𝑫𝒐𝒄𝒕𝒐𝒓 𝑫𝒂𝒌𝒘𝒂𝒉♥️🖋
СтатистикаMotivation Dakwah ツ When love is for the sake of Allah, it never dies.
- Последний пост
- 13 авг.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 1
- Всего постов
- 21
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 51
- 1/48двое суток
- 58
- 1/72трое суток
- 63
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
https://x.com/i/status/2087699975618855288
Trust in Allah. Do’a yang melangit tidak akan kembali dengan tangan hampa. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Seandainya manusia tahu dan yakin tentang apa yang Allah janjikan, maka takkan ada yang hidupnya sia-sia. Seluruh masanya akan mencari jalan supaya janji Allah itu berlaku terhadap dirinya. Allah janjikan syurga buat orang yang memaafkan. Yakinlah, langsung maafkan. Allah janjikan keselamatan akhirat buat mereka yang berbuat baik kepada sesiapa pun sekali pun yang tak henti hari-hari berniat jahat kepada dia. Maka teruslah berbuat baik sekali pun kepada orang yang benci kita. Allah janjikan akhirat tanpa hisab buat yang sabar. Maka sabarlah atas janji Allah itu walau pun di dunia jiwa kita dihiris lumat. Percayalah. Allah tak berjanji macam kita. Janji Allah itu pasti. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Cantik itu ujian, kurang cantik juga ujian. Apa yg Allah jadikan tiada yg sia². Jgn hanyut dgn pujian, jgn lemah dlm hinaan.☺️ •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Mengapa Allah tak pernah putarkan waktu kembali ke belakang? Sekali pun Dia mampu untuk lakukan apa sahaja. Kerana Allah tak mahu kita sambil lewa dan anggap remeh tentang waktu yang kita tinggalkan walau pun sesaat. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Kehidupan ini segalanya milik Allah. Termasuklah rezeki yang kita dapat. Maka teruslah yakin dan percaya atas setiap yang kita usahakan. Andai itu kita punya, kita akan dapat. Kalau bukan, sekali pun kita dah usahakan sehabis baik, redha lah. Allah akan bagi yang lebih indah. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Ternyata hukuman Allah yang paling berat itu bukanlah ketika kita kehilangan harta benda, jawatan dan pangkat. Tetapi hukuman yang paling berat daripada Allah adalah ketika Allah telah menutup hati kita untuk dapat berbuat baik dan rindu terhadap kebaikan. Maka mohon ampunlah terhadap dosa kita. Supaya kita selamat daripada hukuman Allah yang sangat berat. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Yang memuliakan manusia di akhirat ialah Allah. Yang akan menghinakan manusia di akhirat nanti juga Allah. Kerana Dia kenal sungguh kita luar dan dalam. Jadi bukan kerja kita nak menghinakan manusia lain atas pandangan lahir kita sahaja. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Antara sebab utama kenapa kita kena jadi orang yang sangat bersabar dengan ujian dunia; Sebab orang yang sangat sabar Allah akan beri pelepasan akhirat tanpa hisab. Dekat mana biasanya kita diuji dengan sangat kuat? Iya, tak lain tak bukan. Dalam rumah kita sendiri. Berhadapan dengan keluarga kita, itulah ujian paling kerap berlaku. Maka untuk semua itu, bersabarlah. Demi akhirat kita bersama.🤲🏻 •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
KEMATIAN Saat yang kita tak tahu bila. Dan dalam keadaan apa pun kita. Bersedia atau tidak, itu yang kita kena beringat selalu. Sebab tu, nampak kesalahan orang lain, doakan kebaikan buat dia. Moga nanti, itu berbalik semula ke kita. Maksudnya atas setiap kejahatan, kita sempat bertaubat atas sebab ada yang mendoakan kita. Amin. 🤲🏻 •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Semua yang berlaku di sekililing kita adalah peringatan dan ilmu yang Allah nak sampaikan pada kita. Sekali pun kita terdengar perbualan orang lain masa tengah beli barang dekat pasaraya; "Aku rasa lama dah aku tak bersedekah ni." Sembang akak sebelah dengan kawan dia. Sayup kita dengar tapi tepat maksud tu ke gegendang telinga kita. Fahamlah yang Allah nak kita muhasabah tentang sedekah kita. Begitulah selalunya. Kiaskan ke hal hal lain ya. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Berusahalah jadi orang yang baik, yang beriman, yang kerap doakan buat orang lain, InsyaAllah hidup kita akan bahagia di dunia dan di akhirat. Cukuplah pandangan Allah yang kita utamakan. Hati kita akan lebih tenang. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Takbir raya adalah antara alunan yang paling merdu dan juga paling sedih sekali. Bila dengar takbir raya, semua akan teringat kembali orang-orang yang telah tiada, kenangan waktu kecil, dan memori di tempat lama. Al-Fatihah buat mereka semua yang tiada. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Dua surah yang Nabi ﷺ tidak akan tidur kecuali setelah membacanya: 1. Surah al-Mulk 2.Surah al-Sajdah Ya, Surah al-Sajdah bukan sahaja dibaca pada solat Subuh pada hari Jumaat, tetapi juga dibaca setiap hari sebelum tidur. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Jadilah mukmin yang hatinya sentiasa inginkan kebaikan kepada orang lain. Jangan dengki, jangan mudah jugde orang, jangan mudah berprasangka buruk ke atas orang lain. Belajar mendoakan, belajar bersangka baik dan belajar bergembira dengan kejayaan orang lain. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Iblis pun Allah makbulkan doanya, apatah lagi kita yang beriman. Jangan putus doa, Allah sentiasa mendengar. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Masyarakat Melayu selalunya kalau ada apa-apa hajat akan dibuat majlis bacaan Surah Yasin. Sebenarnya amalan ini antara amalan yang mujarab yang dilakukan oleh para ulama ketika mempunyai apa-apa kesusahan atau hajat seperti yang disebutkan oleh Ibn Kathir dalam tafsir beliau. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Kadang kita tak sedar, hobi kita mahal. Tapi bila sampai pada ibadah korban yang cuma setahun sekali, kita mula berkira. Ya Allah, ajarkan kami erti memberi kerana-Mu. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah
Hari ini, 9 Zulhijah adalah di antara hari terbaik dalam kalendar Islam: 1. Puasa hari ini diberi ganjaran pengampunan dosa setahun lalu dan akan datang. 2. Sebaik-baik hari untuk berdoa adalah hari ini. 3. Hari ini paling banyak Allah bebaskan hambanya daripada api neraka. •ᥫ᭡• @DoctorDakwah