tgindex
Kuliah Umar Aziz

Kuliah Umar Aziz

Статистика

Berkongsi tentang Hayati Al-Quran

Последний пост
13 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
2
Всего постов
32
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
2 009
−1 за 4 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
149
32 постов
Вовлечённость
7,4%
к подписчикам
Постов в день
0,3
всего 32
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
76
1/48двое суток
87
1/72трое суток
93

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • 𝗝𝗔𝗦𝗔 𝗜𝗕𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗦 Kita mungkin mampu membelikan apa sahaja yang mereka perlukan, membawa mereka bercuti, memberikan hadiah dan menyediakan kehidupan yang selesa. Namun hakikatnya, kita tidak akan pernah mampu membalas seluruh jasa ibu dan ayah. Sejak kecil, mereka telah mencurahkan kasih sayang, masa, tenaga dan pengorbanan demi membesarkan kita. Allah SWT berfirman: «وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا» “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia semata-mata, dan hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.” (Surah al-Isra’: 23) Perhatikan susunan ayat ini. Allah SWT terlebih dahulu memerintahkan kita menjaga hubungan dengan-Nya dengan mentauhidkan dan menyembah-Nya. Kemudian, selepas itu Allah menyebut kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa. Ini menunjukkan betapa tingginya kedudukan ibu dan ayah dalam Islam. #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #PesanHadithUA

  • 𝗦𝗬𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗨𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔 Syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia, bukan kawan dan bukan penolong. Allah SWT berfirman: «إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا» “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah ia sebagai musuh.” (Surah Fatir : 6) Maka jangan sesekali kita mencari pertolongan daripada syaitan, jin, bomoh, tukang tilik atau mana-mana jalan yang bertentangan dengan syariat. Rasulullah ﷺ juga memberi peringatan: مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ‏"‏ ‏.‏ “Barangsiapa yang mendatangi tukang tilik lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam.” (Riwayat Muslim 2230) Mintalah pertolongan hanya kepada Allah SWT. Kerana pertolongan yang sebenar bukan datang daripada syaitan, jin atau bomoh tetapi daripada Allah, Tuhan yang memiliki segala sesuatu. #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #PesanHadithUA

  • 𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗡𝗜𝗞𝗠𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗢𝗟𝗔𝗛-𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari nikmat yang lebih besar, sehingga terlupa untuk mensyukuri nikmat yang sedang kita miliki. Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang pada waktu pagi berada dalam keadaan aman di tempat tinggalnya, sihat tubuh badannya dan mempunyai makanan untuk hari tersebut, maka seolah-olah telah dihimpunkan baginya seluruh dunia.” (Riwayat Tirmidzi 2346) Nikmat keamanan, iaitu dapat menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan tenteram tanpa rasa takut. Nikmat kesihatan pula bukan bermaksud tubuh bebas sepenuhnya daripada sakit, tetapi berada dalam keadaan baik secara umum dan masih mampu menjalani kehidupan. Begitu juga nikmat mempunyai makanan untuk hari tersebut, walaupun sederhana dan tidak mewah, asalkan mencukupi keperluan kita. #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #PesanHadithUA

  • 𝗦𝗨𝗡𝗡𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗦𝗔𝗙𝗜𝗥 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 Musafir merupakan satu perjalanan yang memerlukan persiapan, kewaspadaan dan pergantungan kepada Allah SWT. Rasulullah SAW tidak menyukai seseorang bermusafir bersendirian tanpa keperluan kerana ia lebih terdedah kepada bahaya, kesunyian dan kesukaran apabila berlaku kecemasan. Rasulullah SAW bersabda: الرَّاكِبُ شَيْطَانٌ وَالرَّاكِبَانِ شَيْطَانَانِ وَالثَّلَاثَةُ رَكبٌ "Seorang musafir sendirian adalah syaitan, dua orang musafir adalah dua syaitan, dan tiga orang musafir adalah satu rombongan." (Riwayat Abu Daud : 2607 & Tirmidzi 1674) Walaupun pada zaman ini perjalanan lebih selamat dengan kemudahan pengangkutan moden, adab dan sunnah bermusafir secara berjemaah tetap dianjurkan selagi mampu diamalkan. #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #PesanHadithUA

  • 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗡𝗬𝗔𝗪𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 Membunuh seseorang tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan dosa besar dan jenayah yang amat berat. Allah SWT menggambarkan betapa besarnya jenayah tersebut sehingga sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa hak, seolah-olah dia telah membunuh seluruh manusia. Pensyariatan diyat dan qisas pula menjadi bukti bahawa Islam tidak memandang ringan pertumpahan darah, bahkan kedua-duanya berperanan memelihara hak mangsa, membantu keluarga yang kehilangan tempat bergantung, menegakkan keadilan serta mencegah manusia daripada melakukan jenayah pembunuhan. Allah SWT berfirman: ﴿مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا﴾ "Sesiapa yang membunuh seorang manusia tanpa alasan yang benar atau kerana melakukan kerosakan di bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh seluruh manusia." (Surah al-Ma'idah: 32) #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #PesanHadithUA

  • 𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗗𝗶𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 🕋 Bukan semua yang berharta sudah sampai ke Baitullah. Dan bukan semua yang serba kekurangan terhalang daripada menjadi tetamu-Nya. Kerana rezeki untuk sampai ke sana bukan hanya tentang wang yang kita miliki, tetapi juga tentang izin, taufik dan jalan yang Allah SWT bukakan. Apabila Allah SWT mengizinkan, Dia akan mengatur perjalanan itu dengan cara yang paling indah.

  • 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 Tiada seorang pun yang akan masuk ke syurga hanya kerana amalannya semata-mata, bahkan semuanya berlaku dengan rahmat Allah SWT. Namun, rahmat Allah bukan diberikan tanpa sebab. Allah SWT sendiri menjanjikan bahawa rahmat-Nya sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. Oleh itu, janganlah kita berputus asa daripada beramal dengan alasan "syurga bukan kerana amalan". Sebaliknya, hendaklah kita memperbanyakkan amalan soleh, memelihara amalan fardu dan menghidupkan amalan-amalan sunat. Amalan yang ikhlas menjadi sebab seseorang meraih rahmat Allah, dan dengan rahmat itulah dia dimasukkan ke dalam syurga. Firman Allah SWT: إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan." (Surah Al-A'raf: 56) #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #PesanHadithUA

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • 🕋 𝗡𝗜𝗔𝗧 & 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗙 𝗪𝗔𝗗𝗔' Tawaf Wada' merupakan ibadah terakhir sebelum meninggalkan bumi Makkah sebagai tanda penghormatan kepada Baitullah. Oleh itu, setiap jemaah hendaklah melaksanakannya dengan penuh keikhlasan serta memahami perkara-perkara yang dibenarkan selepas selesai Tawaf Wada'. Antara yang dibenarkan ialah menunaikan Solat Sunat Tawaf, berdoa, minum air Zamzam, berzikir, membaca al-Quran, berehat sementara menunggu kenderaan, mengurus keperluan perjalanan serta urusan lain yang berkaitan dengan permusafiran sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama dan diputuskan dalam Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan. #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #TawafWada #Umrah #LabbaikTravel

  • 𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧, 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗨𝗜 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗦 Mengapakah manusia sanggup melampaui batas, melakukan kezaliman dan maksiat sehingga akhirnya dibinasakan? Antara puncanya ialah apabila dunia dijadikan sebagai matlamat utama kehidupan. Segala usaha, pemikiran dan cita-cita hanya tertumpu kepada dunia sehingga melupakan Allah SWT dan kehidupan akhirat. Islam tidak melarang kita bekerja, berniaga atau mencari rezeki. Namun, dunia bukanlah tujuan akhir perjalanan seorang mukmin. Dunia hanyalah jambatan menuju akhirat. Apabila dunia menjadi matlamat, manusia mudah terpedaya dan melampaui batas. Sebaliknya, apabila akhirat menjadi matlamat, dunia akan dimanfaatkan sebagai bekalan untuk bertemu Allah SWT.

  • без подписи

  • без подписи

  • 🕋 𝗧𝗮𝘄𝗮𝗳 𝗪𝗮𝗱𝗮' 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗸𝗸𝗮𝗵. Pastikan segala urusan seperti membeli-belah, mengemas bagasi dan persiapan pulang diselesaikan sebelum melaksanakan Tawaf Wada'. Selepas itu, hanya urusan yang berkaitan dengan permusafiran dibenarkan agar konsep Akhir Ahdi Bil Bait terus terpelihara. #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #LabbaikTravel #UmrahLabbaik

  • 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗨 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔𝗠𝗨 Di saat seluruh dunia meragui dirimu, ada seorang wanita yang tetap memilih untuk mempercayaimu. 𝗗𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝘂 🌹 Bukankah Sayyidatina Khadijah R.A. juga begitu? Tatkala wahyu pertama turun, ketika Rasulullah SAW pulang dalam ketakutan, Sayyidatina Khadijah R.A. tidak pernah meragui Baginda. Bahkan beliaulah insan pertama yang membenarkan dakwah Rasulullah SAW dan menjadi penenang di saat seluruh dunia belum memahami perjuangan Baginda. Wahai para suami, jangan pernah memperlekehkan wanita yang sentiasa berada di belakangmu. Mungkin dialah insan yang paling banyak berdoa untukmu, paling banyak memaafkanmu, dan paling banyak menyembunyikan kekuranganmu daripada pandangan manusia. Hargailah sebelum Allah menarik kembali nikmat yang selama ini sentiasa ada di sisimu. Allah SWT berfirman: وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ Maksudnya: “𝗗𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶-𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸.” (Surah An-Nisā' : 19)

  • 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗥: 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗜𝗞𝗛𝗟𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗣 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 Sabar bukan hanya diperlukan ketika menghadapi musibah, bahkan ia sangat diperlukan dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Sabar di awal ibadah membantu seseorang meluruskan niat agar benar-benar ikhlas kerana Allah. Sabar di pertengahan ibadah membantu melawan rasa malas, jemu dan gangguan syaitan. Manakala sabar selepas ibadah menjaga hati daripada penyakit riya', ujub dan suka menyebut-nyebut amalan yang telah dilakukan. Orang yang bersabar dalam ketaatan, maka Allah akan membimbingnya kepada keikhlasan dan menerima amalannya. Semoga Allah mengurniakan kepada kita kesabaran yang melahirkan keikhlasan dan menerima setiap amalan yang kita kerjakan. #UmarAziz #UA #VitalBook #VitalBookAcademyCentre #PerkongsianIlmuUA #PesanHadithUA

  • без подписи

  • без подписи