tgindex
Mohd Hazizi Ab Rahman

Mohd Hazizi Ab Rahman

Статистика
@ustazhaziziРелигияиндонезийский

Perkongsian Ilmu, Kepercayaan dan Sikap

Последний пост
11 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
0
Всего постов
22
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Религия (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
1 242
−1 за 5 дн.
Сутки
0
0,00%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
465
22 постов
Вовлечённость
37,4%
к подписчикам
Постов в день
0,0
всего 22
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
297
1/48двое суток
340
1/72трое суток
367

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Esok, malam insyaAllah. Kita kongsikan setakat yang kita tahu. Sebarang komen tambah baik dialu-alukan. Tapi kena datanglah, penganjur tak ada live online. Ramai orang politik bercakap tentang maqasid syariah, sejak zaman Najib (pentadbirannya perkenalkan Indeks Maqasid Syariah) sampai ke puak liberal dan pro liberal macam PKR dan PAN pun ada wacana maqasid syariah mereka. Jadi, kita buat kajian secara akademik. Kajian akademik boleh dikritik dan kritikan tak akan habis sampai kiamat. Cuma, sebagai pengkaji syariah, kita ada asas-asas dan garis-garis sempadan yang tetap, tidak anjal dan tidak boleh dilenturkan mengikut apa-apa kepentingan sempit. Tapi dalam masa yang sama syariah itu sesuai dan memberikan penyelesaian pada semua zaman, di dalam semua realiti dan di semua tempat, sampai kiamat. Nak tahu lebih lanjut? Sila hadir.

  • без подписи

  • Siapa lebih Islami: MCA atau DAP? Soalan pun dah salah. Orang bukan Islam, macam mana boleh Islami? Tanya pulak, siapa lebih Islami, lagilah salah. Dua-dua bukan Islam. Habis cerita. Isunya ialah dominan atau tidak dalam kerajaan. Atau lebih tepat lagi ialah sejauh mana parti orang Islam yang bersekutu dengan MCA atau DAP itu dominan dalam persekutuan mereka? Itu soalan yang betul. PKR (parti liberal campur Melayu dan bukan Melayu) dominan atau DAP yang dominan dalam Pakatan Harapan? UMNO (parti Melayu) dominan atau MCA yang dominan dalam Barisan Nasional? Hukum asal ialah kuasa hendaklah berada di tangan Muslim secara mutlak. Tapi disebabkan kita terpaksa berkongsi kuasa dalam sistem demokrasi, maka persoalan dominan timbul. Islam mensyaratkan orang Islam mesti dominan. Realitinya ialah parti orang Melayu mesti dominan dalam pakatan politik dengan parti orang bukan Islam. Benda saya tulis ni ialah tajuk PhD saya, “Shaukah Dalam Era Kontra Hegemoni Politik Melayu di Malaysia”. Nak ceritanya, saya bukan tulis atas dasar sentimen kepartian, tapi atas dasar kajian akademik tentang tuntutan syarak dalam realiti politik sekarang.

  • без подписи

  • Duduk atas runtuhan rumah sendiri, selepas tentera Israel meruntuhkannya tanpa sebab, di Tebing Barat. Pasrah.

  • без подписи

  • Dalam konteks politik, kuasa wajib dipastikan berada di tangan Muslim, sekurang-kurangnya dominan jika berkuasa mutlak itu hampir mustahil. Haram mendominankan bukan Muslim. Dalam konteks sosial, harus berbuat baik kepada bukan Muslim selagi mereka tidak memusuhi Islam. Kedua-dua konteks di atas berada dalam kategori hukum induk dalam syariat Islam. Imam al-Qarafi telah menghuraikan perbezaan antara kedua-dua hukum induk tersebut dengan terperinci dalam kitab ulungnya, al-Furuq. Kedua-dua konteks di atas amat relevan dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia. Dalam kedua-dua konteks itu, tiada kena mengena dengan persoalan hubungan peperangan dengan bukan Muslim. Soal peperangan dengan bukan Muslim tidak relevan langsung dengan realiti hubungan masyarakat majmuk Malaysia. Hentikanlah buat kenyataan yang mengelirukan. Kesimpulan mudah dalam konteks hubungan dengan bukan Muslim di Malaysia ialah digalakkan umat Islam berbuat baik dari sudut sosial, tetapi haram memberi kuasa politik dalam erti kata mendominankan bukan Muslim dalam kerajaan.

  • Hentikanlah buat kenyataan yang mengelirukan.

  • Ulil Amri ialah ulama dan umara. Menjaga agama dan mentadbir dunia berpandukan agama. Umara jaga agama dengan kuasanya Ulama jaga agama dengan ilmunya Kedua-duanya wajib amanah. Zaman sekarang, tiada umara bertaraf mujtahid. Maka umara perlu bergantung pada ulama. Imam al-Juwayni buat analogi hubungan antara umara dan ulama. Seumpama hubungan raja dan Nabi. Raja kena rujuk Nabi dan melaksanakan arahan Nabi. Maka pemerintah dengan segala agensinya hendaklah merujuk ulama dan melaksanakan arahannya. Sayugia diingatkan bahawa istilah umara dan ulama itu mewakili institusi, bukan individu. Institusi umara, merangkumi raja dan menteri, hendaklah dengar dan taat pada insitusi ulama, merangkumi ilmuan agama dan pakar pelbagai bidang. Masalahnya hari ini ialah apabila pemerintah yang membayar gaji sebahagian besar mereka yang terlibat dalam institusi ulama. Maka nak dapat ulama yang bersikap seperti Sultonul Ulama al-Izz bin Abdis Salam adalah sukar hari ini. Kelemahan institusi ulama ini menurun hingga ke imam-imam masjid, hanya menurut perintah sahaja. Maka di manakah akan berlaku proses semak dan imbang dalam urusan umat? Jika anda merasakan bahawa (insititusi) umara kena dengar dan taat pada (insitusi) ulama itu satu kenyataan yang pelik, maka ketahuilah kita memang hidup di zaman Islam itu dagang / pelik. Syabas kepada orang yang dagang / pelik. Nota: Krisis adat di Nismilan adalah contoh (insitusi) ulama hanya menurut perintah pada (insitusi) umara yang telah pun berpecah belah dan huru hara urusan mereka. Pengerusi masjid dan ketua kampung pun dengan begitu petah menggunakan hujah “perintah Ulil Amri” wajib dipatuhi, tanpa memahami maksud terperinci Ulil Amri dan permasalahan di atas.

  • https://vt.tiktok.com/ZSCa9pP4U

  • https://vt.tiktok.com/ZSCk6mNVB

  • https://vt.tiktok.com/ZSCLPfPYs

  • https://www.facebook.com/share/v/1KeZPt7p4M/?mibextid=wwXIfr

  • без подписи

  • https://vt.tiktok.com/ZSQEhB8dT

  • Al-Imam (ketua negara) dalam kitab fiqah mestilah dibaca pada isinya (maqasid dan hikmahnya) bukan sekadar pada bekasnya (hukum bagi jawatan) sahaja.

  • https://vt.tiktok.com/ZSQKtFm6F

  • https://facebook.com/events/s/pengajian-kitab-al-ghiyathi-ka/1286314229959599/

  • без подписи

  • без подписи