Neuroversiti by Dr Rizal
СтатистикаTips Otak Cantik Otak Cerdik. Ilmu actionable. Neuroversiti oleh Dr Rizal Abu Bakar. https://neuroversiti.com
- Последний пост
- 02:05
- Последнее чтение
- 06:47
- Постов за неделю
- 3
- Всего постов
- 85
- Тип
- открытый
- Язык
- английский
- Категория
- Новости и СМИ (по похожим)
- В каталоге с
- 13 авг.
- 1/24сутки в ленте
- 2 005
- 1/48двое суток
- 2 297
- 1/72трое суток
- 2 478
Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.
Посты
Antara learning strategies yang bantu ketepatan, fokus dan tumpuan ada pada kajian yang libatkan penembak tempat. . Menarik sangat dapatan kajian ni. Perkara yang perlu dibuat pun mudah sangat. Tak libatkan duit langsung. . Kalau kaedah ini dibuat secara automatik You Change Your Brain, Change Your Grades. . Berbalik pada kajian ke atas penembak tepat. Dalam kajian ini pengkaji ukur ketepatan penembak tempat atau sniper menembak. Ada yang dapat sehingga 98%. Ada sekadar 50%. Ada turun hingga 15%. . Kenapa jadi begini? . Yang dapat 15% itu ialah mereka yang tidur 4 jam atau kurang. . Yang dapat 50% pula, tidur sekadar 5 jam. . Tapi bila tidur 7 jam ke atas, skor mereka jadi 98%. . Ramai tak tahu bahawa tidur 8-10 jam untuk remaja dan young adults adalah learning strategy yang power. Rugi bila dikorbankan atau diabaikan. . Mak ayah nak kena buat apa? Pastikan anak anak change their brains dengan tidur yang cukup. Kerana tidur tidak cukup kecilkan otak.
Dapatkan cahaya matahari pagi selama 5–10 minit selepas bangun. Tak perlu exercise pun. Keluar rumah, duduk atau berjalan sekejap di luar. Cahaya pagi bantu sync circadian rhythm otak. Beri signal bahawa “hari sudah bermula.” Ini boleh bantu meningkatkan alertness pada waktu pagi dan menyokong tidur yang lebih baik pada malam hari. Tuan dan Cikpuan suka ke tips simple macam ni? Cer tekan ❤️ NeuroHack #1
Pernah tak tengah buat satu kerja, tiba-tiba teringat benda lain? “Eh, belum reply wasap” “Bil letrik belum bayar” “Esok kena call orang tu...” “Proposal pun belum siap.” Padahal benda itu langsung tak ada kena-mengena dengan apa yang kita sedang buat. Kenapa jadi begitu? Ada satu kajian yang saya sangat suka... Pada tahun 2011, dua penyelidik psikologi, E.J. Masicampo dan Roy Baumeister, kaji apa yang berlaku apabila manusia mempunyai matlamat atau tugasan yang belum selesai. Mereka jumpa sesuatu yang menarik. "Tugasan yang belum selesai cenderung untuk terus muncul dalam fikiran dan boleh mengganggu prestasi kita pada tugasan lain" (sila ulang baca 3x) Tetapi ada bahagian kajian itu yang lebih menarik... Apabila peserta diminta buat perancangan yang spesifik tentang bagaimana mereka akan menyelesaikan tugasan tersebut, GANGGUAN mental itu berkurang. Seolah-olah otak anda berkata, “Okay. Dah tahu bila dan bagaimana nak buat. Tak perlu fikir sekarang” Saya rasa ramai daripada kita alami perkara ini setiap hari. Bukan kerja kita terlalu berat. Tetapi terlalu banyak kerja yang masih “tergantung” dalam kepala. Nak reply wasap. Nak bayar bil. Nak beli barang rumah. Nak siapkan presentation. Nak buat sesuatu untuk anak. Nak exercise. Nak call client. Semua ini menggunakan ruang mental. Dalam cognitive science, salah satu strategi yang digunakan manusia ialah "Cognitive offloading". Maksud mudahnya... Kita keluarkan sebahagian maklumat daripada memori kita dan letakkan pada medium luaran. Contohnya... masuk dalam kalendar, catat dalam nota, reminder, atau tulis atas kertas. Dengan itu kita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada otak untuk sentiasa ingat semua perkara yang perlu dibuat.
Istimewa hari ini. Diskaun RM8 untuk pembelian minima RM80. Klik https://neuroversiti.com
Nak dapatkan tidur nyenyak? Turunkan sikit suhu di bilik tidur. 1-2 degree lebih rendah boleh bantu dapatkan tidur yang nyenyak. Bolehlah cuba dapatan dari kajian ini.
Bacalah perlahan-lahan. Bawalah hati bersama. Setiap orang beriman pastinya membawa satu kerinduan yang sangat mendalam — iaitu untuk dicintai oleh Allah. Namun, tanpa sedar, sering kali kita mencari cinta-Nya di tempat yang salah. Kita menyangka cinta Allah itu hanya ada pada kesenangan. Pada doa-doa yang terus termakbul. Pada segala urusan dunia yang berjalan lancar mengikut kehendak kita. Padahal, bahasa cinta Allah tidak selalunya begitu. Ketahuilah, barangkali Dia sedang mencintaimu saat ini melalui 7 tanda ini: 1. Engkau masih seorang Muslim — Bayangkan, daripada lebih 8 bilion manusia di atas muka bumi ini, Dia memilih dan menyerahkan hidayah kepadamu untuk memegang erat deen (agama) ini. Itu bukan suatu perkara yang kecil. Itu anugerah yang besar. 2. Engkau merasa bersalah setelah melakukan dosa — Hati yang mati tidak akan merasai apa-apa kelukaan apabila melanggar perintah-Nya. Jika hatimu masih merasa ralat, gelisah, dan berdosa, bermakna hatimu masih hidup dan berfungsi. 3. Dia sentiasa menarikmu kembali — Setiap kali engkau mula hanyut, leka, dan tergelincir, ada sahaja asbab yang membawa langkahmu pulang ke jalan-Nya. Tarikan untuk kembali itu bukan datang daripada kekuatan dirimu, tetapi itu adalah lambaian kasih sayang-Nya. 4. Dia sedang mengujimu — Rasulullah ﷺ pernah bersabda bahawa manusia yang paling berat ujiannya ialah para Nabi, kemudian orang-orang yang soleh mengikut kedudukan mereka. Ujian yang berat sebenarnya adalah isyarat rahsia untuk kedudukan yang tinggi di sisi-Nya. 5. Dia menghalang sesuatu yang amat engkau inginkan — Pintu yang tertutup rapat itu sengaja dikunci demi keselamatanmu. Ada hikmah indah yang tertulis di sebaliknya, yang hanya akan engkau fahami dan syukuri suatu hari nanti. 6. Dia masih meminjamkanmu usia pada hari ini — Satu lagi helaan nafas, satu lagi peluang untuk bersujud, satu lagi ruang untuk bertaubat. Ketika ramai manusia mensia-siakannya, Dia memilih untuk memberikan kesempatan itu kepadamu. 7. Dia membawakan pesanan ini tepat di hadapan matamu saat ini — Peringatan ini hadir pada waktu yang sangat tepat. Ini bukan sekadar kebetulan atau permainan algoritma media sosial, tetapi inilah aturan Allah yang mahu menyapamu dengan kelembutan-Nya. Sahabat, engkau sebenarnya tidaklah sejauh mana daripada Allah, walau seberat mana pun hari-hari sukar yang sedang berbisik ke telingamu. Cinta Allah itu adakalanya tidak hadir dengan suara yang lantang. Tetapi kasih sayang-Nya terhampar luas di mana-mana. Asalkan engkau sudi melihatnya dengan mata hati.
Tajam tetapi tidak tertekan. Dan keadaan ini boleh dicapai dalam masa hanya 90 saat setiap pagi. Jadi esok pagi, sebelum kita menyerahkan otak kepada Facebook, TikTok, WhatsApp atau berita semasa… Pergi ke sinki. Buka paip. Ambil wuduk. Dan berikan otak kita peluang untuk menetapkan haluannya sendiri. Kerana siapa yang mengawal 10 minit pertama pagi kita… Biasanya akan mengawal seluruh hari kita. Otak yang hebat tidak dibina dengan apa yang kita lakukan sekali-sekala. Ia dibina dengan apa yang kita lakukan setiap pagi.
Setiap pagi, sedar atau tidak ramai orang pajakkan otak mereka kepada orang lain. Masa tu belumpun lagi sempat memberus gigi. Bayangkan scenario ini: Bunyi alarm. Mata baru celik. Tangan terus capai handphone. Scroll Facebook. Baca WhatsApp. Tengok Thread. Jenguk TikTok. Dengar message. Dalam masa kurang seminit, otak dah mula bekerja untuk penuhi agenda orang lain. Bukan agenda kita. Cuba bayangkan otak kita macam sebuah lapangan terbang. Waktu pagi. Menara kawalan baru saja dibuka. Semua sistem baru on dan sedang “warm up”. Juruterbang pun masih membuat pemeriksaan. Radar baru mula berfungsi. Tiba-tiba… 100 buah kapal terbang masuk serentak tanpa kebenaran. Entah dari mana. Begitulah yang berlaku apabila kita terus melihat handphone sebaik bangun tidur. Dalam dunia Neurosains, 10 hingga 30 minit pertama selepas bangun tidur adalah antara masa paling penting dalam sehari. Pada waktu ini, otak kita berada dalam keadaan yang sangat mudah dibentuk. Bahagian otak yang bertanggungjawab membuat keputusan, mengawal emosi dan fokus sedang “online” semula. Paras hormon dan neurotransmitter untuk sepanjang hari sedang ditetapkan. Dengan kata lain: Pagi kita bukan sekadar permulaan hari. Ia adalah proses “programming” otak untuk 16 jam seterusnya. Jika perkara pertama yang masuk ke dalam otak kita ialah stres, notifikasi, gosip, berita negatif dan gangguan digital… Jangan terkejut jika sepanjang hari, kita berasa penat, mudah terganggu dan sukar fokus. Tetapi ada satu teknik yang sangat mudah. Percuma. Tidak memerlukan suplemen. Tidak memerlukan gajet. Tidak memerlukan kopi. Apadia? Air sejuk. Ya cuma gunakan air sejuk. Bukan mandi ais. Bukan rendam dalam tong. Cukup 60 hingga 90 saat. Basahkan muka. Bahagian belakang leher. Dan pergelangan tangan. Kenapa kawasan ini? Untuk orang Islam, ini kawasan tubuh berkaitan aktiviti apa ye? Apa yang menarik ialah kawasan ini ada banyak reseptor suhu yang berhubung terus dengan sistem saraf dan pusat kesedaran otak. Bila air sejuk terkena kawasan ini, otak kita akan hasilkan lonjakan norepinephrine. Ia sejenis bahan kimia yang bertanggungjawab terhadap fokus, kewaspadaan dan ketajaman mental. Menariknya, ia juga naikkan dopamine. Tetapi dopamine ini sangat berbeza daripada dopamine yang kita dapat daripada notifikasi telefon. Notifikasi memberi keseronokan segera. Naik mendadak. Kemudian jatuh mendadak. Sebab itu selepas 20 minit scroll media sosial, ramai berasa lebih letih daripada sebelum membuka telefon. Air sejuk pula menghasilkan dopamine yang meningkat secara perlahan dan kekal selama beberapa jam. Ibarat beza antara membakar surat khabar dan membakar arang. Satu menyala kuat sekejap. Satu lagi iaitu arang berikan tenaga yang stabil untuk tempoh yang lama. Apa yang lebih menarik, kesan ini telah dibuktikan oleh sains. Satu kajian yang diterbitkan dalam European Journal of Applied Physiology mendapati bahawa pendedahan ringkas kepada air sejuk mampu tingkatkan paras norepinephrine antara 200 hingga 300 peratus dan dopamine sehingga 250 peratus. Lebih menakjubkan, peningkatan dopamine ini boleh bertahan selama beberapa jam selepas pendedahan kepada air sejuk. Berbeza dengan dopamine yang terhasil daripada notifikasi telefon, media sosial dan ganjaran digital yang lain, yang biasanya merosot dalam masa beberapa minit sahaja. Sebab itulah ramai berasa teruja seketika selepas melihat notifikasi atau video viral, tetapi kemudian hilang fokus dan motivasi tidak lama selepas itu. Air sejuk pula membantu membina tenaga mental yang lebih stabil, lebih tahan lama dan lebih semula jadi. Lebih menarik lagi, apabila muka terkena air sejuk, satu mekanisme purba yang dipanggil diving reflex akan diaktifkan. Degupan jantung menjadi lebih tenang. Sistem saraf parasimpatetik mula mengambil alih. Hasilnya? Kita menjadi: ✅ Lebih fokus ✅ Lebih segar ✅ Lebih tenang ✅ Lebih bersedia menghadapi tekanan Inilah keadaan otak yang sering digambarkan oleh atlet elit, usahawan berjaya dan individu berprestasi tinggi sebagai berada dalam “the zone”. Tenang tetapi bertenaga. Aktif tetapi tidak cemas.
Balik walking tadi, check pokok. Cari yang mana buah dah masak. Check markisa. Belum lagi masak. . Kutip dulu bunga telang. Lepas tu ke pokok betik. Tengok dah 3 biji masak. . Alhamdulillah. . Nak petik tinggi sangat. Pergilah ambil tangga. Dapatlah petik. Panggil Cikpuan isteri untuk sambut betik. . Rupanya datang dengan pakej ambil gambar. Oklah. Yang penting betik dulu. . Yang pentingnya betik ada 200% vitamin C keperluan harian. Betik ada enzim yang oecah pecahkan protein untuk mudahkan serapan. . Paling best betik dengan beta carotene dan lycopene bagus untuk jantung dan mata. . Pada yang nak awet muda, vitamin E dalam betik sangat sangat membantu. . Banyak lagi kehebatan betik ni. Yang penting kena makan. Tu jer.
Ada satu kisah menarik. Kisah pasal 23 kilogram tanah liat. . Satu hari ada sorang profesor universiti ni masuk kelas seramik. Hari itu adalah hari pertama. Bila masuk dia pandang semua pelajar. . Dia sebut. ‘Saya akan bahagikan kelas ini kepada 2 kumpulan.’ Dia tunjuk. Sebelah kiri ni Kumpulan 1. Yang sebelah kanan pula semua Kumpulan 2.' Sambil dia tunjuk ke arah pelajar. . Kemudiannya dia bagi arahan. ‘Kumpulan 1, tugas you guys sepanjang semester ni adalah untuk buat satu pasu yang paling sempurna.' . Lepas tu dia beralih kepada Kumpulan 2 pulak. 'Tugas kalian ialah untuk hasilkan pasu paling sempurna dari 23 kilogram tanah liat ini.' . Bila sampai hujung semester, semua pelajar susun dan tengoklah semua pasu yang dah siap. . Apa yang menarik ialah pasu yang paling sempurna tu sebenarnya datang daripada kumpulan 1. Mereka buat eksperimen. . Buat satu pasu ke satu pasu. Pasu kecil. Sehinggalah mereka peroleh the best pasu. . Kumpulan kedua, gunakan kesemua tanah liat untuk hasilkan satu pasu besar. Siap. Tapi tidak sempurna. . Profesor tanya pelajar. Pasu mana yang cantik sempurna. Semua pelajar pada satu pasu kecil ini. . Profesor setuju. Dia tanya lagi. Kenapa yang besar ini tidak sempurna? . Pelajar berpandangan sesama sendiri. Kemudian bangun seorang pelajar African American. . Dia kata kumpulan 1 ada banyak peluang baiki pasu mereka. Mereka mencuba. Hodoh. Mereka betulkan. . Sehinggalah mereka dapat yang terbaik. . Kumpulan 2 ambil pendekatan berbeza. Mereka berbincang. Cuba dapatkan plan yang sempurna. . Habiskan banyak masa berbincang. Akhirnya setuju untuk siapkan sebuah pasu besar. . Mereka guna semua tanah liat tanpa tinggalkan baki. Masa pula dah suntuk . Jadi mereka tidak dapat perhalusi betul. Tak ada ruang untuk betulkan pasu. Profesor tanya lagi. Apa yang kamu belajar? Seorang pelajar wanita pula angkat tangan. . ‘Kita kena cuba. Kalau tak kena, kita betulkan. Tak perlu tunggu hingga plan sempurna untuk siapkan sesuatu.’ . Profesor senyum. Dia kata ‘pelajaran kamu tamat di sini. Terima kasih.’ . Begitulah kehidupan kita. Ada masa kena mulakan dulu. Betulkan semasa perkara itu berlangsung.
Saya nak kongsi doa yang saya amalkan untuk anak-anak. Saya percaya tak ada ibubapa yang tidak mahu anak skor masa exam. . Saya pun sama. Nak anak skor. Nak mereka naik pentas. Nak mereka mengukir senyum. . Saya ada 4 orang anak. 3 lelaki dan yang bongsu perempuan. Maryam namanya. . Masa exam bukan anak saja berdebar. Mak ayah pun sama berdebar. Mungkin lebih berdebar lagi. . Masa anak sekolah, masa kat univ, saya selalukan doakan anak anak. Ada satu doanpower yangvsaya amalkan. . Saya rasai dan lihat hasilnya. Kawan yang amal pun, saya dengar anak mereka skor juga. . Hari ini saya nak kongsi doa power exam ni. Doa dan maknanya macam saya kongsi di bawah. Doa adalah ikhtiar spiritual. Penting. . Juga penting ialah usaha si anak. Termasuk penting ialah faktor biologi. Apa nutrisi yang kita bagi untuk otak anak. . Anak anak saya dah grad, Alhamdulillah CGPA 3.9. Pernah merasa 4 flat. Maryam jadi top scorer untuk IGCSE dan A level. Kena bagi nutrien yang betul. . Sebab tu anak anak saya ambil minuman dark chocolate Vegan OCOC. Campur dengan MCT Oil OCOC. Ni ambil masa breakfast. Termasuk Barley Flakes OCOC. Ini ikhtiar biologi. Untuk otak. . Hasilnya? Alhamdulillah. Bila tanya anak anak masa exam macam mana? Ingat dan nampak saja jawapan. Bunyi macam mudah. Begitulah respon anak anak. . Anak anak saya sekolah harian biasa. Bukan sekolah asrama. Bukan sekolah special. Sekolah biasa. . Saya nak anak tuan puan pun berjaya. Apa kata lakukan ikhtiar spiritual dan biologi ini. Di bawah ini saya kongsikan doanya: نَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَفْتَحَ لَهُمْ فُتُوحَ الْعَارِفِينَ، وَأَنْ يَفْتَحَ لَهُمْ فُتُوحَ الْحَافِظِينَ، وَأَنْ يَفْتَحَ لَهُمْ فُتُوحَ الْمُوَفَّقِينَ، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا. اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْاِمْتِحَانَاتِ بَرْدًا وَسَلَامًا وَسَهْلًا عَلَىٰ عُقُولِهِمْ وَقُلُوبِهِمْ، وَأَلْهِمْهُمُ الْإِجَابَةَ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ لَهُمْ فَهْمَ النَّبِيِّينَ، وَحِفْظَ الْمُرْسَلِينَ. "Kami memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Pemilik Arasy yang agung, agar membukakan untuk mereka pembukaan (jalan kefahaman) orang-orang yang bijaksana (arif), membukakan untuk mereka pembukaan orang-orang yang kuat ingatan (penghafal), dan membukakan untuk mereka pembukaan orang-orang yang mendapat taufik (kejayaan), wahai Tuhan semesta alam. Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan) itu mudah apabila Engkau menghendakinya. Ya Allah, jadikanlah peperiksaan ini terasa sejuk, damai, dan mudah bagi akal fikiran serta hati mereka, dan ilhamkanlah kepada mereka jawapan (yang betul). Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu untuk mereka kefahaman para nabi dan hafalan para rasul." . Saya doakan ada manfaat dari amalan doa ini. Doakan anak tuan puan juga berjaya akademiknya. Skor examnya. . Gambar ni masa Maryam ambil results UPSR. Happy bukan main lagi. Wajah beginilah kita mahukan jadi peneman pada anak. . Wajah dan pengalaman beginilah yang jadi internal reference mereka, Insyaa Allah. Kita ikhtiar. Allah tentukan.
🌟 PROMOSI ESOK SAHAJA! 🌟 Assalamualaikum & hai semua! 😊 Ada berita baik untuk anda yang dah lama nak repeat order atau nak cuba produk kami. Esok kami ada PROMO ISTIMEWA untuk SEMUA PRODUK! 🥳 🎁 PROMO ESOK: ✅ Belanja minimum RM70 → DISKAUN RM7 🎉 FAST ACTION BONUS! 7 pelanggan terawal yang berjaya membuat pembayaran akan menerima PERCUMA 1 sachet Gula Kelapa. 🤩 ⚠️ Tiada FREE SHIPPING untuk promo kali ini ya. Kalau memang dah berhajat nak beli, inilah masa yang sesuai untuk grab sementara promo masih berjalan. Jangan tunggu lama sebab bonus hanya untuk 7 orang terawal sahaja. 😉 Klik sini untuk pembelian produk: 👉 https://neuroversiti.com/?utm_source=telegram&utm_medium=atikah&utm_campaign=neuroversiti+by+dr+rizal
3. Livingston, G., et al. (2024). Dementia prevention, intervention, and care: 2024 report of the Lancet standing Commission. The Lancet, 404(10452), 572-628. (Laporan global paling berprestij yang menyenaraikan 14 faktor risiko demensia termasuk genetik, gaya hidup, aktiviti fizikal, dan pemakanan).
Betul ke tidur 4 jam mengiring ke kanan dah cukup untuk otak? . Telah sampai kepada saya video yang tular baru-baru ini. Dalam video tersebut, ada perkongsian bahawa tidur mengiring ke kanan memberikan “200% quality of sleep”. . Malah, dinyatakan tidur 4 jam posisi mengiring menyamai kualiti 8 jam tidur terlentang. Siap dengan jaminan tidak akan terkena demensia, nyanyuk, atau depresi sebab mengikut Sunnah. . Amalan tidur mengiring ke kanan ini memang Sunnah Nabi SAW yang sangat agung. Hadis sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim jelas menyebut arahan Baginda untuk berwuduk dan berbaring di atas rusuk kanan. . Dalam konteks sains pun sangat menyokong amalan ini! . Tetapi, bab formula matematik "200% kualiti" dan dakwaan "4 jam mengiring sama dengan 8 jam terlentang" itu, kita kena perbetulkan dengan ilmu Sleep Medicine dan Neuroscience. . Biologi otak kita tidak berfungsi dengan sifir semudah itu. Mari kita tengok apa kata kajian saintifik: 1. Kehebatan Posisi Mengiring (Sistem Glymphatic) . Sains kata bila kita tidur dalam posisi mengiring (lateral position), Sistem Glymphatic — iaitu sistem 'cleaner' atau pembuangan sisa toksin dalam otak — akan bekerja dengan paling efisien. . Menurut kajian dalam jurnal Frontiers in Neurology (Corbali & Levey, 2025), posisi ini mudahkan otak pam keluar sisa protein yang bahaya. Contohnya amyloid-beta yang menjadi punca penyakit Alzheimer. Subhanallah, hebatnya Sunnah! . 2. Sifir Matematik vs Keperluan Biologi Otak . Walaupun posisi mengiring itu sangat baik untuk cuci otak, ia TIDAK boleh pemdekkan waktu tidur yang tubuh perlukan. Jam tidur tidak boleh digandakan secara matematik. Itu cara biologi manusia. . Kajian komprehensif oleh Chaput et al. (2018) tegaskan bahawa orang dewasa tetap perlukan antara 7 hingga 9 jam tidur setiap malam. Dapat atau tidak itu cerita lain. Hukum biologinya begitu. . Otak kita perlukan fasa tidur yang lengkap (Non-REM dan REM sleep) yang berulang beberapa kitaran semalam. Satu kitaran ambil masa 90 minit. . Jika kita sengaja tidur 4 jam sahaja secara konsisten, kita akan mengalami chronic sleep deprivation (kronik kurang tidur). Kesannya? . Hormon stres (kortisol) meningkat, imuniti badan drop (Wright et al., 2015), dan sel otak boleh mengecut (brain atrophy) (Sexton et al., 2014)! 3. Jaminan Bebas Demensia & Depresi? . Tidur mengiring memang optimumkan kesihatan otak, tetapi mendakwa ia memberi jaminan 100% bebas daripada demensia atau depresi adalah satu kenyataan bukan fakta. Tidak saintifik. . Berdasarkan laporan klinikal dalam Maedica - Journal of Clinical Medicine (Gaur et al., 2022), penyakit neurodegeneratif seperti demensia dan gangguan mental seperti depresi bersifat multifaktorial. . Ia dipengaruhi oleh kombinasi genetik, pemakanan, aktiviti fizikal, dan gaya hidup menyeluruh (Livingston et al., 2024). Tidak adil untuk kita letakkan beban perlindungan itu pada satu posisi tidur sahaja. . Kesimpulannya: Ikut Sunnah itu wajib kita buru kerana ada pahala dan keberkatan. Namin, tak perlu kita membuat sifir begini sehingga mengabaikan fitrah biologi tubuh yang Allah SWT dah cipta. . Tidurlah mengiring ke kanan ikut Sunnah. Pastikan kuantiti tidur itu cukup 7 hingga 9 jam demi kesihatan otak yang optimum. Boleh amalkan? . Nota Rujukan (Untuk Simpanan Fail tuan puan) . 1. Sexton, C. E., et al. (2014). Poor sleep quality is associated with increased cortical atrophy in community-dwelling adults. Neurology, 83(10), 967-973. (Kajian yang membuktikan kaitan kurang tidur dengan pengecutan sel otak/atropi). . 2. Wright, K. P., et al. (2015). Influence of sleep deprivation and circadian misalignment on cortisol, inflammatory markers, and cytokine balance. Brain, Behavior, and Immunity, 47, 24-34. (Kajian yang membuktikan lonjakan kortisol dan kejatuhan sistem imun akibat kurang tidur). .