ﷺ
СтатистикаPerkongsian Bab: Dakwah Taklim Ibadah Khidmat Bina Fikir & Risau Rasulullah ﷺ dalam hidup
- Последний пост
- 28 июл.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 154
- 1/48двое суток
- 176
- 1/72трое суток
- 190
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Maaf ada kesalahan ejaan. Alhamdulillah Sy sudah perbaiki.
InshaAllah, Bagus kalian simpan penulisan ni, sebab banyak mujahadah sy kena disebabkan penulisan ni, iblis cukup benci. PERBEZAAN KUFUR & FASIK: KUFUR (Sombong) Meninggalkan solat dengan keadaan hati TIDAK sesal, sedih, serbasalah FASIK Meninggalkan solat dengan keadaan hati sesal, sedih, serbasalah Perbuatan fasik yang dilakukan dalam keadaan sombong (takabbur) itulah KUFUR. KUFUR ini lebih berat daripada SYIRIK sedangkan syirik itu diharamkan syurga untuknya apatah lagi KUFUR. Kerana itu ada sesetengah dosa dalam hadis sebut diharamkannya syurga sebagai contoh derhaka pada suami, derhaka itu adalah dosa besar maka dikategorikan sebagai fasik & jika ia dilakukan dalam keadaan sombong maka jatuh kufur (haram baginya syurga selamanya dalam neraka) Nauzubillahuminzalik Penting mohon maaf sama mak ayah, sama suami, minta ampun sama Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى disetiap kali dalam sujud solat fardhu. Kejahilan umat harini mereka sangka taubat tu kena solat sunat taubat sedangkan ia bukan rukun taubat, bawa rukun taubat dalam sujud solat fardhu itu jauh lebih baik. Wallahua’lam Aki Naszeri
Saya di tanya “ Kasihan orang orang yang dizalimi tak dapat tuntut hak mereka didunia, ada yang merogol & membunuh tapi terlepas, yang ditindas terus ditindas “ Sesungguhnya hukum Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى itu bukan untuk membela orang mukmin tapi merupakan Rahmat Allah bagi mereka yang berdosa, ya hukum syariat ini untuk orang orang yang berdosa capai pengampunan, bagi meringankan urusan mereka di akhirat kelak, mereka yang bersalah lari dari hukum Allah hakikatnya mereka tidak menang tapi mereka sendiri yang rugi. Dimana pembelaan sebenar orang mukmin? Dimana Allah ada bersama mereka, tempat paling adil & tempat memenuhi hak hak orang yang dizalimi. Tentulah akhirat. Padang mahsyar itu hadiah untuk orang mukmin, tempat paling adil, paling tepat, paling jelas & setimpal. Tiada siapa dapat terlepas, tiada siapa dapat sembunyi. Disinilah pembelaan, disinilah keadilan, disinilah kesaksian saksama. Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى itu Maha Mengetahui, Maha Teliti, Maha Adil, maka disinilah kegerunan bagi mana mana jiwa yang ada. Kita akan lihat ketelitian daripada yang Maha Teperinci. Bagaimana terperincinya Allah menciptakan segala sesuatu, maka kita akan lihat sedalam mana, sehebat mana Allah menyingkap satu demi satu & saat demi saat kehidupan itu. Disinilah kepentingan ibadah yang Rasulullah ﷺ ajarkan kepada kita, setiap amalan Rasulullah ﷺ itu menjadi benteng dialam mahsyar sehingga ke titian sirat. Inilah syafaat Rasulullah ﷺ Dan barang siapa yang tidak ada ibadah akan diazab dalam tempoh yang lama, sesaat didalam azab lebih buruk daripada segala kesakitan & sengsara dunia. Dan kunci pengampuanan & Rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى itu adalah tidak syirikkan Allah & tidak kufurkan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى Mana-mana hamba Allah yang tidak pernah kufur & syirikkan Allah dalam hidupnya tidak kira ia dari agama samawi apa sekali pun, inshaAllah pengakhiran mereka akan masuk kedalam syurga dengan Rahmat Allah. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 1. Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. 2. Allah tempat bergantung segala sesuatu. 3. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. 4. Dan tiada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. (al Ikhlas: 112:1-4) Inilah akidah agama samawi, barang siapa berpegang kepada akidah ini inshaAllah wajib syurga untuknya, setelah dihapuskan dosa besar mereka dengan bakaran azab neraka (sekiranya ia meninggal tanpa taubat) رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ “ Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami dari azab neraka. “ (al Baqarah: 2:201) Wallahua’lam Aki Naszeri
1. Jangan sesekali syirikkan Allah kerana itu kunci syurga, sekalipun ia penzina & mencuri. Semua dosa besar boleh dihapuskan dengan azab kecuali dosa syirik & kufur. 2. Jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu, kerana ia penutup seluruh pintu neraka, sebesar mana dosamu solat akan mengugurkannya (kecuali dosa sama manusia, ini hanya dengan perantaraan perbanyakkan sedekah) Sedekah tidak semestinya dengan harta, sedekah boleh disalur dengan khidmat, sebarkan ilmu & sampaikan dakwah, Ini semua AMALAN SEDEKAH yang lebih besar daripada harta dunia (tunaikan hak saudara) ♥️ TAHUKAH KAMU bila waktu terbaik untuk bertaubat? Waktu terbaik taubat itu setiap kali di sujud solat 5 waktu. Rukun taubat itu ada 3: • Sesali akan dosa besarmu • Niat berhenti dari melakukannya • Azam meninggalkannya Bawa 3 lintasan rukun taubat ini pada setiap kali sujud dalam solat fardhu, kerana kita tidak tahu di waktu mana ajal kita ditetapkan, Maghrib, Isyak, Subuh, Zohor atau Asar. Imam Ghazali رضي الله عنها berkata Kufur itu lebih besar dari syirik, kerana kufur itu adalah fasik yang disertakan kesombongan. Menolak asas iman & rukun dengan sifat Takabbur (sombong) itulah Kufur. Mereka yang melakukan hal syirik & kufur haram keatasnya syurga sampai bila-bila. 📌📌📌 IBLIS BOLEH MASUK SYURGA KERANA IA TIDAK SYIRIKKAN ALLAH سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى TAPI… Ia tetap melakukan Kufur (menolak perintah Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى untuk sujud kepada Adam عليه السلام dalam keadaan ia mengetahui bahawa itu perintah Allah, ia berilmu & memahami kewajipannya maka ia telah melakukan KUFUR, di HARAMKAN keatasnya syurga) SOMBONG (takabbur) itu ADALAH kekufuran. Iblis tidak ingin sujud kepada Nabi Adam عليه السلام kerana hatinya sombong. Iblis mengunakan alasan tidak boleh sembah selain daripada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى ( Sedangkan hatinya tidak ingin sujud kerana tiada kemuliaan yang ada pada Adam عليه السلام ) Ini hanyalah ujian keimanan bagi iblis, ujian keikhlasan untuk iblis yang telah beribadah kepada Allah selama ini. “ Apakah mereka mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: ‘ Kami telah beriman, ‘ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang berdusta. “ Apakah itu ikhlas? Ikhlas itu adalah usaha meninggalkan perhatian kita terhadap ganjaran/pahala amalan tanpa meninggalkan amalan. “ Memulakan amalan dengan mengetahui ganjaran amal & teruskan beramal tanpa mengejar pahala amalan. “ Begitulah akidah kita dalam melakukan usaha: Mengetahui natijah dari asbab usaha & berusaha dengan i’tiqad bahawa Allah yang memberi rezeki tanpa memikirkan lagi bahawa apa natijah usaha tersebut. Redha itu pula adalah meredhai segala ketetapan Allah keatas kita. Apakah itu QADA & QADAR? Qadar itu adalah takdir yang tidak boleh diubah & Qada pula adalah sesuatu yang sedang berlaku & boleh diubah dengan perantaraan amalan. Seluruh Qada & Qadar adalah dari khazanah ilmu pengetahuan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى Dan Allah tahu apa yang kita pilih, apa yang kita korban, apa yang kita harap, hajat, apa yang kita imani, apa yang kita citakan. Dunia ini terbuka bagi manusia buat pilihan sama ada mahu TAAT atau mahu KUFUR. Dan hebatnya Allah, Allah tahu apa yang akan kita pilih, dunia ini hanyalah tempat saksi & bukti di zahirkan, segalanya akan menjadi hujah menentukan dimana kedudukan kita.
без подписи
SANAD ITU SEBAHAGIAN DARIPADA AGAMA. Sanad itu asbab pertama pekara itu menjadi sahih, kuat teguh & terputusnya sanad itu menjadi punca lemah atau daif. Sanad itu penghubung, perantaraan. Kerana apa nak berilmu perlu guru? Kerana dengan perantaraan guru itu ilmu kita jadi sahih. Guru yang belajar dengan guru yang benar sanadnya bertemu dengan sanad Rasulullah ﷺ. Disini wujudnya keberkahan, kekuatan. Inilah dalil bahawa tawasul itu adalah sebahagaian dari islam. Apa makna TAWASUL al‑wasīlah (الوسيلة) Penghubung, wasilah, perantaraan yang bersambung. (The Connection) Bukan sahaja ilmu kita perlu ada perantaraan yang bersambung, Rohaniat juga perlukan perantaraan bersambung, Mencapai keberkahan Rasulullah ﷺ juga kita perlu mencapai perantaraan yang bersambung, begitulah doa. Doa terus kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى itu baik tapi doa dengan perantaraan bersambung itu jauh lebih baik kerana ia sebahagian daripada iman & islam. Satu orang yang belajar sendiri tanpa guru itu baik, tapi belajar dengan guru itu jauh lebih baik. Solat sendirian itu baik tapi solat berjemaah dengan Imam itu jauh lebih baik. MEYAKINI akan pekara yang tidak mampu kita lihat tapi kita tahu & kita rasai akan jasbah perantaraan sambungannya itulah kita panggil ROHANIAT. UMAR رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ MEMEGANG TANGAN SAHABAT رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ YANG BARU PULANG DARI ZIARAH MAQAM RASULULLAH ﷺ “ Apabila berlaku kemarau pada zaman Umar, beliau keluar bersama orang ramai lalu berdoa dengan bertawassul melalui al‑‘Abbas bin Abdul Muttalib. Umar berkata: ‘Ya Allah, dahulu kami bertawassul kepada‑Mu dengan Nabi kami, lalu Engkau menurunkan hujan. Sekarang kami bertawassul kepada‑Mu dengan bapa saudara Nabi kami, maka turunkanlah hujan.’ Lalu hujan pun turun. “ (Hadis Riwayat al‑Bukhari) Baca Quran dengan hafalan itu baik, tapi baca quran dengan terus melihat mushaf al Quran itu jauh lebih baik, melihat ayat Quran itu sahaja dapat pahala apatah lagi membacanya dengan tadabur ayatnya sekali, semakin kuat perantaraan jiwa kita dengan al Quran, semakin connection kita dengan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلاً “ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima. “ Wallahua’lam Aki Naszeri
без подписи
“ JALAN YANG TERBAIK UNTUK SATUKAN UMAT INI HANYALAH SATU, MEREKA SEDIAKAN DIRI MEREKA UNTUK KELUAR KHURUJ DALAM SATU JEMAAH YANG SAMA BERTEMU ORANG ISLAM “ InshaAllah, ini adalah sebaik baik amalan yang menarik Rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, asbab sedekah jariah kita berpanjangan bila kita mati kelak. Sedekah yang paling besar & berkekalan itu bukan wang tapi agama, kerana agama benar itu tidak akan rosak, tidak akan musnah, tidak akan binasa selagimana tidak diangkat nyawa alam ini dengan izin Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى InshaAllah Aki Naszeri
SEMAKIN JAUH KITA DENGAN RASULULLAH ﷺ SEMAKIN TERPAKSA KITA BERLAKU BID’AH Pada zaman Rasulullah dahulu, Para Sahabat رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ orang mukminnya SANGAT mahir bab akidah, arif & fuqahah, yang jadi alim rujukan diantara mereka adalah ahlul tasawuf, mereka yang sangat mendalami ilmu agama sehingga ke dalam isi ilmu itu sendiri mereka mampu faham, kerana itu zaman mereka tak ada himpunan Quran, himpun hadis, himpun pandangan, tiada usaha dirikan usul asas akidah & lain2 kerana dalam diri mereka sendiri sudah ada asas agama yang teguh. Semua ilmu ini ada dalam Quran, Solat & Cara Hidup Rasulullah ﷺ SETELAH RASULULLAH ﷺ WAFAT BERMULANYA Zaman sahabat رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ dimana mula mula di himpunkan adalah al Quran, puncanya kerana ramai para Hafiz wafat akibat jihad qital. KEMUDIAN Zaman tabi’in ilmu yang dihimpunkan adalah hadis & pandangan Fiqh, kerana ramai para Sahabat رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ mula wafat. Bahkan zaman ni ramai orang munafik ada adakan hadis untuk dapatkan pengaruh & pengikut (murid) Zaman tabi’ut & tabi’in pula ulamanya himpunkan seluruh hukum fiqh. Kemudian barulah dihimpunkan & disusun asas akidah. Sifat sifat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى ini bertujuan untuk umat jadikan sempadan iman tauhid mereka. Bukan untuk umat berpecah belah. Tapi untuk umat bersatu dalam bentuk akidah yang sama. Yang membuatkan manusia itu berpecah kerana apa? Kerana syaitan tidak menyukainya. Syaitan ni ada dua jenis dari kalangan Jin & dari kalangan Manusia. MEMBAHASKAN ZAT ALLAH ITU ADALAH BID’AH Kenapa manusia boleh mula saling kafir & mengkafirkan? Kerana mereka sedang berdiri di atas ijtihad & mereka rasa apa yang mereka perjuangkan itu benar & sungguh untuk menyelamatkan iman umat! Tujuan mereka murni tapi perbalahan mereka menarik Rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى untuk kedua dua mereka, tiada siapa betul atau salah, pergaduhan itu sendiri punca dua dua jadi bersalah. Kerana apa pergaduhan itu boleh berlaku? Kerana ia melampaui batasnya. Akidah tauhid ni pada mulanya dibahas untuk menentukan sempadan iman tauhid kita, bukan seperti ijtihad ibadah, yang mana mesti kena ada keputusan. Ia adalah tentang Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى Bukankah Rasulullah ﷺ telah berikan peringatan tentangnya? Rasulullah ﷺ bersabda: “Berfikirlah tentang ciptaan Allah, dan jangan berfikir tentang zat Allah.” (Riwayat al-Tabarani) Hassan Apabila manusia berbalah mengatakan kalamullah. Kalam yang dimaksudkan dari siapa? Jika dari Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى maka cukup sampai disitu jangan dibahaskan lagi. Kita sendiri faham bila sebut Rahmat Allah, Redha Allah, maka ia dari Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. Usul & Asas Iman Tauhid Islam itu adalah: “ Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa, Allah tempat bergantung, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya. “ (Surah al-Ikhlas) Rasulullah ﷺ menjelaskan rukun iman: beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhir, dan qada’ qadar. Hadis Jibril (Riwayat Muslim) Yang selalu jadi perdebatan sehingga tercabutnya Rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى pada umat ini adalah: “ Dimana Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berada, Kalam Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, Arasy Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, Hikmah Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى, serta Pandangan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. Ini semua merupakan Zat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى. “ “Istiwa’ itu diketahui maknanya, kaifiyatnya tidak diketahui, beriman dengannya wajib, bertanya tentangnya bid‘ah.” (Imam Malik) Kerana Allah orang awam banyak jadi gila hujah, berbalah dan mengkafirkan sesama mereka? Kerana ulamanya hari ni terlalu meringan ringankan hal yang lebih utama & sibuk habiskan usia mereka untuk hal yang tidak utama. Saya ada banyak pekara & isu nak diulas dan tegur jabatan jabatan agama harini. Banyak saya nak bahaskan tapi saya lemah, inshaAllah satu saat nanti saya akan kemukakan. Sungguh KERAJAAN ISLAM HARINI DALAM ISTIDRAJ 😔
без подписи
“ CARA BENTUK ANAK BERHADAPAN DENGAN SUASANA DUNIA SEKARANG “ Dunia sekarang dosa sudah jadi suasana, bahkan kemungkaran, kezaliman, kejahatan, segala yang buruk disetiap sudut anak kita. Sukar nak elak, sukar nak bendung. Melarang bukan salah satu cara yang terbaik untuk mereka, kerana mereka perlu ada asas persediaan, macam mana nak hidup dalam suasana keruntuhan akhlak & iman. TIADA CARA LAIN MELAINKAN ISLAM. BENTUK AKAL MEREKA DENGAN ILMU ASAS Didik mereka ilmu asas akidah & fardhu ain seperti kebersihan, solat, halal haram, adab. Ia wajib jadi sebahagian dari hidup mereka, ilmu ini bentuk akal mereka cerdik dalam menilai & berfikir. BENTUK SIFAT MEREKA MELALUI SOLAT Ajarkan mereka kepentingan solah! Solah & Sujud adalah hal utama selepas iman, Manusia rosak sebab mereka rosakkan solat mereka, mereka rosakkan hubungan mereka dengan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى BENTUK HATI MEREKA Manusia jadi stress, anxiety, depression sebab apa? Sebab penyakit ain, sebab akidah lemah, kurang bagi masa belajar bab iman. Bab iman ni kita kena cakap hari-hari, kena dengar hari-hari baru iman meningkat, depression tu sebab hati kita terkesan dengan penyakit ain. Lagi kita showoff sama manusia & umum lebih besar kesan ain pada hidup kita. BENTUK YAKIN MEREKA MAKSUD KITA HIDUP Maka ajar anak asas iman, cerita bab iman pada mereka contoh cerita tentang kebesaran Allah, kehebatan Allah, bab syurga neraka, alam akhirat, pahala dosa, syaitan malaikat, segala bab ghaib yang diceritakan dalam Quran Hadis. Harini anak anak cintakan phone/ipad kerana mak ayah mereka cintakan pekara itu dimata mereka. ILMU CEGAH PENYAKIT HATI Ajar anak tentang privasi, jangan showoff (menunjuk/perbuatan riya) banyakkan zikirullah puji Allah merupakan cara suci hati & diri dari penyakit ain. HADIRKAN SUASANA CINTAKAN ILMU Ajar anak iqra, wujudkan kepentingan bacaan quran, kemanisan baca quran. Kita kena mulakan dulu supaya kita boleh ajar anak kita. Bukan kita suruh anak baca tapi kita tak belajar. HUBUNGKAN HATI KITA & MEREKA DENGAN RAHMAT MELALUI SELAWAT Jadikan zikir ringkas lepas solat tu suasana keluarga & amalan selawat tak lekang pada lidah mak ayah. Selawat ni asbab barokah, apa sahaja yang disertakan dengan selawat hal itu akan jadi berkat, kerana itu setiap doa pasti diakhiri dengan selawat. Selawat itu tajamkan naluri hati, naluri baik ini penting. HUBUNGKAN ANAK DENGAN FIKIR AGAMA, HUBUNGKAN MEREKA DENGAN MASJID (bagi lelaki) Cukup umur anak masuk menengah ajak mereka keluar 3hari, habis sekolah ajak keluar 40hari. Ini ajar discipline & bentuk fikir anak kearah fikir risau agama, fikir umat, ihsan, mahabbah, kasih sayang pada umat & cintakan masjid. INILAH PERSEDIAAN & IKHTIAR BARULAH CUKUP SYARAT UNTUK TAWAKAL InshaAllah anak anak tahu beza baik buruk dunia sekarang setiap penjuru hal tak baik, susah kita nak bendung mata mereka, fikiran mereka kalau tak ada asas amalan rohani & akidah. ADAB & AKHLAK Mak ayah kena beradab, suami kena ajar anak adab, isteri kena muliakan suami supaya anak pun belajar muliakan ayah & ibunya, anak anak akan hormat mak ayah akan jadi beradab bila mak ayah beradab, adab lebih mahal dari ilmu dengan adanya adab hati mudah terima ilmu, faham ilmu. Libatkan anak anak dengan khidmat mak ayah, buat kerja rumah, khidmat ini akan membentuk anak beradab, berakhlak & tawaduk. Kesan bila isteri kurang khidmat suami mereka akan susah nak hormat suami. Kerana itu sahabiah ramai banyak habiskan masa dengan khidmat suami. Kita mudah hormat mak ayah kerana kita dibesarkan dengan khidmat mereka. InshaAllah Aki Naszeri
без подписи
“ SHARE DEKAT PASANGAN PERINGATAN BERSAMA “ Bila suami tak nak bagi nafkah makan minum & sediakan tempat tinggal untuk isteri, jelas suami ini dayus. Tak kiralah isteri tu macam mana sekali pun kalau dia tak biadab dengan kita, tunaikan nafkah batin suami walaupun dalam merajuk, suami tetap kena tunaikan nafkah mereka kalau tak mampu kena kira hutang dengan isteri dah mampu kena bayar hutang nafkah tu. Macam tu juga dengan isteri tak kira macam mana marah & geramnya kita dengan perangai suami tetap tak boleh derhaka (nusyuz) sama suami, bila suami panggil wajib tinggalkan apa yang kita buat pergi depan dia dengan adab, wajib sahut panggil suami walaupun masa tu tengah solat, wajib minta izin kalau nak puasa, nak sedekah, nak keluar rumah kalau tak minta izin setiap langkah kaki kita tu malaikat doakan lakhnat, doa malaikat makbul tak ada hijab. Macam mana seorang murid beradab sama gurunya, Macam mana seorang anak beradab sama ibu ayahnya, Berkali ganda adab seorang isteri sama suaminya. Penting pilih calon suami yang jaga solat, ada asas agama, akidah benar, minat belajar ilmu agama (Syari’i : Quran, Hadis & Ijmak Sahabat رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ, Tabi’in & Tabi Tabi’in) selain daripada ijmak ini dhaif, kena hati hati. Elakkan cari calon suami yang akidah rosak, tak jaga solat, kalau solat pun dia tak jaga apa lagi nak jaga anak Isteri pasti berat, jika dengan Allah pun mereka sombong & derhaka apatah lagi sama manusia, penting cari calon yang belajar agama yang betul, jangan ambil yang belajar hukum bercanggah dengan sunnah wal jamaah. Tapi kalau dah terkahwin dengan suami jahil tak solat, kena banyak sabar ulama bagitahu pasangan yang terkahwin dengan pasangan jahil & tiada adab ni sebab Allah nak ampunkan dosa kita, kadang kita pernah buat salah sama mak ayah kita, kadang dulu kita pernah kutuk rumahtangga orang, kita pernah buruk burukkan pasangan orang jadi Allah bayar balik untuk tegur hati kita supaya terkeluar sifat sombong & riya dalam berhadapan dengan pasangan. Tak kira berapa besar salah pasangan kita, bertapa jahil suami kita, bertapa biadabnya isteri kita Allah nak bagi asbab supaya kita bangun malam doakan hidayah petunjuk untuk diri kita, pasangan kita, doa minta sakinah, mawaddah, warahmah dalam rumahtangga kita. Doa dengan perasaan takut & harap, takut takut dekat akhirat kena azab sebab tak tunaikan hak dalam rumahtangga sungguh2, harap harap Allah perbaiki diri kita ampunkan dosa kita yang dulu dulu, doa minta pasangan kita diberi hidayah, inshaAllah pasti & pasti Allah kabulkan. Cuba tinggal kita je nak atau tak nak buat. InshaAllah Moga bermanafaat. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Aki Naszeri
без подписи
Rasulullah ﷺ bersabda “ Pada hari kiamat apabila Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى mengumpulkan manusia seluruh dunia di satu tempat maka akan diseru: " Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى sama ada dalam keadaan gembira atau dukacita? “ Satu kumpulan kecil akan bangun dan masuk syurga tanpa hisab. Kemudian akan diseru lagi, “ Di manakah mereka yang pada waktu malam berada jauh dari tempat tidur dan mereka mengingati Tuhan mereka dengan perasaan takut dan harap? “ Maka satu kumpulan kecil bangun dan masuk syurga tanpa hisab. Kemudian akan diseru lagi, “ Di manakah mereka yang perniagaan & jual beli tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى ? “ Lalu satu kumpulan kecil akan bangun & masuk syurga tanpa hisab. Selepas itu, barulah hisab akan dimulakan untuk orang lain. (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman, Dinilai oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah sebagai hasan li ghayrihi)
📌 “ 3 PEKARA YANG MELAYAKKAN SESEORANG ITU MASUK SYURGA TANPA HISAB “ • Mereka yang berzikir (mengingati Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) dalam susah & senang, ketika diberi musibah & nikmat. • Mereka yang banyak bangun solat malam dengan perasaan Takut & Harap. • Mereka yang tidak dilalaikan oleh Perniagaannya & Hartanya. (Mereka tinggalkan perniagaan, kerja, hartanya sebelum/ketika azan) رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ “ (Iaitu) orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, mendirikan solat, & menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. “ TAKUT & HARAPLAH KEPADA ALLAH سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى sama ada dalam kita susah/senang, pada masa sibuk/lapang. ALLAH CIPTAKAN DUNIA UNTUK KITA PILIH AKHIRAT ALLAH BERIKAN HARTA UNTUK KITA PILIH INFAQ ALLAH BERI SIFAT MARAH UNTUK KITA BENTUK SIFAT SABAR ALLAH BUKA RUANG HUTANG UNTUK KITA BELAJAR JADI AMANAH ALLAH KURNIAKAN PERKAHWINAN UNTUK KITA PILIH BERTANGGUNGJAWAB Hutang tak salah yang salah hutang tapi tak ikut syariat, Begitu juga dengan perkahwinan, Sama ada monogami / poligami tak salah yang salah kahwin tapi tak ikut syariat. UNTUK SUAMI Membimbing isteri itu bukan sahaja memberi nasihat secara hikmah, Membimbing emosi mereka juga sebahagaian dari tuntutan, itulah namanya nafqah batin (hal yang tak nampak) Batin itu adalah Imannya, syahwatnya, akalnya, emosinya, keinginannya, akidahnya ini semua hal batin. Manakala zahir itu adalah makan minumnya, kesihatannya, keperluannya, pelindungannya, sentuhannya dan segala hal yg disyariatkan Allah kepada kita. Allah beri tanggungjawab sama lelaki kerana bila lelaki itu bertanggungjawab syurga dimudahkan baginya. UNTUK ISTERI Begitu juga diberikan tanggungjawab sama isteri menunaikan hak lelaki zahir & batinya, menghormati & memuliakan suami kerana Allah maka dimudahkan baginya masuk mana mana syurga yg ia mahu sekali pun syurga yg teratas. 🔞Hubungan tubuh dalam rumahtangga jangan diambil ringan. Kita nampak tak ada apa apa kesan pada diri & rumahtangga, tapi ada Rahmat Allah padanya, melalui hubungan tubuh inilah asbab Isteri hati batu boleh jadi pemaaf, marah membara boleh mekarkan kebahagiaan, suami keras hati boleh jadi lembut hati, suami boleh tunduk pandangan jaga pandangannya, isteri boleh lemah lembut rasa dihargai. Hubungan tubuh ni kita kena usahakan sekalipun kita tak suka suami kita tapi amanah Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى pada kita, dayus bila suami tak nak bagi Isterinya makan minum dengan sengaja, dayus bila suami biarkan isterinya dedahkan aurat, dayus suami itu bila mana tidak tegur Isteri melakukan dosa. Begitulah nusyuznya isteri itu bila mana taknak tunaikan hak suaminya dengan sengaja, suami panggil sengaja biadab & derhaka. Hubungan badan jangan diambil ringan, kerana hubungan badan ini bila dapat dekat orang lain rumahtangga 20tahun pun boleh ranap sekelip mata. Isteri kata tak mampu layan suami elok sebab marah dengan sikap suami, kena muhasabah bagaimana wanita luar boleh layan lelaki yang dia sendiri tak cintai, bahkan ada wanita luar boleh buat segalanya hanya untuk wang, mengapa tidak untuk Rahmat & Keredhaan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى Wahai suami amanah yang diberikan kepada mu bakal menjadi beban & penyesalan di akhirat mu. Kalian tak layak jadi suami jika tidak ada keinginan untuk bertanggungjawab, suami yang rosak itu kerana rosaknya iman & solah, Orang yang tak solat itu orang yang tak miliki iman. Mustahil suami yang tak miliki iman itu mampu membimbing isterinya dengan keimanan. Bertaubatlah & peliharalah solahmu. Wallahua’lam Aki Naszeri
без подписи
“ ORANG YANG TIADA PERASAAN TAKUT & HARAP MEREKA TAK AKAN DAPAT MERASA RAHMAT ALLAH DI MAHSYAR KELAK “ Jahat mana sekali pun kita jangan sesekali ada dalam hati rasa selesa, rasa senang dengan dosa yang kita buat. Jahat mana sekali pun kita jangan sesekali…
“ ORANG YANG TIADA PERASAAN TAKUT & HARAP MEREKA TAK AKAN DAPAT MERASA RAHMAT ALLAH DI MAHSYAR KELAK “ Jahat mana sekali pun kita jangan sesekali ada dalam hati rasa selesa, rasa senang dengan dosa yang kita buat. Jahat mana sekali pun kita jangan sesekali pun kita tak ada usaha, tak mencari cari jalan untuk keluarkan diri kita dari dosa yang kita amal. Jahat mana sekali pun kita jangan sesekali kita hilang perasaan takut dengan kemurkaan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى Orang yang dapat pengampunan Allah itu bukanlah orang yang selesa dengan dosa besar dengan alasan Allah Maha Pengampun. Orang yang matinya dalam Rahmat Allah itu bukanlah orang yang sengaja tak nak keluarkan diri cari jalan taubat dengan alasan Allah akan beri jaminan mereka sempat taubat sebelum mati. Orang yang begini mereka mencabar Allah, mereka sangka mereka boleh atur taubatnya sebelum mati, mereka sangka mereka taubat dah tapi hakikat taubat itu adalah perasan sesal & sedih akan dosa besarnya yang dibawa sampai kemati, orang yang bertaubat itu mereka sungguh sungguh keluarkan dirinya dari dosa besar, bukan solat sunat 2 rakaat taubat, taubat itu adalah sesalan yang hadir dari hati & azam nak tinggal amalan dosa ni, dua pekara ni kena bawa sampai akhir hayat. Semua imam mazhab berpandangan orang yang dosa besar sebab tinggalkan solat kena qadha solat dia sampai akhir hayat (jika hutang solatnya terlalu banyak) usaha tunaikan sungguh2 sampai hayat tiba, kita tak tahu bila kita mati. Orang yang tiada sesalan dan rasa Allah akan ampunkan dia diakhirat, dia gunakan alasan masuk syurga dengan Rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى bukan dengan amal, jadi dia tak nak taat perintah Allah, dia tak nak taubat sungguh2, ini adalah orang yang sombong bodoh. Takutlah kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى “ KERANA TAUBAT NASUHA ITU ADALAH PERASAAN TAKUT & HARAP “ Dari Abu Hurairah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Rasulullah ﷺ bersabda “ Sekiranya seorang mukmin mengetahui azab yang ada di sisi Allah, nescaya tiada seorang pun yang mengharap syurga-Nya. Dan sekiranya seorang kafir mengetahui rahmat yang ada di sisi Allah, nescaya tiada seorang pun yang berputus asa daripada syurga-Nya. “ (HR. Muslim, no. 2755) Wahai orang mukmin TAKUT & HARAPLAH kepada Allah ketika beramal, Wahai orang fasik/munafik bersungguh sungguhlah dengan perbanyakkan amalan kepada Allah. Wallahua’lam Aki Naszeri CARA LEMBUTKAN HATI YANG KERAS, HATI YANG DEGIL, HATI YANG SOMBONG, ADALAH “ PERBANYAKKAN SELAWAT “ Insha Allah
без подписи