Hadi Sayuti ✍️ (Official)
СтатистикаBertebaran mencari ilmu dan pengalaman. Sentiasa mendambakan hikmah dan taufiqNya. #BudakPinggiranKota
- Последний пост
- 28 июл. 2025 г.
- Последнее чтение
- 15 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 20
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- Категория
- Религия (по похожим)
- В каталоге с
- 15 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
без подписи
" Nak travel bajet tapi tetap puas hati jelajah sejarah & budaya Mesir? 🇪🇬 El Nadi ada untuk anda! " ✅ Private Trip ✅ Grouping Trip ✅ Convo Family Trip ✅ Ground package ✅ Tour Guide + Driver ☎️ Berminat & pertanyaan : https://wa.me/201559433689 " Santai tapi Sampai " El Nadi, Nadi Perjalanan anda ✅ Whatapps Group: https://chat.whatsapp.com/IClV69fvm4sBdJhFDoGsNo?mode=ac_t
Dari chatting bawa kepada dating. Dari dating kepada check in. Nauzubillahi min zhalik. Terkadang kita ni tahu je halal haram. Tahu sahaja mendekati zina dengan chat tanpa keperluan, berdating ialah haram, amrūn dhorūri dah rasanya bagi kita penuntut ilmu azhari lagi, tetapi bila sampai kepada tatbiqi, nak tinggal maksiat ni bersangkut dengan iman, susah nak tinggal kalau ikut nafsu. Kena selalu ingat dan pesan. Hadirkan muraqabah selalu. Duduk dalam komuniti yang nasihat-menasihati supaya nak terhantuk, ada orang aware nasihat. Jangan mem'backup' kemaksiatan yang diri kita tahu ia maksiat, ia bukan sahaja merosakkan diri tapi juga keturunan kita. Jaga berkat sebelum akad. Ingat, cinta sejati ialah menjaga seseorang yang kita sayang dari jatuh ke dalam maksiat & berusaha menghalalkan dengan jalan syariat, bukan dengan bermaksiat. Moga Allah jaga kita, keluarga kita dan biah kita dari terjebak dalam pergaulan bebas tanpa akad yang sah, yang membawa kepada dosa besar perzinaan. Tegur kerana sayang. Hadi Sayuti, Kaherah, Mesir. #IndahnyaHidupBersyariat #WeStandForPalestine #bersamabersatuteguhkankesatuan
" Alah. Biasalah tu, bukan berzina pun, keluar berdua je pun, minum je". Biasa kan dengar statement ni dari pasangan couple yang dating? Ada yang pakai tiket minum-minum je, jumpa konon balik malam-malam lepas kelas bersama, nampak sweet plus islamik kan? Sebenarnya, itulah tipu daya syaitan. Syaitan ni licik sahabat. Dari berdua, mula dengan chatting, bawa kepada pertemuan, bawa kepada sentuhan, akhirnya kepada perzinaan. Islam tak larang hubungan lain jantina, tetapi Islam menggariskan etika dan adab. Nak bermesra bebas lain jantina mesti lalu dengan jalan halal iaitu pernikahan, sesama suami isteri sahaja. "Siapa kata berdua-duaan ni jalan kepada zina?! Syadid sangat la ustaz ni!", kata sebahagian mereka. Meh nak sama-sama share deh. Kita perhati dengan insof. Sebenarnya, larangan berdua ni Nabi SAW dah sebut. Khalwat ni ialah jalan kepada zina. Rasulullah ﷺ bersabda: أَلَا لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ “ Ingatlah, tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita (bukan mahram) melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” - Riwayat Tirmizi Apabila syaitan menjadi yang ketiga, maka syaitan tidak akan lepaskan peluang menghumbangkan manusia ke jalan dosa, kerana itulah janjinya kepada Allah. قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغۡوِیَنَّهُمۡ أَجۡمَعِینَ (٨٢) إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡهُمُ ٱلۡمُخۡلَصِینَ (٨٣) } [سُورَةُ صٓ: ٨٢-٨٣] Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ". . . Sebenarnya, ada kisah benar tentang liciknya tipu daya syaitan ni, yang bermula dengan khalwat (berduaan). Ini kisah benar. Kisah ni berlaku antara mahram, adik beradik. Ya, sumbang mahram. Pernah mangsa berkongsi cerita. Siswi yang umurnya sekitar 15 tahun. Katanya, abangnya minat tengok cerita luc*h dekat telefon. Suatu hari, dia ada sekali tengok movie biasa di ruang tamu. Berpakaian biasa di dalam rumah, tiada yang lain di rumah kecuali dia berdua dengan abangnya. Tiba-tiba dia dengar abangnya seperti mendesah, lalu dia tanya kenapa. Abangnya terus masuk ke bilik, lalu dia ikut nak lihat keadaan abangnya. Kelihatan abangnya duduk di kerusi setentang katil. Tiba-tiba, abangnya minta dia berbaring berlunjur di katil. Dia mula rasa pelik dan menolak, tetapi abangnya seolah merayu sebab seolah terlalu sakit meminta tolong. Maka, dia pun turuti. Setelah itu, si abang jadi normal, tak mendesah sakit lagi dan disuruh adiknya keluar. Begitu sahaja. Ini pertama kalinya. Beberapa hari lepas tu, abangnya datang peluk dia dari belakang sambil pegang dad*nya, seolah bergurau buat terkejut. Katanya, dia rasa pelik, tetapi juga rasa suka. Licik tipu daya syaitan ni sahabat. Hari seterusnya, abangnya ajak dia layan cerita luc*h sekali, dia tolak pada mulanya tetapi dipujuk abangnya sehingga mereka tonton bersama. Ya, mereka berdua sahaja, tiada ibu bapa di rumah. Setelah tonton bersama, abangnya ajak pula meniru aksi tersebut bersama. Ya, pada mulanya, dia menolak sehingga dipujuk rayu abangnya menyebabkan dia jatuh ke lubang perzinaan dengan rela dan suka. Lalu, dia ketagih perkara tersebut beberapa kali dan kadang menjadi trauma bila didekati lelaki lain. Kisah ini diceritakan setelah dirinya menginsafi perbuatannya. Dan dia benarkan ianya dikongsi untuk pengajaran. . . Pengajarannya, jangan pernah duduk berduaan berlainan jantina, walaupun atas apa tiket sekalipun di tempat terbuka apatah lagi tertutup. Atas tiket 'study', tak sentuh pun, minum-minum je, sembang je pun, dan sebagainya, melainkan dengan akad yang sah, kerana tipu daya syaitan itu licik. Kisah benar tadi ajar kita sesama keluarga pun boleh berlaku perzinaan, apatah lagi dengan orang asing ajnabi. Kalau nak jaga diri dan maruah, berkenan, terus tanya. Gunakan medium halal, UBM atau orang tengah. Jangan normalisasikan muqaddimah zina, lagi-lagi dalam biah ilmu dan agama di bumi Mesir.
Alhamdulillah, berpengalaman bawa kawan² student Mesir, Jordan, Yaman, travel group & private trip dari Malaysia teroka bumi Mesir. Kalau ada nak plan trip DIY (group/private) di Mesir atau DIY umrah (group/private) dari Egypt, atau perlu khidmat tour guide sahaja, boleh pm ya. http://wa.me/201559433689?text=naktrip Hadi Sayuti.
https://www.facebook.com/share/p/16KPtRxdQp/
Kena ingat. Manusia tidak sempurna. Pernikahan bukan mencari orang yang sempurna kerana ia mustahil pada adat. Tetapi pernikahan ialah soal saling menampung kekurangan. Saling meletak kepercayaan sesama pasangan dan menyokong dalam berbuat ketaatan. Dalam ujian yang datang semasa perjalanan ke arah nikah atau setelah bernikah pun, maka kita kena ingat balik niat-niat yang telah kita sematkan tadi. Sentiasa kembali pada Allah dan merintih doa bila diuji. Jangan putus asa dari rahmat-Nya. Allah akan bantu dan tak sia-siakan doa hambaNya. وَإِلَیۡهِ یُرۡجَعُ ٱلۡأَمۡرُ كُلُّهُۥ فَٱعۡبُدۡهُ وَتَوَكَّلۡ عَلَیۡهِۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ [سُورَةُ هُودٍ: ١٢٣] " Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." Setelah sekian lama tak menulis, rasa nak mencoret sedikit untuk simpanan diri dan mereka yang memerlukan. Semoga bermanfaat. Moga Allah memudahkan urusan sahabat-sahabat saya yang dalam fasa tunang ini, dan moga Allah juga memelihara baitul muslim yang telah saya dan sahabat-sahabat bina agar sentiasa dalam redhaNya, Ameen ya Rabbal alamin. Hadi Sayuti, 9 Jun 2025, Manir, Terengganu. https://t.me/hadisayuti97
"Eh, kenapa awak tisu sangat ni tiba-tiba je..." "Ya Allah, bakpe fikir gitu? Saya tak maksud gitu pun..." "Mende kecil je pun terasa hati..." Aku rasa biasa kalau dalam hubungan masa tunang atau hatta selepas nikah pun diuji dengan salah faham ni. Kadang bila salah faham berlaku, syaitan lintaskan di hati sehingga terucap di mulut kata-kata kesat yang kadang menggores hati pasangan. Mendengar luahan orang lain dan pengalaman, ujian dalam hubungan ni memang akan ada. Baru ni ada berjumpa kawan-kawan, maka tersembanglah bab ni. Hehe. Sebenarnya, memang bila tekad kuat di hati untuk bernikah, Allah SWT akan menguji sejauh mana kesungguhan tekad kita untuk ibadah sepanjang hidup ni. Dalam fasa tunang, Allah uji dengan keteguhan tekad di hati. Ni baru permulaan ujian. Bila kuat tekad di hati bernikah hasil istisyarah ibu bapa & guru, serta istikharah kepada Allah menunjukkan natijah yang sama, maka teruskanlah dan mohon bantuan Allah. Allah takkan sia-siakan rintihan hambaNya. Fasa tunang ni pun ujian pelbagai, belum masuk nikah lagi. Satu nak pesan bersama, niat betul-betul kenapa kita nak bernikah. Bila niat salah boleh menyebabkan seseorang tergelincir dari landasannya. Terkadang keserasian dan masalah timbul di pertengahan itulah menguji tekad di hati. Dan perlu ingat juga, tak semestinya selepas tunang akan confirm 'jadi'. Mohon bantuan dan petunjuk Allah selalu. Doa dan doa kalau kita yakin dia jodoh kita. Penulisan ni bukan tujuan nak menakutkan bernikah, tetapi untuk bagitahu kalau dah tekad, dengan istikharah dan istisyarah, pegang betul-betul tekad tadi, sabar dan selalu tajdid ingat niat kita. Tiada manusia yang sempurna atas muka bumi ni, termasuk diri kita pun. Lain padang, lain belalang, lain lubuk lain ikannya. Ujian bertunang ni tak sama. Ada kadang tu datang lamaran lain yang kita rasa lebih baik. Kadang tu tak yakin dengan pilihan. Kadang kewangan terjejas. Kadang terlebih emosi tiba-tiba. Menda kecil pun jadi bertengkar besar. Kadang text pasangan macam biasa je, tapi difahami nada kita nak marah lah dsb. Biasalah tu, sorang tu dari Mars, sorang lagi dari Venus kan. Pandanglah dengan pandangan keunikan ciptaan Allah, hehe. Dan yang paling penting ialah sabar. Dari situlah, mula nampak kekurangan pasangan, semua jadi serba tak kena. Sampai lupa diri pun banyak kurang dan tak usaha nak topud diri belajar cara interaksi dengan baik. Rasa dirinya sahaja yang betul. Nauzubillahi min zhalik. Kadang ada juga rasa seperti bertepuk sebelah tangan. Kadang rasa nak perhatian dan kata-kata kasih bukan pada waktunya. Semua ni ialah godaan dan tipu daya syaitan dalam tempoh tunang. Kita kena saling sabar menjaga berkat sebelum akad. Setiap perkara ada waktunya. Saling pesan dengan bakal pasangan. Syaitan akan cari jalan untuk musnahkan niat murni kita. Syaitan tahu pernikahan ni sunnah Baginda Nabi SAW. Bila diuji, maka kena kembali semua perkara kepada Allah. Ingatkan diri dan ingatkan pasangan. Dan... Ingat juga niat yang kita sama-sama semat mula-mula sebelum kita nak kenal. Kenapa kita serious nak bernikah? Untuk apa sebenarnya? Sebab itu asas dalam apa-apa perkara ialah niat. Ulama' dah ajar kita cara niat dalam nak membina rumah tangga. Sangat penting. Bila mari luntur perasaan mahu bernikah kerana lintasan dan prasangka yang ditiup oleh syaitan, ingatlah niat & tujuan kita bernikah untuk apa sebenarnya. Bukan sebab ikut orang. Bukan sebab dah sampai waktu. Bukan sebab umur dah lanjut dan nak ikut orang dan kawan-kawan. Bukan sebab rasa sepi. Bukan sebab nak suka-suka, cintan cintun dunia semata. Bukan sebab mak ayah suruh. Bukan dan bukan semua tu. Tetapi niat yang betul ialah kerana kita nak lengkapkan separuh iman. Bernikah kerana Allah suruh. Bernikah kerana nak buat sunnah Nabi SAW. Membanggakan Nabi SAW dengan ramai umatnya. Nak buat ketaatan bersama. Nak melengkapi fitrah manusia berkasih sayang dengan jalan yang Allah redha & jalan yang Nabi SAW ajar.
Niat yang baik kunci mudahnya urusan. Niat yang murni membuka jalan yang tidak disangka-sangka. Jangan belajar kerana sijil. Jangan ke kelas kerana nak digelar kaki talaqqi. Jangan buat kebajikan kerana nak disebut & diingat di ingatan manusia paling banyak berbakti. Jangan berbuat baik kerana mahukan faedah dan kelebihan dari manusia. Jangan bekerja kerana nakkan duit. Tapi buatlah semua kerana "Allah suruh & harap redhaNya sahaja." Belajar Allah suruh. Buat baik Allah suruh. Bekerja cari nafkah Allah suruh. Bila buat semua kerana taat pada apa yang Allah suruh, redhaNya hadir dan percayalah bahawa ia akan menjadi magnet menarik segala kebaikan, dunia mahupun akhirat.
Doa ibu memang luar biasa. Sebelum ini aku pernah kongsi satu kisah berkaitannya pada musim imtihan, ada lagi kisah miracle doa seorang ibu. Ni kisah kawan aku pula. Saja share, supaya kita tahu nilai doa tu memang senjata ampuh, lagi pula dari orang yang doanya tiada hijab. . . Sehari sebelum peperiksaan, kawan ni call mak dia, minta doakan untuknya exam esok hari. Mak dia memang tahu dah dia sekarang fatrah exam. " Alhamdulillah, mak baru sudah solat hajat tadi untuk kamu...", jawab ibunya. . . Malam tu, kawan aku ni dia tak tidur, study je memanjang. Sampailah waktu Subuh, mata mula berat dah. Peperiksaan hari tu jam 10 pagi. Memang tak kuat nak tahan ngantuk, dia tidur dan minta ahli rumahnya kejut sebelum peperiksaan kalau dia tak bangun. Bangun dari tidurnya pagi tu, rupanya jam dah 11 pagi. Jeng krengg... Kawannya tak kejut sebab ingat dia dah pergi, sebab biasa dia tidur katil bawah, hari tu Allah takdirkan dia tidur katil atas, dan kawannya memang tak perasan dia tidur atas tu. Bangun tidur tu, tak cakap panjang. Terus dia siap-siap ambil pen nak gerak ke kuliah. Waktu menjawab baki satu jam sahaja lagi. Dalam 15 minit juga naik kenderaan ke kuliah. Bersiap dan nak keluar. Kawannya tadi terkejut dia masih di rumah, ingat pergi dah, sebab takde pun di katil bawah. Maka, dia pun minta la pendapat perlu pergi atau tak, sebab memang dah lewat. Kalau pergi pun, belum tentu dapat masuk sebab biasanya dah ditutup pintu kuliah bila mula waktu exam. Akhirnya, hati pun reda sahaja walaupun berat. Maka, tak pergilah hari itu peperiksaan. Apa boleh buat, semuanya dari Allah juga, kita merancang, Allah juga merancang. . Tak lama selepas tu, dapat mesej whatapps dari mak dia. Mak nya tanya la, macam mana jawab peperiksaan tadi semua. Dia jawab " alhamdulillah, ok". Tak kuat nak jujur bagitahu tertidur dan terlepas tadi. Kemudian, si mak ni pun doakan sahaja untuknya, moga berjaya. Dia aminkan saja, tak mampu kata apa-apa. . . Masin tau mulut ibu ni. Doanya takde hijab. Anak-anak kena minta selalu doa mereka. Dan para ibu bapa pula kena selalu tahu dan yakin doa mereka 'miracle', serta selalu doakan kejayaan anak-anak dunia akhirat. Dalam hadis banyak sebut tentang ajaib doa ibu bapa, yang memang dah ma'ruf tak perlu dah sebut sini. Jangan putus asa, walaupun kesan atau hasilnya masih tak terlihat segera. Anak buat hal, anak begitu begini, terus doa dan doa. Allah Maha Mendengar, Maha Mengasihani. Dia mengabulkan doa kita pada waktuNya, dan dengan caraNya yang tersendiri. . . Beberapa minggu selepas peperiksaan, maka dia pun cek result. Mula-mula tu, mata dia dah mencari subjek yang dia tak hadir tu. Tafsir. Tertulis di situ " ل ". Yakni, maqbul. Lulus. Alhamdulillah. Tak terkata. Terkejut. Bagaimana? Mustahil adat, tapi tak mustahil akal. Adatnya kalau tak jawab terus, tak datang, macam mana nak lulus kan. Tapi tak mustahil akal, Allah menghantar malaikat menjawab bagi pihaknnya berkat doa ibunya. Pelbagai cara kalau Allah nak bagi, tak terfikir dan tercapai pun dengan akal kita. Masa dia cerita pada aku kisah ni, katanya dia yakin ni mesti berkat doa ibunya. Begitulah hebatnya doa sang ibu. Moga Allah merahmati ibu dan bapa kita, yang masih ada atau yang telah pergi, Ameen ya Rabbal Alamin. Selamat berimtihan semua sahabat Mesir. Jangan lupa hari-hari pm mak ayah minta doa. Hadi Sayuti, Mekah al-Mukarramah. https://t.me/hadisayuti97
Keberkatan rezeki bukan pada kuantitinya. Ada seorang pakcik ni aku jumpa tempoh hari ketika kami turun dari Gua Hira'. Di perhentian akhir, aku rehat dan mula menyapa ringkas. Orang Kedah dan mari berdua dengan isteri. " Abang first time ke datang ke Mekah ni?", tanya aku meneruskan perbualan. " Ya. Saya first time ni dengan isteri. Ni pun tak tahu macam mana Allah jemput kami ke sini..", balasnya. Aku hanya mengangguk, hanya mendengar dan tertarik untuk lebih tahu. " Saya ni bukan kerja besar pun. Menoreh getah je. Kadang-kadang tu buat job mesin rumput. Hari-hari boleh lah RM20-30.." sambungnya. " Ooo.. kira abang simpan kumpul sikit-sikit lah ya duit untuk ke sini tu?", selingan aku bertanya. " Eh, tak kumpul juga, tapi 'terkumpul'. Saya pun tak tahu. Orang pun terkejut tau saya boleh ke Mekah ni, dari mana dapat duit.. tapi gitulah, rezeki Dia kan..", jawabnya ringkas. . Allah mengurniakan rezeki dari banyak jalan. Kita buat tugas kita sebagai hambaNya, ibadah dan usaha dengan kemampuan yang ada, selebihnya serahkan pada Allah SWT. Yakinlah Dia Maha Pemurah, Maha Luas Pemberian untuk hambaNya. Mereka yang kufur nikmat, buat maksiat pun, Allah masih bagi RahmanNya. Kita yang berusaha untuk buat taat, pastiNya rahmat Dia teramatlah luas. Hanya bentuknya sahaja berbeza. Kadang ia datang tidak sebijik seperti yang kita minta. Kadang ia tidak segera seperti yang kita minta. Ditangguhkan pada waktunya yang lebih baik, dan Dia Maha Mengetahui yang terbaik itu bila dan di mana. Rezeki juga bukan material semata. Tak semestinya berupa wang ringgit, makanan yang mewah dan sebagainya. Ada yang mewah hidupnya tetapi hatinya tidak tenang, kerana sifat harta perlu dijaga, bukan dirinya menjaga. Ada yang besar pendapatannya, tapi tak mampu membeli nikmat kesihatan dan kebahagiaan. Ada yang biasa-biasa sahaja hidupnya, tetapi air mukanya kelihatan tenang. Hatinya tak gundah. Tuturnya lembut dan anak-anaknya menjadi 'orang'. Kedamaian, ketenangan hati dalam beribadah, keluarga bahagia, ilmu, kecerdasan fikiran, anak-anak soleh, pelajar yang taat, orang yang memahami dan menghargai, suasana yang tenang. Semua ini ialah rezekiNya, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Moga Allah mengurniakan kita taufiq untuk sentiasa syukur dengan apa yang ada serta sabar dengan segala ujian dan kuat menghadapinya, kerana dunia ini ladang ibadah bagi orang beriman. Dan pasti Allah akan menguji kita setelah kita mengaku beriman. أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ [سُورَةُ العَنكَبُوتِ: ٢] Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Coretan bersama.. Hadi Sayuti, Mekah al-Mukarramah. https://t.me/hadisayuti97
HUKUM BACA BAHAGIAN HADAPAN MATHURAT YANG MERUPAKAN AYAT-AYAT AL-QURAN BAGI PEREMPUAN YANG SEDANG HAID Dalam menjelaskan tentang hukum zikir bagi perempuan haid, Imam Nawawi dalam al-Azkar menyatakan hukumnya HARUS zikir dengan tahmid, takbir, tasbih, selawat serta doa. Timbul persoalan, bagaimana pula dengan bacaan al-Quran? Imam Nawawi menyebut di dalam al-Azkar, hukumnya HARAM bagi perempuan haid dan nifas membaca al-Quran ketika waktu haidnya, sama ada banyak ataupun sedikit. Tetapi membaca di dalam hati tanpa melafazkannya, maka hukumnya HARUS. Kemudian, kata Imam Nawawi setelah itu: " HARUS hukumnya sekiranya dia (perempuan haid & nifas) menyebut " Inna lillah wa Inna ilaihi Raajiun" , doa naik kenderaan & doa "rabbana aatina fi dunya hasanah...", dengan TIDAK DINIATKAN BACAAN AL-QURAN. __ 📍Penjelasan: Ketika membahaskan perkara ini, timbul persoalan bacaan al-Quran yang terdapat dalam al-mathurat bagi perempuan haid, apakah hukumnya? Difahami jawapannya dari ibarat Imam Nawawi pada masalah kedua iaitu " BACAAN SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN DENGAN BUKAN NIAT BACAAN AL-QURAN DIHARUSKAN", maka hukum wanita haid membaca Mathurat (bahagian depan yang meliputi ayat al-Quran) hukumnya ialah HARUS. Perkataan Imam Nawawi ini dikuatkan dengan beberapa nas ulama' dalam mazhab Syafie juga seperti: 1) Sheikh Khatib Syirbini dalam Muhghil Muhtaj : أَمَّا إذَا قَرَأَ شَيْئًا مِنْهُ لَا عَلَى قَصْدِ الْقُرْآنِ فَيَجُوزُ، وَلَوْ عَبَّرَ الْمُصَنِّفُ بِهَا هُنَا كَانَ أَوْلَى لِيَشْمَلَ مَا قَدَّرْتُهُ، بَلْ أَفْتَى شَيْخِي بِأَنَّهُ لَوْ قَرَأَ الْقُرْآنَ جَمِيعَهُ لَا بِقَصْدِ الْقُرْآنِ جَازَ. " Adapun sekiranya perempuan haid itu membaca sesuatu dari al-Quran BUKAN DENGAN NIAT BACAAN AL-QURAN, MAKA HUKUMNYA HARUS, sekiranya musonnif (Imam Nawawi) menyebutkan dengan (qaid ini), maka itu terlebih aula supaya merangkumi apa yang aku taqdirkan (haram itu ialah dengan qasad bacaan al-Quran), bahkan guruku juga telah berfatwa bahawa sekiranya dia membaca al-Quran semuanya bukan dengan niat bacaan Al-Quran, maka hukumnya HARUS. " 2) Sheikh Bai'syan dalam syarh Muqaddimah Hadramiah: فإن لم تقصد القراءة: بأن قصدت الذكر أو المواعظ أو القصص أو التحصن ولم تقصد معها القراءة لم يحرم... " Sekiranya wanita tersebut tidak berniat (bacaannya) dengan niat bacaan al-Quran, seperti berniat zikir atau nasihat atau bercerita atau menjaga diri (dari gangguan), serta tidak diniatkan bersertanya bacaan Al-Quran, maka hukumnya TIDAK DIHARAMKAN baginya (demikian itu). 3) Syeikh Muhammad Zuhaili dalam kitabnya al-Mu'tamad : يحرم علي الحائض قراءة القران، لما رواه ابن عمر رضي الله عنهما: أن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال: " لا يقرأ الجنب ولا الحائض شيئا من القران" أما ان قالت ذلك على سبيل الذكر فيجوز... " Haram bagi perempuan haid membaca al-Quran, seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:" Tidak membaca orang yang junub atau haid sesuatu pun dari al-Quran", adapun sekiranya disebut demikian atas jalan zikir, maka diharuskan. 📌 Khulasah: Boleh bagi wanita membaca Mathurat dengan niat zikir atau dinding diri, bukan dengan NIAT BACAAN AL-QURAN berdasarkan nas-nas di atas. Wallahua'lam. Penulis: Hadi Sayuti. 6/12/2024
Fitrah manusia mencintai kebaikan serta ketenangan & membenci keburukan serta kegusaran. Dalam hidup ini, seperti mana kita mahu difahami, kita juga perlu memahami. Seperti mana kita ingin dihargai, kita juga perlu menghargai. Seperti mana kita mahu mudah dimaafkan, kita perlu mudah memaafkan orang lain. Benarlah kata Saidina Ali كرم الله وجهه:- اجْعَلْ نَفْسَكَ مِيزَاناً بَيْنَكَ وَ بَيْنَ غَيْرِكَ، فَأَحْبِبْ لَهُ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ وَ اكْرَهْ لَهُ مَا تَكْرَهُ لَهَا، وَ أَحْسِنْ كَمَا تُحِبُّ أَنْ يُحْسَنَ إِلَيْكَ، وَ لَا تَظْلِمْ كَمَا تُحِبُّ أَنْ لَا تُظْلَمَ " Jadikan dirimu timbangan antaramu dan orang lain. Perlakukanlah seorang dengan perkara yang kamu suka ia diperlakukan padamu, dan jauhilah memperlakukan seseorang dengan perkara yang kamu sendiri tidak menyukainya, dan berbuat baiklah sepertimana kamu suka orang lain berbuat baik untukmu, dan janganlah menzalimi seperti mana kamu tidak suka dizalimi". Orang lain itu sifatnya tidak sempurna & ingatlah kita juga begitu sifatnya.