tgindex
1TITIK POSITIF 1HARI

1TITIK POSITIF 1HARI

Статистика
@titikpositifНовости и СМИиндонезийский

Channel 1TitikPositif1Hari sebagai satu wahana perkongsian ilmu yang disusun semula daripada pelbagai sumber.

Последний пост
12 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
4
Всего постов
21
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
2 033
−1 за 2 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
178
21 постов
Вовлечённость
8,8%
к подписчикам
Постов в день
0,6
всего 21
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
169
1/48двое суток
193
1/72трое суток
208

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3145 11 Ogos 2026M 27 Safar 1448H Selasa TEGURAN DIPLOMATIK Menegur orang yang tinggi ego dan kasar memerlukan strategi diplomatik agar teguran tersebut menembusi pertahanan diri mereka tanpa mencetuskan perang mulut. 1. Ambil masa dan tegur secara peribadi Jangan sesekali menegur mereka di hadapan orang ramai atau sewaktu emosi mereka sedang memuncak. Orang yang berego tinggi akan berasa malu dan terancam jika ditegur secara terbuka, lalu mereka akan bertindak lebih agresif untuk mempertahankan diri. Cari waktu yang tenang. 2. Gunakan nada suara yang bertentangan (Rendah & Perlahan) Apabila mereka mula bercakap dengan nada tinggi, elakkan daripada membalas dengan suara yang sama. Berbicara dengan nada tenang dan perlahan secara automatik memegang kawalan emosi, sekali gus memaksa mereka untuk memperlahankan suara jika mahu mendengar respon kita. 3. Gunakan teknik "I-Message" (Gantikan Tudingan Jari) Gantikan ayat yang merangsang sifat pertahanan mereka kepada penyataan yang berfokus pada emosi dan pandangan kita sendiri : - Elakkan: "Awak ni kasar sangat dan suka menjerit!" (Mereka akan terus menafi dan menyerang balik). - Cuba: "Saya berasa kurang selesa dan sukar untuk faham maksud awak bila awak guna nada suara yang tinggi." 4. Tetapkan sempadan yang tegas. Beri ketegasan tentang bagaimana kita mahu dilayan tanpa perlu menjadi kasar. Contoh: "Saya sedia dengar pandangan awak dan mahu selesaikan isu ini, tetapi bukan dengan nada begini. Kita sambung perbualan bila kita berdua dah tenang." (Kemudian, beredar dari situasi tersebut). 5. Gunakan kaedah "Sandwich" (Faham – Tegur – Harapan) Tutup ego mereka dengan membuka perbualan secara positif sebelum menyampaikan teguran : - Faham: "Saya tahu awak penat dan nak selesaikan masalah ni cepat-cepat..." - Tegur: "...cuma kata-kata kasar tadi buat saya rasa tidak dihormati." Harapan: "...saya yakin kita boleh selesaikan perkara ini dengan cara baik sebab, saya hargai kerjasama awak." 6. Tahu bila perlu mengundurkan diri. Jika kita telah mencuba menegur secara berhemah tetapi mereka tetap melenting, menafi, atau sengaja ingin menang, jangan buang tenaga berdebat. Diam dan jarakkan diri. Kadangkala, keengganan kita untuk melayan drama mereka adalah mesej yang paling kuat bahawa sikap mereka tidak diterima. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • без подписи

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3144 10 Ogos 2026M 26 Safar 1448H Isnin Ketenangan kita adalah kemenangan terbesar apabila berhadapan dengan jiwa yang keras. Apabila seseorang kerap bercakap dengan nada tinggi, kasar, dan degil, ingatlah bahawa tindak-balas mereka adalah cermin kepada kecelaruan dalaman mereka sendiri. Jangan biarkan emosi orang lain merosakkan ketenteraman hati yang telah kita bina. Persekitaran dan didikan sememangnya faktor utama yang membentuk karektor manusia.  Seseorang yang membesar dalam suasana penuh konflik, kurang empati, atau sering dikritik secara kasar biasanya menyerap cara komunikasi tersebut sebagai norma hidup. Bagi mereka, sifat degil dan kekasaran adalah mekanisma pertahanan diri (defense mechanism) yang terbentuk sejak kecil untuk mengelakkan diri daripada dipijak atau kelihatan lemah. Ego yang menebal membuatkan mereka buta terhadap kesilapan sendiri. Apabila tahap kematangan emosi seseorang itu rendah, mengakui kesalahan dirasakan seperti satu ancaman besar kepada maruah diri. Oleh sebab itu, semakin mereka berasa tersudut atau salah, semakin keras nada suara dan ego yang ditunjukkan untuk menutup kelemahan tersebut. Mereka tidak bertindak berasaskan logik, tetapi berasaskan dorongan emosi untuk menang. Tugas kita bukanlah untuk mengubah orang yang enggan berubah, tetapi untuk melindungi ketenteraman fikiran sendiri dan organisasi. Tetapkan sempadan yang tegas, jangan ambil hati kekasaran mereka, dan belajarlah untuk mengundurkan diri daripada perdebatan yang tidak memberi nilai. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • без подписи

  • без подписи

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3143 9 Ogos 2026M 25 Safar 1448H Ahad Memendam emosi ibarat menyimpan wap dalam periuk tekanan dari luar kelihatan tenang, tetapi di dalam terus terkumpul beban. Memendam tidak pernah menghilangkan masalah, ia hanya menanti masa untuk meletup dalam bentuk kemarahan, keletihan melampau, atau sakit fizikal.  Meluahkan perasaan bukanlah tanda lemah, melainkan cara sihat untuk memelihara jiwa. Jangan tunggu sehingga meletup baru mahu menjaga diri. Bercakaplah, berehatlah, dan dapatkan bantuan sebelum tekanan itu terlalu berat untuk ditanggung. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • без подписи

  • без подписи

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3142 8 Ogos 2026M 24 Safar 1448H Sabtu SIHAT DIDOA, SAKIT JANGAN DIMINTA Niat yang jujur dan hati yang ikhlas adalah tiang utama kepada keberkatan rezeki dan kelangsungan hidup kita. Bagi yang masih berkhidmat dan menggalas tanggungjawab dalam kerjaya, mulakan setiap detik tugas dengan penuh integriti. Apabila kita melangkah ke tempat kerja dengan niat yang bersih kerana Allah, insya-Allah segala urusan dan kesulitan akan dipermudahkan-Nya. Jangan sesekali kita memulakan langkah dengan jalan yang salah. Elakkan merancang untuk berpura-pura sakit, memburu sijil cuti sakit (MC) secara tidak sah, atau mengambil cuti sakit mengejut tanpa sebab yang wajar. Ketahuilah bahawa perbuatan melakonkan drama dan menipu diri sendiri ini jika bermula sekali, ia akan membentuk tabiat buruk yang akhirnya mencederakan reputasi, merosakkan keberkatan hidup, dan menjejaskan masa depan kita sendiri. Perkataan dan tindakan itu adalah satu doa : - Sekali kita meminta dan berpura-pura sakit, Allah boleh berikan kesakitan yang sebenar. Jangan bermain dengan kata-kata dan fitrah tubuh badan sendiri. - Sekali kita ikhlas memohon dan menjaga kesihatan, Allah akan kurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk kita terus berbakti. Jalanilah kehidupan dengan jujur, jauhi penipuan, dan peliharalah keberkatan punca rezeki buat diri serta keluarga. Semoga setiap keringat yang mengalir menjadi saksi kebaikan dan kebajikan kita di dunia dan di akhirat. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • без подписи

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3141 7 Ogos 2026M 23 Safar 1448H Jumaat Memimpin dari Belakang : 1) Membina Kepercayaan - Mengukuhkan pautan keyakinan dan mempercayai potensi setiap ahli pasukan. 2) Mewujudkan Rasa Selamat - Menyediakan perlindungan dan ruang psikologi agar pasukan berani mencuba tanpa rasa takut. 3) Membakar Potensi Diri - Mengilap bakat dan memberikan pentas utama untuk mereka menyinar serta berkembang. Memimpin dari Hadapan : 1) Menentukan Hala Tuju - Menjadi penunjuk arah yang tegas dan berani dalam membawa visi ke kenyataan. 2) Mencipta Kejelasan - Melenyapkan keraguan dan memberikan fokus padu kepada seluruh pasukan. 3) Menjana Momentum Padu - Menjadi pencetus tenaga dan pemangkin utama untuk mencapai kejayaan bersama. "Seorang pemimpin yang hebat tidak hanya menunjuk jalan, tetapi menginspirasikan pasukan untuk berjalan bersama. Dia tahu bila perlu berdiri di hadapan untuk membimbing, dan bila perlu melangkah ke belakang untuk membenarkan pasukannya menyinar." Kepimpinan sejati bukanlah tentang kedudukan, tetapi tentang kebijaksanaan menyesuaikan peranan demi kejayaan bersama. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • без подписи

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3140 6 Ogos 2026M 22 Safar 1448H Khamis 𝗗𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝗠𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗕𝗶𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮! Mencari kesilapan orang lain mungkin mudah, tetapi ia tidak membawa kita ke mana-mana. Masa yang ada terlalu berharga untuk dibazirkan dengan menuding jari atau menjatuhkan sesama sendiri. Berbanding memfokuskan tenaga pada kelemahan, alangkah baiknya jika kita menyalurkan usaha tersebut untuk saling melengkapi dan memperkukuh kerjasama dalam pasukan. Apabila kita memilih untuk berganding bahu, tugasan yang berat akan menjadi ringan, dan jalan menuju kejayaan akan menjadi lebih terbuka luas. Di sinilah pentingnya kita menerapkan nilai integriti dan akauntabiliti dalam diri. Pasukan yang hebat tidak dibina atas dasar kesempurnaan setiap ahlinya, melainkan atas kejujuran dan rasa tanggungjawab bersama. Apabila setiap daripada kita mempunyai integriti untuk melakukan bahagian masing-masing dengan sehabis baik tanpa perlu dipantau atau menolak komitmen kita sebenarnya sedang membina sebuah ekosistem kerja yang telus, harmoni, dan saling mempercayai. Mari kita ubah corak pemikiran kita mulai hari ini. Berhentilah mencari celah untuk menjatuhkan, dan mulakan langkah untuk saling menyokong. Ingatlah, kekuatan sesebuah pasukan bukan diukur daripada siapa yang paling kurang melakukan kesilapan, tetapi bagaimana kita bangkit bersama-sama untuk membetulkan keadaan demi mencapai matlamat yang satu. Jadilah rakan sepasukan yang membina, bukan yang meruntuhkan!  - Integriti - JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • без подписи

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3139 5 Ogos 2026M 21 Safar 1448H Rabu Pujian mungkin sekadar angin lalu, tetapi teguran ikhlas adalah hadiah berharga. Hargailah mereka yang berani menegur demi kebaikan kita kerana itulah bukti kasih yang paling jujur. Populariti tidak menjamin kepedulian, tetapi teguran membina adalah tanda kasih sayang yang nyata. Jadikan setiap teguran sebagai batu loncatan untuk berkembang, kerana mereka yang benar-benar peduli tidak akan membiarkan kita terus berada dalam kesilapan. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3138 4 Ogos 2026M 20 Safar 1448H Selasa DIAM MUNGKIN SATU PENYELESAIAN Dalam dunia yang bising dengan pelbagai pandangan, pertikaian, dan provokasi, kita sering terperangkap dengan dorongan untuk sentiasa menjawab, mempertahankan diri, atau menegakkan benang yang basah. Namun, ketahuilah bahawa tidak semua pertempuran menuntut hujah, dan tidak semua prasangka memerlukan penjelasan. Kadangkala, diam adalah keputusan paling matang, paling berani, dan paling berkuasa yang boleh kita buat. Diam bukanlah tanda ketakutan, kekalahan, atau kelemahan. Diam ialah perisai yang meletakkan ketenangan jiwa di atas kepuasan ego. Apabila kita memilih untuk tidak menyahut gelombang emosi orang lain, kita sedang mengambil alih kawalan penuh terhadap diri sendiri. Kita menolak untuk membiarkan provokasi luar menentukan arah fikiran dan perasaan kita. Ada masa di mana kata-kata yang diucapkan dalam keadaan marah hanya menjadi bahan bakar yang membesarkan api perselisihan. Dengan berdiam diri, kita memadamkan api tersebut sebelum ia menghancurkan silaturahim dan ketenteraman. Kebenaran tidak sentiasa memekik untuk dipercayai; ia sering kali berdiri teguh dalam kesenyapan. Biarkan masa dan tindakan yang konsisten menjadi jurucakap terbaik untuk kebenaran anda. Jadikan kesenyapan itu sebagai ruang untuk bernafas, menilai, dan menyusun langkah yang lebih bijak. Gunakan saat diam untuk membina kekuatan dari dalam, memperkemas niat, dan memfokuskan tenaga kepada perkara yang benar-benar memberi nilai dalam hidup. Ingatlah bahawa kekuatan sebenar tidak diukur daripada seberapa lantang kita bersuara, tetapi seberapa utuh kita mampu mengawal diri. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • без подписи

  • Assalamu a'laikum wrth Salam Mahabbah TITIK POSITIF 3137 3 Ogos 2026M 19 Safar 1448H Isnin PULANG BERSENDIRIAN : BEKAL UTAMA MENUJU ABADI Ingatlah, setiap detik dan langkah kita di dunia ini kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Kita hadir ke dunia ini secara bersendirian, dan apabila tiba masanya, kita juga akan kembali bertemu Sang Pencipta secara bersendirian. Apabila jasad melangkah ke alam kubur : - Tiada sahabat yang dapat menemani. - Tiada pasangan yang mampu mendampingi. - Tiada anak-anak yang dapat bersama-sama memegang tangan kita. Namun, kita tidak pernah benar-benar keseorangan jika kita bersiap sedia dari sekarang! Teman sejati yang akan menyinari dan melapangkan kubur kita hanyalah iman yang kukuh di dada dan amal soleh yang kita semai setiap hari serta rahmat Allah SWT yang sentiasa kita harapkan. Masa yang ada hari ini ialah peluang emas. Jangan biarkan hari berlalu tanpa menambah saham akhirat. Jadikan ingatan terhadap kematian bukan sebagai punca ketakutan yang melumpuhkan, tetapi sebagai pendorong semangat untuk terus berbuat kebaikan, menyebar kasih sayang, dan memperbaiki diri setiap hari. JARIAH UNTUK KITA, JARIAH UNTUK SEMUA SI KERDIL I Satu Perkongsian 1 TITIK POSITIF 1 HARI Official: Facebook | Linktree

  • без подписи

  • 1TITIK POSITIF 1HARI pinned a photo