- Последний пост
- 17 июл.
- Последнее чтение
- 13 авг.
- Постов за неделю
- 0
- Всего постов
- 24
- Тип
- открытый
- Язык
- индонезийский
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- —
- 1/48двое суток
- —
- 1/72трое суток
- —
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Video from Mohd Hamdan
*MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA BERJASA NEGERI SEMBILAN* Rakyat Negeri Sembilan berhak mendapat pemimpin yang berjasa, bukan sekadar berjanji. Dengan izin Allah, Berjasa hadir bukan dengan slogan kosong, tetapi dengan niat yang tulus untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat. 🤝 Anda juga sebahagian daripada perjuangan ini. Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1E7XW4cdmF/
UMNO sepatutnya kena berani kembali kepada prinsip asal berteraskan agama Islam, Melayu dan institusi diraja tanpa kompromi yang hakis kepercayaan rakyat. Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2026/05/06/5-teras-menuju-100-tahun-hanya-retorik-umno-khianat-amanah-orang-melayu-berjasa/ Ubah Kesedaran kepada Tindakan, sertai suara ummah dengan mengisi borang ini: https://forms.gle/QyT7HoAF6aCMMYhn9
BERJASA menggesa kerajaan melaksanakan pelan pemulihan segera bagi sektor kesihatan dan pendidikan. Sekiranya kerajaan gagal mengurus negara dengan berkesan, rakyat perlu diberi peluang memilih kepimpinan baharu melalui pilihan raya. https://gelombangberjasa.com/cadangan-pemotongan-rm5-45-bilion-sektor-kesihatan-dan-pendidikan-tinggi-berjasa-bantah-sekeras-kerasnya-persoal-keutamaan-belanjawan-kerajaan-madani-hamdan-sharif-ketua-penerangan-parti-berjasa/
без подписи
без подписи
Kenyataan Media Parti Berjasa | Pemotongan RM5.45 billion bajet Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi membawa malapetaka kepada masa depan generasi. https://www.facebook.com/share/p/1BgzqofYTN/
BERJASA juga bersedia memainkan peranan sebagai pihak ketiga untuk membawa agenda kerjasama tersebut ke meja rundingan. https://gelombangberjasa.com/berjasa-gesa-kerjasama-pn-bn-negeri-sembilan-tawar-jadi-pemudah-cara-ustaz-zamani-ibrahim-presiden-berjasa/
без подписи
без подписи
Kenyataan Media Parti Berjasa | BERJASA mengecam kegagalan kerajaan menangani pemandu mabuk
Kerajaan Didesak untuk Laksanakan Mekanisma Kawalan Harga Minyak Petrol & Diesel Langkah kerajaan baru baru ini menaikkan harga runcit petrol dan diesel secara mendadak, tertinggi dalam sejarah negara. Walaupun Negara pernah melalui bebetapa situasi di mana harga minyak dunia melambung, tetapi tidaklah terlalu jauh dengan harga dunia pada hari ini, hrga runcit tetap.terkawal dengan baik. Ketika itu, pembangkang yang harini menguasai Kerajaan, berdemonstrasi, kempen turun harga minyak dengan pelbagai alasan. Alasan yang digunakan Anwar Ibrahim ketika itu adalah Malaysia Negara pengeluar minyak. Mengapa harga tidak dapat dikawal? Namun hari ini, Anwar Ibrahim menggunakan pelbagai falasi hujah bagi mempertahankan tindakan Kerajaan yang tidak empati kepada nasib rakyat. Hujah yang beliau gunakan itu juga, adalah hujah yang beliau pernah cabar dan mepertikaikan ketika memimpin angkatan pembangkang dan bermain sentimen emosi berasaskan matlamat politik semata mata.
Rakyat kena faham satu benda. Dalam politik, kadang-kadang perkara yang nampak paling adil di permukaan sebenarnya adalah sebuah strategi penuh licik dan wujud tipu helah demi tujuan mengambil alih kuasa. https://gelombangberjasa.com/helah-licik-dan-senyap-tambah-kerusi-bandar-siapa-sebenarnya-akan-kuasai-parlimen/
BERJASA menyifatkan kegagalan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun sebagai satu kemunduran besar dalam usaha memperkukuh reformasi institusi negara. https://gelombangberjasa.com/berjasa-sifatkan-kegagalan-lulus-had-tempoh-pm-sebagai-kemunduran-reformasi/
Kita mempunyai punca kuasa yang jelas untuk mencapai persetujuan. Perlembagaan Persekutuan sendiri telah memperuntukkan asas yang membolehkan kita bersama-sama mengangkat martabat umat Melayu Islam. Perkara ini telah lama termaktub dalam undang-undang negara. Majoriti rakyat negara ini ialah Melayu Islam, sama ada dilihat dari sudut realiti semasa mahupun daripada perspektif sejarah panjang pembentukan negara ini. Identiti Melayu tidak dapat dipisahkan daripada Islam. Sejak zaman leluhur lagi, orang Melayu tidak disabitkan dengan mana-mana agama selain Islam. Sebut sahaja Melayu, maka Islamlah yang terlintas. Hubungan ini ibarat kuku dengan jari, aur dengan tebing, yang tidak mungkin dipisahkan. Melayu Islam sebagai teras bumi memiliki struktur dan ekosistem yang sedia ada, termasuk di bawah kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan-sultan negeri, serta struktur pentadbiran, kehakiman, sosial dan ekonomi. Semua ini perlu diperkasakan bagi mencapai misi membina Malaysia sebagai sebuah negara yang unggul, kuat dan berdaulat. Mohd Hamdan Mohd Sharif Ketua Penerangan BERJASA
без подписи
Musyawarah Parti Teras Melayu Islam Bumiputera “Melayu Islam Sepakat, Negara Berdaulat” Kesatuan umat dalam apa jua platform, sidang, gerakan, atau pendekatan perlu didokong dan disokong. Kita mengambil pendekatan untuk menyatukan, bukan menyeragamkan. “Unity is not uniformity.” Hal ini bermaksud kita berpegang kepada kesatuan hati dan kesatuan agenda; bahawa perkara yang dipersetujui serta diperjuangkan bersama adalah lebih banyak dan lebih jelas berbanding perkara yang diperselisihkan. Sekiranya golongan bukan Islam dan bukan Melayu mampu bersepakat dalam agenda dan kepentingan mereka, walaupun ada yang terang-terangan bertentangan dengan undang-undang, berlawanan dengan semangat Perlembagaan serta mencabar asas kekuatan negara ini, maka apakah alasan untuk kita tidak dapat mencapai kesepakatan? Sedangkan:
Keharmonian masyarakat mesti dipertahankan. Namun, ia hanya dapat dicapai apabila keadilan ditegakkan secara adil, konsisten dan tanpa pilih kasih. Hamdan Sharif Ketua Penerangan BERJASA
Keharmonian masyarakat mesti dipertahankan. Namun, keharmonian sebenar hanya dapat dicapai apabila keadilan ditegakkan secara adil, konsisten dan tanpa pilih kasih. https://gelombangberjasa.com/tegakkan-keadilan-tamatkan-legasi-pencerobohan-tanah-berjasa-desak-penguatkuasaan-saksama/
без подписи