Nota Dialek Mesir Khalif Rizal
СтатистикаBlog Dialek Mesir 👉 www.DialekMesir.com IG 👉 instagram.com/KhalifRizal . Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal
- Последний пост
- 30 июл.
- Последнее чтение
- 14 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 289
- 1/48двое суток
- 331
- 1/72трое суток
- 357
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Ada yang nak tengok, apa topik grammar ammiyyah yang kita akan belajar dalam AmmiyFlix ni? Ini dia senarai topik-topik yang anda akan belajar dalam AmmiyFlix. Siapa yang paling banyak akan dapat manfaat daripada topik ni? Jawapan: Mereka yang dah ada asas bahasa Arab Fusha yang kukuh. Kami selalu cakap; lagi kukuh bahasa Arab Fusha seseorang, lagi mahir dia dalam ammiyyah. Daftar AmmiyFlix di AmmiyFlix.com Esok kita dah nak tutup pendaftaran! ⏰
Free tak? Jom kita buat latihan modul tatabahasa straight to the point dalam AmmiyFlix! Topik: Fi’il Mabni lil Majhul dalam ammiyyah Mesir —— ⁉️ Eh, belum daftar lagi? Lagi 3 hari pendaftaran ditutup tau!⏰ Dalam AmmiyFlix ni kita belajar ammiyyah from A to Z. Khas untik pencinta bahasa Arab Fusha yang nak mula terokai ammiyyah Mesir pula. Orang yang mahir bahasa Arab Fusha akan seronok belajar modul tatabahasa ni sebab banyak perbandingan dibuat dengan bahasa Arab Fusha! 😉 Daftar sekarang di sini sebelum pendaftaran ditutup: AmmiyFlix.com
Ini DUA cara untuk tahu sama ada kita dah betul-betul kuasai ammiyyah Mesir, atau sekadar ‘boleh faham’ secara umum. 👇 Pertama: Bila kita tengok video dalam ammiyyah Mesir, kita mampu tulis semula hampir 100% apa yang dituturkan dan faham setiap ayat yang disebut. Ujian ini membezakan antara orang yang benar-benar faham dengan orang yang hanya faham cerita secara umum dan sekadar boleh membuat kesimpulan daripada konteks. ⸻ Kedua: Yang ini lebih mencabar. Kita mampu bercakap sekurang-kurangnya 5 minit dalam ammiyyah Mesir tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita, menggunakan perkataan dan uslub yang natural seperti orang Mesir. Tak perlu topik yang hebat. Ceritakan sahaja apa yang kita buat hari ini. Ambil mana-mana aplikasi yang boleh merakam suara, kemudian cuba rakam diri sendiri bercakap selama 5 minit. —- Dengan latihan berterusan melalui AmmiyFlix, insyaAllah anda dapat capai 2 tahap ini dengan mudah! Klik: AmmiyFlix.com
Dalam AmmiyFlix, kita cuba untuk tekankan semua aspek: 1. Grammar = ada modul tatabahasa Ammiyyah. 2. Vocab = ada modul kamus. 3. Susunan ayat + sebutan + kemahiran mendengar = ada modul perbualan dan modul movie Mesir. Pendek kata, bahan belajar, laluan dan panduan dah disediakan. Tinggal kita saja pilih nak lalui atau tak. Kan? 😇 Jom jumpa dalam AmmiyFlix. Pendaftaran masih dibuka. Santai-santai nanti jemput web AmmiyFlix.com untuk baca details. Klik: www.AmmiyFlix.com
Bila belajar bahasa Arab, saya lebih utamakan susunan ayat & pemilihan perkataan yang betul berbanding sebutan bunyi ‘macam’ Arab. Sebutan boleh dilatih dengan mudah. Tapi yang lebih lama perlu biasakan diri ialah kemahiran susun ayat & pilih perkataan yang tepat dan sesuai untuk digunakan (dengan cepat). Orang yang boleh buat ayat dengan betul, masih boleh komunikasi walaupun bunyi Melayu. Tapi yang bunyi saja macam Arab, kalau ayat salah… toukk paritt la 😬😆 Ingat prioriti dia: ayat betul > bunyi macam Arab Kalau kita tak bunyi macam Arab lagi jangan risau. Yang penting ayat kita betul. Bukan bermaksud sebutan tak penting. Tapi itu boleh berlatih nanti. Utamakan susunan ayat yang betul dulu. Kita bercakap tentang prioriti dalam komunikasi. . Dapat sesuatu? Bagi 🔥sikit! 😊
без подписи
✅ Modul 3: Belajar Melalui Movie Ramai orang cakap, kalau nak kuasai ammiyyah Mesir kena banyak dengar lagu Arab, tengok movie dan buat mumarasah. Betul. Tapi persoalannya: Macam mana cara sebenar nak manfaatkan movie atau video untuk belajar ammiyyah Mesir? Pertama sekali, kita kena ubah cara kita menonton. Kita bukan tengok movie semata-mata untuk berhibur. Kita tengok untuk BELAJAR dan TIRU cara orang Mesir bercakap, supaya ayat yang kita dengar boleh digunakan dalam kehidupan sebenar. Sebab itu, bila tengok sesuatu klip, kita perlu tahu: ✅ Apa yang disebut dalam ammiyyah Mesir ✅ Apa maksudnya dalam Bahasa Melayu ✅ Tatabahasa yang digunakan ✅ Cara sebutannya ✅ Situasi yang sesuai untuk menggunakan ayat tersebut Dalam AmmiyFlix, anda akan dibimbing untuk menekuni 542 klip movie dan drama Mesir melalui lima langkah pembelajaran: Step 1: Fahami teks Arab dan terjemahannya Anda akan baca teks ammiyyah yang disebut dalam klip dan fahami maksudnya dalam Bahasa Melayu. Step 2: Bedah tatabahasa yang digunakan Setiap ayat akan dihuraikan dari sudut tatabahasa supaya anda faham kenapa orang Mesir menyusun dan menyebut ayat tersebut dengan cara begitu. Step 3: Pelajari teknik sebutan Anda akan belajar cara sebenar orang Mesir menyebut sesuatu perkataan dan ayat, termasuk bunyi yang digugurkan, disambungkan atau disebut dengan lebih pantas. Step 4: Ketahui situasi penggunaannya Anda bukan sekadar tahu maksud ayat, tetapi turut faham bila, di mana dan dalam situasi apa ayat tersebut sesuai digunakan. Step 5: Berlatih sebutan dan hafalan Anda akan berlatih menyebut ayat tersebut sendiri sambil cuba menghafalnya supaya lebih mudah digunakan dalam perbualan sebenar. Bukan sekadar tengok movie. Kita FAHAM, BEDAH, TIRU, BERLATIH dan terus GUNA. 🔥 Ikut lima langkah ini secara konsisten, insya-Allah ammiyyah anda akan jadi semakin cair! (Lihat gambar lima langkah pembelajaran dalam poster di bawah.) ✅ Pendaftaran masih dibuka, daftar di: AmmiyFlix.com
Modul 3: Movie Mesir
✅ Belum daftar lagi? Jangan terlepas peluang mendaftar kali ini. Daftar sekarang di: AmmiyFlix.com
✅ Kenapa kami masukkan modul ini dalam AmmiyFlix? AmmiyFlix dibina untuk membantu anda menguasai ammiyyah Mesir secara menyeluruh — daripada kosa kata, uslub dan tatabahasa, sehinggalah cara sebenar orang Mesir menggunakannya dalam movie dan kehidupan harian. Tapi kami tak mahu anda perlu tunggu habis semua modul sebelum mula bercakap. Sebab itu kami bina Modul Perbualan Sebenar. Dalam modul ini, terdapat 74+ situasi harian yang sangat dekat dengan kehidupan pelajar Malaysia di Mesir. Setiap situasi disertakan dengan audio oleh penutur Mesir, supaya anda bukan sekadar tahu apa yang perlu dicakap, tetapi juga tahu cara orang Mesir benar-benar menyebutnya. 🎯 Baca. Faham. Dengar. Berlatih. Terus guna dalam kehidupan sebenar.
✅ Modul 2 : Perbualan Sebenar
✅ Syarat pertama untuk sertai AmmiyFlix: Dah ada asas Bahasa Arab Fusha. Sebab apa? Ramai orang terus hafal perkataan ammiyyah. Tapi bila nak bercakap, ayat tetap tunggang-langgang sebab tak faham aturan bahasa. Sebab itu modul pertama dalam AmmiyFlix ialah Modul Tatabahasa Ammiyyah Mesir. Sebelum mula bercakap macam orang Mesir, kita kena faham dulu bagaimana bahasa itu berfungsi. Bila faham grammar, kita akan lebih mudah: ✅ Susun ayat dengan betul. ✅ Sebut ayat dengan lebih natural. ✅ Faham kenapa sesuatu perkataan berubah. ✅ Bercakap dengan lebih yakin. Jangan risau. Modul ni bukan kelas grammar yang penuh istilah teknikal. Saya dah olah semuanya dalam bahasa yang santai dan mudah difahami. Lagi best, setiap topik datang sekali dengan latihan kefahaman dan latihan bina ayat supaya boleh terus praktis. Lepas dah tengok video, tapi masih ada soalan nak tanya? Jangan risau, kita ada ruangan Q&A dalam app untuk terus tanya soalan kepada panel Q&A kami! (rujuk gambar) 😊 ✅ Masuk waiting-list supaya tak terlepas: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg?s=hd&p=i&mlu=0&ilr=0
✅ Modul 1 AmmiyFlix: Tatabahasa Dialek Mesir Kandungan: 49 Video | 58 topik | Kuiz Latih Tubi Grammar Ammiyyah
Dalam AmmiyFlix, kami tak fokus pada satu aspek sahaja. Kami gabungkan 4 modul utama supaya pelajar dapat menguasai semua aspek penting dalam pembelajaran Ammiyyah Mesir: ✅ Tatabahasa (Grammar) ✅ Perbendaharaan kata (Vocabulary) ✅ Latihan bercakap & mendengar ✅ Penggunaan dalam situasi sebenar Keempat-empat modul ini saling melengkapi antara satu sama lain. Insya-Allah, sepanjang beberapa hari ini kami akan kongsikan satu demi satu setiap modul tersebut. 😊
Dah lama geram tengok orang boleh cakap ammiyyah. Kita bukannya tak boleh nak pandai macam diorang. Tapi tak tahu cara nak mula di mana? dan macam mana? Tak ada bahan nak belajar. Yang ada di internet pun berterabur di banyak tempat - tak tersusun. Tiaada penjelasan laluan dari zero sampai mahir. Tak ada guide. Tak ada tempat nak tanya. Di AmmiyFlix, kita cover semua bermula grammar, berborak sampailah penguasan kosa kata dan uslub! Semuanya 1 tempat sahaja! Cuba guna 1 je ayat yang ada dalam Modul Kamus (Kategori: Uslub), orang Mesir terus tabik spring! 😆 Pendaftaran dibuka esok, jam 10.00 pagi - waktu Malaysia. Kunci jam. Buat reminder. Ajak kawan join group ini. Sebab kalau terlepas terpaksa tunggu next intake. 😅 Masa pendaftaran terhad supaya kami dapat fokus untuk onboarding peserta yang baru mendaftar. ✅ Masuk waiting-list supaya tak terlepas: https://chat.whatsapp.com/H9vWKm10Lov5fDbI7dTcxg?s=hd&p=i&mlu=0&ilr=0
TAK LAMA DAH 🔔‼️ Pendaftaran dibuka esok, jam 10.00 pagi waktu Malaysia! Jangan lupa kunci jam tau! ⏰
"Kenapa kita tak hapuskan sahaja ammiyyah ni? Merosakkan bahasa Arab Fusha je!" Petikan daripada Seminar Dialek Mesir, Kaherah 2023. Kredit kepada: MUHIM MESIR Tonton: https://www.facebook.com/share/v/1EADMXUbxu/?mibextid=wwXIfr
Antara aturan bahasa yg penting ialah penggunaan dhamir yg betul dalam percakapan. Apa yang saya sebutkan dalam video ini ialah sebahagian daripada perbezaan antara dialek Mesir dan bahasa Arab Fusha. Fusha: Guna dhamir هي untuk merujuk kepada jamak tak berakal. Ammiyyah Mesir: Guna dhamir هم untuk semua jenis jamak. Tonton: https://vt.tiktok.com/ZS9Wgu7Dd/
أنا مش شايف قدامي Ayat ni maksud literal dia: “Saya tak nampak apa-apa di depan saya”. Tapi ayat ni juga digunakan dalam 2 keadaan lain. 1. Ketika seseorang terlalu penat. 2. Ketika terlalu marah. Rujuk: TT: https://vt.tiktok.com/ZS9se13wv/
Wajib buat macam ni kalau taknak menyesal belajar ammiyyah Mesir. 😊 https://vt.tiktok.com/ZS5m9VRHw/