Sidang Kalam
СтатистикаPerkongsian dan info terkini daripada Sidang Kalam
- Последний пост
- 25 июл.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 77
- 1/48двое суток
- 88
- 1/72трое суток
- 95
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
Di sini kita dapat faham ketelitian fatwa ulama hebat seperti al-Iz bin Abd al-Salam, dia meneliti bahawa konsep tersebut akhirnya membawa kepada suatu bentuk azaliyyah alam, walaupun bukan dalam bentuk kewujudan fizikal yang kita lihat hari ini. --- 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐈𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 Ramai menyangka isu ini hanya berkisar tentang tafsiran perkataan kepadaNYA "lahu" dalam ayat "Kun Fayakun". Sebenarnya tidak. Di belakang satu perkataan itu tersembunyi dua kerangka akidah yang berbeza. Ahli Sunnah melihat "Kun" sebagai ungkapan tentang kesempurnaan kehendak dan kekuasaan Allah. Tiada objek yang menunggu untuk menerima firman-Nya. Manakala dalam metafizik Ibn 'Arabi sebagaimana dihuraikan oleh Prof. al-Attas dan diringkaskan oleh Dr. Khalif Muammar, firman "Kun" benar-benar mempunyai objek, iaitu A'yan Thabitah, yang menjadi sasaran perintah dan khitab tersebut. Dan di situlah sebenarnya bermula kritikan para mutakallimin terhadap konsep A'yan Thabitah, bahkan menjadi antara sebab mengapa tokoh sebesar al-'Izz ibn 'Abd al-Salam menganggap fahaman tersebut membawa kepada implikasi qidam alam (sedia ada alam).
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐒𝐮𝐟𝐢 𝐅𝐚𝐥𝐬𝐚𝐟𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐫𝐚𝐢 "𝐊𝐮𝐧 𝐅𝐚𝐲𝐚𝐤𝐮𝐧"... 𝐑𝐮𝐩𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐓𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚. Allah berfirman: إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ "..sekiranya Dia menghendakkan SESUATU, Dia hanya berkata kepadaNYA (sesuatu itu): 'Jadi', maka jadilah ia." Sekali baca, ayat ini nampak mudah. Tetapi ada satu soalan yang telah dibincangkan dan harus difahami dengan baik.. Allah berkata kepada siapa? Perkataan "lahu" (kepadaNYA) itu merujuk kepada siapa? Kalau benda itu belum wujud, macam mana boleh dikatakan Allah berkata "kepada-NYA"? Di sinilah bermulanya perbezaan yang sangat besar antara Ahli Sunnah dengan metafizik Ibn 'Arabi. --- 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡: "𝐤𝐮𝐧" 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐀𝐝𝐚 𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 Bagi Ahli Sunnah, ayat "Kun Fayakun" bukan bererti Allah sedang bercakap dengan suatu objek yang telah sedia ada. Sebaliknya, ia adalah ungkapan tentang kepastian terlaksananya kehendak Allah. Apabila Allah menghendaki sesuatu, dan kehendak-Nya bertaalluq dengan penciptaan makhluk itu, maka tidak ada satu saat pun yang memisahkan antara kehendak Allah dengan terhasilnya makhluk tersebut. Sebab itulah al-Quran menggambarkannya dengan lafaz: Jadi, maka jadilah. Tiada pemisah antara kaf dan nun. Bukan kerana sebelum itu sudah ada satu objek yang sedang mendengar ucapan tersebut, tetapi kerana kehendak Allah pasti berlaku serta-merta. Jadi, perkataan "lahu" dalam ayat al-Quran tersebut tidak menunjukkan sudah ada suatu objek yang benar-benar menjadi sasaran firman Allah sebelum penciptaan. --- 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐈𝐛𝐧 '𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝐈𝐧𝐢 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚 Dr. Khalif Muammar, ketika menghuraikan konsep Martabat Tujuh, menjelaskan bahawa menurut metafizik Ibn 'Arabi, perkataan "lahu" itu ditujukan kepada suatu "objek". Objek itulah yang dinamakan A'yan Thabitah. Maksudnya, sebelum sesuatu muncul di alam nyata, sudah ada satu objek yang menjadi sasaran firman "Kun". Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas menghuraikan perkara ini lebih lanjut dalam Commentary on the Hujjat al-Siddiq. Beliau menyebut bahawa objek tersebut mempunyai: * shay'iyyah (objek/thingness), * sama' (mendengar), * imtithal (mematuhi), * isti'dad (potensi menerima kewujudan), * bahkan mempunyai quwwah yang membolehkannya memberikan respons terhadap firman "Kun". Lebih jauh lagi beliau menulis bahawa objek tersebut ialah: "the active agent of its own coming into existence." Yakni, objek itu sendiri menjadi agen aktif kepada proses kewujudannya. Di Sinilah Persoalan Sebenarnya Bermula. Sekarang cuba fikir. Kalau sebelum alam dicipta sudah ada objek yang: * menjadi sasaran firman Allah, * mempunyai "thingness", * boleh mendengar, * boleh mematuhi, * mempunyai potensi, * malah berperanan dalam proses kewujudannya, maka... apa sebenarnya yang masih belum ada? Bukankah ini bermakna bahawa sudah ada sesuatu yang menjadi objek kepada firman "Kun"? Di sinilah Ahli Sunah mengatakan bahawa konsep ini sudah tidak lagi sama dengan الخلق من العدم (penciptaan daripada tiada) yang menjadi asas akidah Ahli Sunnah --- 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐛𝐧 '𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐐𝐢𝐝𝐚𝐦 𝐀𝐥𝐚𝐦? Inilah yang sering disalahfahami. Apabila ulama seperti Sultan al-'Ulama' al-'Izz ibn 'Abd al-Salam mengkritik Ibn 'Arabi sehingga mengatakan beliau membawa fahaman qidam alam, mereka bukan bermaksud Ibn 'Arabi berkata pokok, gunung dan manusia ini qadim seperti Zat Allah. Apabila sebelum penciptaan sudah ditetapkan adanya objek-objek tetap (A'yan Thabitah) yang menjadi sasaran firman Allah, mempunyai identiti, pendengaran, potensi, bahkan menjadi asas kepada kewujudan makhluk di alam, maka dari sudut Ahli Kalam, alam tidak lagi difahami sebagai dicipta daripada ketiadaan mutlak.
без подписи
без подписи
Amboi, tinggi betul "kasta" ilmu orang zaman sekarang ya? Lepas baca coretan Dr Khalif Muammar dalam jurnal beliau, rasa macam nak luruh jantung tengok cara "sarjana besar" kita menilai institusi pondok. Kata Dr. Khalif Muammar, pengajian di pondok-pondok tak menjurus kepada perbahasan yang tinggi, malah ilmuwan yang lahir dari sistem pondok ni mempunyai "ILMU YANG TIDAK BEGITU MEMUASKAN"! Hebat betul. Jadi selama ratusan tahun ni, tok-tok guru pondok yang pertahankan akidah umat di Nusantara ni cuma ajar ilmu gred bawahan la? Seterusnya, beliau sebut kalau nak faham wahdatul wujud dan Martabat Tujuh, kena ada latihan ilmu metafizik, kalam, dan tasawuf yang tinggi, kalau tak ada latihan tu, takkan dapat faham dan huraikan. Persoalannya... latihan tinggi dekat mana yang dimaksudkan tu? Dekat menara gading? Dekat kerusi empuk RZS-CASIS? Maknanya, nak kata guru dan madrasah dia sajalah ulama yang terpaling makrifat, terpaling tinggi metafizik, dan terpaling faham tentang Martabat Tujuh? Tok-tok guru pondok yang menelaah kitab kuning, yang khatam lautan kitab turats dari fajar sampai ke malam tu dianggap tak cukup latihan dan "tak memuaskan"? Habis tu, kitab Aqidatun Najin karangan Tuan Minal (Sheikh Zayn al-Abidin al-Fatani) yang Dr. sendiri petik tu, bukan lahir dan diajar di pondok ke? Kitab Siyarusalikin dan Hidayatusalikin Sheikh Abdus Samad al-Falimbani tu diajar dekat universiti sekular atau dekat pondok-pondok tradisional? Janganlah sebab kita ada gelaran Profesor atau Dr., kita rasa silibus pondok tu lekeh sampai tuduh lulusan pondok tak cukup ilmu nak faham hal-hal ketuhanan. Jangan sampai nampak macam kita nak "monopoli" tuhan dan ilmu makrifat ni hak eksklusif kelompok elit akademik sahaja. Tolong hormat sikit darah dan keringat para ulama pondok yang mengajar tanpa minta geran ratusan ribu, tapi melahirkan umat yang kenal Tuhan. Ke kena ada sijil universiti dulu baru dikira "memuaskan"? Warga pondok, guru pondok, pelajar pondok... tak rasa tercabar ke ilmu tok-tok guru kita dituduh "tidak begitu memuaskan" macam ni? Nanti kita kongsikan bagaimana warga pondok faham ayat "Awal agama mengenal Allah" dengan madrasah al-Attas memahami ungkapan tersebut.
без подписи
JANGAN MUDAH TUDUH AMIRUL MUKMININ FIL HADIS IBNU HAJAR SEBAGAI TAASUB! 😤📖 Pernah tak dengar dakwaan kononnya Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, tokoh hadis gergasi yang mensyarahkan Sahih Bukhari, bersikap taasub dan ada "prasangka peribadi" bila beliau kritik pemikiran Ibn Arabi? Dakwaan ni datang daripada video penjelasan pihak sana (Syeikh Muhyiddin Awwamah) yang cuba nak bersihkan nama Ibn Arabi dengan cara memburukkan kredibiliti tokoh hadis agung. Jom kita bedah apa "pusingan" (spin) yang mereka buat, dan apa fakta sejarah yang sebenarnya berdasarkan video ni: ⚠️ 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝟏: "𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐛𝐧 𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐜𝐞𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐚, 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐮𝐣𝐢 𝐣𝐞." 👉 FAKTA SEBENAR: Ini dakwaan yang sangat rapuh. Ibn Hajar sendiri bawa bukti bertulis dengan sanad yang sahih bahawa Imam Al-Izz bin Abdus Salam (ulama besar bergelar Sultanul Ulama yang sezaman dengan Ibn Arabi di Damsyik) menggelar Ibn Arabi sebagai "Syeikh yang buruk lagi pendusta". Macam mana boleh kata tak ada yang cela? ⚠️ 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝟐: "𝐃𝐚𝐦𝐬𝐲𝐢𝐤 𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐣𝐞 𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐭𝐮, 𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫 𝐈𝐛𝐧 𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐞 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐥𝐚𝐢𝐧?" 👉 FAKTA SEBENAR: Ibn Hajar menjelaskan bahawa sebahagian penulis sejarah/biografi sezaman (seperti Ibn al-Najjar & Al-Mundhiri) memang ada yang bersangka baik sebab mereka tak tahu atau tak didedahkan dengan pegangan batin Ibn Arabi. Malah, ahli hadis seperti Ibn Nuqtah sendiri secara terang-terang sebut beliau tak suka bait-bait puisi Ibn Arabi. ⚠️ 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝟑: "𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐅𝐮𝐬𝐮𝐬 𝐚𝐥-𝐇𝐢𝐤𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐥𝐢𝐬 𝟏𝟎 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐈𝐛𝐧 𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢 𝐦𝐚𝐭𝐢. 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐡𝐢𝐥 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐧𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐨𝐫𝐨𝐤!" 👉 FAKTA SEBENAR: Ramai tak tahu, Ibn Arabi sendiri ada buat senarai katalog bukunya. Daripada ratusan kitab tulisan dia, ada 178 buah kitab (termasuk Fusus al-Hikam) yang dia kata: "𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑖𝑛𝑡𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑢 𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑖𝑧𝑖𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑎𝑘𝑢 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑚𝑎𝑘ℎ𝑙𝑢𝑘." Sebab itu kitab ni hanya dibaca secara rahsia dalam kelompok murid terdekatnya sahaja (seperti Qunawi). Ulama fekah dan masyarakat luar hanya mula jumpa, bedah, dan kecam isi kandungan kitab ni secara meluas sekitar tahun 700 Hijrah (lama selepas kematiannya)! Imam Al-Dhahabi sendiri mengesahkan perkara ini. ⚠️ 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝟒: "𝐈𝐛𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐤𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐞𝐦𝐨𝐬𝐢, 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐩𝐬𝐢𝐤𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚." 👉 FAKTA SEBENAR: Subhanallah, ini fitnah besar pada tokoh hadis dunia! Kritikan Ibn Hajar bukan benda peribadi, tapi isu ilmiah dan aqidah. Malah, senarai ulama besar (termasuk ulama sufi yang lurus) yang turut mengecam dan menolak pemikiran Ibn Arabi sangatlah panjang! Antaranya: 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐈𝐛𝐧 𝐚𝐥-𝐒𝐚𝐥𝐚𝐡 (𝐒𝐲𝐚𝐟𝐢𝐢) 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐈𝐛𝐧 𝐚𝐥-𝐇𝐚𝐣𝐢𝐛 (𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐢) 𝐒𝐲𝐞𝐤𝐡 𝐒𝐮𝐟𝐢 𝐈𝐬𝐦𝐚𝐢𝐥 𝐚𝐥-𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐒𝐲𝐞𝐤𝐡 𝐒𝐮𝐟𝐢 𝐐𝐮𝐭𝐛𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐚𝐥-𝐐𝐚𝐬𝐭𝐚𝐥𝐥𝐚𝐧𝐢 ...dan ramai lagi! 💡 KESIMPULAN KITA: Dalam dunia penyelidikan ilmiah, kalau kita tak setuju dengan kritikan Al-Hafiz Ibn Hajar, bawalah hujah atau buktikan manuskrip kitab tersebut palsu/ditokok tambah. Tetapi, TIDAK LAYAK sama sekali untuk kita tuduh seorang tokoh hadis bertaraf Amirul Mukminin sebagai berbohong atau mengkritik atas dasar "emosi dan ketaksuban" semata-mata demi mahu menyelamatkan nama Ibn Arabi. Sila tonton video ini sampai habis untuk fahami perincian sejarah dan hujah ilmiah yang sangat padu! 👇
без подписи
Mereka akan bermula dengan pengakuan bahawa Ibnu Arabi mempunyai mazhab khas yang berbeza dengan Asyairah, Maturidiah, dan Ahlul Hadith. Persoalannya: Adakah mereka akan kembali menetapkan makna-makna (zahir) yang telah dinafikan oleh ulama terdahulu (kaedah al-Sya'rani), atau mereka akan mencipta/mereka-reka makna baharu yang impaknya lebih ringan kepada masyarakat berbanding apa yang difahami daripada kitab-kitab beliau sekarang (iaitu Takwil Moden / La-Sya'rani)? Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi dalam masa terdekat.
" Atau sama seperti mengatakan: "Mazhab Muktazilah tanpa takwil, dengan pegangan mereka bahawa makhluk mencipta perbuatan sendiri, kewajiban ke atas Allah, konsep Al-Salah wal Aslah, adalah salah satu mazhab ASWJ." Syeikh menegaskan ini adalah satu kekeliruan yang amat besar (خلط عظيم) yang tidak akan diucapkan oleh orang yang berakal. 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚 (𝐁): 𝐓𝐞𝐨𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐰𝐢𝐥 𝐌𝐨𝐝𝐞𝐧 / "𝐓𝐚𝐤𝐰𝐢𝐥 𝐋𝐚-𝐒𝐲𝐚'𝐫𝐚𝐧𝐢" (التأويل اللاشعراني المبتدع) Ini adalah jalan takwil baharu yang direka-reka, yang berbeza dengan takwil al-Sya'rani, malah berbeza dengan kefahaman para pensyarah kitab Ibnu Arabi yang terdahulu seperti Al-Qunawi, Al-Nabulsi, dan Al-Jami. Syeikh melihat ini masih sebagai satu kebarangkalian teori sahaja yang belum kita lihat realiti pelaksanaannya. Kita perlu menunggu para penyokong teori ini untuk membentangkan tafsiran mereka terhadap setiap masalah dan teks Ibnu Arabi yang selama ini menjadi titik khilaf. Analisis Syeikh Terhadap Kesan / Implikasi Masa Depan: Syeikh Saeed Foudah menegaskan bahawa tiada jalan lain bagi kumpulan yang mahu mengangkat Ibnu Arabi sebagai mazhab tersendiri (selain Asyairah, Maturidiah, Ahlul Hadith) melainkan melalui jalan Takwil Moden (Bahagian B) ini. Jika tidak, umat Islam akan berpatah balik kepada perkara yang dahulunya ditolak oleh para ulama (iaitu menganggap teks zahir Ibnu Arabi yang menyalahi Al-Quran, Sunnah, dan akal itu sebagai sesuatu yang selari dengan ASWJ). Jika itu berlaku, ia merupakan satu Nukus (undur ke belakang / regression) demi membela makna-makna teks Ibnu Arabi yang pernah dipulaukan/ditolak, makna yang menyebabkan ulama terdahulu terpaksa "me-reka" teori Al-Dass (pemalsuan) dan takwil demi menyelamatkan nama Ibnu Arabi agar kekal dalam ASWJ. Malah, ia akan menjadi satu lompatan yang berbahaya kerana mendakwa mazhab yang menyalahi Usul ASWJ sebagai satu kebenaran, sekaligus membatalkan mazhab ASWJ secara mutlak (قطعي). Oleh itu, Syeikh menjangkakan kumpulan penyokong ini akan melakukan takwil semula berdasarkan asas-asas baharu tanpa terikat dengan makna zahir bahasa, demi melahirkan "mazhab baharu" yang memenuhi tiga ciri: Berbeza (mubayin) dengan pegangan Asyairah, Maturidiah, dan Ahlul Hadith. Menyalahi makna zahir teks Ibnu Arabi yang menjadi lubang konflik selama ini. Makna baharu tersebut (kononnya) berada di bawah prinsip ASWJ melalui pertimbangan tertentu. Kesan Buruk Yang Bakal Berlaku: Usaha ini memerlukan kerja yang sangat besar: kerja analitikal untuk mencari apakah dasar sebenar ASWJ, dan kerja takwilan untuk memulas teks Ibnu Arabi kepada makna baharu. Syeikh menegaskan jalan ini pasti akan mencetuskan lebih banyak perbalahan, konflik, dan perpecahan, bukannya menyatukan umat. Ini kerana ia adalah cadangan mazhab rekaan (مذهب مبتكر) yang baru yang akan dipertikaikan kaedah takwilnya. 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫 (𝐑𝐮𝐦𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬 𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡) Syeikh menyatakan walaupun perkara ini pada zahirnya nampak mustahil berlaku, beliau tidak pelik jika ada pihak yang akan tampil mencadangkannya. Pada pandangan kumpulan tersebut, langkah ini "lebih ringan" berbanding mereka terpaksa mengaku bahawa makna-makna (zahir) yang dahulunya dibatalkan oleh ulama sebenarnya adalah sebahagian daripada mazhab ASWJ (yang bermaksud para ulama silam, malah Ibnu Arabi sendiri, tidak sedar bahawa beliau sedang bercakap dalam kerangka ASWJ!). Kumpulan ini mahu meluaskan definisi ASWJ melampaui had. Sebagaimana sebahagian syeikh kontemporari (semasa) mendakwa bahawa pandangan Ibnu Taimiyyah pada hakikatnya adalah salah satu pandangan/mazhab ASWJ, maka bagi mereka tidak sukar untuk mengatakan: Mengapa kita tidak jadikan sahaja Ibnu Arabi—dengan mazhabnya yang dahulunya kita cela, kita berlepas diri, sehinggakan guru-guru kita terpaksa mencipta teori pemalsuan teks dan takwil—sebagai salah satu mazhab daripada mazhab-mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah? 𝐊𝐚𝐭𝐚 𝐏𝐮𝐭𝐮𝐬 𝐒𝐲𝐞𝐢𝐤𝐡 𝐒𝐚𝐞𝐞𝐝 𝐅𝐨𝐮𝐝𝐚𝐡:
Syeikh Saeed Foudah membahaskan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Ibnu Arabi 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐦𝐚𝐳𝐡𝐚𝐛 𝐤𝐡𝐚𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. Beliau disifatkan sebagai seorang mujtahid dalam usul, feqah, dan dasar-dasar agama, bukannya pengikut (tabi') atau bernaung di bawah mazhab Asyairah, Maturidiah, mahupun Ahlul Hadith. Namun, pada masa yang sama, beliau tetap dianggap sebahagian daripada mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ). Di bawah nama ASWJ, jika sudah sedia ada Asyairah, Maturidiah, dan Ahlul Hadith, maka mengapa tidak dijadikan "Mazhab Ibnu Arabi" ini satu mazhab khas bagi dirinya dan para pengikutnya di bawah payung besar ASWJ? Bagi menjawab premis ini, Syeikh Saeed Foudah mengemukakan tiga kemungkinan (probabiliti) asas serta implikasinya yang tersendiri: 𝟏. 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚: 𝐓𝐞𝐨𝐫𝐢 "𝐀𝐥-𝐃𝐚𝐬𝐬 (𝐏𝐞𝐧𝐲𝐮𝐬𝐮𝐩𝐚𝐧/𝐏𝐞𝐦𝐚𝐥𝐬𝐮𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐬) Persoalan: Adakah anggapan Ibnu Arabi sebagai mazhab khas di bawah ASWJ ini dibina atas dasar dakwaan bahawa terdapat ayat-ayat yang disusupkan (diasingkan/dipalsukan) ke dalam kitab-kitab beliau? Dan bahawa akidah sebenar Ibnu Arabi adalah bertepatan dengan mazhab Asyairah, sepertimana yang didakwa oleh Imam al-Sya'rani dan para penyokongnya? Implikasi/Kritikan: Syeikh menegaskan jika kita mengambil kemungkinan pertama ini (teori pemalsuan), maka mazhab Ibnu Arabi secara automatik akan kembali/rujuk kepada mazhab ASWJ (Asyairah) yang sedia ada. Oleh itu, tidak wujud sama sekali sebuah "mazhab khas" yang tersendiri yang boleh berdiri tegak bersebelahan dengan Asyairah, Maturidiah, dan Ahlul Hadith. 𝟐. 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐓𝐞𝐨𝐫𝐢 𝐓𝐚'𝐰𝐢𝐥 𝐀𝐥-𝐒𝐲𝐚'𝐫𝐚𝐧𝐢 (𝐓𝐚𝐤𝐰𝐢𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥) Persoalan: Adakah ia dibina atas dasar bahawa kata-kata Ibnu Arabi dalam kitab Fusus al-Hikam dan Al-Futuhat al-Makkiyyah serta kitab-kitab lain mempunyai makna takwilan (tersirat) yang pada akhirnya kembali semula kepada mazhab ASWJ, sepertimana yang dicadangkan oleh al-Sya'rani dan ulama lain? Implikasi/Kritikan: Syeikh menyatakan jika berdasarkan kemungkinan kedua ini, maknanya pegangan beliau dipulangkan semula kepada mazhab Asyairah atau Maturidiah. Maka, adalah tidak sah (tidak betul) untuk mendakwa beliau mempunyai mazhab khas yang berada di samping Asyairah dan Maturidiah, kerana pemikiran beliau telah dileburkan kembali ke dalam mazhab-mazhab sedia ada yang diiktiraf. 𝟑. 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚: 𝐈𝐛𝐧𝐮 𝐀𝐫𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐔𝐬𝐮𝐥 & 𝐅𝐮𝐫𝐮' Ibnu Arabi dianggap mempunyai pemahaman tersendiri yang berbeza (menyalahi) Asyairah dan Maturidiah, namun masih terangkum di bawah prinsip-prinsip (Usul) Kuliah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Berdasarkan kemungkinan ketiga ini, Syeikh membahagikannya kepada dua bahagian (seksyen) untuk melihat bagaimana "mazhab khas" ini mahu difahami: 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 (𝐀): 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐳𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚. Kritikan Syeikh: Jika makna zahir daripada teks Ibnu Arabi yang diambil, maka adalah tidak sah untuk memasukkannya ke dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Mengapa? Kerana perselisihan besar, tindakan mengkafirkan (takfir), membid'ahkan (tabdi'), serta segala konflik yang berlaku dalam sejarah umat Islam terhadap beliau adalah berpunca daripada makna zahir teksnya (seperti fahaman Wahdatul Wujud yang zahir). Syeikh memberi amaran keras: Jika makna zahir ini tiba-tiba diiktiraf sebagai sebahagian daripada mazhab ASWJ hari ini, ini merupakan satu penyelewengan yang sangat bahaya (انحراف خطير) dalam mendefinisikan semula Ahlus Sunnah wal Jamaah. Syeikh membuat analogi: Tindakan ini sama sahaja seperti dakwaan yang mengatakan: "Mazhab Ibnu Taimiyyah yang bersifat Tajsim (menjisimkan Allah)- atas dasar beliau mengatakan sedemikian- adalah salah satu pandangan ASWJ.
Pengajaran besar buat Brazil. Lain kali contohilah ulama hadis kontemperori. Tarik diri (kes) awal sebelum kalah.
Tarik balik kes.. Bukan itu saja, malah siap buat persetujuan supaya kes ini jangan digembar-gemburkan di sosial media 😂 Kenapa ya agaknya ulama hadis itu tarik kes? Kenapa agaknya ulama hadis itu buat persetujuan sedemikian?
Lah.. betul ke Prof Allamah Syeikh Muhaddis Rozaimi Ramle (PASYEMURR) saman Ustaz Faiz Fateh kes BH-B53F-308/2025 RM 1,000,000 (ringgit Malaysia satu juta).. tapi tarik balik kes setelah Ustaz Faiz failkan pembelaan? Takkanlah ulama hadis besar zaman kini hanya berani berhujah di mahkamah seorang diri apabila Alwi Bakkani tak filekan pembelaan, tapi bila Ustaz Faiz Fateh failkan pembelaan dengan bukti yang konkrit, PASYEMURR tarik balik saman?! Kata nak berhujah dalam mahkamah? Tapi tup tup.. bila takut kalah dan tak yakin menang tarik kes?!
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи