Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
СтатистикаPerkembangan Terkini Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
- Последний пост
- 7 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 23
- Тип
- открытый
- Язык
- und
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 1 884
- 1/48двое суток
- 2 159
- 1/72трое суток
- 2 328
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
Semoga Allah ﷻ memelihara kita daripada menzalimi sesiapa dan menjadi peringatan serta muhasabah buat kita semua. Sama-sama hadir ke Darul Murtadza Berselawat pada malam ini untuk kita ambil ibrah dan keberkatan bersama. #sekilasmtdm #yayasanarriayah #majlistaalimdarulmurtadza
Zikir-zikir yang amat dianjurkan dibaca selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib khususnya ada dua: 1. لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيرٌ Dibaca 10 kali sebelum kaki kita berubah dari duduk tasyahud (tahiyyat akhir). Al-Imam Nawawi ada menukilkan hadith tentang amalan ini, bahawa orang itu akan berada dalam perlindungan Allah ﷻ sehingga waktu petang jika dibaca pagi, dan dalam perlindungan Allah ﷻ sehingga waktu pagi jika dibaca malam. 2. اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ Dibaca 7 kali, barang siapa membacanya maka akan dilindungi oleh Allah dari api neraka. Semoga Allah ﷻ melindungi kita dari api neraka. Amin.. - Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ___________________ Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq Maybank - 5640 1663 7026 (Yayasan Ar-Ri’ayah)
без подписи
Al Imam Abu Hanifah, gurunya bernama Hammad. Rumah gurunya berada berdekatan dengan rumah Imam Abu Hanifah. Katanya, “Aku tak pernah menghulurkan kaki aku ke arah rumah guruku itu (Hammad)”. Semoga perkongsian ini menjadi peringatan dan manfaat buat kita semua. Dijemput hadir beramai-ramai malam ini ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza. Semoga Allah ﷻ membuka pintu kefahaman dan diisi waktu kita dengan perkara bermanfaat serta mengistiqamahkan kita di jalan-Nya. #sekilasmtdm #yayasanarriayah #majlistaalimdarulmurtadza
Di dalam hadith riwayat Bukhari disebutkan: “Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyidu iIstighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”. Disebutkan sebagai penghulu bagi segala istighfar kerana fadilatnya yang terlalu besar berbanding istighfar yang lain. Jaminan yang jelas dari Allah ﷻ bagi yang membacanya untuk masuk ke Syurga dengan zikir Sayyidul Istighfar yang dibaca dua kali sehari (waktu pagi & petang). Zikir ini ada dalam susunan Imam Abdullah Bin Al-Haddad iaitu Wirdul Latif yang juga diamalkan pada waktu pagi & petang. - Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ___________________ Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq Maybank - 5640 1663 7026 (Yayasan Ar-Ri’ayah)
Kadangkala kita lihat ada orang banyak ibadahnya, namun kesan ibadah yang perlu diperhatikan. Kesan ibadah itu bergantung kepada kadar khusyuk, ikhlas, serta ma’rifah (pengenalan yang sebenar) seseorang kepada Allah ﷻ. Orang khawarij dan mu’tazilah juga beribadah kepada Allah ﷻ. Disebutkan dalam hadith bahawa golongan khawarij membaca Al-Qur’an tidak melebihi kerongkongan, dan mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya. Ibadahnya ada, keberkesanan ibadah tiada. Apakah kesan kepada ibadah? Ma’rifatullah (kenal Allah ﷻ). Destinasi yang dicari dalam setiap ibadah (termasuk juga zikir) adalah ma’rifatullah. - Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ______________________ Infaq untuk pendidikan: ezy.la/semanisinfaq Maybank: 5640 1663 7026 #yayasanarriayah #kalamhabibalialhamid
Kunci Selamat Di Zaman Fitnah. Apabila ditanyakan kepada Baginda ﷺ bagaimana mahu selamat (ketika fitnah terjadi), Baginda ﷺ menjawab: أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وَابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ 1. Jagalah lidahmu 2. Buatkan rumahmu terasa luas bagimu (merasa tenang di rumah) 3. Tangisilah atas dosa-dosamu (Hadis Hasan Riwayat At-Tarmizi) Maksudnya apa? Jaga mulut, jangan komen lagi-lagi pada perkara yang kita tidak ketahui. Yang kedua, jaga rumahmu dari fitnah memasukinya supaya kamu dan orang yang ada di rumah selamat daripada fitnah. Bagaimana nak jaga? Dengan solat, zikir, khusyuk, bacaan Al-Qur’an, hidupkan suasana iibadah di dalam rumah. Yang ketiga, tangisi dosa kamu. Jangan tengok hal orang lain. Kamu tidak dituntut untuk menyelesaikan masalah orang, tidak dituntut menyelesaikan dosa orang, fokus pada dosamu daripada sibuk mencari atau melihat kesalahan orang lain. Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ______________________ Infaq untuk pendidikan: ezy.la/semanisinfaq Maybank: 5640 1663 7026 #yayasanarriayah #kalamhabibalialhamid
без подписи
Ada orang bangga dengan sedekahnya sedangkan dia salah dalam cara bersedekah. Keluarga terdekat yang miskin tak diberi (sedekah), orang yang tidak dia kenali dan tak ketahui hidupnya di mana dan bagaimana, dia beri (sedekah). Sedangkan keluarga terdekat ada yang miskin, lapar, mungkin ada anak yang tidak belajar, dan perlu bantuan daripada kita. المتعدي في الصدقة كمانعها “Orang yang bersedekah kepada orang jauh, sementara keluarga terdekatnya (iaitu miskin dan layak untuk diberikan keutamaan dalam bersedekah), sama seperti orang yang tidak bersedekah.” (HR Abu Daud) Apa sebab? Mendahulukan orang lain berbandingkan kepada keluarga yang susah. Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ______________________ Infaq untuk pendidikan: ezy.la/semanisinfaq Maybank: 5640 1663 7026 #yayasanarriayah #kalamhabibalialhamid
Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya untuk rapat dengan para Ulama’: يَا بُنَيَّ جَالِسِ الْعُلَمَاءَ ، وَزَاحِمْهُمْ بِرُكْبَتَيْكَ ، فَإِنَّ اللَّهَ يُحْيِي الْقُلُوبَ بِنُورِ الْحِكْمَةِ ، كَمَا يُحْيِي اللَّهُ الْأَرْضَ الْمَيْتَةَ بِوَابِلِ السَّمَاءِ "Wahai anakku, duduklah bersama para Ulama' dan rapatkan lutut kamu dengan lutut mereka. Sesungguhnya Allah ﷻ menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan hujan lebat dari langit." (Muwatta’ Imam Malik) Para Ulama’ terdahulu ketika ingin mencari ilmu, mendatangi para Ulama’ dan bersimpuh di kaki mereka untuk ditarbiyah dan mencari faedah dari mereka. Mereka Ulama’ yang bukan hanya belajar ilmu, tetapi juga adab, tutur kata, sopan santun. Mereka yang duduk di kaki para Ulama’ bukan hanya mendengar apa yang disampaikan tetapi menghormati kepada orang yang menyampaikan bahkan tempat mereka belajar. Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid __________________ Infaq untuk pendidikan: ezy.la/semanisinfaq Maybank: 5640 1663 7026 #yayasanarriayah #kalamhabibalialhamid
без подписи
Jadual Pengajian dan Majlis Ilmu Mingguan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. (Minggu Kedua, Mei 2026) Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Nota: Sebarang perubahan tertakluk kepada ketetapan dan makluman terkini dari semasa ke semasa.
Imam Al Baghdadi dalam kitab hadith Tarikh Baghdad meriwayatkan dari Imam Malik Rahimahullah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ قَالَ لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ فِي كُلِّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقْرِ، وَيُؤْمَنُ مِنْ وَحْشَةِ الْقَبْرِ، وَاسْتُجْلِبَ بِهِ الْغِنَى، وَاسْتُقْرِعَ بِهِ بَابُ الْجَنَّةِ “Barang siapa membaca ‘La Ilaha Illallah Al Malikul Haqqul Mubin’ seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, didatangkan kekayaan, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.” (HR.Abu Nuaim) Oleh kerana itu, di dalam kitab ‘Khulasah’. Dianjurkan untuk membaca zikir ini pada waktu Zohor. ___________________ Infaq pendidikan 👉 ezy.la/semanisinfaq Maybank - 5640 1663 7026 (Yayasan Ar-Ri’ayah)
Perasaan risau, stress, sedih terhadap perkara yang akan berlaku dan belum terjadi seperti suspek akan kena cancer, atau diberitahu ekonomi akan merudum, ataupun perniagaannya akan hancur dinamakan ‘الهَم’ Adapaun ‘الحَزْن’ sedih ke atas sesuatu yang sudah atau sedang terjadi seperti terkena sakit, bankrupt atau kehilangan yang tersayang. Oleh sebab itu diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ doa berlindung kepada Allah ﷻ dari stress terhadap apa yang sudah atau sedang berlaku dan yang akan berlaku: اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kegelisahan (sesuatu yang akan terjadi) dan kesedihan (sesuatu yang sudah dan sedang terjadi).” Apa yang dirasa di hati daripada kerisauan ‘الهَم’ dan ‘الحَزْن’ adalah disebabkan oleh hati terhalang untuk menyaksikan keberadaan Allah ﷻ bersama dengannya ketika itu. Ketika seseorang tidak merasa bersama dengan Allah ﷻ atas kerisauannya, maka ketika itu dia akan merasa stress. Tapi, apabila seseorang itu merasa ada bersama dengan Allah ﷻ, bukan hanya dealam teori, tapi dapat dirasa dalam hatinya kebersamaan dengan Allah ﷻ ketika dalam kerisauan tersebut, maka dia akan tenang ketika dalam keadaan ‘الحَزْن’ dan gembira ketika dalam keadaan ‘الهَم’ (yakni tidak berubah situasinya). Kerana tidak ada yang lebih aman dariapada keadaan seseorang yang bersama dengan Allah ﷻ. Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ______________________ Infaq untuk pendidikan: ezy.la/semanisinfaq Maybank: 5640 1663 7026 #yayasanarriayah #kalamhabibalialhamid
без подписи
Di bulan Ramadan, ibadah kita sepatutnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Kurangkan bermain telefon. Elakkan daripada melayari media sosial. Pada awalnya ingin mendengar ceramah lima minit, namun akhirnya satu jam dihabiskan membaca komen. Jangan kita tertipu dan terperangkap dengan perkara yang mengganggu dan membuang masa tanpa faedah. Setiap saat yang berlalu di bulan Ramadan amat berharga buat kita. Setiap kali Ramadan, akan timbul pelbagai perbahasan: “Solat tarawih 20 rakaat atau 8?” “Zikir selepas 2 rakaat atau 4 rakaat itu sunnah atau bid‘ah?” “Apahukum mengucapkan ‘radhiyallahuanhu’ buat para sahabat?” Isu lama akan muncul kembali. Jangan terlalu sibuk mendengar. Jangan terlalu sibuk menjawab. Tetapi sibukkan diri dengan berzikir. Wallahi thumma wallahi, zikir yang kita lafazkan dibalas dengan pahala berbanding kesibukan dalam perbalahan di bulan Ramadan. Akhirnya, masa berlalu tanpa manfaat. Bahkan yang tinggal hanyalah marah dan geram terhadap orang lain. Sedangkan Ramadan adalah شهر المواساة (bulan tolong-menolong) dan saling menguatkan. Semoga kita disampaikan ke bulan Ramadan dan dikurniakan kesempatan untuk meraih setiap rahsia yang Allah letakkan di dalamnya. Bukan untuk tahun ini sahaja, bahkan untuk tahun-tahun yang akan datang yang terbaik buat kita serta menerima segala amalan kita di bulan Ramadan. Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid ______________________ Infaq untuk pendidikan: ezy.la/semanisinfaq Maybank: 5640 1663 7026 #yayasanarriayah #kalamhabibalialhamid
без подписи
Jadual Pengajian dan Majlis Ilmu Mingguan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid (Minggu Pertama, Februari 2026) Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Nota: Sebarang perubahan tertakluk kepada ketetapan dan makluman terkini dari semasa ke semasa.
Jadual Pengajian dan Majlis Ilmu Mingguan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid (Minggu Kelima, Januari - Minggu Pertama, Februari 2026) Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Nota: Sebarang perubahan tertakluk kepada ketetapan dan makluman terkini dari semasa ke semasa.