- Последний пост
- 28 июн.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 15 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
4 Perkara Penting Sambut Kepulangan Jemaah Haji Teringat kisah kami balik dari menunaikan Haji 1444H/2023M. 'Sampai KLIA nanti, siapa nak ambik? Dah malam flight kita.' Saya bertanya pada suami. Ada mak ayah,adik beradik, family ipar yang tinggal di Lembah Klang. 'Kita naik grab jelah. Tak payah susahkan diorang nak datang. Dah lama diorang tolong jaga anak-anak kita. Lagipun orang nak kerja esoknya.' Balas suami dan kami setuju. Hal ni disampaikan pada ayahanda, tak payah ambik di KLIA, kami balik sendiri nanti. Sebelum balik, ada ceramah di Madinah oleh mutawwif Ustaz. Antara coretan ceramah itu adalah tentang kepulangan Jemaah. 'Apabila bertemu dengan org yg baru balik Haji-- maka hendaklah bersalaman dgn dia, peluk dia dan mintaklah dia mendoakan supaya Allah ampun kan kita. Lakukan sebelum dia (org yg balik Haji) masuk ke dalam rumah Sebab org yg Haji Mabrur, doanya tidak ditolak.' Terus whatsapp dalam group family. Dan Alhamdulillah, ramai keluarga datang jemput. Mak ayah, adik beradik kami suami isteri ramai datang. Marilah. Kalau ada family yang balik Haji, jemputlah mereka di airport. Mohon mereka doakan. Untuk para jemaah Haji, jangan balik naik grab. Mintalah family atau kawan jemput. Doa kalian, dengan aroma Haji yang masih kuat, penting untuk kami. Antara 4 perkara penting menyambut kepulangan para Hujjaj 1) Mulakan dengan mengucapkan salam, bertanya khabar dan gembirakan hatinya. 2) Bersalaman dengan mereka (pastikan yang mahram sahaja🤭) 3) Doakan orang yang pulang daripada haji 4) Minta orang yang pulang dari haji untuk doakan Allah ampunkan dosa-dosa kita (dan boleh juga ditambah dengan doa-doa lain asal tidak menyusahkan orang yang balik haji) -Dikongsikan oleh mutawifah Puan Ummu Aqil Sebaiknya waktu terbaik untuk kita minta mereka doakan kita ialah sebelum mereka masuk ke rumah mereka. . Kenapa kita kena usaha minta orang yang pulang daripada mengerjakan haji untuk doakan kita (tanpa memberatkan mereka)? Sebab kita tahu bahawa antara ganjaran terbesar yang bakal diperoleh oleh para jemaah yang mengerjakan haji ialah haji yang mabrur. Orang yang Allah ganjari dengan haji mabrur, ganjarannya adalah syurga. Jadi bila dah tau apa nak buat untuk menyambut ahli keluarga/jiran/sahabat yang pulang daripada mengerjakan haj, jika ada rezeki, jemputlah para Hujjaj di airport sebelum mereka sampai ke rumah. Jamgan biar mereka balik dengan grab dari KLIA. Mereka pulang dengan saja dengan cerita, tapi penuh berkat🌙 Pengalaman Haji kami dibukukan di sini https://durra.onpay.my/order/form/bukudiarihajimuassasah/11 Perkongsian perjalanan Haji khas untuk Wanita di page Jejak Haji Duo Hajah #jejakhajiduohajah #diarihajimuasasah
без подписи
'Apabila bertemu dengan org yg baru balik Haji-- maka hendaklah bersalaman dgn dia, peluk dia dan mintaklah dia mendoakan supaya Allah ampun kan kita. Lakukan sebelum dia (org yg balik Haji) masuk ke dalam rumah Sebab org yg Haji Mabrur, doanya tidak ditolak.' Antara intipati ceramah mutawif TH semasa kami di Madinah sebelum balik ke tanahair. Jadi para Hujjaj, doakan mereka yang menjemput, usahakan kalau boleh jangan biar balik dengan Grab.
Masya Allah Alhamdulillah! Rezeki sungguh. 5 minit forward mesej kat anak, terus dia tunjuk dah ambik Quran ni. Siapa kat Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL) boleh dapat FREE Quran A4 kat booth Kingdom of Saudi. Boleh ambik sorang satu❤️ Pergi Level 2, dekat kedai Ariani. Diorang bagi Free je. Tak tau sampai bila! Anak cakap sama sebijik macam yang Mama dapat kat Madinah size A5 tu. Happy sangat kakak Nana dan kawan-kawannya dapat Quran dari Saudi. Jazakillah khayr buat sahabat semaktab KT056 Hajah Nur Fah yang share. Sahabat dari Johor, kenal asbab sharing dan bertukar-tukar doa arafah. Sangat istimewa persahabatan ini. Ok lekas, cuti sekolah ni boleh plan pergi PBAKL. Jangan lepaskan peluang ke booth Kingdom of Saudi Arabia ni #
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Doa Arafah bukan untuk para jemaah Haji sahaja tapi keberkatan Arafah utk kita semua umat Islam. Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengampuni dosa-dosa kita.
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
Himpunan Doa-Doa Arafah. Hari ni 9 Zulhijjah, baca dengan penuh pemahaman dan pengharapan padanya
без подписи
без подписи