tgindex
Syria Kini
@SyriaKiniиндонезийский

Saluran ini memaparkan berita-berita terkini dari bumi Syam (Syria, Palestin & Lubnan).

Последний пост
12 авг.
Последнее чтение
13 авг.
Постов за неделю
4
Всего постов
20
Тип
открытый
Язык
индонезийский
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
2 739
+11 за 4 дн.
Сутки
−2
−0,07%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
390
20 постов
Вовлечённость
14,2%
к подписчикам
Постов в день
0,6
всего 20
Упоминаний
1
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
201
1/48двое суток
230
1/72трое суток
248

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Helikopter tentera Syria menjatuhkan bunga dari udara ketika orang ramai memenuhi jalanan untuk meraikan keputusan mahkamah di Damsyik yang menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad, secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh). Hukuman tersebut turut dikenakan terhadap adiknya, Maher al-Assad, sepupunya, Atef Najib, serta enam lagi bekas pegawai kanan rejim. Suasana bertukar penuh kegembiraan apabila rakyat berkumpul dan meraikan keputusan yang dianggap sebagai satu detik penting dalam perjalanan panjang menuju keadilan selepas bertahun-tahun berada di bawah pemerintahan dan penindasan rejim Assad. t.me/syriakini

  • Suasana penuh emosi menyelubungi ruang mahkamah apabila hukuman mati terhadap Bashar al-Assad dan Atef Najib diumumkan. Sorakan, tangisan kegembiraan dan pelukan memenuhi ruang mahkamah, khususnya dalam kalangan penduduk Daraa yang hadir menyaksikan detik bersejarah tersebut. Bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad, dijatuhkan hukuman mati secara 'in absentia' (tanpa kehadiran tertuduh) selepas didapati bersalah atas kesalahan termasuk pembunuhan terancang, penyeksaan, penahanan sewenang-wenangnya dan jenayah terhadap kemanusiaan. Atef Najib, sepupu kepada bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad, merupakan orang penting bekas rejim yang dikaitkan dengan penindasan dan penderitaan penduduk Daraa selama bertahun-tahun. Bagi mereka yang hadir, keputusan tersebut bukan sekadar sebuah hukuman, tetapi menjadi simbol keadilan yang telah lama dinantikan selepas bertahun-tahun melalui penderitaan, penindasan dan kehilangan. t.me/syriakini

  • Bashar al-Assad dan Bekas Ketua Keselamatan Politik Daraa, Atef Najib Dijatuhi Hukuman Mati Sebuah mahkamah jenayah di Damsyik, Syria menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Presiden Syria, Bashar al-Assad, secara 'in absentia' (tanpa kehadiran tertuduh) selepas didapati bersalah atas kesalahan termasuk pembunuhan terancang, penyeksaan, penahanan sewenang-wenangnya dan jenayah terhadap kemanusiaan. Mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Ketua Keselamatan Politik Daraa, Atef Najib, yang dibicarakan dan hadir di mahkamah. Keputusan ini dilihat sebagai satu detik penting dalam usaha menegakkan keadilan dan memastikan mereka yang bertanggungjawab atas penderitaan rakyat Syria akhirnya dipertanggungjawabkan. t.me/syriakini

  • Rakaman kamera litar tertutup di wilayah Idlib merakam detik cemas penduduk apabila pesawat Tentera Arab Syria terbang di ruang udara. Deruman enjin yang kedengaran di langit mencetuskan panik, terutama dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun penerbangan tersebut telah dimaklumkan lebih awal sebagai sebahagian daripada latihan, bunyi pesawat tetap mengingatkan penduduk kepada pengalaman perang yang pernah mereka lalui. Bagi mereka yang bertahun-tahun hidup dalam ketakutan, trauma tidak hilang hanya kerana peperangan telah berakhir. Bunyi yang dahulunya menandakan ancaman masih boleh membangkitkan semula rasa cemas dan takut. Pemulihan sesebuah negara bukan sekadar membina semula rumah, sekolah dan infrastruktur. Ia juga perlu merawat luka yang tidak kelihatan. t.me/syriakini

  • Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 14 lagi cedera dalam satu letupan yang melibatkan sebuah van penumpang di pinggiran ibu negara Syria, Damsyik. Pasukan forensik turut menemui cebisan anggota badan di lokasi kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut. Letupan berlaku ketika waktu puncak di Jalan Al-Rawda, iaitu laluan utama yang sesak di pusat bandar Jaramana. Menurut pegawai keselamatan di lokasi, bahan letupan dipercayai telah dipasang di dalam van tersebut. Letupan itu memusnahkan hampir keseluruhan kenderaan, namun premis-premis perniagaan di sekitarnya serta sebuah bas yang berada berhampiran hanya mengalami kerosakan kecil. t.me/syriakini

  • Pesawat awam pertama tiba di Lapangan Terbang Deir ez-Zor dari Damsyik, Syria. Dahulu, lapangan terbang ini dikaitkan dengan pengeboman dan kematian. Bermula 5 Ogos 2026, ia menjadi laluan yang menghubungkan semula keluarga, memudahkan pergerakan rakyat dan membawa sinar harapan kepada penduduk Deir ez-Zor. t.me/syriakini

  • Satu kebakaran yang puncanya masih belum diketahui telah berlaku pada bahagian siling di dalam Masjid Umayyad, Damsyik, Syria. Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian dan belum mengeluarkan maklumat lanjut mengenai tahap kerosakan atau sebarang kemalangan jiwa. t.me/syriakini

  • Tentera Israel melepaskan tiga peluru artileri yang kemudiannya jatuh berhampiran Tal al-Ahmar al-Sharqi, Syria. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, selatan Syria terus berdepan pencerobohan dan operasi ketenteraan berulang kali oleh tentera Israel, termasuk serbuan, operasi pencarian, penahanan serta sekatan jalan raya tentera. Ketegangan semakin memuncak selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024. Susulan itu, Israel mengisytiharkan Perjanjian Pengunduran 1974 tidak lagi berkuat kuasa dan mengambil alih kawalan ke atas zon penampan di sempadan Syria. Kerajaan Syria pula berulang kali menggesa agar tentera Israel berundur sepenuhnya dari wilayah tersebut. Mereka turut menyeru masyarakat antarabangsa menguatkuasakan undang-undang antarabangsa serta menegaskan bahawa semua tindakan ketenteraan yang dilakukan secara unilateral adalah tidak sah dan terbatal. t.me/syriakini

  • Sisa mayat manusia ditemukan semasa kerja-kerja penggalian dan pembinaan jalan raya Idlib–Ariha, berhampiran sebuah sekatan jalan raya milik bekas rejim di kawasan sekitar Ladang Ghassan Abboud. Walaupun peperangan di Syria telah berakhir, kesan konflik masih menghantui negara itu. Penemuan sisa mayat, sama ada secara individu mahupun di dalam kubur besar (kubur beramai-ramai), masih berlaku dari semasa ke semasa ketika kerja pembinaan, penggalian atau pembersihan kawasan dijalankan. Penemuan ini menjadi peringatan bahawa kesan perang tidak berakhir apabila tembakan berhenti. Ribuan keluarga masih menanti kepastian tentang nasib insan tersayang yang hilang, sementara usaha mengenal pasti mangsa dan membongkar tinggalan kekejaman era peperangan terus dijalankan. t.me/syriakini

  • Ketua Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria mengumumkan bahawa dua syarikat penerbangan dari Jerman, Sundair dan LEAV Aviation, kini secara rasmi akan mengendalikan penerbangan berjadual ke Syria selepas melengkapkan semua kelulusan operasi dan peraturan yang diperlukan. Sundair akan memulakan: -Dua penerbangan seminggu dari Berlin ke Damsyik, bermula 1 Ogos 2026. -Dua penerbangan seminggu dari Berlin ke Aleppo, bermula 1 Oktober 2026. LEAV Aviation pula akan mengendalikan: -Dua penerbangan seminggu dari Düsseldorf ke Damsyik, bermula 29 Julai 2026. -Dua penerbangan seminggu dari Cologne ke Aleppo, bermula 1 Ogos 2026. Perkembangan ini menandakan semakin banyak syarikat penerbangan antarabangsa kembali membuka laluan ke Syria, sekali gus meningkatkan hubungan udara negara itu dengan Eropah serta memudahkan perjalanan rakyat Syria, pelancong dan urusan perniagaan. t.me/syriakini

  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, melawat bekas penjara Sednaya yang terkenal semasa era Assad dalam lawatan pertama seorang Setiausaha Agung PBB yang sedang berkhidmat ke Syria sejak tahun 2009. Penjara Sednaya, yang dikenali sebagai penjara utama rejim Assad, digelar sebagai "rumah penyembelihan Syria" kerana ribuan tahanan dipercayai diseksa dan dibunuh di dalamnya. t.me/syriakini

  • “𝘚𝘦𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘱𝘢-𝘢𝘱𝘢 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘴𝘦𝘬𝘦𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘳𝘰𝘵𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘪𝘫𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨… 𝘉𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘶𝘢 𝘣𝘢𝘺𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢?” Kerana kemiskinan yang melampau, seorang ibu di Kem Atma menawarkan bayi kembarnya untuk dijadikan anak angkat bukan kerana tidak menyayangi mereka, tetapi kerana takut mereka mengalami nasib yang sama seperti anak sulungnya yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan. Suaminya hilang ketika dia hamil, kini dia hidup bersendirian tanpa mampu membeli susu, lampin, mahupun makanan untuk dirinya sendiri. Tiada ibu yang mahu berpisah dengan anaknya. Kadangkala, kemiskinanlah yang memaksa mereka membuat pilihan yang paling menyakitkan. Sumber: Syria TV, 23 Julai 2026. t.me/syriakini

  • Menteri Dalam Negeri Austria mengumumkan bahawa program penghantaran pulang ke Syria kini bukan lagi terhad kepada pesalah jenayah, malah akan melibatkan mereka yang tidak lagi mempunyai hak untuk tinggal di Austria kerana keadaan di Syria semakin bertambah baik. Hakikatnya, walaupun Syria kini telah bebas, jutaan rakyatnya masih bergelut untuk meneruskan kehidupan selepas lebih 14 tahun konflik. Masjid, sekolah dan rumah yang musnah masih menanti untuk dipulihkan sebelum keluarga yang pulang benar-benar dapat memulakan hidup baharu. Melalui projek 'Restore Aid', anda membantu memulihkan masjid, membaik pulih sekolah dan membina semula rumah agar keluarga yang pulang dapat memulakan kehidupan dengan lebih selamat dan bermaruah. 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 ‘𝐑𝐞𝐬𝐭𝐨𝐫𝐞 𝐀𝐢𝐝': (Baik pulih masjid, sekolah & rumah) ➡️ Maybank Islamic - 5505 1424 0503 🔗 https://syriacare.org.my/restoreaid t.me/syriakini

  • 🎥 4 Januari 2013 Video mengerikan ini kini berusia 13 tahun, merakamkan kekejaman rejim Bashar al-Assad yang menyasarkan kawasan penempatan di Kampung al-Husn, sebuah kawasan berhampiran Krak des Chevaliers, Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang dihuni hampir 9,000 penduduk. Rejim Assad tidak pernah teragak-agak menggunakan pelbagai jenis senjata untuk menyerang kawasan awam, termasuk bom termobarik yang menyebabkan kemusnahan besar dan mengorbankan nyawa penduduk. Untuk bangun semula daripada segala kerosakan sepertu ini, perjalanan pemulihan Syria bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan masa, usaha berterusan dan sokongan daripada masyarakat antarabangsa. Melalui projek 'Restore Aid', anda dapat bersama membantu membina semula harapan, memulihkan kemudahan asas, menyokong pendidikan dan membuka peluang baharu buat komuniti yang terkesan. Sumbangan anda hari ini menjadi sebahagian daripada usaha membina semula Syria. t.me/syriakini

  • Sebuah kapal kargo komersial yang membawa muatan jagung dan bijirin dari Ukraine diserang oleh tentera Rusia ketika berlepas dari pelabuhan Odesa. Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 10 anak kapal, termasuk lima kelasi warga Syria. Mereka merupakan orang awam yang sedang menjalankan tugas, dan insiden ini menjadi satu lagi peringatan bahawa perang Rusia-Ukraine terus meragut nyawa, termasuk mereka yang berada jauh dari medan pertempuran. Pihak Berkuasa Am bagi Sempadan dan Kastam Syria telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung insiden tersebut dan menuntut agar siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta pihak yang bertanggungjawab. t.me/syriakini

  • Selepas jenazah bekas pemimpin Iran, Ali Khamenei dibawa mengelilingi Iraq menggunakan sebuah lori sejuk beku milik sebuah pasar raya di Finland bagi membolehkan para penyokong memberikan penghormatan terakhir, makam tempatnya dikebumikan di Mashhad, Iran dilaporkan kelihatan terbakar. t.me/syriakini

  • Dua kanak-kanak dan remaja cedera selepas ditembak oleh tentera Israel ketika satu pencerobohan di perkampungan Jamla, kawasan Yarmouk Basin di barat pinggiran Daraa, Syria. Insiden berlaku selepas mereka cuba menghalang kemaraan tentera dengan meletakkan batu di atas jalan. Rakaman video kejadian menunjukkan sebuah ambulans tiba di lokasi untuk membawa mangsa yang cedera mendapatkan rawatan. t.me/syriakini

  • Petani di Syria kini berdepan antara musim pertanian paling mencabar dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila kos benih, baja, racun perosak, tenaga dan pengairan meningkat mendadak, manakala harga hasil pertanian pula terus merosot. Keadaan ini menyebabkan ramai petani mengalami kerugian selepas berbulan-bulan mengusahakan tanaman. Krisis tersebut diburukkan lagi dengan bencana alam yang berlaku berturut-turut seperti banjir, ribut hujan batu dan gelombang haba melampau. Ribuan hektar tanah pertanian musnah, tanaman rosak dan sistem pengairan turut terjejas, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan ribuan keluarga petani. Krisis yang dihadapi petani Syria bukan sekadar menjejaskan hasil pertanian, malah mengancam bekalan makanan dan kelangsungan hidup ratusan ribu isi rumah yang bergantung kepada hasil pertanian. Dalam usaha membantu rakyat Syria membina semula kehidupan mereka, sokongan orang ramai amat diperlukan. t.me/syriakini

  • Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya yang melibatkan 15 negara di Timur Tengah, termasuk Syria, susulan ketegangan keselamatan yang semakin memuncak di rantau itu. Antara negara yang tersenarai ialah Syria, Bahrain, Mesir, Oman, Iran, Iraq, Arab Saudi, Wilayah Palestin, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Yaman, Lubnan, Qatar dan negara haram Israel. Amaran tersebut menetapkan tahap nasihat perjalanan yang berbeza mengikut negara. Rakyat AS dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan ke Lubnan dan Iraq, manakala perjalanan ke Arab Saudi dan Bahrain disaran untuk dipertimbangkan semula. Pihak berkuasa AS turut memberi amaran bahawa gangguan penerbangan atau penutupan ruang udara secara mengejut boleh berlaku tanpa notis awal. Amaran perjalanan ini dikeluarkan ketika ketegangan ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran terus meningkat di rantau Timur Tengah. t.me/syriakini

  • Pihak berkuasa Syria menahan bekas pegawai tentera, Kolonel Ahmed Habib Ali, yang didakwa terlibat dalam pengeluaran dan penyimpanan senjata kimia ketika era pemerintahan Bashar al-Assad. Kementerian Dalam Negeri Syria menyifatkan Ali sebagai pakar senjata kimia yang bertanggungjawab mengurus kemudahan penyimpanan gas sarin serta pengeluaran senjata kimia di Unit 417 berhampiran Damsyik. Dia didakwa menyelia pembuatan sekitar 20 bom sarin seberat 250 kilogram setiap satu yang digunakan dalam serangan terhadap beberapa bandar dan kawasan penempatan Syria pada 2013 dan 2017. Penahanan ini berlaku seminggu selepas Syria kembali menyertai Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW), selepas hak mengundinya digantung pada 2021 susulan dakwaan penggunaan gas sarin dan klorin terhadap orang awam. t.me/syriakini