𝓗𝓪𝓼𝔂𝓪𝓪𝓶𝓲𝓷 ❀
Статистика"Dan tetaplah memberi peringatan. Maka sesungguhnya peringatan itu amatlah bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (QS. Az-Zariyat : 55) Owner sudah berkahwin
- Последний пост
- 13 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 5
- Всего постов
- 22
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 43
- 1/48двое суток
- 49
- 1/72трое суток
- 53
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
💐 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah Hari 7 Tidak semua orang akan memahami perubahan kita. Ada yang mengejek, ada yang mempersendakan. Tidak mengapa. Yang penting, Allah melihat setiap langkah kecil yang kita usahakan menuju-Nya.
💐 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah 📍Hari 6 Wanita solehah tidak lahir terus menjadi baik. Dia juga pernah bergelut dengan hawa nafsu, air mata dan kelemahan dirinya. Bezanya, dia memilih untuk terus melawan demi mencari reda Allah.
💐 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah 📍Hari 5 Kadang-kadang kita menangis kerana manusia. Sedangkan Allah sedang menunggu kita menangis di hadapan-Nya. Adukan segalanya kepada Allah. Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya.
💐 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah 📍Hari 4 Istiqamah itu lebih susah daripada berhijrah. Berubah sehari mungkin mudah, tetapi kekal dalam kebaikan setiap hari memerlukan mujahadah yang besar. Jangan mengalah hanya kerana perjalanan terasa panjang.
💐 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah 📍Hari 3 Dunia mengajar kita untuk cantik di mata manusia. Tetapi syurga mengajar kita untuk cantik di sisi Allah. Jagalah hati sebelum sibuk menghias wajah. Kerana hati yang bersih lebih bernilai daripada kecantikan yang dipuji manusia.
💐 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah 📍Hari 2 Wanita solehah bukan yang tidak pernah melakukan dosa. Tetapi wanita yang setiap kali terjatuh, dia segera kembali kepada Allah dengan hati yang penuh penyesalan dan harapan. Jangan pernah berhenti bertaubat.
💐 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah 📍Hari 1 Menjadi wanita solehah bukan jalan yang mudah. Ada hari kita kuat, ada hari kita lemah. Tapi ingat, Allah tidak meminta kita menjadi sempurna. Allah hanya meminta kita terus berusaha. Selagi masih bernyawa, selagi itu pintu untuk berubah masih terbuka.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Tapi percayalah, jauh disudut hati ni masih sayangkan ilmu dan keinginan untuk berkongsi ilmu tu masih terpahat. Bukan usaha je saya perlukan, malah doa kalian juga buat saya. Yg baik2 semua, moga Allah balas lebih lagi terhadap kalian semua
I will try my best again and again. Walaupun selalu juga bangkit dan jatuh, kemudian berulang-ulang kembali.
📍Content tak berat tak apa, yg penting istiqomah. Begitu juga dengan amalan tidak besar tak apa, yg penting istiqomah
💐 15 Hari Peringatan Menjadi Wanita Solehah
Iaitu….
Saya cuba mulakan dengan content terbaru
Hi kepada semua subscribers saya yg masih setia bersama. Hampir 80% saya hilang subscribers saya disebabkan saya tidak konsisten kongsi content yg bermanfaat disini. Bercampur baur dan sebagainya
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Come check out my Shopee Video profile! https://my.shp.ee/h0ygmqrx?smtt=0.0.3 Meh follow acc shopee saya. Support bag2 shopee kita as housewife hehehe. Kalau awaknya pon ada campak link kt komen bawah ni tau. Kita follow sesama kita🥰
📍PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Amalan Masuk Syurga dan Jauhi Neraka عَنْ أَبِي أَيُّوبَ خَالِدِ بْنِ زَيْدٍ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ، قَالَ: وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَعْبُدُ اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA, di mana seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, beritahulah aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka." Maka Baginda SAW bersabda: "Engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan menyambung silaturahim." (HR Bukhari No: 5983) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Amalan yang membawa ke syurga dan menjauhkan neraka ialah beribadat dengan tidak melakukan syirik, menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan menjaga hubungan silaturahim. 2. Segala amalan bergantung kepada akidah yang benar. Menyembah Allah tanpa syirik adalah syarat utama untuk masuk syurga. 3. Mendirikan solat bukan hanya bermaksud menunaikan solat, tetapi melaksanakan solat dengan penuh syarat, rukun, kekhusyukan dan tepat waktunya. Solat adalah tiang agama dan pemisah antara iman dan kufur. 4. Menunaikan zakat bukan hanya membersihkan harta, tetapi juga memupuk keadilan sosial dan menghapus sifat tamak. 5. Islam sangat menekankan hubungan kekeluargaan. Memelihara silaturrahim adalah salah satu tanda kesempurnaan iman. Menyambung silaturrahim bermaksud berbuat baik kepada kaum keluarga, bertanya khabar, membantu ketika susah, dan tidak memutuskan hubungan. 6. Hadis ini memberi panduan lengkap dan ringkas untuk mencapai kejayaan akhirat iaitu memiliki akidah yang benar, ibadah yang sempurna, dan akhlak sosial yang baik. Ia juga menegaskan bahawa Islam adalah agama yang seimbang antara hubungan dengan Tuhan dan hubungan sesama manusia. @asyaliy 🤍