tgindex
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Статистика
@ehsabarНовости и СМИиндонезийский

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Последний пост
14 авг.
Последнее чтение
15 авг.
Постов за неделю
4
Всего постов
22
Тип
открытый
Язык
индонезийский
Категория
Новости и СМИ (по похожим)
В каталоге с
13 авг.
Подписчики
16 043
−23 за 5 дн.
Сутки
−7
−0,04%
Неделя
 
Месяц
 
Просмотров на пост
579
22 постов
Вовлечённость
3,6%
к подписчикам
Постов в день
0,6
всего 22
Упоминаний
0
каналов
Охват размещения
оценка
1/24сутки в ленте
338
1/48двое суток
387
1/72трое суток
417

Оценка по просмотрам недавних постов: пост набирает почти всё за первые сутки.

Посты

  • Pernah tak perasan… Dengan kita, anak cepat melawan. Tapi dengan cikgu, dia boleh pula dengar. Dengan orang lain, dia nampak begitu tenang. Sampai kita tertanya-tanya… “Kenapa dengan aku saja dia macam ni?” Soalan itu memang mudah membuat kita rasa anak sengaja memilih untuk melawan kita. Tetapi mungkin ada sesuatu yang kita belum lihat. Anak tidak bertindak dalam ruang kosong. Cara mereka bertindak boleh dipengaruhi oleh siapa yang berhadapan dengan mereka, keadaan ketika itu dan bagaimana mereka memahami situasi tersebut. Sebab itu, melihat satu tingkah laku sahaja kadang-kadang belum cukup untuk kita membuat kesimpulan tentang anak. Daripada terus bertanya… “Kenapa dia dengar orang lain, tapi dengan aku tidak?” Mungkin kita boleh berhenti seketika dan bertanya… “Apa yang berbeza dalam situasi itu?” Bukan untuk menyalahkan diri sendiri. Tetapi untuk memahami. Kerana apabila kita lebih jelas tentang apa yang sedang berlaku, kita lebih mudah membuat pertimbangan sebelum memilih cara untuk membimbing anak. Insya-Allah, perkara seperti inilah yang akan kita lihat dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah - bagaimana memahami tingkah laku anak dari sudut psikologi sebelum menentukan pendekatan. Webinar Tegas Dalam Hikmah Mengurus Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi Beberapa minggu lagi kita akan bersama. Kalau topik ini dekat dengan situasi di rumah anda, boleh simpan dahulu perkongsian ini. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Semoga bermanfaat. Dr. Maznah Ibrahim . . .

  • Nak anak lebih jelas tentang tingkah laku yang kita mahu dia ulang? Cuba ubah cara kita memuji. Bukan sekadar: “Pandainya anak Mama.” Tetapi cuba sebut apa yang anak buat dengan baik. Contohnya... ❌ “Pandainya kemas bilik.” Cuba: ✅ “Mama suka cara abang susun semua buku tadi. Abang buat sampai habis.” Atau... ❌ “Bagusnya adik.” Cuba: ✅ “Terima kasih sebab adik terus simpan kasut selepas balik tadi.” Nampak macam perkara kecil. Tetapi ada bezanya. Bila kita sebut tingkah laku yang spesifik, anak lebih jelas tentang perkara yang sebenarnya kita hargai. Dia bukan sekadar tahu, “Mama suka.” Tetapi dia tahu, “Mama suka apa yang aku buat.” Dan ini membantu anak mengenal pasti tingkah laku yang kita mahu mereka ulang. Satu lagi perkara penting... Kalau nak puji, jangan tunggu terlalu lama. Lebih dekat pujian itu dengan tingkah laku yang baik, lebih jelas kaitannya kepada anak. Jadi hari ini, cuba satu benda. Bila anak buat sesuatu yang baik... Jangan cuma kata “pandainya”. Beritahu dia apa yang dia lakukan dengan baik. Balik petang nanti, boleh cuba ya. 😊 Tengok apa yang berubah pada cara anak memberi respons. 👉 Nak belajar lebih banyak cara mengurus tingkah laku anak? https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: Ini hanya satu kemahiran kecil. Dalam Tegas Dalam Hikmah, kita akan melihat dengan lebih menyeluruh bagaimana tingkah laku anak boleh ditingkatkan, dikurangkan dan dibimbing dengan pendekatan yang lebih teratur. . .

  • без подписи

  • Apa yang berlaku selepas anak buat sesuatu... boleh mempengaruhi apa yang dia buat lagi selepas itu. Kita selalu perhatikan apa yang anak lakukan. Anak merengek. Anak membantah. Anak enggan ikut arahan. Tetapi ada satu bahagian yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Apa yang berlaku selepas itu? Anak buat sesuatu... Kemudian sesuatu berlaku sebagai tindak balas. Dan pengalaman itulah yang boleh mengajar anak bahawa sesuatu tingkah laku itu membawa kepada hasil tertentu. Sebab itu... Tingkah laku bukan hanya tentang apa yang berlaku sebelum anak bertindak. Apa yang berlaku selepasnya juga penting. Bila kita mula melihat perkara ini, kita akan lebih berhati-hati untuk terus melabel anak sebagai "sengaja buat perangai". Kita mula melihat satu keseluruhan proses. Apa yang berlaku sebelum tingkah laku? Apa yang anak lakukan? Dan apa yang berlaku selepas itu? Tiga perkara ini boleh membantu kita melihat sesuatu tingkah laku dengan cara yang berbeza. Kerana mungkin... Apa yang kita anggap sebagai "perangai yang berulang" sebenarnya sedang dipengaruhi oleh pengalaman yang berulang. Dan apabila kita faham proses itu... Barulah kita lebih bersedia memilih pendekatan yang sesuai. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, insya-Allah saya akan huraikan dengan lebih mendalam bagaimana tingkah laku anak boleh dibentuk dan diubah, serta bagaimana ibu bapa boleh mengurusnya dengan lebih teratur. 5 September 2026 | 8.30 malam https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

  • без подписи

  • Ada arahan yang nampak mudah pada kita... Tetapi belum tentu mudah untuk anak. "Kemas bilik." "Buat kerja sekolah." "Siapkan barang sekolah." "Jangan lupa kemas semula." Pada kita, semua itu perkara biasa. Tetapi bagi sesetengah anak... Banyak arahan yang datang serentak boleh membuatkan mereka tidak tahu hendak bermula dari mana. Lalu kita nampak mereka berlengah. Membantah. Atau terus meninggalkan tugasan. Dan kita mungkin terus membuat kesimpulan, "Dia memang tak mahu buat." Tetapi cuba lihat daripada sudut yang lain. Adakah anak itu benar-benar tidak mahu? Atau tugasan yang diberikan masih terlalu besar untuk dia uruskan pada ketika itu? Dalam pengurusan tingkah laku, salah satu prinsip yang penting ialah matlamat perlu dipecahkan kepada sasaran yang lebih mudah. Bukan bermaksud kita menurunkan harapan terhadap anak. Sebaliknya... Kita membantu anak bergerak daripada satu langkah kepada langkah yang seterusnya. Kerana ada perbezaan antara memberitahu anak apa yang perlu dicapai... Dengan membantu anak memahami bagaimana hendak sampai ke situ. Bila kita mula melihat perkara ini... Kita mungkin akan lebih berhati-hati sebelum melabel anak sebagai degil, malas atau tidak mahu bekerjasama. Kita mula bertanya: "Apa yang membuatkan tugasan ini sukar untuk dia lakukan?" Soalan itu membuka ruang yang berbeza. Dan mungkin... Daripada situ kita dapat memilih cara membimbing yang lebih sesuai. Insya-Allah, perkara seperti inilah yang akan saya kongsikan dalam webinar Tegas Dalam Hikmah - bagaimana memahami tingkah laku anak supaya kita tidak hanya bertindak terhadap apa yang kelihatan, tetapi dapat memilih pendekatan yang lebih tepat. 5 September 2026 | 8.30 malam https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim

  • без подписи

  • Ada hari... Anak yang biasanya mudah diajak mandi... Tiba-tiba membantah. Anak yang selalu boleh berkongsi... Hari itu langsung tidak mahu mengalah. Kita mungkin menggunakan ayat yang sama. Nada yang sama. Pendekatan yang sama. Tetapi hasilnya berbeza. Bukan semestinya kerana anak sengaja mahu menyusahkan kita. Ada masanya... Keadaan yang sedang dilalui anak pada waktu itu mempengaruhi cara dia memberi reaksi. Dan itulah yang tidak selalu dapat kita lihat hanya daripada tingkah lakunya. Sebab itu... Membimbing anak bukan sekadar mencari satu cara yang “berkesan”. Tetapi belajar mengenal pasti... Bila sesuatu pendekatan itu sesuai digunakan. Dan bila kita perlu melihat anak daripada sudut yang lain. Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, insya-Allah saya akan kongsikan bagaimana memahami keadaan di sebalik tingkah laku anak dapat membantu kita memilih pendekatan dengan lebih tepat dan lebih berhikmah. KLIK>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Semoga bermanafaat, Dr. Maznah Ibrahim

  • без подписи

  • Tidak semua ketegasan perlu datang dengan suara yang tinggi. Ada masanya... Anak bukan tidak mendengar kerana kita kurang tegas. Tetapi kerana dia sendiri tidak jelas... Apa yang sebenarnya kita harapkan daripadanya. Hari ini boleh. Esok tidak boleh. Kadang-kadang ditegur. Kadang-kadang dibiarkan. Akhirnya... Anak juga mungkin keliru tentang batas yang sedang cuba kita bina. Menjadi tegas bukan semestinya tentang siapa yang paling kuat bersuara. Ada ketegasan yang hadir melalui kejelasan. Melalui kata-kata yang tenang. Dan melalui batas yang anak dapat fahami, sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita melihat bahawa... Tegas bukan lawan kepada hikmah. Kadang-kadang, hikmah itulah yang menjadikan ketegasan lebih sampai kepada hati anak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan berkongsi bagaimana memahami tingkah laku anak membantu ibu bapa membimbing dengan lebih jelas dan tenang, tanpa perlu bergantung kepada marah semata-mata. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

  • без подписи

  • Ramai ibu bapa bertanya... "Macam mana nak bagi anak lebih mendengar?" Saya pula sering terfikir satu persoalan yang lain. Sebelum anak mendengar kata-kata kita... Adakah dia sudah benar-benar merasakan hubungan dengan kita? Kerana... Apabila kita terlalu fokus membetulkan tingkah laku... Ada satu perkara yang kadang-kadang tertinggal. Hubungan. Boleh jadi... Itulah sebabnya dua orang ibu bapa menggunakan kata-kata yang hampir sama... Tetapi diterima dengan cara yang berbeza oleh anak. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita mengingati bahawa... Sebelum kita berharap anak lebih mudah menerima bimbingan... Hubungan itu juga perlu terus dipelihara. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: jika anda berkelapangan pada malam 5 September nanti, saya akan kongsikan bagaimana hubungan yang baik dan kefahaman terhadap tingkah laku anak saling melengkapi dalam membantu ibu bapa membimbing mereka dengan lebih tenang. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

  • без подписи

  • Ada beza... Di antara anak yang tidak mahu bekerjasama... Dengan anak yang belum mampu bekerjasama. Bezanya nampak kecil. Tetapi cara kita bertindak boleh menjadi sangat berbeza. Apabila kita percaya anak sengaja melawan... Kita cenderung menambah tekanan. Namun jika kita berhenti seketika... Dan mula tertanya, "Adakah dia benar-benar tidak mahu... atau sebenarnya dia masih belum mampu?" Soalan itu mungkin mengubah seluruh cara kita melihat situasi. Bukan semua tingkah laku berlaku kerana anak sengaja mahu mencabar kita. Ada masanya... Mereka sendiri sedang bergelut dengan sesuatu yang belum mampu mereka uruskan. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita menangguhkan sedikit kesimpulan... Dan memberi ruang untuk memahami sebelum bertindak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: jika anda berkelapangan pada malam 5 September nanti, saya akan kongsikan bagaimana memahami sebab di sebalik tingkah laku dapat membantu ibu bapa memilih pendekatan yang lebih sesuai ketika membimbing anak. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

  • без подписи

  • "Saya rasa macam anak saya dah berubah..." Itu antara ayat yang pernah saya dengar daripada seorang ibu. "Dulu dia mudah dengar cakap." "Sekarang... semuanya macam susah." Saya tidak terus bertanya... "Apa yang anak puan buat?" Sebaliknya saya lebih tertanya-tanya... Apa yang telah berubah dalam kehidupan anak itu? Kerana... Apabila anak semakin membesar... Bukan sekadar tubuhnya yang berubah. Cara dia melihat dunia... Cara dia memahami sesuatu... Dan cara dia memberi reaksi juga turut berkembang. Mungkin sebab itulah... Pendekatan yang pernah berkesan beberapa tahun dahulu... Tidak lagi memberi kesan yang sama hari ini. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini mengajak kita melihat bahawa... Apabila anak berubah... Mungkin kita juga perlu belajar memahami perubahan itu. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: jika anda berkelapangan pada malam 5 September nanti, saya akan kongsikan bagaimana memahami perubahan dalam perkembangan anak dapat membantu ibu bapa memilih pendekatan yang lebih sesuai ketika membimbing mereka. Klik >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

  • без подписи

  • Jika kita sambungkan titik-titik kecil... Kadang-kadang barulah kita nampak keseluruhan gambar. Hari Isnin... Anak mudah merajuk. Hari Rabu... Anak cepat marah. Hari Jumaat... Anak enggan bercakap. Jika setiap kejadian itu dilihat secara berasingan... Semuanya kelihatan seperti masalah yang berbeza. Tetapi apabila kita mula menyambungkan setiap "titik" itu... Mungkin kita akan sedar bahawa semuanya sedang bercerita tentang perkara yang sama. Sebab itulah... Ada masanya kita terlalu sibuk menyelesaikan satu demi satu tingkah laku... Sehingga terlupa mencari corak yang menghubungkannya. Mungkin... Apa yang anak perlukan bukan pendekatan yang berbeza setiap hari. Tetapi seorang ibu bapa yang mula melihat keseluruhan gambaran. Mudah-mudahan Allah membantu kita menjadi ibu bapa yang bukan sekadar bertindak apabila masalah muncul... Tetapi juga belajar memahami corak yang sedang terbentuk dalam kehidupan anak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, insya-Allah saya akan kongsikan bagaimana melihat corak tingkah laku anak dapat membantu ibu bapa membuat keputusan dengan lebih tenang dan lebih berhikmah. Klik>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . .

  • без подписи