Alkhair Kini
СтатистикаGroup ini dibuat bertujuan berkongsi isu semasa dan perkembangan saudara kita yang memerlukan perhatian kita.
- Последний пост
- 14 авг.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 25
- Всего постов
- 25
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 59
- 1/48двое суток
- 67
- 1/72трое суток
- 72
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Jawatankuasa Hal Ehwal Dalam Negeri dan Majlis Parlimen Iran telah meluluskan prinsip-prinsip umum draf rang undang-undang bertajuk “Langkah-Langkah Strategik untuk Menjamin Masa Depan Selat Hormuz dan Teluk Parsi”, yang bertujuan mewujudkan kerangka perundangan kekal bagi mengehadkan laluan melalui perairan strategik tersebut. Beberapa peruntukan telah diluluskan yang melarang peralatan, bekalan dan kapal yang mempunyai kaitan dengan negara-negara yang dianggap bermusuhan daripada melalui laluan maritim berkenaan. Selat Hormuz merupakan laluan penting yang digunakan untuk mengangkut sebahagian besar bekalan tenaga dunia. Salah satu keputusan yang dibuat adalah berkaitan larangan terhadap transit peralatan dan bekalan milik Amerika Syarikat, Israel serta negara-negara yang dianggap bermusuhan melalui Selat Hormuz. Sumber: The New Arab https://t.me/beritakemanusiaan
Kem Maghazi di tengah Semenanjung Gaza telah menjadi sasaran pembantaian dan pengeboman secara membuta tuli yang menyasarkan rumah-rumah penduduk serta pusat-pusat penempatan sementara bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal sejak minggu-minggu awal tercetusnya perang pada musim luruh tahun 2023. Sumber: Anadolu Agency https://t.me/beritakemanusiaan
Seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia empat tahun yang kehilangan kaki akibat serangan di Gaza melihat foto-foto lamanya, mengenang kehidupannya sebelum kejadian itu. Jamalat Ala Daban kehilangan kaki kirinya dalam serangan Israel berhampiran khemah keluarganya di Bandar Gaza pada Mei 2026. Menurut ibunya, Jamalat masih “mencari” kakinya yang telah tiada dalam foto-foto lama dan sering meminta agar kakinya dikembalikan supaya dia dapat bermain bersama abangnya seperti dahulu. Sumber: Anadolu Agency https://t.me/beritakemanusiaan
MEREKA CUMA MAHU MERASA DISAYANGI. Anak yatim mungkin kehilangan ayah, tetapi kita boleh hadir untuk mengisi sedikit ruang yang hilang. Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah, baginya kebaikan bagi setiap rambut yang disentuh tangannya.” (Riwayat Ahmad) Jangan tunggu untuk memberi. Jadilah sebab seorang anak yatim tahu dia tidak dilupakan. Kepada yang ingin menaja, sila layari pautan di bawah: 👉🏻 https://yatim.alkhair.my/form/ayacp25 👉🏻 https://yatim.alkhair.my/form/ayacp25 👉🏻 https://yatim.alkhair.my/form/ayacp25 'Kebaikan Penuhi Harapan' #yatimalkhair #kafalahyatim
Kadang-kadang kita terlalu sibuk memastikan apa yang ada pada kita cukup untuk hari esok, sampai terlupa menyediakan sesuatu untuk kehidupan yang jauh lebih panjang. Rezeki yang disimpan mungkin akan habis digunakan. Tetapi rezeki yang kita lepaskan kerana Allah, mudah-mudahan menjadi bekal yang menunggu kita di akhirat. Pagi ini, sisihkan sebahagian rezeki melalui Infak Subuh. Bukan soal besar atau kecil nilainya, tetapi tentang tidak membiarkan peluang berbuat baik berlalu begitu sahaja. 🔗 Klik untuk mula memberi: https://ezy.la/o31 “Kebaikan Penuhi Harapan” Pertubuhan Al-Khair Malaysia
без подписи
без подписи
Ada yang membawa baldi. Ada yang mengangkat tong. Anak-anak juga ikut menunggu. Kerana di sini, air bukan sesuatu yang boleh diambil bila-bila masa. Setiap titis perlu dijaga kerana apabila bekalan habis, mereka sendiri tidak tahu bila akan mendapatkannya semula. Hari itu, lori air Alkhair Malaysia tiba di tengah penempatan mereka. Satu demi satu bekas diisi. Dan satu demi satu keluarga pulang membawa sesuatu yang sangat biasa bagi kita, tetapi begitu berharga buat mereka. Kadang-kadang kita hanya sedar besarnya sebuah nikmat apabila melihat orang lain terpaksa menunggu untuk mendapatkannya. Semoga Allah tidak pernah menjadikan kita lupa mensyukuri nikmat air yang setiap hari mengalir tanpa perlu kita fikirkan. "Kebaikan Penuhi Harapan"
Israel terus melaksanakan sekatan yang menyalahi undang-undang ke atas Gaza, sehingga menjejaskan sistem pengangkutan dengan memusnahkan lori, gudang dan infrastruktur logistik, selain menyasarkan serta menahan pemandu dan menyekat kemasukan alat ganti serta keperluan penting lain. Daripada kira-kira 1,200 buah lori, hanya sekitar 300 masih boleh beroperasi, sekali gus mengehadkan penghantaran bantuan dengan teruk. Lebih 150 buah lori telah rosak atau musnah, lebih 20 pemandu terbunuh, manakala 15 lagi diculik. Kemusnahan kira-kira 150 pejabat pengangkutan dan gudang menyebabkan kelewatan penghantaran, kerosakan kenderaan serta makanan dan ubat-ubatan menjadi rosak. Israel juga telah merampas 23 buah lori yang baru diimport, sekali gus menjejaskan usaha untuk menggunakan kenderaan tersebut. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih 1.4 juta penduduk Gaza mungkin berdepan tahap ketidakjaminan makanan Krisis atau lebih buruk sehingga Disember 2026, manakala 212,000 orang masih berada dalam keadaan Darurat. Kira-kira 83% isi rumah tidak mempunyai pendapatan. Tanpa bantuan kemanusiaan, seramai 1.9 juta orang mungkin berdepan ketidakjaminan makanan akut. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa mewajibkan Israel memastikan bekalan keperluan asas tersedia serta membolehkan penghantarannya dilakukan dengan segera. Sumber: Euro-Med Human Rights Monitor https://t.me/beritakemanusiaan
без подписи
Aktivis menyimbah cat merah pada bahagian hadapan bangunan syarikat industri pertahanan Denmark, Terma, sebagai protes terhadap hubungannya dengan Israel. Para peserta mendakwa bahawa syarikat itu meraih keuntungan daripada pengeluaran senjata yang digunakan dalam perang Israel terhadap rakyat Palestin serta konflik-konflik lain. Sumber: Eye on Palestine https://t.me/beritakemanusiaan
Tentera dan pendatang haram Israel terus melakukan penangkapan, serbuan dan rampasan tanah di seluruh wilayah Tebing Barat pada hari Rabu. Sumber: Al Jazeera https://t.me/beritakemanusiaan
Pengacara saluran TVE Sepanyol tidak memperkenalkan pelari Israel dan langsung tidak menyebut namanya sepanjang Kejohanan Olahraga Eropah di Birmingham. Selepas tiga tahun genosid dan berdekad-dekad penjajahan serta pembersihan etnik, Israel masih dibenarkan menyertai pertandingan sukan. Sumber: Eye on Palestine https://t.me/beritakemanusiaan
Anak-anak yatim juga berhak menikmati kehidupan yang lebih baik. Melalui Projek Tajaan Anak Yatim, Alkhair Malaysia menyediakan peluang kepada mereka yang cakna dengan nasib anak-anak yatim untuk bersama-sama menyantuni mereka. Kepada yang ingin menaja, sila layari pautan di bawah: 👉🏻 https://yatim.alkhair.my/form/ayacp25 👉🏻 https://yatim.alkhair.my/form/ayacp25 👉🏻 https://yatim.alkhair.my/form/ayacp25 atau Pertubuhan Al-Khair Malaysia Bank Islam 07043011072751 (Rujukan: Yatim) 'Kebaikan Penuhi Harapan' #yatimalkhair #kafalahyatim
Situasi begini bukan berlaku sekali dua. Bagi penduduk Gaza, bergelut untuk mendapatkan makanan masih menjadi sebahagian daripada kehidupan harian mereka. Walaupun keadaan bekalan makanan dilaporkan bertambah baik berbanding sebelumnya, krisis masih jauh daripada selesai. Analisis IPC terkini menganggarkan lebih 1.4 juta penduduk Gaza, atau sekitar 67% populasi, bakal berdepan tahap krisis makanan akut atau lebih buruk antara Julai hingga Disember 2026. Kira-kira 212,000 orang pula dijangka berada pada tahap kecemasan. Selepas segala yang dilalui akibat perang, untuk mendapatkan makanan pun masih menjadi satu perjuangan. Sumber: Hossam Shbat https://t.me/beritakemanusiaan
Bagi pesakit buah pinggang di Gaza, dialisis bukan rawatan yang boleh dibuat “bila ada kesempatan”. Ada jadual yang perlu dipatuhi sebab kalau terlepas, keadaan mereka boleh jadi lebih serius. Tapi nak dapatkan rawatan dalam situasi sekarang bukan mudah. Hospital dah terlalu terbeban, pusat dialisis pula berdepan kekurangan bekalan dan peralatan perubatan. Doktor sendiri mengakui keadaan makin mencabar. Pesakit tetap perlukan rawatan, tapi apa yang diperlukan untuk merawat mereka semakin terhad. Sumber: QNN https://t.me/beritakemanusiaan
Akhirnyaaa, selangkah lebih dekat untuk pulang ke rumah… Dengan diiringi pasukan Palang Merah Antarabangsa (ICRC), kumpulan tahanan dan pekerja Palestin yang dibebaskan akhirnya tiba di Gaza melalui sempadan Kerem Abu Salem. Apa yang menyedihkan, ramai antara mereka yang dibebaskan langsung tidak tahu sama ada rumah mereka masih ada atau ahli keluarga mereka masih selamat ketika mereka tiba. Lebih memilukan, rata-rata mereka kembali dalam keadaan trauma yang teruk dan memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kepulangan mereka bukanlah sesuatu yang mudah, dan perjuangan mereka juga masih belum berakhir. Ayuh, terus ikuti perkembangan mereka dan jangan putus berdoa untuk saudara-saudara kita di sana! Sumber: Eye on Palestine https://t.me/beritakemanusiaan
Sebagai tindak balas terhadap kematian Harel Birenstock, seorang komander Briged ke-55 yang terbunuh minggu lalu dalam satu letupan misteri ketika memasang bahan letupan di rumah-rumah yang telah musnah di bandar Majdal Zoun, Lubnan, sebuah kompeni tentera Israel telah meratakan puluhan rumah pada malam tadi. Pihak tentera turut menyiarkan rakaman kemusnahan tersebut dan mendedikasikannya kepada keluarga Birenstock sebagai tanda membalas kematiannya. Sumber: Eye on Palestine https://t.me/beritakemanusiaan
без подписи
без подписи