tgindex
♥️•𝑻𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑼𝒋𝒊𝒂𝒏•♥️

♥️•𝑻𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑼𝒋𝒊𝒂𝒏•♥️

Статистика
@tenangdalamujianРелигияиндонезийский

"kerana patah hati – melahirkan sebuah kekuatan yang luar biasa" Created on 13|02|2017

Последний пост
13 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
1
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
9 336
−24 за 4 дн.
Сутки
−6
−0,06%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
1 908
20 постов
Вовлечённость
20,4%
к подписчикам
Постов в день
0,1
всего 21
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
40
1/48двое суток
45
1/72трое суток
49

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 𝖠𝗇𝖽𝖺 𝗌𝖾𝖽𝗂𝗁? 𝗄𝖾𝖼𝖾𝗐𝖺? 𝗉𝖾𝗇𝖺𝗍 𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 𝗆𝖺𝗌𝖺𝗅𝖺𝗁? 𝗌𝗎𝗌𝖺𝗁 𝗇𝖺𝗄 𝗆𝗈𝗏𝖾 𝗈𝗇? 𝗇𝖺𝗄 𝖼𝖺𝗋𝗂 𝗌𝖾𝗌𝗎𝖺𝗍𝗎 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖽𝖺𝗉𝖺𝗍 𝖻𝖺𝗇𝗀𝗄𝗂𝗍𝗄𝖺𝗇 𝗌𝖾𝗆𝖺𝗇𝗀𝖺𝗍 𝖺𝗇𝖽𝖺? 𝗅𝖾𝗍'𝗌 𝗃𝗈𝗂𝗇 𝗍𝗁𝗂𝗌 𝗁𝖾𝗋𝖾 ⤵️ @bicarabulanofficial @bicarabulanofficial "𝖺𝗇𝖽𝖺𝗂 𝗋𝗂𝗇𝖽𝗎, 𝗌𝗎𝗃𝗎𝖽𝗅𝖺𝗁. 𝖣𝗂𝖺 𝖿𝖺𝗁𝖺𝗆 𝖺𝗉𝖺 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗄𝗂𝗍𝖺 𝗋𝖺𝗌𝖺"❤️☕️

  • 13 авг.501удалён 13 авг.

    https://x.com/i/status/2087699975618855288

  • 14 янв.3 090209

    Sejujurnya, tak ada seorang pun antara kita yang benar-benar 'suci' daripada dosa. Hakikatnya, manusia memang diciptakan dengan sifat lemah. Sama ada kita seorang pemimpin, orang yang disegani, atau hanya orang biasa, kita semua berkongsi satu perkara yang sama iaitu kita pernah buat silap. Ini tiga realiti yang kita kena telan; 1) Status bukan jaminan. Walau tinggi mana pun jawatan kita di mata manusia, ia bukan bermakna kita maksum daripada kesalahan. 2) Kelemahan itu fitrah. Kita bukan robot yang diprogramkan untuk sentiasa sempurna. Kadang-kadang kita tersungkur juga. 3) Dosa itu peringatan. Setiap kali kita buat salah, itu adalah 'signal' untuk kita kembali sedar siapa Tuhan kita. Pernah terfikir kenapa dalam Al-Quran banyak sangat ayat tentang Allah Maha Pengampun? Sebab Allah dah tahu awal-awal lagi yang kita ini memang akan banyak buat salah. Dia tak hairan dengan dosa kita, tapi Dia sangat 'perhatikan' sejauh mana kita mahu kembali meminta ampun. Jangan pernah rasa malu untuk bertaubat hanya kerana kita asyik ulang silap yang sama. Allah tidak mencari hamba yang sempurna, tetapi Dia mencari pendosa yang tidak pernah berhenti mengejar keampunan-Nya. Sebab itu, jangan berhenti minta ampun. Teruslah berjalan ke arah-Nya walau dalam keadaan merangkak. #nasihathariini •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 14 янв.2 3692

    без подписи

  • 11 янв.2 418136

    Pernah rasa penat jadi orang baik? Rasa macam kita saja yang gigih jaga hati orang, tapi orang lain senang-senang saja pijak kita. Kalau kita buat baik sebab mengharapkan balasan manusia, memang kita akan selalu 'breakdown'. Sebab hati manusia ini sifatnya berbolak-balik. Pagi dia puji kita melambung, petang nanti belum tentu dia ingat jasa kita. Berhenti jadikan reaksi manusia sebagai kayu ukur nilai kebaikan kita. Kalau kita nak ikutkan hati yang tengah panas, memang rasa nak balas balik setiap luka yang mereka beri. Ikut mulut, macam-macam 'skrip' pedas boleh keluar. Tapi ingat, kekuatan yang sebenar bukan pada siapa yang paling handal bertumbuk atau menang bertekak. Kekuatan paling luar biasa adalah bila kita berjaya tahan lisan dan kawal kemarahan saat hati tengah membara. Pilih untuk terus jadi baik bukan kerana mereka baik, tapi kerana itu prinsip kita. Kita buat baik untuk Tuhan, bukan untuk kumpul 'rating' di mata manusia. Bila niat sudah betul, orang nak hargai atau tidak, itu sudah tidak jadi kudis. Bila kita sabar, kita sebenarnya sedang menjemput ketenangan yang orang lain tak nampak. Biarlah dunia tak balas jasa kita, asalkan Pencipta dunia sentiasa ada bersama kita. Sebab janji-Nya jelas…Allah sentiasa bersama mereka yang memilih jalan kebaikan. Teruskan jadi baik. Lagipun, kalau semua orang nak jadi jahat sebab kecewa, nanti makin stres pula kita nak hidup dalam dunia ini, kan? #nasihathariini •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • без подписи

  • 6 янв.2 0491415

    Perempuan yang matang ni dia nampak tenang sebab dia dah letakkan semua kat tempat yang sepatutnya. Dia dah tak tanya kenapa orang pergi. Dia dah tak kejar kenapa orang berubah. Dia belajar kalau sesuatu tu untuk dia, Tuhan akan tetap simpankan walau seluruh dunia cuba ambil. Dan kalau bukan, sekuat mana pun dia genggm, tetap akan lepas. Perempuan yang matang ni, dia bukan tak terluka tapi dia dah sampai satu tahap, luka pun dia rawat sendiri, tanpa bunyi, tanpa drama sebab dia tahu Tuhan dengar walaupun manusia tak faham. Dia tak bising tapi dia tahu bila waktu patut pergi. Dia tak jelaskan tapi dia tahu bila sesuatu tu tak lagi layak untuk dia pertahankan. Tenangnya dia hari ini bukan sebab hidup dia mudah, tapi sebab dia dah berhenti letakkan harapan pada manusia. Dia masih berharap, tapi kali ni cuma pada Tuhan. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 31 дек.2 052118

    Checklist Tenang Masuk 2026 1. Jaga niat – bila niat betul, kerja kecil pun bernilai. 2.Jaga sabar – bukan menahan semua, tapi tahu bila perlu diam. 3. Jaga reaksi – peristiwa sama, reaksi tentukan luka atau hikmah. 4. Jaga syukur – hati yang cukup tidak mudah rebah. 5. Jaga hubungan – tak semua perlu dekat, adab lebih utama. 6. Jaga doa – tempat paling jujur bila dunia tak faham. 7. Jaga diri dari toksik – pilih tenang, itu juga keberanian. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 31 дек.2 025710

    Tahajud adalah untuk jiwa yang sedang retak, untuk hati yang penat menanggung beban sendiri. Tahajud adalah untuk mereka yang sudah tidak tahu ke mana lagi harus mengadu. Untuk mereka yang siangnya tersenyum, tetapi malamnya runtuh perlahan-lahan. Untuk mereka yang menyimpan luka tanpa suara. Tahajud bukan tentang nampak baik. Ia tentang mengaku lemah. Di siang hari kita berpura-pura kuat. Kita pakai topeng yakin. Tapi di malam hari bila semua tidur, bila dunia diam, topeng itu jatuh satu per satu. Tinggallah diri yang sebenar. Dan di situlah Tahajud bermula. Tahajud tentang kejujuran. Tentang seorang hamba yang akhirnya mengaku, “Ya Allah… aku dah tak mampu. Aku perlukan Engkau.” Tahajud bukan tanda kita kuat. Tahajud tanda kita sedar kita lemah tanpa Allah. Bila Allah bangunkan seseorang di tengah malam, itu bukan kebetulan. Itu jemputan. Allah tidak membangunkan semua orang. Dia memilih. Tahajud menyerahkan diri sepenuhnya. Allah tidak menunggu hamba yang suci. Allah menunggu hamba yang kembali. Kalau malam ini hatimu berat, kalau dada terasa sempit, kalau air mata jatuh tanpa sebab itu bukan kelemahan. Itu panggilan. Bangunlah. Walau hanya dua rakaat. Walau hanya satu doa. Dia memanggilmu kerana Dia mahu memeluk jiwamu. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 31 дек.1 4902

    без подписи

  • 29 дек.1 789513

    Pernah tak kita rasa penat? Dah buat macam-macam kebaikan, tapi tetap disakiti. Kita jaga hati orang, tapi orang pula kata kita macam-macam. Sakit kan? Tapi ingat satu perkara ini. Setiap kebaikan yang kita buat, walau sekecil zarah sekalipun, tak pernah terlepas dari pandangan Allah. Dia nampak setiap titisan air mata dan setiap kesabaran yang kita telan. Dunia mungkin tak hargai. Tapi balasan Tuhan itu pasti. Dalam hidup, kita selalu ada pilihan. Sama ada nak ikut ego, nak tunjuk siapa lagi keras, atau nak pilih jalan damai. Ramai sangka bila berkeras, hati akan puas. Hakikatnya, kepuasan itu cuma sementara. Kadang-kadang, kita perlu memilih untuk mengalah…. Bukan sebab kita lemah. Bukan juga sebab kita kalah. Tapi sebab kita lebih pentingkan ketenangan hati sendiri. Kita pilih untuk jadi orang baik, bukan sebab orang lain baik dengan kita, tetapi sebab itulah identiti kita yang sebenar. Beruntunglah mereka yang memilih jalan kebaikan. Rugilah mereka yang hidupnya dibalut ego yang tinggi. Belajarlah melepaskan apa yang menyakitkan. Kerana kemenangan sebenar ialah apabila kita berjaya menang melawan nafsu sendiri. Tenang itu lebih mahal daripada pembuktian siapa yang betul. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 29 дек.1 4331

    без подписи

  • 28 дек.1 66446

    2025 = Tak semua berjalan seperti dirancang, tapi semuanya ada pelajaran. 2026 = Semoga Allah permudah urusan, lapangkan dada, dan kuatkan iman. Aamiin. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 25 дек.1 76827

    Anak Bongsu Bukan Tak Kuat, Cuma Terlalu Banyak Menyimpan. Anak bongsu sering disangka paling kuat sebab nampak tenang. Padahal bukan tak rasa, cuma terlalu biasa menahan. Kadang dia sebenarnya mahu bercerita. Tapi memilih diam sebab tak mahu menyusahkan sesiapa. Mungkin yang dia perlukan cuma satu soalan kecil, ditanya dengan jujur, tanpa niat membetulkan. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 25 дек.5 28939

    Amalan yang boleh diamalkan sebelum masuk Ramadan. Gear up now! ▪️ Baca Al-Quran ▪️ Solat awal waktu ▪️ Banyakkan sedekah ▪️ Bangun malam (Tahajud) ▪️ Solat jemaah di Masjid ▪️ Tambah ilmu agama ▪️ Bantu ibubapa ▪️ Berbuat baik orang sekeliling ▪️ Belajar tadabbur Al-Quran Marilah disempena bulan ramadan berbaki lebih kurang 60 hari lagi, kita niatkan dalam diri untuk berubah jadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Dalam Al-Quran pun ada sebut ; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11) Buat lah sesuatu sebab diri kita yang nak. Tiada siapa yang boleh ubah diri kita melainkan diri sendiri. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 24 дек.1 635119

    Setia ni bukan level tak curang je. Itu basic. Setia yang mahal adalah bila kita tetap pilih untuk faham pasangan, walaupun masa tu kita sendiri tengah penat atau serabut. - Bukan sekadar hadir, tapi faham. - Bukan sekadar teman, tapi pelindung. Bila dua-dua jiwa dah lock untuk saling menjaga, sejauh mana pun korang bergaduh, tetap akan jumpa jalan balik. Sebab rumah yang sebenar adalah dia yang faham kita. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 24 дек.1 70969

    Anak tak selalu berada depan mata kita. Akan ada masa dia melangkah jauh, buat pilihan sendiri, dan melalui hidupnya sendirian. Sebab itu, dari kecil kita titipkan doa. Doa yang jadi benteng bila tangan kita tak mampu memegang. Doa yang menjaga bila suara kita tak lagi didengar. Percayalah, anak yang dibesarkan dengan doa takkan hilang arah. Walau tersasar sekejap, Allah tahu cara bawa dia pulang. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 23 дек.1 50118

    Pernah rasa penat mencari jawapan tentang perkara yang buat hati luka? Kita cuba faham semua benda, seolah-olah setiap ujian mesti ada jawapan segera. Sedangkan tidak semua luka datang untuk difikirkan sekarang. Ada yang hadir untuk kita belajar redha. Kadang, melepaskan lebih menyembuhkan daripada terus bertahan. Jangan paksa diri pikul semua beban. Berhenti sekejap. Rehatkan hati yang terlalu letih. Kalau hari ini terlalu berat untuk difahami, cukup serahkan dalam doa. Biarlah Allah yang menyusun apa yang kita tak mampu atur. Dia lebih tahu bila waktu paling sesuai untuk menyembuhkan. Malam ini, tarik nafas perlahan. Tak apa kalau belum faham semuanya. Tidur dengan tenang. Esok, insyaAllah, ada cahaya baru menanti. Aamiin♥️ •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • 23 дек.1 419210

    Tuhan tidak pernah menaruh tanggungjawab di bahu yang silap. Setiap amanah yang diberikan bukanlah kebetulan, tetapi satu kepercayaan yang telah ditimbang dengan penuh hikmah. Jika kamu yang dipilih untuk memikulnya, itu bermakna Tuhan tahu kamu mampu—walau pada awalnya terasa berat, walau hati kadang ragu dengan diri sendiri. Kekuatan itu mungkin belum terlihat hari ini, namun ia akan tumbuh seiring langkah yang kamu teruskan. Percayalah, di sebalik setiap tanggungjawab yang diberi, Tuhan juga menyelitkan kemampuan, jalan keluar, dan pertolongan pada waktunya. •ᥫ᭡• @tenangdalamujian

  • Channel photo removed