T
TN @ TRADING NOTES CHANNEL
описание
Trading Notes Channel. Macroeconomic Trends, Geopolitical Shifts & Global Market Outlook. ...where market instinct meets insight.
1 520
подписчиков
Охват к подписчикам
7,0%
ERR
Реакции к просмотрам
1,46%
66 на 50 постов
Пересылки к просмотрам
0,00%
0
Постов в день
10,0
всего 74
Где отзываются чаще
доля реакций к просмотрам- 17 авг.📝 KETIKA REZEKI DATANG MELIMPAH, MAMPUKAH HATI TETAP MERENDAH? Belajarlah pada setangkai padi yang sarat berisi, kian sarat muatannya, kian tunduk dia berbisik ke bumi. Mengapa harus mendongak menantang awan? ...Jika tapak kakimu masih mencium tanah gersang. Biarlah tanganmu penuh dengan harta dunia, namun pastikan hatimu tetap sekosong musafir berkelana. Kerana kekayaan sejati bukan pada apa yang digenggam erat, ...tetapi pada ketulusan melepaskan, demi sebuah berkat. Jadilah seperti mata air di tengah belantara, mengalir tenang menghidupkan yang lara. Tetaplah membumi saat namamu dijulang tinggi, ...kerana di atas tanah kita berdiri, dan di bawahnya kita bersemadi.11,90%
- 03:29🏦 DANA KEKAYAAN NORWAY MENGURANGKAN PELABURAN BON DI MALAYSIA. *Dan menambah pegangan di sektor semiconductor. Dana kekayaan negara Norway, Government Pension Fund Global (GPFG), telah mengurangkan pelaburannya secara mendadak di Malaysia. Dana yang d iuruskan oleh Norges Bank Investment Management (NBIM), jumlah nilai portfolio dana tersebut merosot sebanyak 32.32% dalam tempoh separuh pertama tahun 2026, jatuh kepada AS$2.89 bilion (RM11.7 bilion) berbanding AS$4.27 bilion. =========== Walaupun dana tersebut mengurangkan jumlah syarikat awam Malaysia yang dipegangnya daripada 200 kepada 174 buah syarikat, ia secara agresif memindahkan modalnya ke sektor yang berpotensi tinggi. ✍️ Peralihan Fokus ke Sektor Teknologi : Pendedahan terhadap sektor teknologi melonjak tinggi sehingga merangkumi 15% daripada keseluruhan portfolio ekuiti Malaysia, hampir dua kali ganda berbanding 8.5% pada akhir tahun 2025. Dana ini menambah syarikat reka bentuk cip, $SKYECHIP ke dalam pegangannya serta memperkasakan kedudukan sedia ada dalam firma semikonduktor dan perkakasan seperti $UNISEM, $INARI, $UWC dan $VSTECS. GPFG melupuskan sepenuhnya pegangan dalam 43 buah syarikat yang tidak mencapai jangkaan pendapatan. Antara syarikat utama yang digugurkan termasuk firma perkhidmatan digital Zetrix AI Bhd, Aquawalk Group Bhd, Astro Malaysia Holdings Bhd dan syarikat perkhidmatan pembuatan SKP Resources Bhd. ✍️ Kemasukan IPO Baharu : Dana ini mula mengambil kedudukan dalam beberapa syarikat yang baru disenaraikan, termasuk MTT Shipping and Logistics Bhd, Empire Premium Food Bhd (Empire Sushi), dan Sunway Healthcare Holdings Bhd. ✍️ Teras Utama Portfolio : Saham kewangan terus menjadi tunjang utama dengan merangkumi lebih satu pertiga daripada jumlah pelaburan ekuiti GPFG di Malaysia. Diikuti oleh sektor industri sebanyak 18%. ========== Walaupun terdapat penurunan nilai nominal yang besar, pengimbangan semula ini dilihat selari dengan pelarasan makro global. Pasaran Malaysia mewakili kira-kira 0.1% daripada keseluruhan portfolio global dana tersebut yang bernilai AS$2.29 trilion.6,67%
- 03:35без подписи4,76%
- 03:30без подписи4,76%
- 16 авг.Walaupun indeks utama sedang menguji dan mencatatkan paras tertinggi (All-Time Highs), psikologi pelabur untuk baki dua minggu bulan Ogos ini dicorakkan oleh pendekatan "Cautious with Optimism" dan "Wait and See". Sentimen utama pasaran semasa yang perlu diperhatikan : 1️⃣ $700 BILION++ AI CAPEX DAN MARKET BREADTH ROTATION. Fasa rally seterusnya memerlukan penyertaan pasaran yang lebih menyeluruh, bukan sekadar bergantung kepada beberapa syarikat gergasi teknologi. Pelabur kini beralih fokus daripada syarikat aplikasi perisian kepada syarikat yang membekalkan keperluan fizikal AI. Ini termasuk rantaian bekalan cip, pembekal server dan syarikat utiliti/tenaga mapan (memandangkan pusat data AI diunjur memakan sehingga 12% bekalan elektrik AS menjelang 2028). Untuk baki 2 minggu Ogos ini, pasaran mahu melihat peningkatan volume dagangan pada saham-saham bermodal sederhana dan kecil untuk mengesahkan rally ini sihat dan konsisten. 2️⃣ DEBARAN JACKSON HOLE SYMPOSIUM (27 - 29 OGOS 2026). Simposium tahunan ini merupakan ujian terbesar untuk dasar monetari AS. Ketiadaan Forward Guidance : Di bawah kepimpinan baharu Pengerusi Fed Kevin Warsh, Fed telah menghentikan amalan memberi bayangan awal tentang pergerakan kadar. Ini membuatkan pasaran sangat sensitif dengan sebarang kenyataan yang bakal dikeluarkan nanti. Naratif "Prolonged Hold" : Pasaran mahukan kepastian. Isyarat prolonged hold (mengealkan kadar faedah tinggi tanpa kenaikan lanjut) dianggap sebagai senario "Goldilocks", iaitu ekonomi cukup kuat bertahan, tetapi fasa mengetatkan dasar sudah berakhir. Sebarang kenyataan agresif (hawkish) akibat inflasi teras global, berpotensi mencetuskan aktiviti pengambilan untung yang besar di paras puncak ini. 3️⃣ GEOPOLITIK DAN TEKANAN HARGA MINYAK. Harga tenaga bertindak sebagai "Automatic Tightener" kepada sentimen pasaran saham. Kenaikan kos tenaga mampu meningkatkan risiko inflasi global. Bagi pasaran equity, sektor tenaga mampu mendapat sokongan momentum harga dan keuntungan pendapatn syarikat, namun rally pasaran saham secara keseluruhan akan terbatas sekiranya inflasi tenaga kembali menekan Fed. 4️⃣ ISYARAT DOKUMEN 13F. ARAH TUJU SEBENAR DANA GERGASI. Data 13F yang baru diterbitkan memberi bukti nyata ke mana wang institusi (smart money) mengalir, sekali gus mengesahkan berlakunya fasa "pengagihan semula portfolio" (portfolio reallocation). Hampir 44% institusi dikesan mengurangkan pegangan dalam kumpulan Mag7. Institusi tidak lagi mengejar saham mega-tech pada harga puncak. Walau bagaimanapun, tesis pelaburan perkakasan AI jangka panjang mereka masih mendapat keyakinan tinggi oleh. Suntikan Keyakinan Berkshire Hathaway : Di bawah CEO baharu Greg Abel, Berkshire membelanjakan $19.8 bilion tunai mereka untuk membeli Alphabet dan firma perumahan Taylor Morrison. Sebanyak 40.3% institusi bertindak sebagai nett seller untuk firma tenaga utama. Ini membuktikan pelabur besar menganggap lonjakan harga minyak semasa hanyalah gangguan jangka pendek dan mereka lebih meminati sektor tenaga alternatif/utiliti yang menyokong infrastruktur AI. ========== Data dan sentimen semasa mengesahkan pasaran tidak berada dalam fasa gelembung yang sedia pecah, melainkan fasa penstrukturan semula harga (repricing). Institusi sedang mengambil untung daripada teknologi gergasi yang mahal dan memindahkannya ke dalam sektor fizikal, utiliti dan value stocks. Volume dagangan dijangka agak mendatar kerana pelabur besar mengelak daripada membuat pertaruhan yang agresif.4,39%
- 04:20📌 ANJAKKAN WAKTU DAGANGAN BAHARU UNTUK $NASDAQ. Mulai 6 Disember 2026, pasaran saham Nasdaq akan dibuka hampir sepanjang hari, iaitu dari pukul 9:00 malam hingga 4:00 pagi waktu AS untuk sesi malam. Ini bermakna, saham boleh dijual beli selama 23 jam sehari, 5 hari seminggu. Pasaran hanya ditutup selama satu jam sahaja setiap hari. Perlu difahami, dagangan di luar waktu teras membawa risiko bid-ask spread (perbezaan harga beli dan jual) yang lebih besar. Ini meningkatkan kos urus niaga secara langsung bagi pedagang yang memasuki pasaran pada waktu malam. ========== 📌 AMARAN SAHAM AI OLEH ECB DAN RAY DALIO. Pakar kewangan terkenal, Ray Dalio dan Bank Pusat Eropah (ECB) memberi amaran bahawa FOMO membeli saham AI sekarang sangat menyerupai situasi sebelum krisis ekonomi besar dunia pada tahun 1929 dan 2000. Kata Ray Dalio (Pengasas Bridgewater Associates), ramai yang menggunakan margin untuk beli saham, harga saham menjadi terlalu mahal dan banyak syarikat AI kumpul pelaburan besar walaupun belum menjana keuntungan sebenar. Kajian ECB pula mendapati harga saham teknologi AS sekarang sudah terlampau tinggi dan menghampiri paras puncak. Jika saham AI di AS jatuh, ekonomi Eropah akan turut terkesan teruk. Ini kerana pelbagai dana pencen dan syarikat insurans di sana menyimpan lebih €880 bilion dalam saham gergasi teknologi AS.4,29%
- 04:37PANTANG MENYERAH!!! APA YANG MEREKA LAKUKAN? 🔥 Membeli Saham Syarikat Sendiri di Pasaran AS Pada Harga 10% Lebih Mahal (ADR). *Ini adalah tindakan yang paling mengejutkan pakar kewangan. Pelabur Korea membeli ADR (American Depositary Receipts) bagi syarikat cip memori Korea, SK Hynix, di pasaran saham AS bernilai $840 juta. Mereka dan terciduk membeli saham SK Hynix secara terus di negara mereka sendiri. Now, mereka sanggup membelinya di pasaran AS walaupun harga ADR di AS adalah 10% lebih mahal berbanding harga saham di Korea. Pakar pelaburan menyatakan jurang harga yang tidak masuk akal ini adalah simptom "market bubble", sama seperti yang pernah berlaku kepada saham Taiwan dan India ketika krisis Dot-com tahun 2000. 🔥 Memburu Produk Berleveraj Tinggi (Gandaan Risiko 3x). Tak serik kepada apa yang sudah berlaku kepada modal pelaburan mereka yang sudah hangus di negara mereka. Pelabur runcit Korea tidak memindahkan wang untuk mencari perlindungan, sebaliknya mereka meningkatkan pertaruhan risiko mereka. 4 daripada 10 saham AS yang paling banyak dibeli oleh mereka pada bulan Julai adalah produk berleveraj. Produk yang paling popular ialah Direxion Daily Semiconductor Bull 3X Shares ETF (SOXL). Ini Long Position untuk Index Fund Semiconductor. Mereka juga memborong dana berleveraj lain seperti ProShares UltraPro QQQ dan ProShares Ultra QQQ. 🔥 Tukar Lokasi, Tetapi Strategi Sama. Walaupun mereka melarikan diri daripada pasaran saham Korea yang sedang jatuh teruk, mereka tidak menukar strategi pelaburan mereka. Mereka tetap melabur dalam tema yang sama iaitu perkakasan AI (AI Hardware) dan cip yang sebelum ini menyebabkan mereka mengalami kerugian besar di pasaran tempatan. 🔥 Mengurangkan Hutang di Korea, Memindahkan Wang ke AS. Pada bulan Julai, mereka melakukan jualan panik dalam pasaran domestik sehingga baki pinjaman margin di Korea jatuh mendadak daripada 37 trilion won ($26 bilion) kepada 27 trilion won. Pada masa yang sama, mereka meningkatkan pembelian bersih saham AS sebanyak $4.5 bilion pada bulan Julai, hampir menyamai rekod tertinggi $5 bilion pada Januari tahun ini.3,75%
- 17 авг.Nasihat pelaburan beginilah yang telah menyebabkan ramai trader di Korea Selatan mengalami kerugian yang teruk baru² ini. Memberi saranan untuk menggunakan leveraj berganda ketika pasaran sedang bullish adalah PERANGKAP ketamakkan. Menurut anggaran Citi, pelabur runcit Korea Selatan mengalami anggaran kerugian kira² AS$38.7 bilion (sekitar 56 trilion won) pada produk ETF berleveraj. Ratusan ribu akaun menerima margin call, dan anggaran 300,000 - 460,000 akaun di 'liquidate' secara paksa. Ramai trader hilang modal, termasuk simpanan dan wang pinjaman.3,70%
- 15 авг.без подписи3,17%
- 15 авг.When asked how he wants to be remembered, Apple CEO Tim Cook didn't mention tech, products, or profits, but... Just Character.2,94%
- 17 авг.⚠️ MENGAPA KWSP LEBIH BERWASPADA BAGI SEPARUH KEDUA? ‼️ Strategi Front-Loading : KWSP sengaja merekodkan keuntungan lebih awal pada suku pertama dan kedua kerana menjangkakan pergolakan pasaran yang akan datang. ‼️ Keuntungan sekarang masih 'Unrealised Profit' : Sebahagian daripada pendapatan yang direkodkan adalah keuntungan atas kertas akibat turun naik mata wang asing. ‼️ Risiko Geopolitik : Ketegangan global dan peralihan makroekonomi menyebabkan peluang pelaburan yang menguntungkan seperti awal tahun kini semakin mengecil.2,70%
- 15 авг.📚 KENAPA ADA YANG KATA P/E TAK PENTING UNTUK SAHAM GROWTH? *benarkah fakta ini? Saham growth biasanya akan guna semua duit jualan untuk besarkan bisnes (R&D, marketing, buka cawangan dan lain²). P/E yang kita nampak tu ambil data perkiraan dari untung tahun lepas. Pelabur saham growth pula jenis pandang masa depan, ...mereka tak kisah untung tahun lepas agak rendah sedikit, asalkan untung 5 tahun akan datang meletup. Kalau pelabur main beli je saham growth tanpa tengok value sebenar yang masuk akal, ini risikonya 👇2,54%