The Untold Story of Akhiruzzaman
СтатистикаChannel yang menulis sesuatu isu dari sudut pandang berbeza. Anda akan temui satu permata berharga dalam menempuh perjalanan menghadapi Akhiruzzaman disini. .
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 8
- Всего постов
- 26
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 299
- 1/48двое суток
- 342
- 1/72трое суток
- 369
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Anda tidak tahu kisah yang saya sampaikan ini? Tak pernah dengar? Pertama kali baca? ... Tahukah anda? Riwayat sahih kewafatan Baginda Rasulullah SAWAW banyak diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis, sirah dan tafsir. Masyhur kisah kewafatan Baginda Rasulullah SAWAW diatas pangkuan Amirul Mukminin Imam Ali AS dan disisi anakanda serta cucunda tercinta iaitu Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha dan Imam Hassan wal Hussain AS. Kisah di atas saya ambil daripada Nahjul Balaghah, riwayat no 197. وَلَقَدْ قُبِضَ رَسُولُ اللهِ (صلى الله عليه وآله) وَإِنَّ رَأْسَهُ لَعَلَى صَدْرِي. وَلَقَدْ سَالَتْ نَفْسُهُ فِي كَفِّي، فَأَمْرَرْتُهَا عَلَىُ وَجْهِي. وَلَقَدْ وُلِّيتُ غُسْلَهُ (صلى الله عليه وآله) وَالْمَلاَئِكُةُ أَعْوَانِي، فَضَجَّتِ الدَّارُ والاْفْنِيَةُ، مَلاَ يُهْبِطُ، وَمَلاَ يَعْرُجُ، وَمَا فَارَقَتْ سَمْعِي هَيْنَمَةٌ مِنْهُمْ، يُصَلُّونَ عَلَيْهِ حَتَّى وَارَيْنَاهُ فِي ضَرِيحِهِ. فَمَنْ ذَا أَحَقُّ بِهِ مِنِّي حَيّاً وَمَيِّتاً؟ فَانْفُذُوا عَلَى بَصَائِرِكُمْ، وَلْتَصْدُقْ نِيَّاتُكُمْ فِي جِهَادِ عَدُوِّكُمْ، فَوَالَّذِي لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ إِنِّي لَعَلَى جَادَّةِ الْحَقِّ، وَإِنَّهُمْ لَعَلَى مَزَلَّةِ الْبَاطِلِ. أَقُولُ مَا تَسْمَعُونَ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِي وَلَكُمْ. Terjemahan: Rasulullah SAWAW meninggal dunia dalam keadaan kepalanya di dadaku. Nafas terakhirnya dihembuskan ke tanganku dan aku mengusapkannya ke wajahku. Aku lah yang diamanahkan memandikan jasad suci Baginda Rasulullah SAWAW dan para Malaikat membantuku. Rumah Baginda dan halamannya dipenuhi dengan para Malaikat yang sentiasa silih ganti turun naik memberi penghormatan. Aku dapat mendengar bisikan mereka mendoakan Baginda sehingga selesai pengebumiannya. Siapakah yang lebih berhak melakukannya daripada ku, baik yang hidup atau telah mati? Maka teruskanlah dengan tanggapanmu, dan biarlah niatmu ikhlas dalam memerangi musuhmu. Demi Tuhan yang tiada Tuhan selain-NYA. Aku berada di jalan kebenaran, dan mereka berada di lereng kepalsuan yang curam. Aku mengatakan apa yang kamu dengar, dan aku memohon keampunan kepada Tuhan untuk diriku dan untukmu." Nahjul Balaghah, Syarahan 197. ... Walaubagaimanapun terdapat riwayat menyatakan kononnya Baginda Rasulullah SAWAW menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi isterinya aishah. Riwayat ini tidak benar malah palsu kerana ketika kewafatan Baginda Rasulullah SAWAW, aishah sedang sibuk bersama bapanya berada di saqifah bani saidah kerana berlakunya perlantikan bapanya sebagai khalifah pengganti Nabi yang ketika itu baru sahaja wafat. aishah, abu bakar dan umar TIDAK TERLIBAT dalam pengebumian jenazah Baginda Rasulullah SAWAW. Ketika mereka tiba di Masjid Nabawi membuat pengumuman agar umat Islam berbaiah kepada abu bakar, Amirul Mukminin Imam Ali AS sudah pun selesai mengebumikan jenazah suci Baginda. Ketika itu mereka memaksa agar Imam Ali, isterinya Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha dan seluruh keluarga Ahlul Bait memberi baiah kepada abu bakar. Amirul Mukminin Imam Ali AS dan Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha serta seluruh keluarga Ahlul Bait TIDAK memberi baiah mereka kepada abu bakar sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan lamanya. Hatta Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha wafat dalam keadaan marah terhadap abu bakar dan umar serta tidak memberi baiah kepada abu bakar sepanjang hayatnya. Seorang penghulu para wanita di Syurga murka terhadap khalifah abu bakar sehingga akhir hayatnya. Rujuk Sahih Bukhari hadis no 4240 & 4241. ... Rujukan untuk kisah Baginda Rasulullah SAWAW hendak meminta pen dan kertas agar ditulis wasiat, tapi dinafikan oleh umar. Sila rujuk Sahih Bukhari hadis no 114. Segala apa yang kami paparkan disini adalah ekstrak daripada rangkuman pelbagai catatan lembaran sejarah, baik ia diambil daripada kitab hadis, tafsir mahupun kitab sirah. ... Sekian. -Muhammad Mamzah 14 Ogos 2026M
السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركته 🌹🌹🌹
اللهم صل على محمد وآل محمد، وآتي سؤله يوم القيامة 🌹
Setelah solat jenazah selesai, maka digalilah maqam buat pengebumian jenazah Baginda di dalam bilik Baginda. Dikebumikanlah disitu oleh Amirul Mukminin Imam Ali AS yang masuk sendiri ke dalam lahat memakamkan Baginda. Para Ahlul Bait Nubuwwah menangis teresak-esak. Sejak hari itu, para Ahlul Bait Nubuwwah berkabung dan memakai pakaian hitam selama berhari-hari lamanya. Amirul Mukminin Imam Ali AS mengasingkan dirinya dan berduka yang amat dahsyat. Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha juga turut berduka dengan duka yang amat dahsyat tidak terhingga dan wafat tidak lama setelah itu. Sebahagian riwayat menyatakan, Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha wafat menyusul ayahandanya hanya 3 bulan setelah itu akibat duka yang amat besar dan tekanan daripada pemerintahan khalifah ketika itu terhadap dirinya. Setelah wafatnya Baginda Rasulullah SAWAW, bermulalah perjalanan duka seluruh Ahlul Bait Nubuwwah. Satu demi satu para Ahlul Bait Nubuwwah menerima nasib yang perit oleh umat ini sendiri. Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha wafat dalam keadaan sakit dan keguguran anak ke-4 setelah dianiaya oleh umar, qunfuz dan khalid al walid. Amirul Mukminin Imam Ali AS dinafikan hak menjadi Khalifatur Rasul dan Wasiyyur Rasul selama 3x dan kemudian setelah menjawat jawatan Khalifah ke-4, akhirnya diperangi berulang kali oleh para sahabat dan akhirnya terbunuh syahid, ditetak kepalanya ketika solat Subuh. Imam Hassan AS pula diracun oleh umat ini. Imam Hussain AS pula dianiaya, dizalimi serta dibunuh begitu tragis sekali bersama seluruh ahli keluarganya di tanah Karbala. Dan seterusnya, begitulah nasib yang menimpa para Ahl Bait Nubuwwah kesemua mereka menerima syahadah, maut di jalan ALLAH demi menjaga kesucian dan kehormatan ugama Islam ini. Tidak ada sedikit pun rasa belas kasihat umat pada waktu itu terhadap mereka. Alangkah malang, sejarah awal ugama Islam tercatatnya noda besar yang dilakukan oleh umat ini sendiri. Seandainya kalian tidak pernah tahu, atau ini baru kali pertama tahu. Maka ambil lah tahu tentang peristiwa-peristiwa yang menimpa Baginda Rasulullah SAWAW dan Ahlul Bait Nubuwwah. Kerana, pada setiap jejak Ahlul Bait Nubuwwah itu terdapat begitu besar hikmah dan pengajaran untuk umat ini... ... Salam takziah dan berduka atas syahidnya Junjungan Mulia, Baginda Rasulullah SAWAW Sayyidul Anbiya wal Mursalin, Imamul Awwaliina wal Aakhirin Alaihis Solatu was Salam. InsyaAllah mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan penerima syafaat Kubro Baginda Rasulullah SAWAW di hari Mahsyar kelak 🌹 اللهم صل على محمد وآل محمد Sekian. -Muhammad Mamzah 29 Safar 1448H 14 Ogos 2026M
Lalu ALLAH Taala telah memperkenankan perkara tersebut dan disampaikan oleh Jibril AS kepada Baginda, bahawa Syafaat Kubro adalah milik Baginda pada Yaumil Mahsyar kelak. ... Setelah kesemua permintaan Baginda diperkenankan oleh ALLAH Taala, maka Baginda pun redha akan waktunya. Lalu diizinkan oleh Baginda agar Malaikat Maut mencabut nyawa Baginda SAWAW. Kullu Nafsin Zaaiqatul Maut... Setiap yang bernyawa pasti merasakan maut. (QS Anbiya: 35) Lalu ketika Malaikat Maut hendak mencabut nyawa Baginda, Malaikat Jibril telah memalingkan wajahnya. Baginda bertanya, wahai sahabat ku mengapa engkau memalingkan wajahmu? Jibril berkata, aku tidak sanggup melihat makhluk teragung melalui peritnya kematian. Ketika saat nyawa hendak terpisah dari tubuh, Baginda sempat meminta agar seluruh kesakitan sakaratul maut itu dipindahkan kepada Baginda agar umat ini tidak merasai sakitnya kematian. Namun, permintaan itu tidak lagi diperkenankan. Baginda pada akhir nafasnya, menyebutkan... "Ummati... Ummati.... Ummati...." Ummat ku, ummat ku, ummat ku. Seraya menghembus nafas Baginda yang terakhir di atas pangkuan Amirul Mukminin Imam Ali AS dan disamping buah hati Baginda, Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha dan cucunda tercinta, Imam Hassan wal Hussain AS serta Zainab Al-Kubro. Innalillahiwainnailaihirajiuun.... ... "Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa Rasul. Apakah jika dia wafat akibat dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan ALLAH sedikit pun. ALLAH akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur." (QS Ali Imran: 144) Ketika syahidnya Baginda Rasulullah SAWAW, menghembuskan nafas akhir menghadap ALLAH Azza wa Jalla, hanya ada ahli keluarga terdekat disisi Baginda yakni Ahlul Bait Nubuwwah. Tidak ada sahabat yang ramai. Tidak pula dihadiri oleh para pengikut Baginda yang berjumlah ratusan ribu ketika itu. Rumah Baginda sunyi daripada tangisan orang ramai. Jenazah Baginda tidak diuruskan oleh orang ramai. Malah, solat jenazah Baginda juga tidak dihadiri para sahabat yang ramai itu. Hanya ada Ahlul Bait Nubuwwah yang setia sahaja disisi Baginda. Para sahabat yang ramai, termasuk abu bakar, umar, usman, abdurrahman bin auf, abu ubaidah, saad dan yang lainnya semuanya sedang berada di saqifah. Mereka sedang bermesyuarat hendak melantik pengganti bagi Baginda Rasulullah SAWAW dalam keadaan jenazah Baginda masih belum diuruskan. Disini lah bermulanya fitnah besar apabila jenazah Baginda masih tidak diuruskan, akan tetapi para sahabat yang ramai telah sepakat melantik abu bakar menjadi khalifah pengganti Baginda dan umar menjadi orang pertama membaiah abu bakar. Disaat para Ahlul Bait Nubuwwah sedang menguruskan jenazah Baginda, para sahabat yang merebut jawatan ini telah pergi ke Masjid Nabawi dan membuat pengumuman perlantikan abu bakar sebagai khalifah umat dan memaksa semua orang membaiahnya. Amirul Mukminin Imam Ali AS dan para Ahlul Bait Nubuwwah ketika itu sedang sibuk menguruskan jenazah Baginda Rasulullah SAWAW. Amirul Mukminin Imam Ali AS dibantu Malaikat Jibril AS memandikan jenazah Baginda lalu dibantu oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha mengkafankan Baginda dengan kain kafan yang diturunkan oleh ALLAH Taala daripada Syurga. Setelah dikafankan, Amirul Mukminin Imam Ali AS telah memimpin solat jenazah Baginda di dalam rumah Baginda dengan makmum dari kalangan manusia hanya sekitar 13 - 14 orang sahaja. Namun, solat jenazah Baginda turut dihadiri oleh ratusan ribu para Anbiya wal Mursalin dan Malaikatil Muqarrabin yang tidak terlihat di mata kasar. Amirul Mukminin Imam Ali AS memimpin solat jenazah tersebut. Imam Hassan wal Hussain, Sayyidah Fatimah Az-Zahra, Sayyidah Zainab Al-Kubro, Abbas, Fadhl ibn Abbas, dan beberapa orang sahabat sahaja yang ikut serta solat jenazah tersebut.
Tanggal 24 Safar tahun 11 Hijrah, iaitu lebih kurang 5 hari sebelum wafatnya Baginda Rasulullah SAWAW. Ketika Baginda sedang berada di pembaringan berehat. Masuk beberapa orang sahabat diantaranya Amirul Mukminin Imam Ali AS yang memang sedia ada disitu, kemudian masuk abu bakar, umar dan beberapa orang lagi. Lalu Baginda Rasulullah SAWAW memerintahkan agar diambilkan pen dan kertas buat Baginda supaya dituliskan wasiat akhir Baginda Rasulullah SAWAW yang mana dengan tertulisnya wasiat ini maka umat tidak akan terpecah belah. Namun, ketika itu umar berkata bahawa Baginda sedang sakit teruk, cukuplah bagi kami Kitabullah dan tidak perlu kepada wasiat tersebut. Lalu beberapa orang sahabat lain berbeza pendapat terhadap umar kemudian terjadi pertengkaran antara mereka. Baginda Rasulullah SAWAW kemudian memerintahkan agar mereka semua senyap dan menghalau mereka keluar daripada bilik Baginda kecuali Amirul Mukminin Ali. Lalu semua orang pun keluar kecuali Amirul Mukminin Ali yang masih berada disamping Baginda. Ibnu Abbas yang menyaksikan peristiwa ini berkata, alangkah malang bagi umat ini. Petaka hari khamis inilah punca perpecahan umat apabila Baginda dinafikan hak yang dipinta, iaitu pen dan kertas. Maka tiada wasiat yang bertulis daripada Baginda Rasulullah SAWAW. Sedangkan dalam ugama ini kita amat dianjurkan berwasiat dan ditulis wasiat tersebut. Akan tetapi, dinafikan hak tersebut oleh umar sehingga terjadi pergaduhan oleh para sahabat di hadapan Baginda Rasulullah SAWAW yang sedang sakit di pembaringan. ... Lima hari kemudian, pada tanggal 28 Safar, hari Isnin. Baginda Rasulullah SAWAW berada di dalam bilik di rumah Baginda disamping Masjid Nabawi. Para Ahlul Bait Nubuwwah saling berada disekitar Baginda. Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha duduk disamping Amirul Mukminin Imam Ali AS yang memangku kepala Baginda di haribaannya. Imam Hassan AS dan Imam Hussain AS serta Sayyidah Zainab Al-Kubro duduk mengelilingi Baginda. Lalu Baginda Rasulullah SAWAW berpesan dan berwasiat kepada para Ahlul Bait Nubuwwah, bahawa sepeninggalan Baginda kelak akan terjadinya banyak petaka musibah yang bakal menimpa mereka. Namun, tetaplah Baginda Rasulullah SAWAW berpesan akan menjaga keutuhan ugama Islam, sentiasa menjaga nasib umat ini agar terpelihara Iman mereka dan melindungi kesucian ugama daripada noda fitnah. Pada saat akhir kewafatan Baginda Rasulullah SAWAW, datang lah Malaikat Maut bersama dengan Malaikat Jibril AS dalam rupa manusia, hadir mengetuk pintu memberi Salam meminta izin untuk masuk ke rumah Baginda. Lalu bangkit Sayyidah Fatimah Az-Zahra Salamullah Alaiha ke arah pintu lalu mengarahkan kedua Malaikat yang datang berupa manusia itu pergi dan jangan mengganggu ayahnya yang sedang sakit di pembaringan. Ketika Sayyidah Fatimah masuk semula ke bilik, Baginda Rasulullah SAWAW meminta permata hatinya, Sayyidah Fatimah agar memberi izin kepada kedua Malaikat tersebut masuk kerana telah tiba masa pemergian Baginda. Lalu dengan berat hati, Sayyidah Fatimah bangun dan membuka pintu seraya memberi izin kepada kedua Malaikat tersebut masuk dan terus ke bilik Baginda. Apabila mereka melihat Baginda di pembaringan, mereka dipersilakan oleh Baginda untuk berada disamping Baginda. Berkata Jibril AS kepada Baginda, seandainya ada apa-apa permintaan Baginda, maka mintalah dan akan disampaikan oleh Jibril kepada ALLAH Taala. Lalu, Baginda Rasulullah SAWAW meminta tiga perkara; 1. Baginda meminta agar umat ini tidak dibinasakan akibat kebuluran dan permintaan ini diperkenankan. 2. Baginda meminta agar umat ini tidak dibinasakan dengan bala besar seperti banjir zaman Nabi Nuh lalu diperkenankan. 3. Baginda meminta agar umat ini tidak berpecah belah dan tidak berperang sesama sendiri. Namun permintaan ini ditolak. Kemudian, Baginda Rasulullah SAWAW sekali lagi meminta ke Hadirat ALLAH Taala agar dikurniakan Syafaat dan pengampunan buat umat ini.
WAFATNYA MAKHLUK TERAGUNG TANPA DIDENDANG Hari ini dalam sejarah, 28 Safar tahun 11 Hijrah adalah tarikh wafatnya Nabi Akhir Zaman, Sayyidina wa Maulana Abal Qasim Rasulullah SallaALLAHu Alaihi wa Aalihi Wasallam (SAWAW). Sebahagian riwayat menyatakan pada 12 Rabiul Awwal. Hari kewafatan Baginda Rasulullah SAWAW adalah hari duka besar dan hari bermulanya fitnah besar.
Channel photo updated
... Ketahuilah wahai sekalian Muslimin, bahawasanya yazid anak muawiyah itu adalah terlaknat dunia wal akhirat. Tidak kebaikan padanya melainkan dipenuhi segala noda dan dosa serta kotoran duniawi. Ketahuilah wahai sekalian umat Islam, bahawa Imam Hussain AS itu suci lagi bersih. Imam Hussain AS itu adalah cucu kesayangan Baginda Nabi kalian dan Imam Hussain AS itu adalah Penghulu kalian di dalam Syurga kelak. Maka mustahil orang yang membunuh, bersubahat membunuh dan membuka jalan agar terbunuhnya penghulu Syurga yang suci itu boleh merasa kenikmatan syurga. Malah, mencium bau syurga juga amat jauh sekali bagi mereka. Dan nerakalah sebaik-baik balasan bagi orang yang telah menzalimi para Ahli Keluarga Baginda Rasulullah SAWAW... Ya ALLAH, timpakanlah azab siksa milik MU yang teramat pedih ke atas yazid anak muawiyah serta seluruh pengikutnya pada hari pembalasan kelak buat selama-lamanya.... Belajarlah daripada sejarah. Agar engkau tidak tertipu lagi..... Sekian. -Muhammad Mamzah 26 Muharram 1448H 12 Julai 2026M
Bala tentera yazid laknatullah yang berjumlah 10 ribu orang itu telah mengepung Kaabah dan kota Suci Makkah selama lebih kurang dua bulan. Tak lama setelah itu, pada tanggal 14 Rabiul Awwal tahun 64H, yazid laknatullah akhirnya mati dalam keadaan mabuk jatuh daripada kuda tunggangannya sehingga pecah kepalanya. Apabila berita kematian yazid sampai kepada komander bala tentera yazid yang sedang mengepung Kaabah, maka dia segera membatalkan pengepungan dan membawa bala tenteranya kembali ke Syam. Setelah tragedi itu, Abdullah bin Zubayr bersama pengikutnya telah membaiki semula Kaabah Al-Musyarrafah dan membinanya dengan lebih baik. Hajarul Aswad yang pecah telah dikumpulkan dan dicantumkan kemudian diletakkan pada tempat asalnya. ... Begitulah secara ringkas sejarah kebejatan yazid anak muawiyah yang terlaknat itu. Sama sekali sejarah tidak akan melupakan kejahatan, kezaliman dan kebejatannya dan kita sebagai umat Islam perlu tahu tentang kisah tragedi musibah yang menimpa umat Islam ini. Seandainya kisah ini tidak disampaikan, maka akhirnya setan dan iblis akan menipu umat Islam sehingga melihat dan menganggap bahawa yazid anak muawiyah itu baik orangnya lalu hilanglah sejarah gelap yazid yang berlumuran dengan darah Umat Islam. Hari ini, ramai orang telah menganggap yazid laknatullah itu sebagai khalifah yang baik, yang hebat dan serba serbi bagus kerana kejahilan mereka terhadap sejarah sebenar yang menimpa nasib Umat Islam kurun pertama Hijrah. Namun, sejarah mencatat sebaliknya dimana yazid anak muawiyah laknatullah itu telah merosakkan, merobek bahkan menghancur lumatkan kesucian ugama Islam seteruk-teruknya sepanjang pemerintahannya. Ya ALLAH, laknatkanlah yazid anak muawiyah, keluarganya, bala tenteranya serta seluruh pengikutnya sehingga hari kiamat... ... Tiga dosa terbesar ditangan yazid anak muawiyah laknatullah adalah: 1. Membunuh, membantai dan menzalimi cucu Baginda Rasulullah SAWAW iaitu Imam Hussain AS beserta keluarga dan sahabatnya kemudian menghinakan, memenjarakan dan menzalimi serta menindas saki baki keluarga Al-Hussain yang tidak terbunuh. 2. Memerangi penduduk kota suci Madinah Al-Munawwarah, merogol para wanitanya, membunuh para sahabat Baginda Rasulullah SAWAW, serta membunuh para huffaz Al-Quran sehingga ratusan huffaz terkorban. 3. Mengepung dan menyerang kota suci Makkah Al-Mukarramah selama 2 bulan lalu mengebom Kaabah Al-Musyarrafah sehingga terbakar Kaabah, pecah Hajarul Aswad dan jatuh kelambunya. ... Wahai umat Islam! Belajarlah daripada sejarah, agar anda tidak tertipu dengan tipu daya halus setan dan iblis yang membisikkan serta mengajarkan kesesatan kepada anda. Ketahulah wahai umat Islam; iblis, dajjal dan setan itu sama sekali tidak pernah lelah daripada menipu anda. Apa sahaja yang bersekutu dengan mereka akan dipertontonkan seolah-olah baik dan bagus. Dan apa sahaja yang bercanggah dan bertentangan dengan iblis akan diperlihatkan seperti salah kepada anda. Kerana itulah, ada segelintir umat Islam yang sanggup melihat bahawa Imam Hussain AS yang suci itu seolah-olah salah dan berdosa kerana bangkit menentang khalifah (yazid) pada waktu itu. Malah mereka tanpa rasa bersalah menyatakan bahawa Imam Hussain AS lah yang salah dan yazid lah yang benar serta mereka turut menyatakan bahawa yazid tidak mengarahkan pembunuhan Al-Hussain, namun tenteranya yang bertindak keterlaluan. Waliyazubillah... Naudzubillahi min Zaalik... Inilah bukti kejahilan dan kedangkalan mereka tidak belajar sejarah. Dek kerana tertipu dengan mainan iblis, maka mereka sanggup mensucikan dosa yazid laknatullah itu dan menyalahkan cucunda tercinta Baginda Rasulullah SAWAW. Jauh sekali umat yang berfikiran seperti ini daripada kebenaran. Kerana itulah, wajib bagi kita umat Islam agar belajar daripada sejarah lampau agar tidak tersalah pilih jalan. Kerana disetiap lorong-lorong gelap itu adanya setan dan iblis yang sedang meniupkan hasutan tipu daya agar kamu melihat kedurjanaan sebagai satu bentuk kebijaksanaan.
Tragedi Karbala bukan pengakhiran kejahatan yazid anak muawiyah. Namun itu adalah permulaan terbesar keberanian yazid laknatullah itu merobek kesucian ugama Islam dengan lebih berani lagi. yazid terlaknat tidak berhenti di Karbala. Setelah membunuh Imam Hussain AS kemudian menghina keluarga Ahlul Bait Nubuwwah yang ditawan oleh tenteranya, yazid kemudiannya merasa tercabar dengan penduduk Madinah yang mula bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap kekejaman yang yazid lakukan terhadap Imam Hussain AS dan rombongannya di Karbala. Penduduk Madinah akhirnya diserang oleh bala tentera yazid laknatullah pada 26 Zulhijjah tahun 63H. Pasukan tentera yazid sejumlah lebih kurang 10 ribu orang telah memasuki kota suci Madinah Al-Munawwarah lengkap bersenjata dan merobek kesucian Masjid Nabawi dan kota suci Madinah. Bala tentera yazid laknatullah telah membunuh orang dewasa, orang tua, kanak-kanak, dan para wanita penduduk Madinah dirogol oleh mereka sehingga ramai dari kalangan penduduk Madinah melahirkan anak luar nikah. Dicatatkan dalam sejarah, bala tentera yazid laknatullah telah membunuh lebih 4000 orang penduduk kota suci Madinah. Amat keterlaluan, tentera yazid juga dilaporkan membunuh sehingga 700 orang para Ansar dan Muhajirin serta 80 orang sahabat ternama Baginda Rasulullah SAWAW yang masih hidup pada waktu itu. Ratusan para huffaz Al-Quran juga turut dibunuh oleh mereka tanpa belas kasihan. Betapa celakanya yazid laknatullah dan seluruh sekutunya, tanpa sedikit pun rasa bersalah mereka memperlakukan sebegitu kejam terhadap para sahabat Baginda Rasulullah SAWAW yang majoritinya pada waktu itu sudah memasuki usia emas dan lanjut tua. Tidak berhenti di pengepungan kota Madinah, tentera yazid kemudian dikerah oleh yazid menuju ke kota suci Makkah Al-Mukarramah bagi menyerang para penduduk Makkah yang mula bangkit enggan berbaiah pada yazid. Ketika itu penduduk Makkah dipimpin oleh seorang sahabat bernama Abdullah ibn Zubayr. Pasukan yazid laknatullah mengepung kota suci Makkah bermula 26 Muharram tahun 64H iaitu hanya satu bulan selepas mereka mengepung kota suci Madinah Al-Munawwarah. ... Pada malam hari, ramai umat Islam Makkah yang mencari perlindungan disekitar Kaabah kerana takut diserang dan dibunuh oleh tentera yazid. Namun, sangkaan mereka meleset. Orang sejahat yazid tidak lagi takut akan Tuhan dan semudah itu sahaja tanpa rasa bersalah, pasukan tentera yazid laknatullah telah melempar batu yang di bakar ke arah Kaabah bagi menyerang penduduk Makkah yang berlindung disisi Kaabah. Tentera yazid laknatullah telah memanjat Jabal Abi Qubais dengan membawa senjata katapul (catapults) lalu menembak batu yang berapi ke arah Kaabah sehingga terbakar bumbung Kaabah, pecah Hajarul Aswad dan kelambu Kaabah terjatuh serta banyak rumah-rumah disekitar Kaabah musnah terbakar. Inilah kemuncak kejahatan yazid laknatullah yang dicatatkan dalam sejarah pahit umat Islam yang sangat jarang diceritakan. Setelah dengan beraninya yazid mengarahkan pembunuhan cucunda tercinta Baginda Rasulullah SAWAW iaitu Imam Hussain AS dan keluarga serta sahabatnya di Karbala, kemudian mengarahkan tawanan Karbala dipenjarakan dan dihinakan. Kemudian yazid menambah kedurjanaannya dengan menyerang dan mengepung Madinah Al-Munawwarah serta membunuh beribu-ribu penduduk Madinah, membunuh para sahabat Baginda Rasulullah SAWAW, merogol para wanita Madinah; lalu setelah itu mengepung dan menyerang rumah ibadah terbesar Umat Islam dan Kiblat Suci Umat Islam iaitu Kaabah Al-Musyarrafah.
SEJARAH GELAP yazid YANG TERLAKNAT Hari ini dalam sejarah. Tanggal 26 Muharram, 3 tahun setelah peristiwa Karbala terjadi iaitu tepat pada tahun 64 Hijrah, yazid anak muawiyah anak abu sufyan yang terlaknat itu mengarahkan bala tenteranya menyerang Makkah Al-Mukarramah.
Jasad Imam Sajjad selamat disemadikan di Jannatul Baqi disisi pakciknya Imam Hassan AS dan keluarga mereka. Sehingga hari ini, para pencinta dan pengikut Ahlul Bait apabila pergi menunaikan Haji atau Umrah pasti akan berziarah ke Baqi dan hadir memberi ziarah penghormatan kepada para Aimmah di Baqi. Aimmah Ahlul Bait di Baqi adalah Imam Hassan Al-Mujtaba AS, Imam Ali Zainul Abidin As-Sajjad AS, Imam Muhammad Al-Baqir AS dan Imam Jaafar As-Sadiq AS. Maka apabila kamu hadir ke kota Madinah Al-Munawwarah, setelah berziarah kepada Baginda Rasulullah SAWAW di Raudhah, maka ziarahilah juga ahli keluarga dan anak cucu Baginda Rasulullah SAWAW di Baqi. Tanpa mereka, maka tiadalah cahaya ilmu dan petunjuk yang menerangi kita sehingga akhir zaman. Mencintai Ahlul Bait itu adalah fardhu ke atas setiap umat Islam yang mukallaf. Tanda orang mukmin adalah mencintai dan bersama dengan Ahlul Bait Nubuwwah dan tanda orang munafiq adalah mereka membenci dan ada iri hati terhadap Ahlul Bait Nubuwwah. ... Ya ALLAH, kurniakanlah kepada kami Mahabbah kepada para Ahlul Bait Nubuwwah, ahli keluarga KekasihMU Baginda Rasulullah SAWAW 🤲 Jadikanlah kami termasuk golongan orang yang beriman dan bertaqwa setelah kami mencintai mereka, para Ahl Bait Nubuwwah yang suci lagi bersih 🤲 Tanamkan dalam hati dan jiwa sanubari kami sentiasa teguh meniti jalannya Baginda Rasulullah SAWAW dan Ahlul Bait Nubuwwah sehingga akhir hayat kami 🤲 Mudah-mudahan, ini menjadi asbab kami mendapat Syafaat di hari Akhirat kelak. InsyaALLAH.... ... Kami mengucapkan Salam Takziah dan berbelasungkawa kepada para pencinta Ahl Bait Nubuwwah atas kesyahidan Imam Ali Zainul Abidin As-Sajjad AS. 🌹 Sekian. Terima kasih. -Muhammad Mamzah 25 Muharram 1448H 12 Julai 2026M
Dijawab oleh Imam Sajjad; "Bagaimana aku boleh makan dan minum sedangkan ayahku, pakcik ku dan keluarga serta sahabat ayahku semuanya terbunuh di medan Karbala dalam keadaan lapar dan dahaga. Oh, aku tidak akan menghirup lagi kenikmatan dunia ini selama-lamanya." ... Imam Sajjad kekal dalam keadaan tidak menghirup kenikmatan dunia sehingga akhir hayat nya. Setiap hari, Imam Sajjad akan menghabiskan masanya dengan beribadah, menangis, berduka dan mengajarkan ahli keluarganya di siang hari. Pada malam hari, Imam Sajjad banyak menghabiskan masanya bersolat dan berdoa. Diriwayatkan bahawa Imam Sajjad akan sujud sekurangnya 1000 kali sujud dalam satu hari. Daripada itulah datangnya gelaran "As-Sajjad" bererti yang banyak bersujud dan gelaran "Sayyidus Sajidin" yang bermaksud penghulu orang yang banyak bersujud. Pada lewat tengah malam pula, Imam Sajjad akan mencuri-curi keluar di kegelapan malam dengan membawa karung guni berisi gandum, beras, kekacang dan pelbagai keperluan makanan asas lalu Imam Sajjad akan berjalan di lorong-lorong sekitar Madinah untuk mengagihkan makanan tersebut kepada rumah-rumah para fuqara wal masakin. Imam Sajjad hanya meletakkan makanan tersebut dipintu-pintu rumah mereka sehingga tidak ada seorang pun yang tahu siapakah yang memberi mereka makanan pada setiap malam. Sehinggalah hari kesyahidan Imam Sajjad, barulah penduduk Madinah tahu bahawa yang memberi mereka makanan selama bertahun-tahun lamanya itu adalah Imam Sajjad cucu Baginda Rasulullah SAWAW sendiri kerana setelah kesyahidannya tiada lagi agihan makanan tersebut berlaku. ... Begitulah kehidupan seharian Imam Sajjad selama lebih 30 tahun usianya di Madinah setelah tragedi Karbala yang menimpa keluarganya. Imam Sajjad tidak pernah lagi bergembira dan tidak bercampur dengan masyarakat awam. Imam Sajjad banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan murid terdekatnya sahaja. Namun, hari demi hari pengaruh Imam Sajjad kelihatan semakin menguat sehingga khalifah banu umayyah ketika itu merasa Imam Sajjad sudah kembali menjadi ancaman terhadap kuasa mereka. Khalifah ketika itu mula merasa takut kalau-kalau masyarakat Islam kembali patuh dan taat kepada Ahlul Bait lalu mereka bangkit melawan kerajaan kerana rata-rata masyarakat Islam ketika itu semuanya tahu tentang peristiwa sadis tragedi Karbala yang menimpa keluarga Baginda Rasulullah SAWAW. Atas asbab itulah akhirnya khalifah banu umayyah bernama walid bin malik telah mengupah orang untuk meracun Imam Sajjad. Maka, pada tanggal 25 Muharram tahun 95 Hijrah, syahidlah Imam Ali Zainul Abidin As Sajjad Alaihis Sallam menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat diracun oleh gabenur Madinah ketika itu dibawah arahan khalifah walid bin malik bin marwan bin hakam. Innalillahiwainnailaihirajiuun... ... Setelah kesyahidannya, anak sulung Imam Sajjad yang bernama Imam Muhammad Al-Baqir atau Imam Baqir telah menguruskan jenazah ayahnya. Ketika hendak memandikan ayahnya, Imam Baqir melihat tubuh ayahnya terdapat banyak kesan luka, parut dan pelbagai kesan kecederaan diseluruh tubuhnya. Sehingga disebutkan di dalam riwayat bahawa Imam Baqir melihat terdapat satu kesan lekuk yang dalam di kawasan bahu Imam Sajjad iaitu kesan daripada guni yang dibawa Imam Sajjad pada setiap malam bagi mengagihkan makanan kepada penduduk miskin di Madinah. Kemudian disebut lagi dalam riwayat bahawa terdapat kesan parut di sekeliling leher Imam Sajjad, di pinggangnya, di pergelangan tangan dan kaki. Terdapat bekas luka yang sangat dalam ditengkuk Imam Sajjad akibat tusukan duri yang dialaminya semasa menjadi tawanan tragedi Karbala. Di dalam riwayat, disebutkan jasad Imam Sajjad sangat kurus dan kering kerana kurangnya makan dan kerapnya berpuasa berlapar dan dahaga serta terlalu banyak menangis pada setiap hari. Setelah selesai menguruskan, memandikan dan mengkafankan jenazah ayahnya, maka Imam Baqir telah membawa jenazah ayahnya ke Masjid Nabawi untuk disolatkan lalu digalilah sebuah kuburan disebelah maqam pakciknya iaitu Imam Hassan Al-Mujtaba AS (abang kepada Imam Hussain AS) di Perkuburan Jannatul Baqi.
Imam Ali ibn Hussain yang terkenal dengan gelaran Zainul Abidin (perhiasan para abid) dan Sayyidus Sajidin / As-Sajjad (penghulu orang yang bersujud) merupan satu-satunya anak lelaki Imam Hussain AS yang tidak terbunuh dalam peristiwa tragedi Karbala. Imam Sajjad sudah berusia 23 tahun ketika tragedi Karbala berlaku. Imam Sajjad yang ketika itu sedang demam panas yang sangat teruk hanya mampu terbaring di pembaringannya sepanjang peristiwa menyanyat hati itu berlaku. Takdir ALLAH Taala menghendaki agar Imam Sajjad terselamat daripada pembantaian di Karbala agar ada penerus generasi Baginda Rasulullah SAWAW. Kerana daripada Imam Sajjad lah lahirnya kesemua zuriat penerus keturunan Ahlul Bait Nubuwwah sehingga akhir zaman. Setelah bapa Imam Sajjad dan kesemua 72 Syuhada Karbala terbunuh, Imam Sajjad bersama Sayyidah Zainab Al-Kubro (makcik Imam Sajjad & adik Imam Hussain) dan anak-anak kecil wanita yang ditawan; mereka telah diarak oleh tentera yazid daripada Karbala menuju ke Kufah dan kemudian dibawa ke Syam untuk dipersembahkan kepada yazid laknatullah. Imam Sajjad dan keluarga Ahlul Bait yang sudahpun berlapar dan dahaga ketika peristiwa Karbala berlaku, telah dirantai daripada leher membawa ke tangan dan dari tangan bersambung sehingga kakinya dan diikat pula rantai tersebut ke unta yang membawanya. Diceritakan di dalam riwayat, rantai leher yang dipasang pada leher Imam Sajjad telah diletakkan duri bagi mencederakan leher Imam Sajjad apabila Imam bergerak. Ketika seorang menghantar kain kepada Imam Sajjad untuk mengalas rantai lehernya kerana Imam hendak solat, orang yang menghantar kain itu terlihat keadaan luka di leher Imam Sajjad telahpun membusuk sehingga nampak tulang putih leher Imam Sajjad. Imam Sajjad dan keluarga Ahlul Bait telah dikerah berjalan ribuan kilometer diperlakukan seperti hamba yang sangat hina daripada Kufah sehingga tiba di Syam. Ketika rombongan Ahl Bait yang ditawan ini tiba di Syam, para penduduk Syam telah melempar mereka dengan batu, kayu, sampah, najis dan tidak kurang ada yang menjirus air panas ke atas kepala Imam Sajjad. Bahkan dalam setengah riwayat menceritakan ada penduduk Syam yang mencampakkan kayu api terbakar ke kepala suci Imam Sajjad sehingga terbakar serban yang dipakai oleh Imam. Imam Sajjad yang dirantai seluruh tubuhnya hanya mampu menggegarkan tubuhnya bagi menjatuhkan serban yang terbakar tersebut. Sungguh! Amat memilukan nasib yang menimpa Imam Sajjad dan keluarga Baginda Rasulullah SAWAW ketika mereka ditawan dan dihinakan oleh tentera yazid laknatullah. Di dalam riwayat disebutkan ketika orang bertanya kepada Imam Sajjad, bagaimana keadaan para tawanan Ahl Bait ketika berada di Syam? Imam Sajjad menjawab, aku tak mampu menceritakan kesemua yang menimpa kami kerana sungguh tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa buruknya perlakuan penduduk Syam ke atas kami. Semoga ALLAH Taala melaknat penduduk Syam yang telah menzalimi Ahlul Bait keluarga Rasulullah SAWAW terutamanya yazid laknatullah dan kesemua bala tenteranya sehingga hari kiamat. ... Adapun, kemudian hari setelah daripada Syam, Imam Sajjad telah kembali ke kota Madinah dan mengasingkan dirinya daripada masyarakat awam. Imam Sajjad memenuhi harinya dengan berduka dan menangis akan tragedi musibah yang menimpa keluarga Baginda Rasulullah SAWAW terutamanya tragedi kesyahidan ayahnya, Imam Hussain AS dan para Syuhada di Karbala. Di dalam riwayat menyebutkan bahawa Imam Sajjad sentiasa dalam keadaan berduka dan menangis pada setiap hari selama 20 tahun lamanya. Hatta setiap kali pembantu Imam Sajjad datang untuk menghidangkan makanan kepada Imam Sajjad, maka Imam Sajjad pasti akan menangis teresak-esak. Imam Sajjad hanya akan menjamu sedikit sahaja daripada makanan yang dihidangkan itu dan bakinya akan diberi kepada orang lain. Apabila ditanya oleh pembantunya mengapakah Imam Sajjad berkelakuan demikan sehingga mengakibatkan risau dihati pembantu itu kalau-kalau Imam Sajjad mati akibat kelaparan...
KISAH DUKA ZURIAT CUCU NABI Hari ini dalam sejarah. Tanggal 25 Muharram tahun 95 Hijrah, seorang cucu Baginda Rasulullah SAWAW bernama Imam Ali ibn As-Syahid Imam Hussain ibn Amirul Mukminin Imam Ali ibn Abi Talib KMW; akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah diracun oleh khalifah bani umayyah bernama walid bin malik bin marwan bin hakam (keturunan pembunuh Ahl Bait keluarga Rasulullah SAWAW).
الحمد لله الذي رزقنا الشهادة في سبيله... اللهم ارزقنا شفاعة الحسين يوم الورود و ثبت لنا قدم صدق عندك مع الحسين وأصحاب الحسين الذين بذلو محجهم دون الحسين عليه السلام... اللهم أعز الإسلام والمسلمين، واخذل الكفار والمنافكين، ودمر أعداء الدين... 🤲🤲🤲 🌹🌹🌹
انتقل الى جوار ربه Hari ini sejarah tercipta. Puluhan juta manusia membanjiri Dataran Mashhad, Khorasan Razavi, Iran disepanjang jalan menuju ke Masjid Imam Ali Reza AS, Khorasan, Iran bagi memberikan penghormatan terakhir pengebumian As-Syahid Ayatollah Sayyid Ali Khamenei Hussaini dan keluarganya. Ayatollah Sayyid Ali Khamenei Hussaini dan keluarganya akan dimakamkan disamping datuknya, Imam Ali Reza, di Masjid Imam Reza, Mashhad, Khorasan Razavi, Iran. Inilah majlis pemakaman terbesar pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia dengan kehadiran lebih 30 juta manusia selama lebih 3 hari di dua buah negara dengan jumlah kehadiran solat jenazah terbesar dalam catatan peradaban manusia. ... Hadiahkan lah Al-Fatihah kepada Syahid Ayatollah Sayyid Ali Khamenei dan keluarganya serta seluruh Syuhada Muqawamah Islamiah baik di Iran, Iraq, Lebanon, Yemen dan Palestin... Semoga kita juga satu hari nanti dianugerahkan oleh ALLAH Taala mendapat syahadah seperti mereka yang telah mendahului kita. 😭😭😭🏴🌹
Bagaimana mungkin akan aku lupakan tragedi sepilu ini...? Bagaimana mungkin untuk aku melupakan pengorbanan semulia Imam Hussain AS ini...?? Bagaimana mungkin aku mahu bergembira di hari tragedi memilukan ini terjadi...??? Oh, celakalah kaum yang telah membunuh cucu Baginda Rasulullah....... Oh, celakalah kaum yang mengejar habuan dunia sehingga sanggup membunuh Itrah Rasul...... Ya ALLAH, pada hari Asyura ini, ku memanjatkan doa ke hadirat MU, limpahkanlah laknat setinggi-tinggi laknat ke atas para pembunuh Aba Abdillah Al-Hussain dan kerabatnya. اللَّهُمَّ ٱلْعَنْ قَتَلَةَ ٱلْحُسَيْنِ وأَوْلاَدِهِ وَأَصْحَابِه ِ... Ya ALLAH, laknatkanlah yazid anak muawiyah, umar anak saad, ubaid anak ziyad, syimir anak jawshan, sinan, harmalah, keluarga banu umayyah, keluarga aba sufyan, keluarga ziyad dan keluarga marwan sehingga hari kiamat. Ya ALLAH, bersaksilah bahawa aku berlepas diri daripada kaum-kaum yang mengikuti jejak langkah yazid anak muawiyah dan banu umayyah.... Ya ALLAH, tempatkanlah Aba Abdillah Imam Hussain AS di setinggi-tinggi tempat pengrehatan bersama ayahnya, ibunya, saudaranya dan datuk serta neneknya di Maqam Tertinggi Yang Terpuji. Ya ALLAH, muliakanlah hati orang-orang yang mencintai Al-Hussain dan cintailah serta kasihilah semua orang-orang yang mencintai dan mengasihi Al-Hussain Alaihis Salam.... اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا أَبَا عَبْدِ ٱللَّهِ وَعَلَىٰ ٱلأَرْوَاحِ ٱلَّتِي حَلَّتْ بِفِنَائِكَ, عَلَيْكَ مِنِّي سَلاَمُ ٱللَّهِ أَبَدا مَا بَقيتُ وَبَقِيَ ٱللَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَلاَ جَعَلَهُ ٱللَّهُ آخِرَ ٱلْعَهْدِ مِنِّي لِزِيَارَتِكُمْ. اَلسَّلاَمُ عَلَىٰ ٱلْحُسَيْنِ وَعَلَىٰ عَلِيِّ بْنِ ٱلْحُسَيْنِ وَعَلَىٰ أَوْلاَدِ ٱلْحُسَيْنِ وَعَلَىٰ أَصْحَابِ ٱلْحُسَيْنِ. الحمد لله الذي جعلنا من المحبين اب عبدالله الحسين عليه السلام. اللهم ارزقنا محبتهم إلى آخر عمورنا. اللهم ارزقنا زيارته في الدنيا، وارزقنا شفاعته في الأخرة. اللهم ارزقنا زيارت الحسين في كل سنة. اللهم ارزقنا زيارة الحسين في الأربعين في هذا العام وفي كل عام... وصل الله على سيدنا محمد سيد المرسلين، وعلى آله الأطهار. ... أعظم الله أجورنا وأجوركم بمصيبنا بقتل الحسين بأرض كربلأ... وجعلنا الله وإياكم من الطالبين بثأر الأمام الحسين عليه السلام مع إمام منصور من آل محمد صلوات الله عليهم أجمعين. 🌹🌹🌹 Salam Takziah kehadapan Baginda Rasulullah SAWAW, Ahl Kisa', Aimmah Ahl Bait dan sekalian para pengikutnya atas kesyahidan Imam Hussain AS dan keluarga serta kerabat sahabatnya pada hari Asyura di medan Karbala... Kami berduka dengan duka yang sangat besar... 💔💔😭🌹🌹 Sekian. Terima kasih. -Muhammad Mamzah 10 Muharram 1448H 26/6/26 M
KORBAN AGUNG KELUARGA RASULULLAH Jumaat, 10 Muharram tahun 61H. Ditengah terik panas padang tandus Karbala, tanpa setitis air sejak 3 hari sebelumnya, setelah 72 orang kaum keluarga dan sahabatnya terbunuh tragis sadis termasuk anaknya yang bongsu Ali Al-Asghar berusia 6 bulan dipanah dilehernya... Aba Abdillah Al-Hussain dengan segala keberanian yang ia warisi daripada bapanya Amirul Mukminin Imam Ali AS, menghunuskan Pedang Dzul Fiqar milik bapanya yang diwariskan kepadanya menerpa ke arah musuh. Imam Hussain memacu kudanya menyerbu pasukan musuh dihadapannya. Menebas seorang demi seorang musuh yang ada. Sehingga musuh yang melihatnya merasa aneh dan gentar ketakutan melihat keberanian Aba Abdillah yang bersendirian menghadapi barisan 30 ribu pasukan musuh. Diriwayatkan dalam sejarah, Imam Hussain AS berhasil membunuh sehingga 1950 orang daripada pasukan yazid laknatullah itu. Seorang demi seorang tentera yazid laknatullah gugur dihantar ke neraka. Sehingga membuatkan barisan pasukan yazid mula goyah. Sebagai daripada mereka berundur. Diriwayatkan sekitar 6000 orang barisan hadapan pasukan yazid mundur lari ke belakang kerana tak sanggup menghadapi Imam Hussain AS walau ia berseorangan. Lalu datang umar anak saad menyeru daripada belakang; "Mengapa kalian takut berhadapan musuh yang keseorangan sedangkan jumlah kalian jauh lebih ramai...." Lalu umar anak saad mengarahkan syimir dan pasukan pemanah harmalah untuk segera membentuk formasi mengepung Imam Hussain AS. Setelah mereka membuat kepungan dan Imam Hussain AS berada ditenfah-tengah kepungan. syimir anak jawshan mengarahkan pasukan pemanah untuk segera memanah Imam Hussain AS. Dengan saki baki tenaga yang ada, dalam keadaan kehausan dan dahaga, Imam Hussain AS mempertahankan dirinya daripada ribuan anak panah yang menerpa dirinya. Tatkala itu, syimir mengarahkan kesemua busur panah dihala ke arah Aba Abdillah Al-Hussain lalu dipanahlah Imam Hussain AS secara serentak. Diriwayatkan dalam riwayat, sejumlah hampir 2000 anak panah menghujani tubuh Imam Hussain AS serentak dan 1900 daripadanya mengenai jasad suci Imam Hussain AS. Imam Hussain AS jatuh ke atas tanah terduduk kesakitan sambil mencabut satu persatu panah yang mengenai tubuhnya. Dalam saki baki nyawa yang masih ada, Imam Hussain AS merintih kepada ALLAH Taala......... "Ya ALLAH, telah ku korbankan segala-galanya. Terimalah korban teragung ini. Ambil lah daripadaku Ya Rabb sehingga Engkau puas atas pengorbananku ini." 😭😭😭 Pada waktu Asar, hari Jumaat tanggal 10 Muharram tahun 61H, maka syahidlah Imam Hussain AS dalam keadaan begitu pilu dan menyanyat hati. syimir anak jawshan setelah melihat Imam Hussain AS jatuh tergeletak, terus memanjat dan duduk di atas dada Imam Hussain AS. syimir laknatullah itu ingin segera memenggal kepala Imam Hussain AS. Dipotongnya leher Imam Hussain AS dengan pedangnya, namun tidak berjaya. Dicampakkannya pedang itu, lalu diambil nya pedang yang lain, juga tidak berjaya. Kemudian diambil pula pisau, dihiris leher suci Imam Hussain AS, juga tidak berjaya menembusi lehernya Imam Hussain AS. Seketika ada askar yazid berseru; "aku pernah melihat dibahagian leher itu sering dicium oleh datuknya Rasulullah... Kerana itu engkau takkan bisa memutuskannya disitu." Setelah mendengar perkataan tersebut, syimir anak jawshan laknatullah terus memusingkan tubuh Imam Hussain AS lalu menginjak belakang tubuh Imam, sambil menarik kepala Imam ke atas lalu diambilnya parang dan dipukulkan ke bahagian belakang leher Imam. syimir laknatullah menghentak dua kali di belakang leher Imam Hussain AS dengan parangnya lalu terputus lah kepala suci Imam Hussain AS daripada tubuhnya. syimir segera menancapkan kepala suci tersebut di atas tombaknya seraya menjerit penuh bangga atas apa yang dilakukannya........ 😭😭😭 Innalillahiwainnailaihirajiuun.... ...وَسَيَـعۡلَمُ الَّذِيۡنَ ظَلَمُوۡۤا اَىَّ مُنۡقَلَبٍ يَّـنۡقَلِبُوۡنَ. "...Dan orang-orang yang zalim kelak akan tahu ke tempat mana mereka akan kembali." (QS 26:227) ... Oh, betapa pilunya hati mendengarkan perkhabaran ini....