Siri 10

  • Marah itu mudah. Ia datang sendiri, tak perlu diusahakan. Yang susah adalah menahan. Dan Rasulullah ﷺ letakkan ukuran kekuatan tepat di situ: "Orang yang kuat bukanlah yang menang bergusti, tetapi orang yang kuat ialah yang mampu menahan dirinya ketika marah." (HR. Bukhari & Muslim) Perhatikan Baginda tak kata orang kuat itu tidak marah. Baginda kata dia mampu menahan diri ketika marah. Ertinya perasaan tu tetap ada. Dada tetap panas. Tangan tetap menggeletar. Bezanya cuma satu — dia tak biarkan perasaan tu yang buat keputusan untuknya. Sebab bila kita marah, kita rasa kita sedang kuat. Padahal waktu itulah kita paling dikuasai. Hari ni, kalau marah datang: diam sepuluh saat sebelum balas. Kalau sedang berdiri, duduk. Sepuluh saat tu selalunya cukup untuk kita tak sesal seumur hidup. Ya Allah, kuatkan kami untuk menahan, bukan sekadar untuk melawan. 🤲 Tarbiah Daily — Hab Tarbiah Buat Semua Kalau tengah cari teman untuk sama-sama berubah: https://quranicbrothers.netlify.app/

  • "Jaga-jaga dirimu dari al-hawa yang tidak bernama Islam." (Maimun bin Mahran rahimahullah) Amaran seorang ahli hadis yang thiqah lebih seribu tahun dahulu, gemanya masih terdengar hingga zaman kita. Hari ini seruan datang dari segenap arah, berbungkus indah dengan nama perjuangan, kebebasan dan kemajuan. Namanya berkilau, tetapi isinya belum tentu. Seorang aktivis dakwah perlu ada penapis. Setiap seruan disemak sumbernya, ditimbang dengan wahyu, diukur dengan neraca syarak. Kerana hawa nafsu paling mudah menyelinap bila memakai pakaian yang cantik. Itulah fungsi tarbiah: membina jiwa yang mampu membezakan antara kebenaran dan kilauan. 📖 Al-Muntalaq, Bab 1: Kami Menolak Al-Hawa. Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rashid. Mukmin Perintis Merintis Perubahan Dengan Tarbiah https://mukminperintis.com/

  • Setiap perkara dalam islam ada kefahamanya yang mendahului tindakan. Ia disebut fiqh. Untuk solat, ada fiqh solat. Untuk ke haji, ada fiqh haji. Untuk berjual beli, ada fiqh muamalah. Begitulah juga amalan dan sunnah terbesar yang diabaikan sebahagian besar umah ini; dakwah juga ada fiqhnya. Fiqh dakwah adalah kefahaman yang sangat mustahak hari ini. Ini kerana "bidang dakwah" adalah solusi untuk menyelamatkan dan mencerahkan umah. Dan ia tidak boleh dipelopori oleh barisan asatizah sahaja. Mesti ada segolongan dari setiap lapisan masyarakat, setiap tempat, setiap generasi, kelas sosial dan kumpulan-kumpulan manusia, segolongan yang turun dan membimbing manusia lain. Gambar: kelas fiqh dakwah bagi aktivis tarbiah di Perak. Join kelas seperti ini: https://tinyurl.com/JoinQuranicBros

  • Kalau nak berubah, nak jadi baik, nak maju ke hadapan, memang tak boleh sorang-sorang. Kita perlukan support system. Kita perlukan circle yang ada misi yang sama. Ingat kisah lelaki yang bunuh 99+1 orang yang Nabi SAW cerita? Untuk dia berubah, dia kena keluar dan tinggalkan environment dia yang semasa. Dia kena cari dan mulakan suasana hidup baharu. Khas untuk anak muda yang nak rasai pengalaman belajar hayati islam, berkawan dengan rakan-rakan yang sama-sama nak berhijrah, jom sertai Quranic Circle (QC). QC bukan untuk yang dan baik, yang dah sempurna. Tetapi untuk kita semua yang nak perbaiki diri. Jom pm di link 👇👇👇 https://tinyurl.com/JoinQuranicBros

  • Jumuah Mubarakah! " ..Orang-orang yang Mu'min tidak menyintai sesuatu sama dengan cinta mereka kepada Allah, sama ada sesuatu itu diri mereka sendiri atau orang lain, sama ada tokoh-tokoh atau perhitungan-perhitungan, sama ada lambang-lambang atau nilai-nilai bumi yang dikejar oleh manusia .." Fi Zilalil Quran Tarbiah Daily Hab Tarbiah Buat Semua https://quranicbrothers.netlify.app/

  • November 2023. Satu blok kediaman di Gaza runtuh dalam serangan udara. Hari ini — hampir tiga tahun kemudian — 112 jenazah baru sahaja ditemui dari runtuhan itu, dan dikebumikan secara besar-besaran. Cuba fikir sekejap apa maksudnya. Sepanjang tiga tahun tu, kita habiskan berapa banyak cuti. Berapa kali raya. Berapa kali kita bertukar telefon, tukar kerja, tukar rutin. Dan mereka masih di bawah runtuhan yang sama. Keluarga mereka menunggu tanpa jenazah untuk dikebumikan. Tanpa kubur untuk diziarahi. Tanpa penutup. Dunia dah lama beralih ke tajuk berita seterusnya. Kita pun sama. Tapi Allah tidak pernah lupa satu pun daripada mereka. "Janganlah kamu menyangka orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka, dan mendapat rezeki." (Ali Imran: 169) Tiga tahun bagi kita. Tapi bagi mereka, mereka tak pernah sesaat pun ditinggalkan. Yang perlu kita muhasabah bukan tentang mereka — tapi tentang kita. Berapa cepat kita boleh lupa. Berapa mudah kita teruskan hidup. Jangan biar nama Palestin hilang dari doa kita hanya sebab ia dah hilang dari feed kita. Allahummansur ikhwananal mustadh'afin fi Falastin. 🤲🇵🇸 Tarbiah Daily — Hab Tarbiah Buat Semua #Palestin #Gaza #FridayIsPalestineDay #tarbiah #tarbiahdaily

  • без подписи

  • Ada satu rasa yang datang selepas keseronokan tamat. Balik konvoi , Habis marathon drama , habis level game. Tapi.. Rumah terasa terlalu senyap. Semua benda biasa terasa hambar. Dan kita duduk termenung, tertanya kenapa hati rasa kosong sedangkan sepatutnya kita gembira. Itu bukan kebetulan. Itu memang harga yang perlu dibayar bila kita cari kepuasan pada tempat yang tak pernah mampu menampungnya. Ada dua perkara yang sedang berlaku serentak. Pertama, dopamine crash. Bila kita alami keseronokan tinggi, otak pam hormon ganjaran (dopamine) tinggi-tinggi. Bila ia tamat dan rutin bermula balik, paras dopamine merosot mendadak. Otak alami sejenis withdrawal effect — kejutan sementara yang buat semua benda biasa terasa hambar. Kedua, hedonic treadmill. Apa-apa temporary high akan sentiasa ditarik kembali oleh otak ke paras asal (baseline), tak kira setinggi mana kita naik. Sebab tu rasa happy tu tak pernah kekal — bukan sebab ada yang salah dengan kita, tapi sebab memang itu cara ia berfungsi. Ahli psikologi panggil keseluruhan fenomena ni post-event blues. Itu penjelasan sains. Tapi Islam bagi satu lapisan lagi yang lebih dalam. Kita ada dua bahagian: jasad dan ruh. Segala yang menghiburkan hanya sampai kepada jasad dan nafsu. Dan ruh tak pernah kenyang dengan makanan jasad. Jadi bila keseronokan tamat dan jasad dah puas, ruh yang selama ni diam akan kembali menuntut haknya. Rasa kosong tu sebenarnya suara ruh yang sedang lapar. Ibnu Qayyim rahimahullah pernah menyebut — ada satu kekosongan dalam hati manusia yang tak boleh diisi melainkan dengan Allah. Kau boleh isi dengan apa sahaja, ia tetap akan kembali kosong. Sebab tu Allah bezakan dua benda ni: Lazzah — keseronokan. Meletup-letup, tapi ada penutupnya. Sifatnya fana'. Thuma'ninah — ketenangan. Datang dari dalam melalui ingatan kepada Allah. Stabil, dan tak bergantung pada apa-apa yang di luar. "Ketahuilah, dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Ar-Ra'd: 28) Jadi apa yang patut kita buat? Berhenti berharap benda sekali-sekala akan isi benda yang perlukan konsistensi. Kalau otak kita memang akan kembali ke baseline, maka penyelesaiannya bukan cari high yang lebih besar — tapi naikkan baseline tu sendiri melalui rutin yang berterusan: 📖 Al-Quran & zikir setiap hari, walaupun sedikit 🕌 Majlis ilmu mingguan 🤝 Circle yang mengingatkan, bukan melalaikan Sebab pelita tak menyala sebab kau tuang setangki minyak sekali. Ia menyala sebab kau isi sikit-sikit, tiap hari. Simpan post ni & share pada sesiapa yang tengah rasa benda sama. 📌 Tarbiah Daily — Hab Tarbiah Buat Semua Jom sertai Quranic Brothers https://quranicbrothers.netlify.app/

  • без подписи

  • Minggu lepas saya menamatkan perbincangan 10 hadis pertama Arbain an-Nawawi bersama sekumpulan pelajar IPT. Saya simpulkan dahulu 10 hadis pertama seperti berikut: Hadis pertama dimulakan dengan menjelaskan tentang niat. Apa-apa amal dan perbuatan bergantung…

  • Minggu lepas saya menamatkan perbincangan 10 hadis pertama Arbain an-Nawawi bersama sekumpulan pelajar IPT. Saya simpulkan dahulu 10 hadis pertama seperti berikut: Hadis pertama dimulakan dengan menjelaskan tentang niat. Apa-apa amal dan perbuatan bergantung pada niat dan dihisab berdasarkan niat masing-masing. Kemudian diselitkan kisah hijrah; sesuatu amal yang besar seperti hijrah juga diikat dengan niat. Hadis kedua menceritakan secara umum tentang agama (ad-din). Niat dan hijrah seorang muslim pastilah untuk agamanya. Jadi hadis kedua menerangkaan apa itu ad-din. Ia merangkumi islam (syariat), iman (akidah) dan ihsan (akhlak). Ketiga-tiganya adalah ad-din, bukan salah satu atau salah dua daripadanya. Namun, jika kita berhenti mentakrifakn agama ini terhad dengan hadis kedua…kita mungkin tertanya-tanya. Di mana aspek agama yang lain, yang syumul itu selain rukun islam, rukun iman dan akhlak? Maka datanglah hadis ketiga membetulkan tanggapan silap terhadap islam. Ramai anggap batas islam pada rukun islam yang lima dan rukun iman yang enam. End of it. Tidak. Hadis ketiga menjelaskan bahawa agama islam adalah binaan yang amat besar dan didirikan atas lima perkara iaitu rukun islam yang 5. Islam yang syumul itu mencakupi keseluruhan aspek kehidpan. 5 rukun islam yang disebut dalam hadis kedua hanyalah batu-bata atau tiang-tiangnya. Hadis ke empat bercerita tentang manusia, takdir dan pengakhiran yang baik. Seorang insan muslim yang hendak memahami agamanya juga perlu memahami tabiat alam yang ada pada dirinya iaitu, ia diciptakan dengan bertahap. Perubahan juga perlukan elemen bertahap. Hadis ini turut memberi penekanan bahawa setiap orang boleh berubah walaupun mempunyai masa lampau yang gelap. Kerana husnul khatimah atau pengakhiran yang baik itu tertelak pada akhir hayat seseorang, bukan bagaimana ia bermula. Hadis kelima meletakkan batas sumber untuk memahami dan beramal dengan agama ini. Jika aspek dalam agama itu merujuk ibadah khusus, maka ia mesti datang daripada nas, dari Rasulullah SAW. Jika tidak, amalan yang diada-adakan dalam agama itu akan tertolak. Hadis keenam menceritakan lagi tentang perkara dalam agama ini umumnya ada tiga. Jelas halal & haram serta yang ketiga adalah perkara syubhat. Orang yang wara’ akan menjauhi yang syubhat kerana dikhuatiri memasuki wilayah haram. Namun perkara syubhat tidak dihalang oleh hukum, tetapi ia mampu dikesan oleh hati yang sihat dan soleh. Akan tetapi, tidak semua orang memiliki hati yang sihat untuk “menegur” dirinya sendiri. Maka hadis ketujuh melengkapkan ruang ini. Iaitu penekanan bahawa agama ini adalah nasihat. Perlu “masuk campur” dalam urusan orang lain dalam komuniti sesama muslim untuk menasihati. Adakah semua nasihat berkesan? Tidak juga. Jadi datanglah hadis kelapan menerangkan bahawa, jika nasihat tidak lagi berkesan, maka kita perlu usahakan dengan bersungguh-sungguh sehinggalah jika perlu, untuk memerangi manusia. Memerangi di sini tidak semestinya literally mengorbankan nyawa, tetapi menggunakan segenap cara dan upaya yang syarie, lebih dari sekadar nasihat. Maknanya, perlu ada kesungguhan dan jihad untuk menegakkan agama. Hadis kesembilan pula menyeimbangkan semangat kita yang berkobar-kobar itu dan membahagikan perintah Allah itu kepada dua. Larangan dan suruhan. Jika larangan, ia mesti dijauhi tanpa alasan dan pengecualiaan. Namun jika ia adalah aspek suruhan, maka berbuatlah mengikut kemampuan. Alangkah indahnya! Jadi, kita perlu jelas keutamaan. Dan hadis kesepuluh pula mengingatkan kita untuk berbuat yang terbaik dalam urusan agama ini. Kerana Allah itu baik dan hanya terima (maqbul) yang baik-baik sahaja. Jangan beramal secara sambil lewa, ala kadar apatah lagi dengan campur adukkan yang halal dan haram. Dikhuatiri ia adalah “persembahan” yang kotor dan ditolak oleh Allah. Seperti doa seorang lelaki yang ada ciri-ciri boleh makbul iaitu musafir, doa dalam keadaan hina diri, mengangkat tangan dan menyebut kebesaran Allah. Tetapi doanya tidak dijawab kerana ada percampuran yang haram pada dirinya! Abu Hammad

  • Ada satu doa yang Rasulullah ﷺ ajar untuk dibaca tiga kali setiap pagi dan petang: بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ "Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang memudaratkan, baik di bumi mahupun di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (HR. Abu Daud & Tirmidzi) Kita keluar rumah setiap pagi tanpa tahu apa yang menunggu. Jalan raya, tempat kerja, orang yang kita jumpa, berita yang kita terima. Kita tak boleh kawal semua itu. Tapi kita boleh serahkan diri kepada Yang menguasai semuanya. Doa ni bukan jampi. Ia pengakuan — bahawa perlindungan sebenar bukan datang dari perancangan kita, tapi dari Allah. Esok pagi, sebelum kaki melangkah keluar pintu, baca tiga kali. Ambil masa sepuluh saat sahaja. Ya Allah, peliharalah kami sepanjang hari ini. 🤲 Tarbiah Daily — Hab Tarbiah Buat Semua Jom belajar amalan harian bersama-sama: https://quranicbrothers.netlify.app/

  • без подписи

  • 1 авг.699129

    A'fiyah Di Hari Baru Sebelum kita mula hari ni, ada satu doa Sunnah yang Nabi ﷺ ajar untuk dibaca 3 kali setiap pagi dan petang: اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ (HR. Abu Daud) Ramai antara kita baca doa ni dengan niat minta kesihatan. Tapi al-'Āfiyah sebenarnya jauh lebih luas dari itu. العَافِيَة: سَلامةُ الإنسان من الآفاتِ في الدّنيا والدّين "Keselamatan manusia daripada segala jenis mudarat — sama ada dalam urusan dunia atau agama." Para ulama jelaskan ia merangkumi: terhindar dari bala & penyakit, selamat dari maksiat & kezaliman, diberi kekuatan untuk taat, dan dilindungi dari ujian yang menggoncang iman. Jadi bila kita baca doa ni pagi ni, kita sebenarnya minta: → Tubuh yang digunakan untuk taat → Pendengaran yang tidak lalai → Penglihatan yang tidak tenggelam dalam dunia → Jiwa yang tidak hilang dalam tekanan Sebab kadang kita sihat, tapi hati rosak. Kadang kuat tubuh, tapi lemah iman. Sabda Nabi ﷺ: سَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ، فَإِنَّ أَحَدًا لَمْ يُعْطَ بَعْدَ الْيَقِينِ خَيْرًا مِنَ الْعَافِيَةِ "Mintalah kepada Allah al-'Afiyah, kerana sesungguhnya tiada seorang pun yang diberi sesuatu yang lebih baik selepas keyakinan (iman), melainkan al-'Afiyah." (HR. Tirmidzi) Pagi ni, jom ulang doa ni 3 kali. Bukan dengan mulut sahaja tapi dengan hati yang faham dan jiwa yang bergantung pada Allah. Kita tak minta hidup tanpa ujian. Kita minta bila diuji, Allah tetap pelihara iman kita. 🤲 Tarbiah Daily Hab Tarbiah Buat Semua

  • без подписи