Palestin kini 2 🇵🇸🇲🇾
Статистика- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 9
- Всего постов
- 29
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 67
- 1/48двое суток
- 76
- 1/72трое суток
- 82
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Raikan Jumaat yang mulia ini dengan Sedekah. Jom sedekah sekarang untuk saudara kita di Palestin : https://tinyurl.com/Bantuan-Palestin Sebar-sebarkan pada semua moga Allah memberkati usaha kecil kita dalam membantu pembebasan Palestin 🤲🏻. t.me/PalestinKini2
VIDEO | Tentera penjajah Israel memusnahkan pokok-pokok zaitun menggunakan jentolak di tanah milik rakyat Palestin di bandar Ya'bad, Tebing Barat. Sumber: Quds News Network t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Pihak berkuasa penjajah Israel sekali lagi memperbaharui perintah menghalang Mufti Besar Baitulmaqdis dan Palestin, Syeikh Muhammad Hussein daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan. Dar al-Ifta’ menjelaskan bahawa Syeikh Hussein merupakan antara tokoh rujukan agama terkemuka di Baitulmaqdis dan tindakan yang dikenakan terhadap beliau merupakan pencerobohan terhadap para ulama umat Islam secara keseluruhannya. Dar al-Ifta’ turut menegaskan bahawa pihak berkuasa penjajah Israel melalui tindakan tersebut bertujuan mengosongkan Baitulmaqdis daripada rakyat Palestin. Sumber: Assabeel t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Pengarah Agung Hospital Rehabilitasi dan Prostetik Hamad, Hamad Naeem, melaporkan bahawa jumlah mangsa amputasi di Semenanjung Gaza kini mencecah kira-kira 8,000 orang, termasuk 25 peratus kanak-kanak dan 12.5 peratus wanita. Beliau berkata, tiada bahan mentah untuk menghasilkan anggota prostetik dibenarkan memasuki Gaza sejak genosid bermula. Hospital itu hanya mampu menyediakan 135 anggota prostetik menggunakan bekalan yang sedia ada sebelum genosid. Sumber: Quds News Network t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menggunakan agensi yahudisasi dan peluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat sebagai sebahagian daripada kempen politik dan pilihan rayanya, dengan membentangkan peningkatan kehadiran penjajah Israel di wilayah Palestin sebagai tindak balas terhadap apa yang beliau sifatkan sebagai “keganasan”. Sumber: Quds News Network t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Israel menolak pelan 15 perkara bagi Gaza yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, melalui Board of Peace. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata Israel tidak akan berundur dari Gaza sehingga Hamas melucutkan senjata sepenuhnya. Sumber: Al-Jazeera t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Radio Tentera Israel: Benjamin Netanyahu dan Israel Katz bersetuju memulakan kerja-kerja pembinaan semula di timur Rafah. Keputusan Netanyahu dan Katz itu dibuat secara tertutup tanpa sebarang pengumuman rasmi. Sumber: Al-Jazeera t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Kementerian Kesihatan Gaza: Tiga pesakit kanser meninggal dunia setiap hari akibat ketiadaan rawatan khusus di hospital-hospital di Gaza. Sumber: Al-Jazeera t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Menteri-menteri ekstremis Israel menggesa Benjamin Netanyahu menyambung semula serangan ketenteraan berskala besar di Gaza dan menolak fasa kedua rancangan gencatan senjata Donald Trump. Menurut Israel Hayom, Bezalel Smotrich dan Orit Strook turut mahu menghalang pasukan penstabilan antarabangsa memasuki Gaza, meskipun penempatannya telah diluluskan Kabinet Keselamatan lalu. Sumber: Quds News Network t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Pejabat Penerangan Tahanan Palestin mendakwa Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, mengarahkan pentadbiran Penjara Negev merampas baki pakaian serta barangan peribadi milik tahanan. Menurut pejabat itu, naskhah al-Quran turut disita sehingga hanya sebuah al-Quran ditinggalkan bagi setiap blok yang menempatkan kira-kira 15 bilik tahanan. Mereka mendakwa para tahanan kini hanya memiliki pakaian yang dipakai. Pejabat itu turut memberi amaran bahawa keadaan di Penjara Negev semakin kritikal akibat kekurangan makanan, barangan kebersihan dan hukuman yang semakin ketat. Mereka menyifatkan situasi tersebut mengancam nyawa ratusan tahanan serta menggesa campur tangan segera masyarakat antarabangsa. Sumber: Assabeel t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran mengenai penularan wabak cacar air selepas merekodkan lebih 58,000 kes sejak awal tahun 2026. Menurut kementerian itu, keadaan kemanusiaan dan persekitaran yang semakin merosot, termasuk kesesakan penduduk serta tahap kebersihan yang buruk, mempercepatkan penularan penyakit tersebut. Sumber: Quds News Network t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
VIDEO | Anggota perunding Hamas, Ghazi Hamad muncul dalam rancangan Piers Morgan bagi menjelaskan mengapa Hamas bersetuju untuk melucutkan senjata. Lembaga Keamanan yang diketuai Amerika Syarikat menyatakan bahawa Israel akan berundur dari Gaza sebaik sahaja Hamas melucutkan senjata sepenuhnya. Bagaimanapun, serangan Israel terus mengorbankan puluhan penduduk di seluruh Gaza. Sumber: Al-Jazeera t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Kanak-kanak di Gaza cuba melepaskan diri daripada bahang panas musim panas di celah-celah runtuhan rumah mereka yang musnah, dengan menggunakan sedikit air untuk menyejukkan badan di tengah-tengah kepungan berterusan. Sumber: Quds News Network t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
INFO | Wartawan Al Jazeera: Tentera penjajah Israel melaksanakan operasi merobohkan bangunan di timur Kem al-Bureij, dalam kawasan yang berada di bawah kawalannya di tengah Semenanjung Gaza. Sumber: Al-Jazeera t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
VIDEO | Beberapa bulan selepas serangan Israel, jasad kanak-kanak di Gaza masih terus ditemukan di bawah timbunan runtuhan. Pasukan pertahanan awam terus mengeluarkan sisa-sisa jasad mereka dari bawah rumah yang musnah, malah ada yang masih mengenakan pakaian yang dipakai ketika mereka syahid. Sumber: Quds News Network t.me/PalestinKini2 #infoterkinipalestin
без подписи
без подписи
без подписи
INFO | Agihan makanan pertama untuk bulan Ogos. Ayuh terus bersama mereka. Teruskan bantuan anda di sini : https://tinyurl.com/Bantuan-Palestin
Raikan Jumaat yang mulia ini dengan Sedekah. Jom sedekah sekarang untuk saudara kita di Palestin : https://tinyurl.com/Bantuan-Palestin Sebar-sebarkan pada semua moga Allah memberkati usaha kecil kita dalam membantu pembebasan Palestin 🤲🏻. t.me/PalestinKini2