tgindex
Последний пост
13 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
6
Всего постов
27
Тип
открытый
Язык
und
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
4 150
−12 за 5 дн.
Сутки
−4
−0,10%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
215
27 постов
Вовлечённость
5,2%
к подписчикам
Постов в день
0,9
всего 27
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
135
1/48двое суток
154
1/72трое суток
166

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Saba Al-Hashash, 13 tahun, sedang berada di dalam halaqah membacakan Al-Quran yang dihafaznya ketika seorang tentera Israel melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah sebuah surau yang dipenuhi kanak-kanak di kawasan Al-Mawasi, Khan Younis. Sebiji peluru tepat mengenai kepalanya dan menyebabkan dia rebah sebelum dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Sepatutnya, dia pulang ke khemah keluarganya dengan gembira selepas gurunya memuji hafazan al-Qurannya. Namun, pada hari Isnin 10 Ogos 2026, dua hari selepas ditembak, Saba menghembuskan nafas terakhir. Tiga lagi mangsa yang turut terkena tembakan bersamanya masih menerima rawatan. TahreerGh Gh

  • Gambar beliau sebelum dan selepas .. Pasukan tentera negara haram membebaskan tahanan Nadeem Abu Al-Rub dari bandar Tulkarm di Tebing Barat Palestin selepas dua tahun dalam tahanan. TahreerGh Gh

  • 328 orang itu hanyalah mereka yang namanya telah diketahui dan kematian mereka telah didokumentasikan. Di sebalik tembok penjara dan kem tahanan, terdapat tahanan yang meninggal dunia akibat penyeksaan, kemudian hilang tanpa berita. Sehingga hari ini, pihak negara haram tidak mengakui kematian mereka. Maka, persoalan paling mengerikan yang masih bermain di fikiran kita ialah: Berapa ramai lagi Ehab yang telah dibunuh di sana, tetapi nama mereka masih belum sampai kepada kita? Berapa ramai ibu yang masih menanti kepulangan seorang anak yang sebenarnya telah lama dibunuh, sementara pihak negara haram membiarkan mereka tergantung antara harapan dan tragedi? Oleh Mohammed Qaoud TahreerGh Gh

  • Ehab Diab adalah seorang anak yang dinanti kepulangannya oleh seorang ibu.. seorang suami yang dinanti oleh seorang isteri .. dan seorang ayah yang dinanti anak-anaknya untuk kembali mengisi tempatnya di rumah. Namun, negara haram merampas impian itu daripada mereka, mengubahnya daripada seorang tahanan menjadi jasad yang dikebumikan di “tanah perkuburan bernombor”. Dengan gugurnya tahanan Ehab Diab sebagai syahid, jumlah tahanan Palestin yang diketahui identitinya dan telah gugur sejak tahun 1967 meningkat kepada 328 orang, termasuk 91 tahanan yang gugur sejak 7 Oktober 2023. Namun, angka-angka ini masih belum menceritakan keseluruhan kebenaran.

  • Selepas dua tahun di penjara Israel, dia keluar hanya untuk menemukan sijil kematian keenam-enam anaknya menantinya 💔😥 Warga Gaza, Ahmad Abdul Karim Al-Siqali dari Khan Younis, dibebaskan dari penjara Israel selepas dua tahun. Namun, keenam-enam anaknya tidak menunggunya untuk menyambut kepulangannya. Sebaliknya, yang ditemuinya ialah sijil kematian mereka. Keenam-enam anaknya terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan rumah mereka ketika beliau masih dalam tahanan. Isterinya dan salah seorang anak perempuannya terselamat daripada serangan yang sama, namun kedua-duanya mengalami kecederaan. TahreerGh Gh

  • Pengarah Hospital Rehabilitasi dan Prostetik Hamad di Gaza, Hamad Naeem, melaporkan bahawa jumlah penduduk Gaza yang kehilangan anggota badan kini mencecah sekitar 8,000 orang. Daripada jumlah tersebut, 25% adalah kanak-kanak dan 12.5% adalah wanita. Beliau turut menjelaskan bahawa sejak perang bermula, tiada bahan mentah untuk menghasilkan anggota prostetik dibenarkan masuk ke Gaza. Akibatnya, hospital tersebut hanya mampu menyediakan 135 anggota prostetik, menggunakan bekalan yang sudah tersedia sebelum perang. Keperluan ribuan rakyat Palestin yang cedera jauh melebihi kemampuan pusat-pusat rawatan yang sedia ada di Gaza. Mereka memerlukan lebih banyak peralatan, bahan mentah dan tenaga pakar untuk membantu mereka kembali menjalani kehidupan 💔 Al-Quds News TahreerGh Gh

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • без подписи

  • ( Saya amanahkan kepada kalian Palestin — permata mahkota umat Islam, dan denyutan hati setiap insan yang masih mempunyai jiwa dan keberanian di dunia ini ) — Sebahagian dari wasiat Anas Al-Sharif 💔 Setahun telah berlalu sejak pembunuhan wartawan dan suara Gaza kepada dunia, Anas Jamal Al-Sharif. 10 Ogos 2026 — Setahun berlalu, namun suaranya tidak pernah hilang. Gambar-gambar Gaza yang dibawanya kepada dunia terus menjadi saksi. Anas Al-Sharif... bukan sekadar seorang wartawan, tetapi suara sebuah kota yang cuba membuat dunia mendengar .. we miss you behind the screen, Anas 😥 TahreerGh Gh

  • 👁️👁️ Kami memantau apa yang anda lakukan di internet. • Merancang kandungan hasutan • Menulis kandungan hasutan • Menyiarkan kandungan hasutan di internet Selepas melakukan jenayah keganasan dalam erti kata sebenar, anda boleh dikenakan tindakan penangkapan, malah dipenjarakan, seperti yang pernah berlaku dalam kes-kes seumpama ini. Kami telah memberi amaran kepada anda. Tentera negara haram menyerbu bandar Surra, di barat Nablus, Tebing Barat Palestin dan menggeledah rumah seorang rakyat Palestin, Munther Turabi, sebelum menahan anak lelakinya, Yazan Turabi. Sebelum berundur, mereka meninggalkan sehelai kertas di dalam rumah yang mengandungi ugutan serta mesej yang memberi amaran bahawa aktiviti dalam talian sedang dipantau oleh negara haram !! TahreerGh Gh

  • 8 авг.295101

    Apabila wajah tidak lagi dapat dikenali di bawah runtuhan, dan kesan cap jari hilang akibat masa serta pengeboman, tubuh mangsa yang tidak berdosa seakan-akan berbicara dengan caranya sendiri. Di Gaza, selepas seorang syahid tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan jasadnya yang telah mengalami pereputan teruk, pasukan penyelamat dan Pertahanan Awam hari ini berjaya mengenal pasti identitinya melalui set gigi palsu. Sesuatu yang suatu ketika dahulu dibuat untuk memberinya senyuman, akhirnya menjadi petunjuk yang membawanya kembali kepada keluarganya — dengan nama dan identitinya, bukan sekadar sebuah nombor. Ia bukan sekadar gigi palsu... Ia menjadi pesan terakhir yang enggan membiarkan identitinya terhapus. Jika wajah telah hilang, jejak seseorang tetap tidak akan mati 💔 TahreerGh Gh

  • 8 авг.225101

    Kerna kami adalah tuan rumah yang benar 🇵🇸✌️ “Jangan takut… jangan sekali-kali berani untuk takut kepada mereka. Kamu hanya perlu takut kepada Allah.” Itulah kata-kata seorang ayah Palestin kepada anaknya ketika tentera Israel dikerahkan secara besar-besaran di Kafr Aqab, utara Baitulmaqdis. Di tengah ketakutan dan kehadiran tentera yang begitu ramai, seorang ayah cuba menguatkan hati anaknya. Seorang ayah mengajar anaknya keberanian, ketika dunia sekeliling cuba mengajarnya rasa takut .. TahreerGh Gh

  • 8 авг.206121

    Gambar ini diambil pada saat-saat terakhir kehidupan mereka 💔 Inilah foto terakhir yang diketahui bagi dua warga emas Gaza, Nadi Ma'ruf dan Ali Ma'ruf. Foto ini diambil hanya beberapa jam sebelum mereka dilaporkan dibunuh oleh tentera Israel di Beit Lahia, utara Gaza, pada November 2024. Mereka dipaksa berjalan di hadapan tentera sebagai perisai manusia, sebelum akhirnya mereka turut dibunuh. Sebuah gambar yang hanya memerlukan beberapa saat untuk dilihat... tetapi menyimpan kisah kekejaman yang begitu berat sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata 💔💔 TahreerGh Gh

  • 7 авг.233131

    Satu pemuda Palestin VS sekumpulan anjing liar di Tebing Barat Palestin TahreerGh Gh

  • без подписи

  • Krisis baharu di dalam penjara Israel!! Kini, pakaian dan al-Quran pula menjadi sasaran. Menurut Pejabat Media Tahanan Palestin, Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, dilaporkan memasuki Penjara Negev dan mengarahkan supaya baki pakaian milik tahanan dirampas. Akibatnya, kebanyakan tahanan kini hanya memiliki sehelai baju, sehelai seluar dan beberapa helai pakaian dalam. Penderitaan mereka tidak berakhir di situ. Pihak penjara turut merampas Al-Quran, sehingga hanya sebuah Al-Quran dikongsi bagi setiap blok yang ada kira-kira 15 bilik. Dalam masa yang sama, mereka berdepan makanan yang tidak mencukupi, kekurangan bekalan kebersihan, dan hanya diberi sekitar 45 minit sehari untuk mandi serta mengurus keperluan asas. TahreerGh Gh

  • Tentang perarakan pengebumian terbesar dan terpanjang dalam sejarah Palestin beberapa hari lalu 💔 112 jenazah syuhada diiringi untuk dikebumikan... Dari sinilah sisa-sisa jasad mereka dikeluarkan. Namun tragedi keluarga Al-Hassayneh dan Abu Shariah bukanlah satu-satunya. Video ini merakamkan pembantaian di Blok Al-Taj, di Jalan Al-Yarmouk, Gaza City. Lihatlah kemusnahan yang ditinggalkan. Bayangkan kekuatan letupan yang meranapkan seluruh blok kediaman dan menimbus ratusan nyawa dalam sekelip mata. Dalam tragedi itu, lebih 300 orang terbunuh serentak. Sehingga hari ini, puluhan lagi masih hilang, dan menurut pasukan Pertahanan Awam, ada mangsa yang jasad mereka tidak lagi dapat ditemui. Inilah pengeboman yang mengubah sebuah kawasan perumahan menjadi tanah perkuburan besar-besaran 💔😭 TahreerGh Gh

  • 6 авг.241101

    Di Gaza, ada yang tidak pulang sebagai jasad yang sempurna. Bertahun-tahun di bawah runtuhan, yang tinggal hanyalah serpihan tulang yang menjadi saksi bahawa mereka pernah hidup, pernah mempunyai nama, keluarga dan impian 😥💔 Di barat bandar Gaza, pasukan penyelamat menemui sisa rangka seorang pemuda yang masih belum dikenal pasti identitinya. Yang tinggal hanyalah beberapa tulang... dan kad pengenalannya 💔 TahreerGh Gh